“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Disember 31, 2009

Suami kena berazam jadi ketua keluarga terbaik


Assalamualaikum warahmatullah,

Kepemimpinan, teladan seorang ayah tarbiah paling berkesan bentuk peribadi anak

MASIH tidak terlambat untuk berazam sempena awal Muharam yang baru melewati beberapa hari dan 2010 esok hari. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan usia di tahun baru bersama semangat dan keyakinan bahawa tiada yang boleh berubah melainkan jika kita berani memulakannya.

Masa berlalu pantas seperti tiada apa yang sempat kita rebut walaupun di awalnya kita berazam dengan pelbagai janji untuk diri sendiri. Sedar tak sedar, setahun masa berlalu dan kita masih tidak mengenal diri.

Mujur kita masih diberi waktu untuk memperbanyakkan amal dan bakti. Bala dan musibah masih belum cukup memberi peringatan kerana kita membutakan mata dan tulikan telinga daripada mengambil pengajaran.

Hakikatnya, jika tidak berani untuk berubah, tiada siapa yang boleh berhijrah. Sikap lalai dan cuai banyak memberi kerugian daripada laba yang diingini ramai. Pemimpin yang lalai daripada tanggungjawab boleh menggadaikan tanah air ke tangan asing dan menumbangkan struktur organisasi dibina dengan tonggak dan nilai murni.

Sebaliknya, kuasa dan wang ringgit menjadi taruhan sehingga sanggup meminggirkan agama dan bangsa. Pemimpin yang leka juga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan yang utuh dengan persefahaman dan tolak ansur, menghilangkan rasa hormat daripada yang dipimpin.

Sifat memimpin tidak akan terbina tanpa ilmu dan akhlak, menyeru kebaikan dan mengingkari kejahatan adalah semata-mata kerana janji kepada Allah sebagai khalifah yang akan meneruskan kesinambungan 'khaira ummah'. Tetapi sekiranya pemimpin itu sendiri melakukan kerosakan di muka bumi, sudah tentulah sukar untuk membina sebuah kehidupan yang baik dan harmoni kerana maksiat dan kejahatan kepada Yang Esa hanya menjanjikan kecelakaan ke seluruh alam.

Justeru, yang paling penting, pemimpin keluarga mengetuai satu unit masyarakat kecil perlu berani berubah seiring hijrah. Latihan kepemimpinan bermula dengan mengatur keperluan ahli keluarga dan menunaikan hak serta tanggungjawab boleh membantu ketua menjadi pemimpin yang diteladani. Jangan malu dengan perkahwinan, biarlah dicela kerana tidak seperti pinang dibelah dua, asalkan agama dijunjung di kepala. Pernikahan bermula dengan dua insan saling menghormati dan mempercayai sehingga lahirnya cahaya mata menyinari segenap ceruk rumah tangga dengan cinta dan kasih sayang.

Tarbiah mereka dengan ilmu dan akhlak dipesan Rasulullah SAW serta sahabat supaya kelak mereka menjadi ibu bapa yang menyambung legasi kekasih Allah dan mendidik generasi baru seperti yang pernah mereka lalui.

Allah berfirman yang bermaksud: "Hai orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (Surah at-Tahrim, ayat 6)

Jangan sesekali lalai dengan masa kerana itu merugikan ramai orang sehingga mereka terlambat. Di saat anak sudah mesra dengan maksiat, pemimpin keluarga baru hendak beringat, tetapi semuanya sudah terlambat.

Laporan remaja berzina di awal usia belasan tahun amat mengejutkan, mana mungkin itu terjadi jika pemimpin tidak cuai menjalankan tugas. Janin tidak berdosa di buang merata-rata adalah petanda ada sesuatu tidak kena dalam kepimpinan keluarga hari ini. Pergaulan bebas bukan berlaku di kota tetapi juga di desa kecil yang warganya saling mengenali [Timur: Maksiat di rumah sendiri] dan boleh berpesan sesama sendiri. Setiap pemimpin keluarga yang berada di bawah sinar telunjuk agama tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap ahli keluarga walau sedetik pun.

Seorang penyair, Hithan bin Mu'alla berkata: "Sesungguhnya anak berada di sekitar kita. Mereka adalah jantung hati kita yang berjalan di atas bumi. Apabila angin menerpa mereka, nescaya mata kita tak mampu untuk terpejam."

Sempena tahun baru, setiap pemimpin keluarga harus menanam tekad dan hasrat membina 'rakyat' dalam rumah tangganya dengan akidah, akhlak dan muamalah diseru agama. Di saat pertama bergelar pemimpin keluarga, mulakan hidup baru bertunjangkan Islam. Biar tidak berilmu atau sijil berjela, kesediaan bergelar suami dan menghulur mahar adalah petanda segala-galanya lengkap di dada. Untuk memimpin, membimbing dan meneraju sebuah rumah tangga adalah beratus kali payahnya daripada mengetuai diri sendiri.

Oleh itu, janganlah memandang enteng terhadap hidup berkeluarga jika tidak mampu menjadi suami yang paling baik terhadap isteri dan ayah paling dihormati oleh anak.

Renung-renungkan!




Sumber : Nik Salida Suhaila Nik Saleh di BHarian 2009/12/31

Butiran selanjutnya ...

Misteri lubang tandas tersumbat terjawab

PULAU PINANG 30 Dis. - Siapa pun tidak menyangka bahawa sebuah tandas yang tersumbat di sebuah kilang di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas di sini berpunca daripada mayat seorang bayi yang dibuang.

Bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang tukang cuci tandas yang sebelum itu menerima aduan mengenai tandas tersumbat di kilang tersebut pada pukul 2.15 petang ini.

Tukang cuci itu terkejut apabila mendapati punca tandas tersumbat disebabkan terdapat mayat seorang bayi yang tersangkut dalam salah satu lubang tandas.

Dia segera memaklumkan penemuan mayat terbabit kepada pihak pengurusan kilang yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Mohd. Zin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi itu.

"Disebabkan keadaan bayi yang tersangkut dalam lubang tandas itu, kita terpaksa meminta bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru untuk mengeluarkan bayi itu. Pihak bomba terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan bayi perempuan itu yang ditemui cukup sifat," katanya.

