“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Februari 26, 2008

Cerpen: Hati Seorang Abah

SATU

DIA pernah marahkan abah.
Kalau bukan kerana abah, pasti dia tidak akan tercampak di situ. Bergelumang dengan debu pepasir, terkejar ke sana ke mari hingga lelah mengurus diri. Memang abah punca keberadaan dia di situ. Keputusan abah ibarat batu besar menghempap diri. Dia diserang amarah tidak terluah apabila abah menyuarakan keputusan.

“Adik harus patuh kata abah. Kalau kata abah adik sanggah, abah terpaksa jadikan ia satu perintah.”

Mengapa abah begitu berkeras? Sedang pintanya tidaklah seruwet mana untuk ditunaikan. Dia hanya mahu menyusul jejak abang-abang dan kakak-kakaknya memilih haluan hidup atas tangan sendiri. Itu sahaja, takkan itu pun abah tidak mengizinkannya. Bukan tiada yang sudi membela dirinya, tetapi sikap abah yang membatu diri, memekak telinga dan menuli gegendang menghalang ibu dan adik-beradik mempertahankan pilihannya.

“Manusia dikurniakan dua telinga dan satu lidah supaya dia mendengar dua kali dan berbicara satu kali.”
Dia mencenung wajah tenang abah, cuba memahami maksud kata-kata abah.

DUA

“Luqman, kamu harus cepat. Kita tidak akan dapat mengikuti kelas jika tidak segera.” Lambat baru dia menoleh Elyath yang memeluk erat bahunya. Gontai menghayun langkah, keluh terpacul daripada bibir. Mengingat dia dihalau pensyarah kelmarin, akibat terlewat tiba di dewan kuliah hatinya bertambah sakit pada abah. Dia belum mampu menyesuaikan diri di bumi itu biarpun sudah hampir sebulan dia menyandang gelar siswa Al-Azhar cawangan Kaherah.

Dia sudah letai berurusan dengan masyarakat tempatan di situ apalagi segala urusan pengajian harus diberesi sendiri. Minggu sudah dia berurusan di Madinatil Bu’uth untuk urusan menyambung visa pelajar. Seawal jam enam setengah dia menapak ke perhentian bas. Sudahlah keletaian menunggu bas yang tidak mempunyai waktu perjalanan tetap, perut bas pula sendat melebihi tin sardin hingga dia terpaksa berhimpit rapat dengan penumpang lain yang punya perangai entah apa-apa - terjerit-jerit apabila berkomunikasi antara satu sama lain. Bas juga tidak berhawa dingin, ditambah jalan raya yang senantiasa sesak, hingar-bingar dengan bunyi hon - masing-masing keras kepala mahu tiba dahulu tanpa mahu patuhi peraturan lalu lintas. Selamat tiba ke destinasi telefon bimbitnya pula kecopetan.

Hampir setiap hari dia menghubungi ibu mengadu kesulitan yang dihadapi, tidak putus juga dia memohon bantuan ibu agar memujuk abah membatalkan keputusannya. Namun setiap kali itulah abah menitip pesan, “Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan ada kalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata. Kalau adik tidak rasai kesulitan hari ini, adik tidak akan rasai kemanisan kemudian hari.”

Ah! Abah hanya tahu berfalsafah, bukannya mahu memahami masalah. Semenjak itu dia tidak lagi mahu berbicara dengan abah apabila menghubungi keluarga.
Terasa marahnya pada abah kian membara.

TIGA

Ramadan yang bertandang menyingkap hikmah keputusan abah. Dia mula sedar bahawa abah tidak pernah silap dalam menentukan masa hadapannya. Orang tua biasanya menilai sesuatu berdasarkan mata dan imannya, sedang orang muda hanya menilai melalui matanya sahaja. Bukankah orang tua sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka?

Ternyata Ramadan di situ lebih meriah daripada Aidilfitri di bumi Malaysia. Dari celah fanus yang bergantungan pada setiap penjuru rumah dan bangunan-bangunan bagai terasa cahaya pembentukan syakhsiah yang mulia. Meski pernah diajar abah suatu ketika dahulu, dia kini kembali melazimi amalan menjaga solat lima waktu berjamaah, bertadarus al-Quran, berzikir - memperbanyak selawat ke atas Nabi saw, solat tarawih, berqiamullai dan muhasabah diri. Saat itu, jiwanya hidup atas kebesaran Tuhan yang selama ini dibutakan.

Pada kemerduan alunan mashaf yang dibacakan dalam sembahyang membuatkan jiwa rohaninya betul-betul mempunyai keterikatan pada Allah swt. Marahnya pada abah lebur dalam satu juz alunan Al-Baqharah. Meski kaki terasa penat, nafas terasa lelah berhimpitan, dia tegak berdiri, sedikit pun tidak berganjak meninggalkan saf. Dia jadi cermat memandu emosi agar tidak keluar dari saf akal yang dibumbu nafsu.

Pada maidah ar-rahman yang dijamah, dia temui keteguhan ukhwah, sifat meringankan beban yang susah dalam huluran sedekah.

Betapa besar limpahan nikmat dan kasih sayang Tuhan yang terkandung dalam hidup yang diberkati. Dan dia cukup tahu, ia tidak datang begitu sahaja. Perlu ada usaha dan kesungguhan mendapatkannya. Melalui hari-hari Ramadan, berembesan manik jernih dia mensyukuri hidup di lantai Kaherah.

Benar abah tidak salah, dia yang silap memahami. Pada debu pepasir yang menjerba dia menilai ketulusan keputusan abah, menyalin ketabahan tentera Islam yang menjulang panji kemenangan dalam peperangan Badar 17 Ramadan 2 Hijrah. Jumlah seteru yang jauh lebih besar bukan bermakna mereka akan tewas, sedang senjata manusia beriman adalah doa pengharapan kepada Tuhan Yang Esa. Begitu dia mencantum persamaan; kerumitan yang wujud bukan penyebab dia berputus asa. Dia mahu lahir sebagai pejuang di bumi kelahiran Musa as.

EMPAT

Dia tercegat di kaunter bagasi. Menanti ketibaan barang-barang yang di kargo sebelum berlepas kelmarin sambil rongga trakea menyedut dalam-dalam oksigen tenang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Aromanya yang jauh berbeza dengan geger kota Kaherah mengundang ketenteraman jiwa.

Kedengaran pengumuman ketibaan bagasi. Kelibat barang-barang yang berpusing memakai tanda CAI - KUL jelas di hadapan. Kira-kira 15 minit dia akan menaiki train ke balai ketibaan cukup untuk dia melangsai zikir dan doa penghujung Syaaban melangkaui angka puluhan. Sesekali korneanya menangkap isi kandungan telegram abah di tangan.

Tiba di balai ketibaan, abah sudah menanti.

“Assalamualaikum, bakal pejuang.” Abah menghulur tangan. Dia menyambut kejap membawa ke hidung. Tubuh abah dirangkul erat bersulam rasa terima kasih yang sarat.

“Bagaimana sekarang?”

“Alhamdulillah, semakin baik. Berkat kedatangan Ramadan terdahulu adik sudah boleh menyesuaikan diri. Banyak perkara yang dipelajari. Kesulitan mengajar manusia bahawa lorong seorang pejuang jalannya berliku.” Abah tersenyum. Rangkulan terlerai, rindu berpapasan pergi.

“Baguslah. Abah dengar, durian yang ditanam masak elok di padang sahara. Bau yang enak belum tentu menjamin isi dalamnya. Manalah tahu enak hanya pada baunya, tapi isinya lompang. Bagi memastikan, abah mahu belah dan rasai manis ranumnya.” Dia mencenung abah dengan cepu kepala masih terisi tanda tanya.

Kepulangan dia ke tanah air setelah hampir tiga tahun bermukim di bumi Musa atas permintaan abah. Apabila ditanya, jawapan abah tetap macam dahulu sarat dengan falsafah yang memerlukan kepada tafsiran kata-kata lain. Berpaling pada ibu, ibu segera menyatakan yang abah mahu rasai pengalaman Ramadan bersamanya.

LIMA

Petang menjelang Ramadan di kampung, abah membawa dia menjenguk madrasah. Memperkenalkan pada Imam tua di kampung. Abah bersungguh-sungguh membantu jamaah madrasah bergotong-royong membersih madrasah yang sederhana besar kawasannya.

“Sudah lama madrasah ini sunyi Haji, elok juga kalau kedatangan Ramadan kali ini diserahkan pada orang muda. Saya pun sudah terlalu tua, kalau mengajar orang-orang kampong sudah jemu. Untung ada orang muda. Orang muda ni lain Haji, kudrat kuat, akal pun cerdas. Tambahan pula mengaji di Negara Arab, banyak yang tersimpan dalam kepalanya tu.” Senyum abah melebar mendengar kata-kata Imam Sidek, sedang dia berkordial di tangkai hati masih cuba memahami falsafah abah kelmarin.