Susulan daripada itu, beliau berkata, polis menahan seorang wanita Indonesia berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.

Selain itu, katanya, polis sedang mengesan seorang lagi wanita yang turut mempunyai ciri-ciri seperti bersalin di kilang itu.

"Siasatan sedang giat dijalankan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan menyembunyikan kelahiran," katanya.

Tambah beliau, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Sumber : Utusan 31/12/2009


Butiran selanjutnya ...

Makanan dan kita



a young starving Sudanese girl being stalked by a vulture

Assalamualaikum warahmatullah...

Negara kita makmur dan kerana kemakmurannya itu, kita mewah segala-galanya. Dalam aspek makan dan minum, jarang-jarang kita merungut kerana tidak cukup, malah yang kerap berlaku, kita makan secara berlebihan dan kadangkala membuang makanan begitu sahaja apabila sudah tidak termakan.

Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan jika perut itu sarang kepada penyakit, maka melaparkan perut itu adalah raja bagi segala ubat. Keadaan ini tidak bermakna, kita tidak dibolehkan menikmati makanan, tetapi Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengawal pengambilan makanan agar keadaan tubuh badan sihat dan segar.

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, “Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah an-Nahl [016], ayat 114)

Makanan sebetulnya penting untuk kesuburan rohani. Ini kerana apabila nafsu makan jasmani tidak dikendalikan, ia menjejaskan rohani daripada mengingati Allah SWT. Sifat malas menghantui kita untuk beribadah. Apabila tubuh sakit akibat salah makan misalnya, jumlah ibadat kita kepada Allah jadi terbatas.

Rohani yang bersih tidak lain tidak bukan, dibentuk oleh makanan yang berkhasiat, agar daya ingatan menjadi cerah dan tajam. Oleh itu, hubungan kesihatan serta makanan amat erat dan saling berkait. Makanlah, tetapi harus berpada-pada.


Menjauhi makanan yang haram

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap jasad yang membesar daripada benda-benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” (Riwayat al-Baihaqi dan Abu Nuim)

Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. Kita seharusnya mengambil berat akan apa yang kita suapkan ke mulut kerana setiap daging yang timbul atau dihasilkan dari sesuatu yang haram maka nerakalah tempatnya.

Pengertian halal yang harus difahami daripada hadis di atas adalah mencakupi aspek-aspek berikut:

  1. Halal wujudnya, iaitu apa saja yang tidak dilarang oleh agama Islam, seperti makanan dan minuman yang tidak diharamkan oleh syariat Islam.
  2. Halal cara mengambil atau memperolehinya, iaitu cara mengambil atau cara memperoleh yang tidak dilarang oleh syariat Islam seperti harta yang diperoleh dari pekerjaan yang halal menurut pandangan syariat Islam.
  3. Halal kerana tidak bercampur dengan hak milik orang lain, kerana sudah dikeluarkan zakatnya. Jika sebaliknya (haram) ia berupa bahan makanan dan dimakan oleh seseorang maka pengaruhnya sangat buruk terhadap perkembangan rohani dan jasmani seseorang.


Renung-renungkan!


Butiran selanjutnya ...

Tajdid Iman: Muhasabah diri sebelum tahun baru

Oleh Dr Juanda Jaya



Disiplin, amal ibadat, zikir bantu ummah perangi cengkaman hawa nafsu

MENDEKATI detik terakhir penghujung tahun ini, sememangnya agak gementar mengimbas kembali catatan kealpaan diri sepanjang tahun. Orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dengan mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang ditanggung. Mereka merumuskan makna kejayaan dan peningkatan pencapaian sebenar bagi setiap tahun dalam kehidupan mengikut kacamata agama.

Sesungguhnya peningkatan agama bergantung dengan ibadat, peningkatan harta kerana pandai merancang dan berjimat, peningkatan ilmu kerana mengkaji, peningkatan akhlak kerana lemah lembut dan mengawal emosi, peningkatan dalam hubungan sesama manusia kerana membuang sifat sombong dan riak, peningkatan kesabaran hati kerana banyaknya musibah, peningkatan kualiti diri kerana disiplin yang kuat.

Kelemahan diri pula menjadi agenda yang paling penting untuk diinsafi setiap masa, misalnya ketika kita kekurangan harta akibat nafsu membeli-belah yang tinggi dan tidak pandai merancang. Sewaktu ditimpa surutnya cahaya di hati kerana malas beribadah dan meninggalkan ilmu. Kerasnya jiwa kerana jauh dari al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Berkurangnya kawan dan renggang ikatan persaudaraan kerana suka menambah musuh, takbur, menunjuk-nunjuk dan berdengki. Bertambahnya penyakit kerana banyak makan, malas, berehat dan berhibur secara berlebihan. Berkurangnya umur dan sedikitnya bekalan ke akhirat juga menunjukkan betapa ruginya manusia sepanjang tahun ini.

Saat bermuhasabah tidaklah terbatas hanya pada hujung tahun, kerana Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk sentiasa mengakui kelemahan diri melalui firman Allah yang bermaksud: “Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (Surah al-Najm: 32)

Jangan sesekali menganggap diri sudah berjaya sebelum benar kepastiannya mengenai pintu syurga atau neraka yang akan dimasuki. Sepanjang kehidupan yang kita lalui di dunia, banyak kemungkinan akan terjadi. Berubahnya hati dan turun naiknya iman, pasang surutnya amalan dan bertambah atau berkurangnya dosa dan pahala. Hakikatnya ramai yang menjadi tawanan hawa nafsu dan sedikit saja orang yang selamat. Layakkah kita menjadi golongan yang sedikit itu?

Suatu hari Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menziarahi gurunya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang sedang dipenjara dan difitnah musuh-musuhnya. Melihat keadaan gurunya itu beliau pun menangis. Ibnu Taimiyah berkata: “Apakah kamu menangis melihat keadaanku? Demi Allah, wahai anakku, aku bukan seorang tawanan. Sesungguhnya orang yang menjadi tawanan itu sebenarnya adalah orang yang menahan hatinya dari ikatan Tuhannya membiarkan hawa nafsunya menawannya.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Terangkanlah kepadaku akan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya.” (Surah Al-Furqan: 43)

Mulakan muhasabah ini dengan melihat sejauh mana kekuatan hawa nafsu mempengaruhi diri. Betapa hebatnya cengkaman hawa nafsu terhadap jiwa raga kita sehingga kedudukannya boleh jadi setaraf dengan Tuhan dalam pandangan manusia yang lalai. Bahkan Baginda pernah memberi nasihat kepada seorang sahabat supaya berwaspada dengan jerat nafsu.

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi'ah, mintalah kepadaku.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar.” Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat.” Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga.” Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi'ah adakah yang selain dari itu?” Aku menjawab: “Itu saja.” Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: “Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).” (Hadis riwayat Muslim)

Hawa nafsu boleh dilemahkan jika manusia berdisiplin memeranginya. Satu kata kunci untuk kejayaan adalah disiplin. Ia wujud dalam sistem ibadat kita, solat lima waktu dan solat sunat, puasa, haji, zakat dan sedekah. Zikrullah dengan terang ataupun tersembunyi, memelihara al-Quran sentiasa hidup di dalam hati dan melaksanakan sunnah Rasul adalah disiplin. Mengisi masa dengan amal, menguasai dunia demi akhirat memerlukan disiplin yang tinggi.

Ibnu Al-Qayyim pernah berkata: “Wahai orang yang lemah semangat! Sesungguhnya di atas jalan ini Nuh menjadi tua, Yahya dibunuh, Zakaria digergaji, Muhammad diseksa dan anda pula inginkan Islam datang dengan mudah di bawah kakimu?”

Selepas meneliti kuasa hawa nafsu dalam diri dan mengakui cengkamannya yang melemahkan amal salih maka langkah yang kedua ialah menentukan azam baru untuk memerangi, merancang jalan mana yang mahu ditempuhi, lebih tajam membuat siasat perang dan berwaspada dengan muslihat musuh setiap saat.

Musuh manusia yang paling licik berada di sekelilingnya. Ia tidak memilih apakah orang itu alim atau jahil, ahli ibadat atau ahli maksiat, mukmin atau kafir. Syaitan tetap syaitan, semua orang dipengaruhi syaitan masing-masing. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu mengalir di dalam tubuh anak Adam laksana mengalirnya darah dan sesungguhnya aku bimbang dia akan menimbulkan di dalam hati kamu sesuatu yang jahat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setiap konflik yang muncul dalam pergaulan manusia kerana dengki, dendam dan sombong, perselisihan suami dan isteri, terputusnya ikatan sanak saudara, anak menderhaka, orang tua tidak amanah, orang kaya tamak, pemimpin zalim serta lalai dan kufurnya manusia terhadap Allah SWT, semua itu berpunca daripada hasutan syaitan akibat diri menjadi tawanan nafsu.

Orang mukmin sentiasa mengingati diri mereka supaya berlindung dari gangguan syaitan, mengenali bahawa kejahatannya itu adalah hasil kerja syaitan dan cepat-cepat kembali bertaubat dan berwaspada supaya tidak tertipu lagi dengan kenikmatan yang dijanjikan syaitan. Oleh kerana sifat dosa adalah nikmat sesaat manakala pahala pula bersifat susah, perit dan seksaan maka ramailah yang kecundang dalam memilih.

Tetapi bagi orang mukmin, seksaan melawan hawa nafsu dan syaitan itu sedikit demi sedikit berubah menjadi nikmat jiwa yang paling bernilai yang tidak pernah dirasai orang fasik lagi lalai. Nikmatnya seakan-akan di dalam syurga walaupun mereka masih berada di dunia lagi.

Ibnu Taimiyah berkata: “Sesungguhnya di dunia ini ada syurga, sesiapa yang belum masuk ke dalamnya dia tidak boleh masuk syurga akhirat.”
Murid-muridnya bertanya: “Apakah syurga dunia itu?”
Beliau menjawab: “Syurga mengenal Allah, mencintai-Nya, merindu dan berlemah-lembut kepada-Nya.”

Penulis ialah Mufti Perlis

Sumber : BHarian 2009/12/29

Butiran selanjutnya ...

Hak Muslim: Haram, berdosa cerai isteri dalam haid

SOALAN :

SAYA dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, namun mahkamah menangguhkan kes saya atas alasan isteri pada masa itu dalam haid. Mengapa mahkamah tangguhkan kes perceraian saya sedangkan kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai dan apa kaitan haid dengan perceraian saya ini? Adakah perceraian ketika haid tidak jatuh talak?

Roslan Baji
Kepong Indah, Selangor


JAWAPAN :

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Di dalam kes perceraian biasa, adalah menjadi kewajipan bagi hakim untuk memastikan sama ada seseorang isteri itu berada di dalam keadaan suci atau haid sebelum membenarkan pihak suami melafazkan talak terhadap pihak isteri.

Merujuk kepada kitab Fiqh Assunah, karangan Sayed Sabiq, ulama berijmak dan bersepakat bahawa adalah haram dan berdosa bagi seorang suami melafazkan talak ke atas seorang isteri ketika dalam keadaan haid walaupun talak itu sah. Talak seperti ini adalah dinamakan sebagai talak bid’ie.

Perbuatan talak bid’ie ini diharamkan kerana ia bersalahan dengan bentuk talak yang disyariatkan Allah Taala seperti yang difirmankan dalam surah Al-Talak ayat 1: “Wahai Nabi apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka cerailah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya.”

Menurut kitab Fiqh Manhaji, ulama Syafie berpendapat bahawa, suami disunatkan untuk rujuk kembali, jika dia melakukan talak bid’ie seperti yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar: “Beliau menceraikan isterinya ketika haid di zaman Nabi SAW. Saidina Umar Al-Khattab bertanya kepada Nabi SAW mengenai perkara itu: “Perintahkan supaya beliau rujuk kembali, jangan ceraikan sehingga dia suci.”

Berdasarkan nas di atas, hikmah diharamkan talak bid’ie ini adalah kerana ia mendatangkan mudarat kepada isteri dan kaum wanita secara amnya. Ini kerana tempoh edah isteri akan menjadi lebih panjang kerana masa haidnya tidak boleh dikira sebagai permulaan edah.

Sabda Rasulullah: “Tidak boleh melakukan Dharar (menyakiti orang tidak menyakitinya) dan Dhirar (menyakiti dengan cara yang tidak sebenar orang yang menyakitinya).