Ramadan musim itu dia diawasi abah. Waima tidak semeriah di Kaherah, Ramadan tetap indah bersama abah. Rutinnya banyak dihabiskan di madrasah. Sebelah pagi sesudah subuh, memberi kuliah. Menjelang tengah hari, dia disuruh abah membetulkan bacaan al-Quran penduduk kampung. Manakala apabila sore menjelang, dia akan mengepalai majlis tadarus al-Quran. Kala malam menjelma dia mengimami sembahyang Tarawih dalam qiraat Hafs satu juz satu malam. Usai tarawih abah merencana kelas agama untuk dia kendalikan bagi santapan penduduk.

Masanya banyak dihabiskan bersama abah. Jika dia mengendali kelas, abah akan duduk di belakang jemaah. Terkadang, iris dan korneanya menangkap senyum di bibir abah dari kejauhan.

ENAM

“Kenapa tidak kejut abah tadi?” Abah baru selesai berwuduk menyua pertanyaan kepadanya sebelum tertib mengangkat takbiratul ihram.

“Adik ingat abah tidak mahu qiamullai,” dia menjawab tenang keharuan dengan kesungguhan abah mahu merebut malam Lailatul Qadar di akhir sepuluh Ramadan.

“Adik lupa, Nabi bersabda: Siapapun mengintainya, maka hendaklah dia mengintai pada malam ke dua puluh tujuh.”

Dia mengangguk memahami maksud abah. Meniti malam-malam terakhir Ramadan adalah kesempatan emas bagi umat Muhammad saw untuk meraih keutamaan ibadah yang sangat istimewa dengan modal ketekunan maksimum. Dan keutamaan yang istimewa itu dilipat gandakan pahala ibadah seribu bulan.

Dia menyeka kolam mata dengan kura tangan apabila mendengar patah-patah bicara abah menitip doa dan munajat yang diiringi empangan jernih yang pecah. Terasa dekatnya abah dengan Allah SWT sebagaimana dia mencari diri di permulaan Ramadan di bumi Kaherah. Cukup besar harapan dia agar doa dan munajat abah dimakbulkan dengan keberkatan sepertiga malam di hujung Ramadan yang berlimpahan rahmat.

“Ramadan hanya tinggal sehari. Esok atau lusa kita akan beraya. Entah bertemu lagi dengan Ramadan atau tidak di tahun akan datang. Sayang, biarpun ramai yang mengetahui kehebatan bulan ini tetapi kesempatan Ramadan hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tujuh hari kita berpuasa sudah banyak kempen menyambut hari raya.” Kata abah kedengaran di telinganya apabila lembar mashaf ditutup. Cerlang matanya dihalakan pada abah mohon pengertian.

“Keingkaran manusia terhadap agama hari ini adalah akibat daripada keterasingan agama dalam kehidupan alamiah, sehingga manusia tidak merasakan erti agama kecuali dalam sembahyang Jumaat, ketika azan dikumandangkan dan ketika Ramadan.”

“Maafkan abah kerana pernah memaksa adik akur pada kehendak abah.”

TUJUH

“Adik, waktu berbuka hampir tiba.” Lembut suara ibu singgah di corong telinganya. Dia mengangkat wajah lalu sinar matanya mengambus dua musim Ramadan yang berlalu bersama abah dan pengalaman di lantai Kaherah.

Dia duduk membetulkan posisi tafakur memperkemas layar ingatan pada seraut wajah yang telah pergi. Moga dua musim Ramadan yang berlalu tidak sekadar mentradisikan agama. Mengakui kata-kata abah, agama bukan falsafah. Tetapi dengan merenungi falsafah akan bertambahlah iman dan agama seseorang.

Dia menghantar gugusan doa dan jambangan al-Fatihah untuk abah pada malam terakhir Ramadan. Syawal kali ini terasa pilu tanpa kehadiran abah.

Glosari:

Fanus: lampu yang dinyalakan oleh masyarakat Mesir di rumah-rumah atau bangunan bagi meraikan kedatangan Ramadan.

Maidah ar-rahman: juadah berbuka puasa yang disediakan oleh golongan tertentu di Mesir bagi menjamu tetamu terutamanya orang asing.

BIODATA

SAMMAITUHA NAJWA, nama pena bagi Siti Khadijah Abd Ghaffar yang dilahirkan di Negeri Sembilan dan kini menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Menulis dalam genre puisi dan cerpen. Karyanya pernah mendapat tempat dalam Berita Minggu, majalah Tunas Cipta, Nur dan Dara.com, serta radio IKIM.fm. Beberapa karya beliau turut dimuatkan dalam Antologi Cinta Dan Rona Kinanah, Komik Lagenda, Gema Negeri, Suara Kampus, Warta dan Suara Hewi serta Pertubuhan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Beliau adalah peserta Bengkel Penulisan Musim Panas Karyawan Muda Luar Negara 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Butiran selanjutnya ...

Bimbing anak perubahan baligh, elak kes seksual

Allahyarhamha Nurin Jazlin

Assalamualaikum warahmatullah,

DALAM mendidik anak, adalah kurang bijak jika anda membuat perbandingan antara zaman anda dan anak anda membesar. Persekitaran hari ini banyak berubah. Mahu atau tidak kita harus akui kanak-kanak hari ini membesar dalam persekitaran yang sangat mencabar. Jika dulu, anda boleh berjalan kaki sendirian pada waktu malam untuk mengaji al-Quran di rumah jiran, tetapi hari ini adakah anda bersedia melepaskan anak anda melakukan perkara yang sama? Apa yang pasti, anda akan menghantar dan menjemputnya.

Hari ini, soal keselamatan anak tiada kompromi. Walaupun anda mudah membuat tanggapan anak kecil tidak memahami ketakutan atau kerisauan anda berhubung keselamatan mereka, tetapi pernahkah anda memberinya peluang untuk memahami perasaan itu? Pernahkah anda cuba memberitahunya mengenai ketakutan anda pada jenayah seksual terhadap kanak-kanak? Jika anda merasakan dia belum bersedia, anda perlu memikirkannya sekali lagi.

Mengambil data daripada Jabatan Keadilan Amerika, 67% mangsa serangan seksual adalah kanak-kanak manakala kajian pada 2000 oleh National Center for Victims of Crime menunjukkan 33% anak gadis dan 16% budak lelaki didera secara seksual sebelum berusia 18 tahun.

Di Malaysia, mungkin tiada statistik khusus untuk jumlah mangsa deraan seksual membabitkan kanak-kanak, tetapi mengambil kira kes yang menimpa Nurin Jazlin Jazimin, 8, dan Nurul Huda Abdul Ghani, 10, dan pelbagai lagi kes kematian tragis membabitkan anak kecil, angkanya mungkin menggerunkan.

Ia seterusnya menjadi keperluan untuk ibu bapa jangan mengambil mudah mengenai keselamatan anak. Ajar anak untuk bertindak jika berhadapan dengan mereka yang mencurigakan dan cuba mengeksploitasi secara seksual.

Kadangkala mereka yang melakukan deraan seksual kepada anak anda mungkin mereka yang anda kenali dan anda percayai. Mereka juga rapat dengan anak anda membuatkan anak takut untuk memberitahu sesiapa. Ada juga kes penderaan seksual dilakukan oleh mereka yang anak anda kenali. Ada kalanya dilakukan oleh orang asing. Ada juga kes, mereka didera secara seksual oleh kanak-kanak lain yang lebih tua daripada mereka. Dia mungkin ahli keluarga atau jiran tetangga.

Membincangkan soal seksualiti atau penderaan seksual dengan anak mungkin sesuatu yang tidak selesa. Bagaimanapun, ia mesti dilakukan untuk kebaikan anak anda. Oleh itu lakukan dengan baik antaranya:
  • Rancang masa yang baik untuk anda duduk berbual dengannya.
  • Jelaskan kepada mereka Allah menciptakan tubuh badan mereka dengan segala keistimewaan. Bagaimanapun, keistimewaan itu adalah sangat peribadi dan hanya untuk dirinya sendiri.
  • Jelaskan kepadanya bahagian anatomi yang bersifat sulit dan peribadi. Jika anak masih kecil, jelaskan keadaan ini ketika mandi. Jika dia gemar mandi di kolam renang, katakan kepadanya bahagian yang dilindungi pakaian renang adalah sulit dan peribadi.
  • Beritahu padanya tidak ada seorang pun boleh menyentuh bahagian peribadinya walau apa pun alasannya. Katakan kepadanya, anda akan sentiasa melindunginya dan beritahu jika ada sesiapa cuba menyentuh bahagian itu.
  • Elakkan menjawab terlalu banyak soalan.
  • Yakinkan dia anda menyayanginya dan sentiasa akan melindunginya.

Jika anak anda memberitahu dia didera penting untuk anda :
  • Percaya padanya - biasanya kanak-kanak tidak akan berbohong mengenai penderaan
  • Biarkan dia bercakap - tetapi jangan paksa dia memberikan data terperinci jika dia tidak mahu
  • Jelaskan padanya apa yang berlaku adalah salah pendera dan dia tidak bersalah
  • Katakan padanya dia membuat perkara yang betul dengan memberitahu anda dan dia selamat sekarang
  • Dapatkan bantuan profesional seperti polis dan doktor
  • Dapatkan sokongan untuk diri anda sendiri - bercakap dengan ahli keluarga atau kawan yang anda percaya dan dapatkan bantuan profesional mengenai perasaan anda.