Berdasarkan hadis di atas, tindakan Hakim Mahkamah Syariah menangguhkan kes saudara itu adalah bertepatan dengan hukum Syarak dan ia bukanlah satu penangguhan yang bertujuan melengah-lengahkan kes.

Sebaliknya beliau bertindak melindungi hak isteri daripada teraniaya akibat menanggung tempoh edah yang panjang. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah bukan saja berperanan untuk menegakkan keadilan malah meletakkan martabat seseorang wanita itu di tempat yang mulia dalam Islam.

Oleh itu demi menjaga kepentingan isteri saudara yang bakal diceraikan, maka saudara hendaklah berbincang dengan isteri saudara terlebih dahulu bila tarikh yang sesuai (iaitu tarikh beliau suci dari haid) bagi membolehkan mahkamah menyelesaikan permohonan cerai itu.

Jawapan ini disediakan oleh, Exco Penerbitan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Yusmawati Ab.llah

Sumber : BHarian 2009/12/31

Butiran selanjutnya ...

Restoran Cina Muslim Al-Munawarah

Jalan-jalan cari makan. Di sini saya C&P maklumat restoren yang diwar-warkan sangat bagus untuk diserbu :

Restoran Cina Muslim Al-Munawarah
No.28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Perniagaan :
Isnin - Ahad dari 11.30pg ~ 11.30mlm
Jumaat - Cuti

Sebarang Petanyaan, sila hubungi :
Ustaz Hj Muhammad Yusuf Ong Abdullah - 012 264 2889
Adam Chua - 012 273 6485

lokasi : Belakang Hotel Concord Shah Alam dan Bangunan Sunwaymas serta berhampiran Plaza Masalam. Harap maklumat yang diberikan dapat membantu serba sedikit.



Butiran selanjutnya ...

Timur: Maksiat di rumah sendiri

Oleh Suraya Roslan
bhkt@bharian.com.my


NOOR HAYATI (kanan), Pegawai Kauseling JKM Marang, Fazilah Ghani (tengah) memberi kauseling kepada Liza di rumahnya di Taman Rahmat, Pulau Kerengga.


Anak OKU bebas bawa masuk teman lelaki ke kediaman

MARANG: Ibu bapa mereka orang kurang upaya (OKU), tetapi kekurangan itu tidak sedikitpun membangkitkan rasa insaf kepada anak, sebaliknya mereka mengambil kesempatan di atas ketidakupayaan keluarga itu melakukan maksiat di rumah.

Kegiatan tidak bermoral itu berlaku di perkampungan Taman Rahmat, Pulau Kerengga di sini, yang menempatkan golongan OKU penglihatan, fizikal dan mental, apabila kebanyakan anak mereka menjadi orang yang ketagih pada kehidupan sosial hingga melupakan kecacatan dialami ibu bapa.

Lebih menyedihkan, kegiatan maksiat yang berleluasa di kawasan itu menyebabkan ramai anak golongan OKU di situ terlanjur bersama teman lelaki hingga melahirkan anak luar nikah.

Seorang gadis yang juga anak OKU di situ dikenali sebagai Liza yang ayahnya sudah meninggal dunia, berkata dia mengambil kesempatan di atas kecacatan ibunya yang sakit mental untuk membawa teman lelaki masuk ke dalam rumah, tetapi ditangkap khalwat sebelum sempat memadu kasih.

Dia yang sudah berkahwin dengan teman lelakinya itu berkata, kecacatan ibunya membuatkan gaya hidupnya sedikit bebas, namun tindakan pantas bapa saudaranya memaklumkan kegiatannya kepada pihak berkuasa menyelamatkan dirinya daripada terjerumus ke kancah maksiat.


TAMAN Rahmat, Pulau Kerengga yang menempatkan OKU penglihatan, fizikal dan mental.

“Nasib saya lebih baik berbanding adik yang kini berusia 20 tahun kerana dia juga terjebak dengan gejala sama sehingga melahirkan dua anak luar nikah. Saya akui pergaulan bebas serta mengambil kesempatan ke atas kekurangan ibu bapa OKU menyebabkan anak bebas melakukan perbuatan keji itu banyak terjadi di Taman Rahmat ini,” katanya.

“Saya tidak nafikan, ramai anak remaja di sini bebas keluar masuk ke rumah teman lelaki dan wanita masing-masing untuk melampiaskan nafsu. Kawan saya yang mempunyai ibu bapa cacat penglihatan, sering membawa teman lelakinya masuk ke rumah ketika ibu bapa keluar mengemis setiap hari,” katanya.

Liza berkata, dua bulan lalu adiknya sudah berkahwin dengan teman lelakinya selepas terlanjur melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan sehingga memperoleh dua anak.

“Tetapi saya sedih kerana dia (adik) meletakkan beban pada mak untuk menjaga anaknya, kerana suaminya tidak bekerja. Bayangkan mak saya yang cacat mental, terpaksa membela cucu dengan menggunakan duit elaun RM300,” katanya.

Terdahulu, beberapa pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memberi kaunseling kepada beberapa remaja dan golongan bermasalah terbabit, selain memberi dorongan dan motivasi supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Seorang warga emas berusia 60 tahun, Sarinah (bukan nama sebenar) yang cacat penglihatan dan mencari rezeki dengan mengemis sejak 20 tahun lalu mengaku dia menjalin hubungan dengan pemandu kereta yang membawanya pergi meminta sedekah, sedangkan suaminya di rumah.

“Saya sering pulang lewat malam sehingga jam 3 pagi bersama pemandu itu dan tidak menghiraukan suami dan anak. Saya pun tidak tahu sampai bila saya harus berkelakuan begini, hanya masa yang akan menentukan,” kata ibu kepada tiga orang anak itu tanpa rasa bersalah.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Noor Hayati Zaman, berkata pihaknya maklum mengenai gejala sosial di perkampungan berkenaan dan sering mengambil tindakan, termasuk mengatur pelbagai program di perkampungan terbabit seperti kelas agama, kaunseling dan pendidikan bagi menerapkan ilmu berguna kepada penduduk di taman perumahan itu.