FAKTA : antara simptom anak alami penderaan seksual
  • Ketika berbual, uji reaksinya jika ada orang dewasa yang memintanya menyimpan rahsia
  • Menggunakan perkataan berbau seks yang tidak sepadan dengan usianya
  • Dia mengasingkan diri dan murung tanpa sebab yang kukuh
  • Mengadu mengenai kesakitan atau bengkak pada bahagian sulit
  • Jika dia tidak kencing malam, dia akan mula kencing malam atau tidurnya terganggu
  • Tidak mahu ke sekolah
  • Bersikap agresif
  • Menyakitkan diri sendiri
  • Tidak mahu menghampiri seseorang yang dulunya dia senangi.
  • Tidak mahu bersendirian dengan orang dewasa
  • Takut pada orang dewasa atau mereka yang lebih tua daripadanya.

Butiran selanjutnya ...

Elak dekorasi bahayakan anak



ANAK yang baru bertatih sering terjatuh.

Kecederaan di rumah yang membabitkan kanak-kanak ada kaitan dengan umur mereka

MENGIKUT kajian, kecederaan yang dialami kanak-kanak terutama berumur satu hingga dua tahun sering terjadi di rumah. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah selamat dan memastikan dekorasi dan hiasan dalaman mengambil kira perkembangan anak-anak. Bagaimanapun, kita sering mendengar ibu bapa tidak tahu mengendalikan
anak-anak dan menghadapi sebarang kemungkinan apabila berlaku kemalangan seperti anak terjatuh.

Pakar Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata, kecederaan di rumah yang membabitkan kanak-kanak ada kaitannya dengan umur mereka. Katanya, kebanyakan kejadian yang berlaku membabitkan kanak-kanak berusia dua tahun kerana ada kaitan dengan keupayaan dan kebolehan mereka merangkak, berjalan dan memanjat ke tempat berbahaya.

JANGAN biarkan anak memanjat

Sifat untuk mengetahui sesuatu yang baru serta kecenderungan memasukkan benda ke dalam mulut menyebabkan mereka paling berisiko mendapat kecederaan atau terjatuh. Dr Zulkifli berkata, dalam kebanyakan kes kecederaan atau terjatuh, ibu bapa tidak tahu bagaimana mengendalikan situasi apabila anak mereka terjatuh atau cedera. Katanya, kekurangan pengetahuan mengenai bantuan kecemasan menyebabkan kebanyakan kes kecederaan membabitkan kanak-kanak lambat dirujuk kepada wad kecemasan sehingga menyebabkan kecacatan kekal dan lebih teruk tidak dapat diselamatkan.

Apakah yang ibu bapa boleh lakukan jika anak terjatuh? Tindakan pertama adalah mengesan tanda kecederaan dan luka yang dialaminya.

Bagi kes pendarahan ibu bapa dinasihatkan membawa segera ke klinik atau hospital terutama jika anda tidak tahu bagaimana menghentikan pendarahan itu.

Jika anak terjatuh, bilakah masa yang sesuai dibawa ke hospital atau klinik?

Kanak-kanak yang baru belajar bertatih sering kali terjatuh jika tiada kecederaan serius atau pendarahan tidak perlu di bawa ke hospital. Namun, jika anak anda menunjukkan tanda seperti kekejangan, muntah berterusan, meragam lebih daripada biasa dan tidur terlalu lama, segera bawa mereka ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Pencegahan: Terjatuh, bagi bayi dan kanak-kanak

· Memasang pagar keselamatan pada tangga

· Elakkan penggunaan walker (alat bertatih) yang beroda

· Awasi anak anda apabila ia mula belajar satu pergerakan baru seperti merangkak, memanjat dan lain-lain

· Bayi sepatutnya tidur di katil bayi atau pun di atas lantai. Ini adalah kerana bayi lebih cenderung berguling

· Pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak cenderung memanjat. Jadi jangan letakkan barang-barang yang boleh dipanjat berhampiran dengan tingkap. Awasi sepenuhnya aktiviti yang mereka lakukan.

· Cepat bersihkan lantai jika tertumpah sesuatu

· Simpan semua hamparan atau permaidani yang dilipat. Pastikan benda-benda itu tidak bersepah di atas lantai.

· Simpan pisau dan segala objek tajam di tempat selamat, yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.

· Jangan tinggalkan bayi bersendirian di katil, sofa atau meja menukar lampin. Jika hendak menjawab telefon atau membuat kerja lain, bawa bayi bersama.

· Pastikan tangga tidak gelap dan tiada barang bertaburan dan ingatkan anak-anak kawasan tangga bukannya tempat bermain.

· Gunakan pagar keselamatan di atas dan di bawah tangga untuk mengelakkan anak daripada turun naik tangga sesuka hati.

· Jauhkan anak daripada bermain di beranda atau bumbung rumah.

· Jauhkan perabot dari tingkap kerana anak boleh memanjat perabot yang berhampiran.

· Jangan tinggalkan anak yang berumur satu hingga dua tahun di dalam bilik mandi bersendirian. Pastikan jubin bilik mandi daripada jenis yang tidak licin.

· Alat bertatih (walker) berbahaya jika anak tidak diawasi. Alat ini tidak akan mempercepatkan anak mula berjalan.

· Jika buai sarung digunakan, pastikan anak berumur kurang daripada 6 bulan, alaskan lantai di bawah buai dengan tilam atau bantal, jangan beli buai yang beroda dan anak-anak lain tidak bermain berhampiran dengan bayi di dalam buai.

Tip Dipetik daripada buku Penyakit Kanak-kanak A-Z- Panduan untuk Ibu Bapa oleh Dr Iean Hamzah Sendut & Prof. Dr Zulkifli Ismail ISBN 981-204-584-8 (tahun 1996).

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Februari 25, 2008

8 Ways to Be a Better Parent

Good news: It's the little things that really make a difference.



1. Avoid Comparisons and Labels

You want to be the kind of parent who takes the time to instill in your child good manners, habits, and behavior. But how? And with controlled chaos ruling the day, every day, when? Relax: Good parenting happens in real time, on the spot, and in the moment. The trick is recognizing those moments when your actions and reactions can help your child learn and grow in the best possible ways. Here's help from top parenting experts -- and a few real moms.

Be Careful of Comparisons -- and Labels

Your best friend's 8-month-old son is babbling, while your daughter, at 9 months, is silent by comparison. Is there something wrong with your child? While it's never a bad idea to express your concerns to your pediatrician, don't equate developmental milestones with developmental deadlines. "Babies develop so rapidly that one set of abilities is bound to develop faster than another," says Harvey Karp, MD, author of The Happiest Toddler on the Block (Bantam), also available on DVD. "Look at your whole baby" when evaluating development, he suggests, a strategy that holds true for toddlers too: one 3-year-old may have fine-motor-control skills, handling a crayon with dexterity, for instance, while another may throw a ball better -- and that's normal.

Taking into account the whole little person means factoring in temperament too. "It's important to consider who your child is, not just his age. For instance, if your child is naturally shy and quiet, it may be that he's not inclined to talk -- not that he can't," Dr. Karp says. "Listen to him at play when he's alone. He may babble happily then."

Among siblings, comparisons can lead to labels. "Our little scholar," you might say of your book-obsessed toddler, or "our wild child," of his energetic sister. Even labels meant to praise your children's differing abilities can be problematic. Siblings sometimes feel that if one brother "owns" the athlete label, the other brother isn't even going to try, for fear of falling short. And that "picky eater" label may fuel the very behavior you'd like to discourage. Sure, there'll be times when you'll find yourself describing your child's likes and dislikes. But when you do so, "reframe" your words, Dr. Karp suggests: try "energetic" (not "wild"), "spirited" (not "hyper"), and "careful" (not "shy").

2. Walk the Talk

Kids watch your every move, and, especially for babies and very young children, parental behavior proves to be far more powerful than words. "You are actually teaching your baby something every minute of the day -- whether you intend to pass along a lesson or not," says Elizabeth Pantley, author of The No-Cry Discipline Solution: Gentle Ways to Encourage Good Behavior Without Whining, Tantrums & Tears (McGraw-Hill). "From how you handle stress to how you celebrate success to how you greet a neighbor on the street, your baby is observing you and finding out how to respond in various situations."

Julie Hughes, of Wilton, Connecticut, was touched when she observed her daughter Amelia, who was 23 months at the time, lovingly mothering her doll, after the birth of Amelia's sister, Jane. "I found Amelia with a pillow on her lap and her baby doll laid across it, pretending to nurse her," recalls Hughes, who was relieved that Amelia was learning about caring for others even without Hughes -- who was busy with three under the age of 4 -- consciously teaching that lesson. "Just having your baby with you as you go through your days provides great opportunities to teach him about life," Pantley says.

3. Let Your Child Make Mistakes



Your 2-year-old is building a tower, and you see that the block he's about to place on top will cause it to come crashing down. Anxious to avoid the crash (and ensuing tears), you stop him from adding the block, explaining that sometimes "one more is one too many." While you're right to prevent accidents that could cause harm, allowing your child to learn from his errors instills the lesson at hand better than an explanation ever could, says Christopher Lucas, MD, an associate professor of child and adolescent psychiatry at the New York University School of Medicine, in New York City.