Sumber :BHarian 2009/12/31

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 30, 2009

5 Cara Selamat Tingkat Tenaga Seks



Salam sejahtera,

Dah lama tak masukkan entry kategori 18SX. AMARAN! Bacaan ini khas untuk mereka yang sudah ada sijil nikah sahaja. Kepada mereka yang masih tidak ada pasangan atas sebab musabab tersendiri, jangan nak menggatalkan mata membaca artikel ini. Adalah menjadi tanggungjawab kalian menanggung apa-apa risiko jika masih berdegil untuk menghabiskan artikel ini. parents yang ada anak bawah umur, sila pantau ya...

Ramai antara kita yang sanggup melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan kekuatan seksual. Tanpa mengira wang dan risiko yang bakal mereka terima, ada yang sanggup menggunakan ubatan tradisional dan juga moden yang belum dipastikan keberkesanannya bagi memastikan mereka kuat dari segi tenaga batin.

Namun tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah untuk anda mencapai kekuatan seksual tanpa perlu berbelanja besar dan berhadapan dengan risiko. Tip di bawah boleh membantu anda yang sememangnya sedang mencari cara untuk meningkatkan kekuatan seksual.

1. Anggap dalam bulan madu

Ingatkah anda kali pertama anda melakukan hubungan seks dengan pasangan? Semuanya mengakui merasakan sesuatu yang indah dan istimewa. Hidupkan kembali kenangan berciuman, berpelukan, bermesraan dan cumbuan - cumbuan saat itu terhadap pasangan anda. Si dia pasti akan merasakan ghairahnya menggelora kembali.

2. Buang dendam lama

Buanglah segala perasaan dendam pada pasangan sekiranya ada meskipun ia menyakitkan.
Maafkan dan lupakan semuanya. Setelah anda membuang perasaan tersebut inilah saat anda bersama pasangan meneguk kenikmatan dan kebahagiaan bersama.

3. Bergembiralah

Seks juga seperti aktiviti rekreasi yang menyenangkan. Ciptakan kembali kegembiraan dan kebahagiaan yang pernah anda alami terus - menerus setiap kali berhubungan seks dengan pasangan.

4. Bersenamlah

Senaman dan bergerak badan membantu melancarkan peredaran darah., membuat tekanan darah menjadi normal dan teratur, serta memperkuatkan stamina. Aturkan jadual untuk anda melakukan senaman walaupun sekejap.

5. Ambil makanan sihat dan vitamin bila perlu

Makanan berlemak tinggi akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh dan hasrat seksual anda. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran segar, ikan segar dan makanan tanpa lemak. Lengkapi makanan dengan multivitamin dan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apakah anda perlu vitamin tambahan atau tidak.

Seks itu penawar penyakit

Kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar seksologi menyatakan seks boleh dijadikan penawar kepada penyakit jika ia dilakukan dengan tenang dan teratur. Antara kajiannya adalah :

  1. Seks mempunyai kaitan rapat dengan berat badan wanita. Kekerapan melakukan seks mampu melangsingkan badan kerana ia juga ibarat gerakan senaman.
  2. Tekanan jiwa dapat dihilangkan dengan melakukan hubungan seks secara teratur dan mendapat kepuasan sepenuhnya.
  3. Terdapat juga wanita ataupun lelaki yang mengalami masalah buasir kemudian hilang setelah melakukan seks.
  4. Ketidakpuasan dalam hubungan seks juga boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan jiwa, sering dalam kecemasan, sakit dada dan penyakit jantung.
  5. Tekanan jiwa yang dihadapi oleh penagih alkohol boleh hilang sekiranya mendapat kepuasan seksual.
  6. Seks juga merupakan satu cara bagi mereka yang mengalami kesukaran tidur. Seks merupakan pil tidur yang mujarab.
  7. Tentunya anda bertanya apakah hubungan sakit jantung dan seks? Sebenarnya aktiviti seks merupakan satu senaman seperti penarikan nafas yang dalam dan dapat menenangkan fikiran jika dilakukan dengan tenang dan teratur.
  8. Bagi mereka yang mahu awet muda, lakukan seks dengan kerap kerana ia menghindarkan berlakunya penuaan dengan cepat.

Selamat mencuba!



Sumber : MW#1360 [11~17 December 2009]

Butiran selanjutnya ...

Kufur nikmat kerugian manusia


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN


setiap manusia itu bertanggungjawab terhadap nikmat-nikmat yang diamanahkan kepadanya dan akan disoal di akhirat kelak. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------

BERSUA kembali dalam ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga cahaya kebenaran sentiasa mengiringi perjalanan kita sekalipun berbagai onak dan duri terpaksa kita tempuhi.

Rasanya baru sahaja kita melangkah masuk ke tahun 1430 Hijrah, hari ini ia telah pun berlalu meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi. Bagaimana kita telah memanfaatkan waktu-waktu yang telah berlalu, hanya kita yang dapat menjawabnya. Sheikh Ibnu 'Atoillah telah mengingatkan kita tentang nilai waktu menerusi kalam hikmahnya: "Apa yang telah terluput daripada umurmu tidak ada gantiannya, dan apa yang telah terhasil daripada umurmu, tiada ukuran nilai harganya."

Memanfaatkan masa

Mensia-siakan hak waktu bererti mensia-siakan umur yang begitu berharga kerana umur yang telah berlalu tidak akan kembali lagi. Apabila kita membiarkan ia berlalu tanpa melakukan sebarang amal soleh, maka kita telah terlepas daripada kebaikan yang amat banyak.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya; dan sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak); kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna. (Surah al Najm: 39-41)

Sabda Rasulullah SAW ini wajar dijadikan renungan: "Tidak datang kepada seseorang hamba satu waktu yang tidak disebut nama Allah di dalamnya melainkan akan mendatangkan penyesalan kepadanya pada Hari Kiamat kelak."

Apabila waktu telah pergi, ia tidak akan dikecapi kembali, dan tiada suatu pun yang lebih mulia daripada waktu. Al Hasan al Basri RA berkata: Saya pernah menemui beberapa kaum yang begitu menjaga dan mengasihi diri dan waktu mereka melebihi daripada penjagaan mereka terhadap dinar dan dirham. Sebagaimana seseorang itu tidak mengeluarkan dirham dan dinar melainkan pada perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah kepada dirinya, dia juga tidak akan mensia-siakan diri mereka pada perkara-perkara yang tidak menjurus kepada ketaatan kepada Allah.