At a very basic level, this kind of mistake helps a child understand cause and effect. But it's also more emotionally healthy to let your child experience disappointment sometimes -- especially in the form of a toppled block tower -- instead of shielding him from any and all negative events, Dr. Lucas adds.

Similarly, when your baby is mastering how to use a sippy cup or your toddler is learning to dress himself, experts like Dr. Lucas encourage parents to let mistakes happen. Lillian Valentine Hope, mother of 18-month-old Lauren, remembers her daughter's first attempts to drink water from a cup. "The first time, she started gagging a little. My first impulse was to panic and grab it from her," says Hope, who lives in Brookfield, Connecticut. "But I chose instead to say 'It's okay' and 'Let's try it again!' After a few rounds of trial and error and soaked shirts, she was successful." Dr. Lucas says there's good reason for this: "Children learn best on the edge of failure -- that's where the challenge is and where there's the most opportunity for growth."

4. Do Nothing


In fact, let your kids be bored, says psychologist Michael Gurian, author of Nurture the Nature: Understanding and Supporting Your Child's Unique Core Personality (Jossey-Bass). "Their identities emerge when they are left to their own devices. They pick up a pencil and draw or go out in the backyard. They follow their own dreams and thoughts. The activity will be self-directed and will foster self-direction," says Gurian, who adds that this holds true for even young toddlers -- although they will need both supervision and a little support, especially if they tend to fuss and quarrel when they're their own. Set out tools and toys to tempt them: art supplies or a big cardboard box for making a house, for instance.

Mother of two Nina Becker, of Glen Cove, New York, describes the frenzy of activity surrounding the homecoming of her younger son, Kevin, whom the Beckers adopted at 18 months. "At first we were running around with tons of activities," says Becker of her efforts to acclimate Kevin to every aspect of his new environment. "But then it seemed both boys weren't happy with other kids around. I canceled all playdates. I stopped scheduling, so we could all have fun together on our own terms."

A couple of considerations for unplanned, at-home time: TVs and computers should be off-limits. But if your child suggests you play a game together, by all means say yes. "That's child-directed family time, and that's awesome," Gurian says. The bottom line: Strive for a balance between planned activities and downtime, and everyone -- kids and parents alike -- will be happiest.

5. Reconsider Your Use of Food to Comfort or Praise

Even the youngest baby will start to equate comfort with consuming if the bottle is always offered to quiet crying. So will the toddler who is habitually given apple juice after a fall or a cookie for good behavior, says Dr. Karp, who adds that what a child seeks -- and what is important to give -- is your attention, pure and simple.

"Even very young children are wired for social relations," Dr. Karp explains. For them, parental attention is about more than just "getting enough" -- it means everything in the world to them. Your attaching a treat to the deal alters that perception. "You're demonstrating that an object or sweet has more merit and value than does a simple hug and a smile," says Dr. Karp, allowing that the occasional bending of this rule is to be forgiven. "Sure, pull out the big guns when you really need them. Your child has a tantrum in the grocery store? By all means, offer her a cookie. And it will really work then, because you haven't overused it."

6. Look Behind "Bad" Behavior


At some point your child will break every rule you make. But if you react to each infraction with the same show of disapproval -- Mommy's mad; he's in the time-out chair -- he may not reach an understanding of what prompted the rule-breaking behavior in the first place.

Simply put, your child's "misbehavior" is a direct result of the fact that he cannot control his emotions -- and it is one of parents' most important tasks to teach their children how to do just that. "Your child doesn't whine and have temper tantrums because he is trying to manipulate you. He isn't purposely being 'bad,'" says Pantley, who calls emotion-fueled outbursts on the part of very young children "biologically, psychologically, and absolutely normal."

So while you may well impose the appropriate disciplinary measure (that time-out, for instance), a calm and compassionate conversation is important too. Ask your child questions, and provide suggestions, Pantley suggests: "Your sister is crying because you took her bear. What will make her feel better? Do you think you can help her bear give her a hug?"

7. Trust Your Gut

Your intentions are good. In an effort to make the best choices for your child, you read up on how to impose just the right nap schedule, adhere to the appropriate amount of television viewing, and calibrate the best nutritional balance of protein, fats, and carbs. Trying to get it all right can be exhausting, and you're sometimes plagued with guilt that you haven't lived up to these standards. Sound familiar? The truth is, there are a lot of experts out there -- and far too much advice, some of it conflicting. "No one knows your child better than you do," says Gurian, who encourages parents to trust their own instincts.

For example, do you sense intuitively that a baby music class will be difficult for your 10-month-old son, who wails when forced to sit still for even short periods? Then skip it. Ditto the reading-readiness software program that while loved by the neighbor's 3-year-old is not a hit with your own. "Your child may not enjoy instruction at the age of 3. She may get frustrated and turned off. Your gut may be telling you that she'd get more out of doing something else with her time: playing, for example," says Gurian, who encourages parents to avoid the trap of opting for too much too soon out of an anxiety that their children will "fall behind." And, good news: There's a benefit for you, too, in taking this approach. "When parents reclaim control over the decision-making process, they feel liberated," Gurian adds. "They knew what to do; it was in their gut somewhere."

8. Be Ready to Embrace Change


A baby who once loved an activity now rejects it. Parents can be quick to assume that something's wrong when, in fact, it may be that he's matured. While measuring your child's outward signs of growth in inches and on the scale, remember that he is making strides on the inside too -- emotionally and cognitively. The parents' role as their children evolve from infants to toddlers and beyond? To evolve right along with them.

Lessons Learned - What I Learned from Mom and Dad

Present-day parents reflect on lessons they gleaned as kids.

The Silver Lining

"My mom used to drive me into New York City to see the eye doctor. She always paid for the George Washington Bridge with a $5 bill and got a silver dollar as change, which she let me keep. Afterward, we had hot dogs and a soda -- a special treat. These rituals made going to the doctor more palatable."

-- Bridget Pelosi, of Berkeley Heights, New Jersey, mom to Gavin, 2 1/2, and Peter, 7 months

Table for Two

"For my birthday, my dad would take me to a 'fancy' restaurant for dinner. It was a tradition he carried on with me (and my two sisters) for years. I remember feeling so special having him all to myself for the evening."

-- Erica LePore, Kingstown, Rhode Island, mom to Sadie, 6, Will, 3, and Luke, 1

Change-Up

"My dad emptied his change into a tin, and once it was full he'd tell my brother, sister, or me he had a 'job' for us: to help sort and roll the coins. Then we'd deposit the earnings in our savings account. It was a math lesson, small-motor exercise, and one-on-one time with Dad all 'rolled' into one."

-- Liz Hammel, Weybridge, Vermont, mom to Owen, 8, and Maeve, 5

Sundays with Dad

"My siblings and I spent most Sundays with our dad so our mom could study for graduate school. We'd go to breakfast and the car wash. He worked a lot, so we really cherished this time."

-- Kim Santosky, West Redding, Connecticut, mom to Jack, 1, and Grant, 2 months

All content on this Web site, including medical opinion and any other health-related information, is for informational purposes only and should not be considered to be a specific diagnosis or treatment plan for any individual situation. Use of this site and the information contained herein does not create a doctor-patient relationship. Always seek the direct advice of your own doctor in connection with any questions or issues you may have regarding your own health or the health of others.

Source : Parents.com

Butiran selanjutnya ...

Cara terbaik menghargai isteri

Isteri adalah pelengkap kepada kehidupan sebuah keluarga. Isteri juga adalah pendorong kepada kejayaan suami. Malahan, jika ada kehadiran anak-anak, isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hala tuju mereka dan bagaimana cara mereka membesar.

Kehadiran isteri memang amat diperlukan. Hal ini kerana, walaupun isteri zaman kini bekerja, tanggungjawap terhadap keluarga, suami dan anak-anak tetap ada dan tidak boleh diketepikan. Berbeza dengan suami, mereka masih ada masa untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan atau minum petang di cafe, tetapi bagi isteri, mereka harus memikirkan banyak perkara. Anak-anak siapa hendak jaga? Nasi dan lauk-pauk belum masak, kain belum basuh, baju suami dan anak-anak belum disediakan dan macam-macam lagi.

Sering kali isteri mengeluh sendirian memikirkan hal suami yang seakan tidak memahami hal rumahtangga. Secara keseluruhan, isteri memang sukakan hal remeh-temeh sedangkan si suami tidak. Isteri tidak suka jika suami melonggokkan saja pakaian yang ditanggalkan, sedangkan isteri cukup ‘angin’ bila suami berbuat demikian. Tetapi isteri tidak boleh menderhaka pada suami atau meninggikan suara. Sebab itu, isteri suka memendamkan sahaja dan mendiamkan diri.

Begitu juga suami amat jarang memahami citarasa dan kehendak isteri. Isteri bukan cerewet tetapi jika boleh, mereka menginginkan kesempurnaan dalam kehidupan. Begitu juga dengan isteri, mereka tidak sepenuhnya memahami kehendak suami. Sebab itu, dalam hubungan suami isteri begini, perlu ada pro dan kontra. Barulah dapat menikmati asam garam dalam kehidupan.

Bagi suami, bagaimanakah cara terbaik untuk menghargai jasa dan pengorbanan isteri? Di bawah ini disediakan beberapa panduan berguna agar ia dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bagi suami, hargailah segala pengorbanan dan jasa isteri kerana ia tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Apa yang perlu, tindakan suami diperlukan untuk menggembirakan isteri.