Para salafussoleh begitu berhati-hati dan tamak menjaga masa mereka sehinggakan Sayyidina Ali RA pernah berpesan kepada isterinya Sayyidah Fatimah RA supaya melembutkan dan mencairkan masakan bagi mengurangkan masa mengunyah makanan yang mencuri masanya untuk bertasbih.

Menunda amal

Hari ini, kita melihat ramai manusia yang mengambil sikap menangguhkan waktu beramal atas alasan pekerjaan dan urusan dunia yang lain. Sheikh Ibnu 'Atoillah, seorang yang sangat tinggi pengalamannya dalam menghidupkan amalan salafussoleh dan dunia tarbiah menegaskan bahawa sikap gemar menunda amal kebaikan pada waktu ada kelapangan dengan kesibukan dunia, adalah suatu kebodohan.

Ketahuilah! Menangguhkan suatu amalan disebabkan urusan duniawi kerana menantikan masa lapang adalah suatu kebodohan kerana kamu lebih mengutamakan dunia daripada akhirat sedangkan kesibukan dunia tidak akan pernah habis. Kesibukan dengan pekerjaan dan kesibukan dunia akan menghalang seseorang itu daripada melakukan amal kebaikan yang akan menyambungkan hubungannya dengan hadrat Tuhannya.

Menangguhkan amalan kebaikan kerana urusan duniawi dianggap sebagai suatu kebodohan kerana tiga perkara:

  1. Mendahulukan dunia dari akhirat. Ini bukanlah sifat orang Mukmin yang berakal dan ia bercanggah dengan tuntutan Allah. Firman Allah SWT: Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (SurahAl A'la: 16-17)
  2. Menunda amal kerana menanti akan ada masa lapang kadang kala tidak diperoleh. Bahkan, kadang kala maut lebih dahulu menjemput ajalnya ataupun pekerjaannya menjadi semakin banyak dan sibuk kerana kesibukan duniawi adalah satu perkara yang saling tarik menarik dan bertali arus. Sebagaimana yang disebut oleh penyair: "Maka tidak akan habis-habis kehendak seseorang dari dunia ini, dan tidak akan berkesudahan suatu keperluan melainkan berkehendak kepada keinginan yang lain pula."
  3. Berkemungkinan kesempatan waktu untuk beramal itu diperoleh ketika dia tidak lagi bersemangat untuk beramal, ataupun ketika dia telah menukar niatnya. Oleh sebab itu, wajiblah seseorang itu bersegera melakukan amal dalam apa jua keadaan sekalipun, dan dia perlu merebut segala peluang sebelum tibanya maut dan terluputnya masa atau kesempatan, di samping bertawakal kepada Allah bagi mendapat kemudahan dalam urusannya dan menjauhkan segala rintangan yang menghalangnya membina dan merapatkan hubungan dengan Allah.

Allah berfirman: Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Ali Imran: 133)

Di antara tanda orang yang mengenal Allah ialah sempurna akalnya dan tajam pemikirannya. Tanda orang yang berakal ialah bersegera melakukan suatu amal. Mengejar umur, tidak boleh ada padanya sebarang penangguhan kerana apa yang terluput daripadanya tidak akan berganti dan apa yang terhasil daripadanya tidak ternilai harganya. Di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda: "Ingatlah! Di antara tanda orang yang berakal ialah menjauhi dari dunia yang menipu, kembali ke negara yang kekal abadi, menyiapkan bekalan untuk mendiami kubur dan bersiap sedia untuk Hari Kebangkitan."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Orang yang berakal ialah orang yang menahan nafsunya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang bodoh ialah orang yang mengikut kehendak nafsu dan suka berangan-angan ke atas Allah."

Di dalam Suhuf Nabi Ibrahim AS menyebut: "Hendaklah orang yang berakal yang tidak ditewaskan oleh akalnya mempunyai beberapa waktu; waktu bermunajat dengan Tuhannya, waktu muhasabah dirinya, waktu bertafakur tentang kejadian Allah dan waktu dikosongkan untuk menunaikan hajatnya daripada makan dan minum."

Orang yang menangguhkan amalnya ialah orang yang bukan sahaja bodoh tetapi tertipu. Dari manakah jaminan yang kamu peroleh untuk sampai kepada waktu tersebut, sedangkan maut sentiasa menanti masa untuk menerkam kamu, ketika kamu tidak menyedarinya?

Rasulullah SAW bersabda: "Dua nikmat yang sering menjadi kerugian kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan waktu lapang." Kebanyakan manusia tidak dapat menggunakan kesempatan ini melainkan sibuk dengan dunianya, terfitnah dengan nafsunya atau ditimpa sakit.

Kesimpulan daripada hadis ini, hanya segelintir manusia yang dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu. Sekiranya mereka dapat memakmurkannya dengan amalan ketaatan kepada Tuhan, maka mereka mensyukurinya dan mendapat keuntungan yang besar. Sekiranya mereka mensia-siakannya, mereka akan mendapat kerugian yang nyata dan kufur dengan kedua-dua nikmat ini. Bahkan, ia juga merupakan tanda kesedihan.

Syeikh Ibnu 'Atoillah RA berkata: "Perkara yang paling menyedihkan, setelah dikurangkan halangan kamu, kamu pula tidak mengadap-Nya." Semoga kita dapat mengambil iktibar. Orang yang hidup akan terasa sekiranya ditusuk dengan jarum. Tetapi orang yang mati tidak akan terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam. Renungilah!!

Sumber : Utusan 28/12/2009

Butiran selanjutnya ...

Nikah sindiket rosakkan nasab



Soalan : Mulai 1 Januari 2010, Selangor menaikkan kadar mas kahwin kepada minimum RM300. Apakah hak wanita Islam (isteri) dalam bab pemberian mas kahwin ini menurut Islam?

ZAINUL RIJAL: Pada saya kenaikan ini tidak memberi kesan yang besar sama ada kepada suami mahupun isteri. Sebabnya, masyarakat Melayu negara ini masih lagi gagal membezakan antara adat dan ibadat. Ini apabila pengantin lelaki lazimnya perlu membayar mas kahwin (mahar) dan hantaran.