1. Anggap isteri seperti diri sendiri

Semua orang tentu akan merasa bahagia jika dibelai dan diberi perhatian sepanjang masa. Bagi suami, tentu seronok jika kehidupan seharian dijaga oleh isteri dengan sempurna. Makan minum dijaga, pakaian digosokkan, dikasihi, dibelai dan dijaga serta disayangi.

Jadi, anggaplah isteri anda juga menginginkan anda melakukan perkara yang sama terhadapnya. Hargai dan belai isteri anda dengan penuh kasih dan sayang. Semasa bercinta, anda memang dianggap romatis tetapi kenapa selepas berkahwin, segala ucapan dan kasih sayang yang diluahkan seakan hilang? Sepatutnya, semakin hari semakin sayang dan ia akan berkekalan sehingga bila-bila. Ingat, isteri anda adalah cermin diri anda. Ke mana juga anda pergi, dirinya akan bersama dengan anda. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga yang dibina akan bahagia.

2. Ringankan tugas isteri

Mendisiplinkan diri dengan tidak menyepahkan barang atau membuat kotor adalah cara terbaik membantu isteri. Sering kali isteri menrungut (selalunya dalam diam) dek kerana sikap suami yang suka menyepah-nyepahkan barang atau tidak meletakkan sesuatu barang di tempat asal. Bukan susah, jika anda menanggalkan pakaian, apa salahnya gantungkan atau masukkan terus ke bakul kotor. Jangan anda letak di merata tempat sehingga boleh menimbulkan keberangan isteri.

Memang ada segelintir suami yang tidak biasa melakukan kerja rumah malah tidak pernah sekalipun. Mana tidaknya, semasa zaman bujang, segalanya dilakukan oleh ibu atau pembantu rumah. Jadi, bila sudah berumahtangga, mulalah kelam kabut. Jika anda tidak tahu memasak sekalipun, bantulah isteri dengan perkara yang lebih mudah seperti memotong sayur, mencincang bawang, menyiang ikan dan banyak lagi. Jangan sesekali isteri anda sibuk di dapur memasak, tetapi anda seronok goyang kaki di ruang tamu menonton televisyen. Memang tidak patut!

3. Ciuman istimewa untuk isteri

Kuasa ciuman seornag suami memang sangat berkesan. Ia mampu meredakan kepenatan dan kemarahan seorang isteri. Bagi suami, adakah anda ingat , bilakah kali terakhir anda mencium pipi isteri anda? Jangan hanya ketika hari raya semasa memohon ampun sahaja. Itu sudah melampau! Semasa isteri anda tidur, tenunglah wajahnya dalam-dalam dan tataplah dia dengan penuh kasih sayang. Walaupun isteri anda tidak pernah memberitahu anda supaya menciumnya, tetapi bagi suami, kenalah mulakan dahulu. Pasti isteri anda akan tersenyum gembira.

4. Penuhi hajat isteri

Sesetengah suami suka memandang remeh kehendak isteri. Alsan yang sellu digunakan ialah ‘tiada duit’ atau ‘tak cukup duit’. Memang kadang kala jika isteri anda menginginkan benda yang besar dan mahal seperti mesin basuh, kamera, kasut, beg tangan dan sebagainya, anda tidak mampu untuk menunaikannya. Itu tidak menjadi masalah. Apa kata anda kumpulkan wang walaupun terpaksa dalam tempoh jangka masa panjang. Simpan wang sehingga cukup dan anda bolehlah menghadiahkan apa yang isteri anda ingini walaupun agak lambat. Jangan pula anda memarahi isteri anda hanya kerana dia meminta sesuatu yang tidak mampu anda beli. Pujuklah isteri anda dan maklumkan hal sebenar. Jika bajet tidak mencukupi, berterus-teranglah sahaja. Jangan simpan di dalam hati.

Isteri suka jika memperoleh hadiah daripada suami, walaupun kecil. Apa kata anda hadiahkan kerongsang, tudung, makanan dan macam-macam lagi yang anda mampu belikan. Ia sekurang-kurangnya akan membuatkan isteri anda gembira dan tersenyum riang.

5. Pergi bercuti

Ini adalah langkah paling sesuai untuk membawa isteri dan anak-anak beriadah dan menenangkan fikiran. Apa kata, anda mengambil cuti dan bawa isteri berjalan-jalan. Jika bajet anda tidak banyak, tidak mengapa dengan hanya memilih pusat pelancongan berdekatan sahaja. Sekurang-kurangnya, isteri akan mengenangkan saat manis percutian dan menjadikan hubungan anda berdua lebih harmoni dan bahagia.

Butiran selanjutnya ...

Kaitan makanan dengan kesihatan mata


MATA adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan bahagian lain. Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah 23mm. Isipadu bola mata juga hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia dewasa.

Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60, perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia 4 tahun. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan dalam proses tumbesaran manusia, seperti penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan mengganggu perkembangan mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan.

Makanan yang seimbang mestilah terdiri dari tiga kumpulan makanan utama:

1. Kumpulan makanan untuk tumbesaran iaitu makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, kekacang, susu dan hasil-hasil tenusu.

2. Kumpulan makanan yang memberi tenaga iaitu makanan berkarbohidrat dan makanan yang berlemak seperti nasi, bijirin, mi, minyak masak dan marjerin.

3. Kumpulan makanan yang mengelak penyakit iaitu makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Telah diketahui bahawa vitamin, garam galian, protein, karbohidrat, lemak dan air memberi kesan ke atas sistem penglihatan.

VITAMIN A

Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol. Retinol berfungsi ke atas sel-sel yang sensitif pada cahaya di retina. Bersama protein iaitu Opsim, vitamin A akan bergabung membentuk Rhodopsin, pigmen yang sensitif kepada cahaya. Rhodopsin banyak terdapat pada sel-sel rod pada retina. Kekurangan vitamin A yang ketara boleh menyebabkan ‘rabun malam’. Pada sel kon, terdapat satu pigmen iaitu visual violet yang berfungsi untuk penglihatan warna. Vitamin A juga menjadi sebahagian komponen dalam membentuk visual violet ini.

Secara amnya vitamin A perlu untuk membolehkan mata melihat dalam keadaan kurang cahaya, memastikan perkembangan tubuh, memastikan kesihatan kulit dan memperbaharui tisu tubuh.

Dalam bentuk asli, Retinol (vitamin A) boleh didapati dari hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega. Dalam bentuk kedua, vitamin A adalah keratan yang boleh diperoleh dari sayur seperti lobak merah, bayam, kubis dan tomato. Dianggarkan kira-kira 80,000 orang di seluruh dunia mengalami masalah penglihatan akibat kekurangan vitamin A setiap tahun.

VITAMIN B KOMPLEKS

Vitamin B kompleks memainkan peranan penting dalam proses penglihatan. Masalah mata yang dihadapi dari kekurangan vitamin B kompleks termasuklah mata berair, keletihan mata berpanjangan dan sensitif pada cahaya.

Dikenali sebagai Tiamin, viatamin B1 merupakan co-enzim bagi tindak balas pembuangan karbondioksida (CO2). Kekurangan Tiamin akan mengganggu metabolisme karbohidrat serta menyebabkan sakit pada bahagian belakang bola mata. Vitamin B1 boleh didapati daripada yis, bijirin, kacang, daging dan hati.

Dikenali sebagai Riboflavin, vitamin B2 merupakan co-enzim untuk proses pembebasan hidrogen dari pelbagai struktur halus. Pada mata, kekurangan vitamin B2 menyebabkan rasa panas mata dan berkaitan dengan pembentukan katarak. Sumber vitamin B2 ialah susu, putih telur, hati dan sayuran berdaun.

Dikenali sebagai Pirodoksin, vitamin B6 bertindak sebagai co-enzim bagi proses tindak balas pemindahan kumpulan asid amino. Vitamin B6, B15, B2, Vitamin C dan Kolin dipercayai boleh mengehadkan tekanan kepada mata. Sumber vitamin B6 adalah bijirin, hati dan sayur segar.

Dikenali sebagai Sianokobalamin, vitamin B12 berperanan dalam proses pembentukan sel darah merah. Dalam badan manusia, vitamin B12 dihasilkan oleh usus. Pada mata, kekurangan vitamin B12 menyebabkan berlakunya penguraian lapisan yang melindungi hujung saraf. Penguraian ini juga ada kaitan dengan tabiat merokok yang boleh menyebabkan ‘Tobacco Ambyopia’. Sumber vitamin B12 ialah hati, susu, telur dan daging.

ASID FOLIK

Berperanan dalam sintesis beberapa Nukleotid bagi pembentukan protein nuklear dalam proses pembahagian sel dan pembentukan sel darah merah. Sebahagian besar bola mata terdiri daripada protein, maka kekurangan asid folik boleh menjejaskan kesihatan mata. Selain itu kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia (kurang darah) dan pembentukan antibodi yang berkurangan. Sumber asid folik adalah sayur berdaun, hati, cendawan dan yis.

VITAMIN C

Vitamin C boleh didapati dalam bentuk Bioflavinoid dan asid askorbik. Vitamin C perlu di dalam pemakanan setiap hari. Kanak-kanak yang meminum susu botol kurang mendapat vitamin C berbanding dengan susu ibu. Kepekatan vitamin C agak tinggi dalam cecair bola mata iaitu dalam Aqueous dan Vitreous Humour serta kanta mata. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, di mana berlaku anemia, gusi berdarah dan sendi-sendi bengkak dan mudah berdarah. Pada mata, kekurangan vitamin C boleh menyebabkan katarak akibat diabetes. Sumber vitamin C adalah buahbuahan segar seperti limau, sayur segar seperti kubis dan tomato.

VITAMIN D & E

Vitamin D & E mempertahankan struktur sklera mata dan mencegah bola mata dari menjadi tegang dan membesar akibat tekanan intraokular. Jadi ia dipercayai boleh mencegah terjadinya Axial Myopia (rabun jauh disebabkan bola mata membesar dari saiz normal). Sumber vitamin D dan E adalah minyak ikan, kuning telur, susu dan marjerin.

PROTEIN

Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan merupakan bahan asas semua benda hidup. Kekurangan protein akan mengganggu proses tumbesaran pada kanak-kanak. Ia juga boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara kekurangan protein dengan keadaan rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak berlakunya rabun jauh. Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk manusia. Tenaga diperlukan untuk setiap aktiviti sel dalam tubuh, termasuk juga sel pada bahagian mata. Tenaga yang dihasilkan perlu untuk aktiviti hidup manusia. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan rabun jauh pada mata. Sumber karbohidrat adalah nasi, bijirin, gula halus, kanji dan lemak haiwan.

AIR

Air adalah unsur tubuh paling mustahak. Tubuh manusia dibina dengan 60 peratus air. Air merupakan medium untuk sebarang tindak balas kimia dalam tubuh. Air juga akan mengekalkan bentuk sel dalam tubuh manusia.

Antara fungsi air dalam tubuh adalah memberi bentuk dan struktur kepada tubuh, sebagai medium bagi kitaran metabolisme sel danmenstabilkan suhu tubuh.

Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukan setakat perlu untuk kesihatan mata, tapi ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal dan mental manusia.

Butiran selanjutnya ...

Ramai wanita alami hilang kawalan pundi kencing

Kerap angkat benda berat, lahirkan anak atau sudah putus haid berisiko alami masalah urine incontinence

HILANG kawalan pada pundi kencing adalah masalah biasa dialami wanita. Bukan saja wanita yang sudah putus haid atau melahirkan anak, ada kalanya masalah ini turut dialami wanita muda yang belum berkahwin.


Masalah hilang kawalan pada pundi kencing atau disebut sebagai urine incontinence (UI) memang memalukan dan ada kalanya menyusahkan.

Walaupun UI dialami ramai wanita, masalah ini masih sukar ditangani sepenuhnya kerana wanita selalunya malu untuk berjumpa doktor. Selain kerap dirujuk kepada doktor urologi yang kebanyakannya lelaki, mereka yang mengalaminya juga berasakan UI masalah kecil malah ada yang beranggapan ia perkara wajib dalam 'senarai' proses penuaan. Malangnya, andaian itu tidak benar


Pakar Perunding Perbidanan dan Uroginekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Seri Suniza Sufian, berkata UI terbahagi kepada tiga jenis, iaitu tekanan (stress incontinence), terdesak (urge incontinence) dan pundi kencing yang terlalu aktif (over active bladder).

"Walaupun nampak remeh tetapi ia adalah masalah besar terutama bagi wanita Islam kerana menyukarkan mereka untuk bersembahyang, apatah lagi jika terkucil setiap kali ketawa atau bersin," katanya.

Dr Seri Suniza berkata, wanita yang kerap mengangkat benda-benda berat, melahirkan anak atau putus haid, lebih berisiko mengalami UI.

"Jumlah wanita yang mengalami UI juga adalah dua kali ganda lebih ramai daripada lelaki terutama wanita berusia.

"Lelaki yang mengalami UI pula adalah

lelaki yang bermasalah dengan kelenjar prostat," katanya.

Beliau berkata, UI terjadi kerana otot pelvis dan saraf yang membantu menahan atau melepaskan air kencing terganggu. Biasanya otot itu mengendur.

KEHAMILAN antara faktor hilang kawalan pundi kencing.

Dr Seri Suniza berkata, selalunya UI bermula dengan kekerapan membuang air kecil dalam sehari.


"Biasanya, kebanyakan kita membuang air kecil lapan kali sehari. Bagi mereka yang mengalami UI, kekerapan membuang air kecil adalah dalam tempoh 35 hingga 40 minit sekali. Walaupun UI jarang dikaitkan dengan penyakit kronik, tetapi ia memalukan," katanya.

Jenis-Jenis UI

a) Tekanan (stress incontinence)

Terjadi apabila bersin, ketawa, batuk, berjoging atau perkara-perkara lain yang meletakkan pundi kencing dalam keadaan tertekan. Ia adalah masalah hilang kawalan pundi kencing yang paling biasa dialami wanita.

b) Terdesak (urge incontinence)

Selalunya anda akan berasa terlalu ingin membuang air kecil hingga menyebabkan anda terkencing sebelum sempat sampai ke tandas. Dalam keadaan ini, otot pundi kencing mengecut dan hanya memberi anda isyarat hendak kencing beberapa saat atau minit saja. Dalam kes seperti ini, anda juga kerap kencing. Pada waktu malam, rasa ingin kencing itu juga menyebabkan anda terjaga daripada tidur beberapa kali. Ada juga mereka yang berasa terlalu ingin kencing walaupun hanya meminum sedikit air. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan salur kencing selain masalah pada usus atau sistem saraf yang dikaitkan dengan penyakit lain seperti parkinson atau sclerosis pelbagai (MS).

c) Pundi kencing terlalu aktif

Kategori ini terdiri daripada beberapa lagi jenis UI antaranya kencing yang kerap dan banyak (overflow) dan kekerapan bangun malam untuk membuang air kecil (nocturia incontinence). Selalunya, masalah ini disebabkan saraf menghantar isyarat kepada pundi kencing pada masa yang salah. Ini menyebabkan otot mengecut tanpa amaran.

Punca UI

UI bukan penyakit tetapi simptom. Ia menandakan masalah lain tetapi boleh dipulihkan. Selain masalah jangkitan pada salur kencing dan sembelit, UI juga boleh disebabkan gaya hidup seperti pengambilan minuman beralkohol, berkafein, pengambilan ubat-ubatan dan kecederaan. Selain itu, UI juga boleh disebabkan oleh kehamilan dan melahirkan anak.

Rawatan

Tidak semestinya setiap masalah UI perlu ditangani dengan pembedahan, sebaliknya memantapkan otot pelvis dengan membuatkan fisioterapi dan mengambil ubat-ubatan adalah pilihan utama. Secara umum ada beberapa cara rawatan selain pembedahan.

a) Perubahan gaya hidup

Elakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat selain kurangkan meminum air jika anda mengambil air terlalu banyak dalam sehari.

b) Senaman lantai pelvis

Di kalangan orang Melayu, senaman kemut memang cukup dikenali sebagai rawatan otot lantai pelvis yang kendur. Senaman ini akan membantu menguatkan otot pelvis dan mengawal pundi kencing.

c) Latihan pundi kencing

Melewatkan kencing selepas rasa terdesak untuk berbuat demikian. Mulakan dengan cuba menahan 10 minit setiap kali terasa desakan untuk kencing. Tujuan bagi memanjangkan selang masa setiap kali anda ke tandas untuk dua hingga empat jam.

Sumber: BH, oleh Hafizah Iszahanid

Butiran selanjutnya ...

Q&A: Isteri sara suami mohon fasakh

Isteri sara suami mohon fasakh

Soalan
SAYA berusia 32 tahun, bekerja di pejabat manakala suami pula menganggur selama lebih tujuh tahun. Oleh kerana tidak tahan dan malu dengan sikapnya yang enggan bekerja saya terpaksa keluar dari rumah mertua dan menyewa bilik seorang diri. Suami masih tinggal bersama keluarganya sendiri.

Semua perbelanjaan rumah, kereta dan pakaiannya saya yang sediakan. Malah wang sakunya pun dia minta daripada saya. Akhirnya, saya membuat tuntutan cerai ke atas suami saya di pejabat agama, tetapi suami enggan menceraikan saya. Sudah banyak kali kami berulang ke pejabat agama untuk menyelesaikan masalah ini, namun tidak berhasil.

Sehingga kini sudah hampir 11 bulan saya hidup menyendiri. Setiap kali saya ajukan perkara ini pada suami, dia buat endah tak endah. Apakah yang patut saya lakukan? Tidak adakah cara saya menuntut keadilan?

- Delinda Naseem,

Kangar, Perlis.

Jawapan

Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab dan hak masing-masing yang perlu ditunaikan dan dipenuhi di antara satu sama lain. Suami bertanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri semasa dalam perkahwinan dan menjaga kebajikan serta permasalahan isteri.

Sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarga (isteri, anak dan kerabat). Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku."