Mas kahwin ini bersumberkan kepada hukum syarak dan sudah tentu memberi mas kahwin itu merupakan suatu ibadat. Wang hantaran pula lebih berakar umbi kepada adat Melayu sahaja.

Wang hantaran biasanya digunakan untuk perbelanjaan kenduri oleh ibu bapa pengantin perempuan.

Mas kahwin adalah hak isteri tetapi wang hantaran pula adalah belanja hangus yang biasanya diberikan kepada keluarga pengantin perempuan bagi mengadakan kenduri kendara. Dengan menaikkan kadar mas kahwin, pengantin perempuan akan mempunyai lebih wang.

Namun masyarakat kita lebih bermegah dengan wang hantaran yang tinggi bagi mengadakan kenduri yang mewah-mewah. Akhirnya, setelah berkahwin kesemua wang telah 'hangus' dan amat sukar bagi pasangan ini memulakan bahtera pelayaran mereka.

Mas kahwin ini juga merupakan hak mutlak si isteri. Suami pun tidak boleh mengambilnya tanpa keredaan isteri tersebut. Terpulanglah kepada isteri bagaimana untuk menggunakan mas kahwinnya itu.


Soalan : Apakah punca-punca kes farak (pengasingan sementara) pasangan suami isteri berlaku sedangkan pernikahan dalam Islam memberikan jaminan dan kebaikan kepada semua pihak.

ZAINUL RIJAL: Tujuan sesuatu perkahwinan adalah bagi mencapai mawaddah wa rahmah (kasih sayang). Islam telah mengatur hidup berkeluarga yang berpaksikan kepada syariah dalam keadaan yang amat sempurna dengan tidak menghakis hak mana-mana pasangan. Walaupun berkahwin, wanita Islam masih mempunyai hak memiliki harta, wanita Islam tidak menjadi satu entiti dengan suaminya seperti dalam agama lain. Boleh bercerai jika itu jalan yang terbaik.

Sesuatu perkahwinan itu difarakkan apabila terdapat sebab-sebab yang munasabah bahawa ada kemungkinan pernikahan yang dilakukan itu tidak sah dari sudut hukum syarak. Farak tidak semestinya berakhir dengan perceraian. Apabila sesuatu perkahwinan itu difarakkan sementara sudah tentulah bagi membolehkan mahkamah mengkaji kedudukan pernikahan tersebut dengan lebih terperinci.

Ia juga bagi mengelakkan lebih banyak dosa berlaku antara pasangan tersebut sekiranya pernikahan tersebut didapati tidak selari dengan hukum syarak.

Antara punca berlakunya perkahwinan difarakkan adalah rukun nikah itu tidak dipenuhi ataupun suami atau isteri tidak berkelayakan memasuki pernikahan tersebut.

Contohnya lelaki yang telah mempunyai empat isteri atau wanita yang masih merupakan isteri lelaki lain, tidak mempunyai kelayakan untuk memasuki pernikahan yang baru. Mahkamah perlu memutuskan pernikahan terdahulu itu masih berkuatkuasa atau tidak. Sementara menunggu siasatan itu, pernikahan baru itu difarakkan.

Ia juga hasil dari kegelojohan pasangan untuk memasuki gerbang perkahwinan tanpa menitikberatkan hukum syarak. Umpamanya pernikahan yang tidak mempunyai wali ataupun pernikahan melalui sindiket yang tidak diiktiraf oleh undang-undang kerana berlawanan dengan hukum syarak.


Soalan : Islam adalah agama yang mudah. Namun ada pihak yang mengambil kesempatan, peluang dan ruang untuk melakukan penipuan dan sebagainya waima dalam bab nikah kahwin. Ini termasuklah nikah sindiket dan nikah batin. Apakah kesan daripada aspek moral, perundangan dan sosial terutama dalam bab nasab anak dan keturunan?

ZAINUL RIJAL: Di Malaysia, undang-undang Islam dikodifikasikan dalam bentuk Akta atau Enakmen. Memanglah pada zaman Rasulullah SAW perkahwinan itu begitu mudah, tiada pendaftaran, sijil nikah dan sebagainya.

Ini kerana pada zaman Rasulullah masyarakatnya mengenali antara satu sama lain. Masyarakat ketika itu agak simple berbanding masyarakat sekarang yang begitu kompleks dan tidak mengenali antara satu sama lain.

Oleh yang demikianlah terdapatnya peraturan pendaftaran pernikahan, sijil dan sebagainya bagi memudahkan pembuktian dan kawalan. Ia tidak harus dilihat dalam aspek menyusahkan tetapi mempunyai objektif yang murni iaitu menjaga maqasid al syariah yang lima iaitu menjaga agama, keturunan, harta, jiwa dan akal.

Oleh kerana terdapat peraturan yang seperti 'menyusahkan' ini, ada golongan yang ingin mencari jalan mudah dengan bernikah melalui sindiket atau nikah batin. Namun sebenarnya mereka tidak memikirkan kesannya dari aspek moral, perundangan dan sosial.

Nikah sindiket adalah manifestasi akhlak yang rendah kerana kebanyakannya membelakangkan keluarga sendiri, memberi aib kepada ibu bapa dan merosakkan nama baik keluarga.

Dalam aspek undang-undang memang jelas ia merupakan suatu kesalahan manakala dari sudut sosial juga ia akan meranapkan institusi keluarga, mengkucar-kacirkan nasab anak dan keturunan. Mungkin ada sesetengah wanita yang terheret dalam pernikahan melalui sindiket ini kerana walinya enggan mengahwinkannya dengan lelaki pilihan wanita tersebut. Undang-undang Islam sebenarnya tidaklah zalim terhadap wanita tersebut kerana undang-undang membenarkan permohonan dibuat oleh wanita tersebut terhadap wali ingkar. Wali perlu mempunyai alasan yang munasabah untuk tidak merestui sesuatu perkahwinan. Hak walian ini bukanlah sesuatu yang mutlak ia boleh berpindah kepada wali lain termasuklah wali hakim.

Oleh yang demikian tidaklah perlu wanita tersebut melakukan pernikahan sindiket yang tidak tentu sah atau tidak itu, tetapi apa yang perlu dilakukan ialah memohon kepada mahkamah syariah permohonan mengisytiharkan wali ingkar ataupun mendapatkan kebenaran bagi wali hakim bagi mereka yang tidak mempunyai wali nasab.


Soalan : Namun yang agak menariknya, kes-kes seperti ini turut melibatkan mereka yang kononnya adalah golongan profesional dan berlatar pendidikan tinggi, bagaimana masih boleh terjebak?

ZAINUL RIJAL: Apabila nafsu menguasai akal, apa pun boleh terjadi. Tidak menghairankan orang yang mempunyai latarbelakang pendidikan tinggi juga terjebak dalam nikah sindiket ini. Malah orang yang berlatarbelakang agama juga ada yang terjerumus di dalam nikah sindiket ini. Perkara ini berlaku kerana fakulti akal mereka telah diselaputi dengan keinginan tegar untuk berkahwin dan mencari jalan singkat tanpa menyedari implikasinya di hari kemudian.

Sistem pendidikan kita juga tidak memainkan peranan yang jelas di dalam mengadun percambahan ilmu antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Dalam satu aspek kita mementingkan keputusan peperiksaan tanpa menyediakan pelajar kepada kehidupan atau pendedahan pasca persekolahan. Pelajar aliran perdana mementingkan pencapaian akademik bagi 'subjek-subjek penting' sahaja. Yang mengambil aliran agama pula agak ketinggalan dengan perkembangan semasa dan sistem sosial di dalam negara. Hasilnya, lahirlah graduan yang mahir dalam suatu bidang yang begitu terhadap dan tidak dapat merasionalkan fikirannya di luar bidang pengkhususannya. Golongan inilah yang mudah terjebak dalam kecelaruan ini.


Soalan : Peranan wali adalah penting dalam pernikahan. Apakah yang melayakkan kedudukan bapa sebagai wali mujbir ini diganti oleh wali hakim (pemerintah) khususnya untuk dijadikan alasan bernikah melebihi jarak dua marhalah?

ZAINUL RIJAL: Mengikut mazhab Shafie wali adalah amat penting dalam sesuatu pernikahan. Tanpa wali sama ada wali nasab atau wali hakim pernikahan tidak sah.

Kebiasaannya bapa adalah wali yang paling utama yang dipanggil wali mujbir, selepas bapa adalah datuk. Selepas itu ia berpindah kepada wali ghair mujbir iaitu lelaki lain mengikut turutan tertentu di sebelah keluarga lelaki. Apabila ketiadaan wali nasab ini wali hakim boleh dipohon ataupun sekiranya wali nasab berada jauh, sekurang-kurangnya dua marhalah (satu marhalah bersamaan suatu perjalanan unta tanpa perlu berhenti meminum air dianggarkan lebih kurang 45 kilometer bagi setiap marhalah). Jumhur ulama berpandangan keizinan wali adalah syarat yang mesti ada di dalam setiap perkahwinan. Jika tiada wali nasab, seorang wanita boleh memohon wali hakim.

Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :

a) Tiada wali yang sah dari nasab
b) Wali ghaib (hilang atau tidak diketahui)
c) Saudara baru/ Mualaf
d) Anak tak sah taraf
e) Wali enggan
f) Wali dalam ihram haji/umrah
g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat

Oleh yang demikian bakal pengantin mempunyai remedi yang boleh dituntut di mahkamah syariah terhadap walinya dan janganlah terus mahu terjerumus kepada nikah sindiket ini.



Butiran selanjutnya ...

Isnin, Disember 28, 2009

Rasuah bermula dari rumah


Assalamualaikum warahmatullah,

Anda tentu pernah baca kisah projek terbengkalai atau bermasalah yang banyak dikaitkan dengan amalan rasuah, setelah disoal-siasat. Kisah 94% tiang projek yang retak dan berbahaya kepada pengguna lalu lintas di Lembah Kelang mencetuskan suasana hangat di Parlimen, sedikit masa dahulu. Terdapat juga kisah makmal komputer sekolah runtuh, kisah Bangunan Parlimen yang bocor setelah kerja pengubahsuaian dilakukan dalam tempoh kurang setahun, dinding sekolah merekah, sekolah yang gagal disiapkan mengikut jadual dan kisah hospital baru siap yang didapati berkulat/bercendawan dan terpaksa ditutup kerana berbahaya kepada kesihatan manusia.

Begitu juga dengan kisah bumbung stadium runtuh yang bernilai jutaan ringgit yang baru setahun digunakan, runtuhan ini menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah. Tidak kurang hebat kisah bahan letupan C4 yang meragut nyawa seorang model luar negara juga menghangatkan berita. Baru-baru ini timbul pula kisah kehilangan enjin kapal terbang dari simpanan unit ketenteraan negara. Kisah menarik ini boleh dibaca di RM50 juta lesap! Apa yang disiasat?. Aduh... Betapa longgarnya keselamatan negara! Malaysia, negaraku yang berselerak dengan masalah... Saya tidak berniat untuk mengulas lebih lanjut, cuma sebut sedikit kisah yang berkemungkinan ada kaitan dengan gejala rasuah.

Hari ini banyak dibincangkan tentang rasuah malah ada cadangan untuk mewujudkan komisen menangani rasuah sedang dibentangkan di parlimen dan telahpun diluluskan. Tapi tiada seorang pun yang telah menyebut tentang peranan ibu bapa dan ahli keluarga dalam pendidikan awal kanak-kanak termasuk taska, tadika, rumah jagaan, rumah anak yatim mahupun sekolah rendah, sedangkan nilai-nilai buruk sebegini sepatutnya boleh dicegah dan dikawal sedari awal. Apakah yang telah kita lakukan untuk mengurangkan aktiviti buruk ini? Bukankah dengan memberikan komisen juga sebenarnya rasuah? Lihat di manakah kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2008, sila rujuk Rasuah: Kedudukan M'sia merosot lagi.

Apa itu rasuah? Apa yang anda faham tentang rasuah? Dalam Kamus Dewan, rasuah membawa maksud pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap). Ish... apa ke jadahnya 'menumbuk rusuk' nih? Dengan lain perkataan yang mudah difahami, rasuah didefinasikan sebagai memberi hadiah untuk mendapatkan sesuatu atau untuk mengiktiraf sesuatu kejayaan.

Senario 1

Seorang ayah yang baru pulang dari seminar di luar negara. Belum pun sempat lagi berjumpa anak-