Sikap suami yang enggan bekerja dan menganggur selama lebih tujuh tahun membuktikan yang dia telah abai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Walaupun suami puan enggan menceraikan, puan masih boleh meneruskan tuntutan untuk bercerai dengan terus mendaftarkan tuntutan di Mahkamah Rendah Syariah Perlis. Puan boleh membuat permohonan untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh sebagaimana termaktub dalam peruntukan Seksyen 52 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Perlis) 1999.

Dalam peruntukan Seksyen 52 Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Perlis) 1999, menyatakan bahawa seorang perempuan yang telah berkahwin mengikut hukum syarak berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut:

*Bahawa suami tidak diketahui tempat tinggalnya selama lebih daripada setahun.

*Bahawa suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.

*Bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

*Bahawa suami telah tidak menunaikan kewajipan perkahwinan (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.

*Bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

*Bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

*Bahawa apabila isteri dikahwinkan, dia belum mencapai umur 16 tahun dan dia menolak perkahwinan tersebut sebelum dia berumur 18 tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya.

*Bahawa suami telah menganiaya isteri. Ia juga boleh bermaksud bahawa:

* suami telah sentiasa lazim menyakiti atau telah menjadikan kehidupan isteri menderita; atau

* suami telah berkawan dengan wanita yang tidak baik mengikut hukum syarak; atau

suami telah memaksa isteri hidup secara lucah; atau

* suami telah melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan haknya ke atas harta tersebut; atau

* menghalang isteri daripada menjalankan kewajipan atau amalan agama; atau

* jika suami berpoligami, dia telah tidak melayani isteri secara adil menurut hukum syarak.

*Bahawa walaupun belum empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi kerana suami telah enggan bersetubuh dengan isteri.

*Isteri tidak merestui perkahwinan di antara mereka, sama ada kerana isteri telah dipaksa untuk berkahwin, tidak sempurna akal atau perkara lain yang diakui hukum syarak.

*Isteri menghadapi penyakit kurang siuman.

*Apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinan di bawah hukum syarak.

Puan boleh memfasakhkan perkahwinan puan sebagaimana termaktub dalam seksyen 52 tersebut dengan sebab suami puan telah cuai menyediakan nafkah selama tempoh lebih daripada tiga bulan, malah puan pula yang menanggung suami.

Borang permohonan fasakh boleh didapati dari kaunter pendaftaran mahkamah secara percuma. Jika puan memerlukan bantuan untuk mengisi borang permohonan tersebut, mungkin pegawai mahkamah boleh membantu. Puan juga boleh meminta bantuan daripada petugas di Pusat Bantuan Guaman yang beralamat di 24, Tingkat Atas, Medan Raja Syed Alwi, Kangar.

Adalah penting untuk puan mengetahui alamat tempat tinggal suami puan yang tepat untuk diisi dalam borang permohonan tersebut, kerana ini dapat memudahkan Mahkamah menghantar saman berkenaan permohonan puan untuk memfasakhkan perkahwinan kepada suami.

Permohonan puan perlu didaftarkan di mahkamah dengan bayaran sebanyak RM49. Selepas 21 hari dari tarikh permohonan puan didaftarkan, mahkamah akan menetapkan tarikh pertama untuk mendengar permohonan tersebut.

- PERTUKARAN ALAMAT

Sisters In Islam telah berpindah ke alamat berikut:

No 7, Jalan 6/10, 46000

Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-7785 6121/7784 2733/ 7784 4357

Faks: 03-7785 8737

RAZLINA RAZALI

Pegawai Undang-Undang

Butiran selanjutnya ...

Kelembutan Penyeri Peribadi

Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata: “Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”

“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”

“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”

“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan. Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”

Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”

Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit keras dan statik. Kurangnya kedinamikan yang boleh melentur hati supaya menyemai rasa berlapang dada dan lebih terbuka kepada salah silap mahupun sikap yang mungkin sedikit keras oleh rakan kita. Syaitan akan lebih mudah untuk meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin membuak-buak api kemarahannya dimangkin oleh hasutan syaitan.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:

“Saya duduk bersama Nabi SAW dan di situ ada dua orang yang saling bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya, yaitu andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu. Orang-orang lalu berkata padanya - orang yang merah padam mukanya tadi: “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.” (Muttafaqun ‘alaih)

Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa: “Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”

Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134: “(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”(Surah ali-’Imran [3]:134)Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis sifat marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri. Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia kembali kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.” (Muttafaqun ‘alaih)


Allah turut berfirman dalam Surah Furqan, “Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu mereka mengucapkan salam).” (Surah al-Furqan [25]:63)

Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara. Hatta khudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.

Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk mengejar manusia dan menulis manusia, dalam keghairahan kita, adakah kita telah mengkorporasi sikap lemah lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu tegas? Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah bersesuaian dan menepati situasi, namun, setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan.

Seseorang itu mungkin mudah terusik atau terguris walaupun kata-kata yang diucapkan langsung tidak mempunyai unsur-unsur kasar mahupun kata-kata tajam yang mampu menusuk jiwa. Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapakan seolah-olah kata-kata yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima. Namun, persoalannya, adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang tersebut. Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah luka perasaan di jiwa ikhwah yang lain. Maka berhati-hatilah dalam usaha kita untuk menegur, malah di kalangan ikhwah sendiri. Jangan semangat yang menjulang tinggi menyebabkan kita kabur terhadap perasaan ikhwah di sekeliling.

Malah Syed Qutb pernah berkata:

“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut. Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”

Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah. Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah.

Rasulullah bersabda: “Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan menyebabkan orang lari.” (Muttafaqun ‘alaih)

Semoga kita lebih peka dengan perasaan dan jiwa sahabat-sahabat kita. Namun, jadikan ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan selalu.

Sumber: Dakwah.info

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Februari 24, 2008

Larangan poligami kerana tamak

Oleh: MAINUMAH (dcckmonaum@hotmail.com)

MINGGU ini saya paparkan e-mel dari Farra Emelia yang cukup menarik untuk kita sama-sama bincangkan, iaitu isu poligami yang menurutnya sangat sensitif kepada kaum wanita khususnya isteri pertama yang merasakan suami adalah hak mutlak mereka seorang, iaitu seorang suami hanya milik seorang isteri.

‘‘Saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan memberikan pendapat berdasarkan kisah benar yang pernah dilalui oleh beberapa orang sahabat, dengan tujuan menyedarkan kaum wanita supaya kembali mengetahui keadaan sebenar, jangan terlalu tamak hanya memikirkan diri sendiri.

‘‘Saya cuba ketengahkan isu ini untuk dibincangkan bersama dengan semangat terbuka dan tidak emosional. Kerana kita sedia maklum tidak ada wanita yang sedia berkongsi suami. Tetapi kalau kita kembali kepada ajaran agama kita tidak akan berasa rugi, malah kita mengetahui mengapa Allah izinkan semua ini terjadi.

‘‘Mula-mula mari kita lihat sekeliling, apabila seorang suami mula menunjukkan minat terhadap wanita lain, maka dengan mudah suami ini akan dilabelkan sebagai lelaki miang, gatal, dan tidak sedar diri, sambil melabelkan wanita atau gadis lain yang ingin dinikahi oleh si suami tadi sebagai perosak rumah tangga orang.

‘‘Sebenarnya wanita lupa akan hak-hak yang telah nyata disebut di dalam al-Quran. Mereka juga lupa bahawa Allah telah menjanjikan ujian demi ujian terhadap hamba-hamba-Nya, lelaki atau perempuan untuk menguji darjah keimanan mereka.

‘‘Tetapi paling menghairankan, ketika kita mengajak kaum wanita dan lelaki memahami manisnya berpoligami atau berkahwin lebih dari satu maka keluarlah isu tentang hak-hak wanita diperjuangkan dan dilaungkan dengan bangga dan kuat sekali oleh kaum wanita lain menentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

‘‘Dengan mudah juga mereka akan melabelkan mana-mana suami yang ingin kahwin lagi sebagai mementingkan hawa nafsu dan diri sendiri sahaja dan tidak pernah menilai pengorbanan yang mereka lakukan seperti melahirkan zuriat, menjaga rumahtangga, membantu suami menambah ekonomi keluarga dan banyak lagi yang merupakan suatu kewajipan isteri.

‘‘Saya ingin bertanya, jika selama ini kaum wanita melakukan semua tugas itu yang merupakan kewajipan mereka dengan ikhlas ‘lillah hi taala’ adakah mereka mesti dibayar semula dengan satu kemestian atau jaminan bahawa suami mereka tidak boleh berpoligami?

‘‘Jika larangan berpoligami menjadi pegangan hidup golongan isteri pertama, maka mereka boleh dikategorikan sebagai orang yang mementingkan diri sendiri, apatah lagi jika mereka sering meminta diceraikan apabila suami ingin berpoligami.

‘‘Apakah wanita sudah lupa dengan hukum Allah yang melarang sama sekali isteri meminta cerai daripada suami kecuali dengan syarat-syarat yang dibolehkan seperti dianiayai atau sebagainya lagi? Dan adakah dengan bercerai anda boleh menjamin ketenangan hati dan kebahagiaan hidup? Kenapa harus bercerai sedangkan anda boleh mengutip banyak saham akhirat melalui perkahwinan?

‘‘Sekiranya isteri pertama tidak dapat menerima hakikat berpoligami maka ia adalah sama dengan menidakkan satu bahagian dalam agama Islam?

‘‘Seorang rakan baik saya pernah berkata... “Aku tak kisah kalau suami aku ada girlfriends keliling pinggang. Asalkan dia tetap balik kepadaku setiap malam. Bila saya tanya: “Bagaimana kalau suami awak jatuh cinta dan ingin berkahwin dengan salah seorang perempuan tersebut?” Dia menjawab: “Dia kena ceraikan aku dulu. Aku tak mahu poligami. Mudah saja.’’

‘‘Sebabnya, aku sudah banyak berusaha dan sudah letih membesarkan anak-anak dia, aku yang uruskan urusan rumah tangga, aku yang pergi bayar bil sana sini. Aku yang bersusah payah jadi senang macam ini. Jadi sekarang kenapa setelah senang dia nak kahwin lagi dengan mudah?”

‘‘Seorang lagi kawan dengan terus terang memberitahu, dia tahu suaminya ada hubungan luar dengan wanita lain, tapi dia tetap tak izinkan suaminya bernikah lagi, katanya, ‘‘Aku tak peduli berapa banyak dan berapa lama dia nak buat hubungan lain asalkan dia tak nikah satu lagi!”

‘‘Sementara seorang lagi kawan mempunyai prinsip yang lain. Katanya. ‘‘Suami aku boleh kahwin lagi, dengan syarat, isteri barunya mesti hormatkan aku sebagai isteri pertama. Setelah berkahwin, suamiku mesti lebih banyak duduk di rumah isteri pertama daripada isteri barunya, dan seperti yang dijanjikan isteri barunya tak boleh menentang permintaannya. Walaupun suaminya hanya dibenarkan kembali ke rumahnya dua hari dalam seminggu,’’ demikian antara kerenah dan permintaan isteri pertama ditakdirkan suaminya ingin berkahwin lagi.

‘‘Secara tidak langsung, isteri yang menentukan perjalanan kehidupan suaminya, bukan sebaliknya. Apakah ini benar dan dituntut oleh agama Islam? Bukankah suami sebagai ketua keluarga yang menentukan segala-galanya dalam hidup isteri-isteri dan anak-anaknya, bukan sebaliknya? Ini baru namanya suami sebagai ketua keluarga.

‘‘Bagaimanapun lebih pelik, kawan saya Zeky tetap tidak mengizinkan suaminya kahwin lagi, walaupun dia tahu suaminya bersekedudukan hingga melahirkan seorang anak. Katanya suaminya tidak bersalah, sebaliknya gadis tersebut yang sanggup membiarkan dirinya dinodai dan ditaburi janji kosong. Sebagai contoh suaminya tetap tidak menikahi gadis tersebut.

‘‘Akhirnya, si gadis terpaksa menyerahkan bayinya kepada orang lain, dan dia tinggalkan suami Zeky untuk membina hidup sendiri setelah lebih empat tahun bergelumang dengan dosa. Zeky bersorak gembira bila suaminya ditinggalkan kerana dia terlepas daripada dimadukan. Si gadis mengambil tindakan tersebut kerana suami Zeky tidak berani menikahinya.

‘‘Saya sering tertanya tak bolehkah semua pihak berkompromi, berbaik sangka, berterus terang dan jujur terhadap diri sendiri atau antara satu sama lain? Banyak suami apabila depan isteri pertama ‘pijak semut pun tak mati” tetapi di belakang dia menceritakan pelbagai keburukan dan kepincangan rumah tangganya kepada perempuan lain, semata-mata untuk menagih simpati sehinggakan menimbulkan rasa tidak hormat kepada isteri pertama.

‘‘Tidak sedarkah suami bahawa tindakan mereka sebenarnya menganiaya isteri pertama? Terdapat suami yang berkongsi pendapatan dengan isterinya sama ada menjalankan perniagaan atau apa saja, sanggup menyorokkan hakikat yang dia mempunyai keinginan untuk berumah tangga lagi sambil merahsiakan isteri barunya kerana takut terputus punca ekonomi.

‘‘Wahai suami tidak sedarkah anda, tindakan menyimpan wanita lain untuk dijadikan alat memuaskan nafsu adalah menganiaya wanita tambahan pula jika anda tidak berniat menjadikannya isteri semata-mata kerana takutkan isteri pertama.

‘‘Jadilah suami bertanggungjawab dan jujur dengan mengemukakan hasrat untuk beristeri lebih daripada satu kepada isteri pertama. Ceritalah dengan ikhlas. Malangnya tidak ramai suami berani bercerita dengan jujur apatah lagi apabila diugut cerai oleh isteri pertama.

‘‘Setiap pihak mempunyai sebab mereka tersendiri untuk berpoligami. Pada pandangan saya ‘talak’ itu terletak di tangan suami. Ketua keluarga adalah lelaki. Suamilah yang sepatutnya sentiasa perlu meningkatkan ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun dunia dan mempraktikkan ilmu tersebut demi mencapai keharmonian dalam rumah tangga.

‘‘Sama ada isteri pertama membenarkan suami berkahwin lebih dari satu atau tidak, hakikatnya agama membenarkan hak tersebut ke atas suami. Bagaimanapun hak tersebut datang bersama tanggungjawab yang seharusnya dipraktikkan dengan seadil mungkin kepada semua yang terlibat.

‘‘Jika suami sayangkan perkahwinan yang dibina berdekad-dekad lamanya dengan isteri pertama, kenapa mesti melafazkan talak tersebut dengan mudah apabila diminta berkali-kali?

‘‘Kenapa dengan mudah menggunakan alasan dayus jika tidak memenuhi permintaan isteri pertama? Adakah itu semua alasan supaya senang untuk berkahwin lain? Sebelum cerai diterima sebagai suatu takdir, tidak bolehkah si suami memikirkan bahawa tindakan mereka nanti akan hanya mendatangkan suatu penganiayaan terhadap kaum wanita dan meramaikan lagi jumlah ibu tunggal?

‘‘Sebenarnya suamilah yang boleh mencorakkan kehidupan dua atau tiga rumah tangga yang dibina. Isteri-isteri yang berkongsi suami harus bersedia menerima perkongsian itu dengan berkompromi.

‘‘Pokoknya, jika semua pihak kembali kepada landasan agama dan mengambil kira aspek emosi, rohani, fizikal dan keperluan minda pasangan mereka, alangkah amannya dunia ini! Anak-anak terpelihara dan terbela. Lebih ramai wanita mendapat habuan pahala dan dimuliakan kedudukannya di akhirat.

‘‘Sebenarnya kita harus berfikir adakah dengan berumah tangga itu sudah menjamin kebahagiaan dan pasangan kita tidak akan bercinta lagi? Adakah kita sedar bahawa fitrah alam semula jadi melakukan satu evolusi dalam kehidupan? Adakah kita peka terhadap perubahan emosi, fizikal, rohani dan minda pasangan kita?

‘‘Adakah kita kira dengan mempunyai anak tidak perlu lagi mempertingkatkan ilmu tentang kefahaman diri manusia, ilmu berkaitan rumah tangga dan perkara yang membahagiakan pasangan masing-masing terutamanya berkaitan hubungan seksual yang merupakan perkara penting buat lelaki dan wanita?

‘‘Saya amat sedih apabila membaca tajuk yang mengutuk kaum wanita dan salahkan lelaki yang membabitkan isu perceraian. Terutama wanita dituduh serta dilabelkan sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain. Bukan semua isteri kedua atau ketiga perosak rumah tangga, pisau cukur, perampas dan tidak baik. Bukan semua juga suami tak jujur. Dan bukan semua isteri pertama tamakkan suami.

‘‘Tetapi persoalannya berapa ramai isteri yang jujur, kasih dan sayang terhadap suaminya hingga sanggup mengetepikan rasa negatif tentang poligami dan bersedia berkongsi kasih.

‘‘Untuk menjawab soalan itu, wahai kaum wanita sekalian cuba tanya diri kita sendiri di manakah iman dan keikhlasan hingga menjadi sesuatu yang mustahil untuk mencapai keharmoniaan dalam berpoligami,’’ demikian rangkuman pandangan Farra Emelia dan teman-temannya tentang poligami dan hasratnya ingin berkahwin dengan suami orang tidak terlaksana kerana pendapat, pandangan dan kefahaman yang berbeza dari kebanyakan kaum wanita dan masyarakat amnya.

Lebih menyedihkan sikap kaum lelaki iaitu para suami sendiri yang penakut dan tidak berani berterus terang kepada isteri masing-masing untuk berkahwin lagi. Terutama kepada yang berumur lebih 40 tahun yang bimbang dengan keadaan rumah tangga baru yang akan dibinanya. Mereka bimbang hidupnya akan jadi seperti perumpamaan Melayu ‘yang dikejar tak dapat yang dikendong jatuh berciciran’.

Sebenarnya banyak sebab kenapa ramai suami takut berterus terang. Salah satu mungkin kerana kelemahan sendiri dari segi kedudukan kewangan yang tidak kukuh, seorang yang lemah, penakut tidak ada keyakinan diri dan lebih penting takut kepada isteri kerana kesalahan masa lampau.

Sumber : Utusan 24/02/2008

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails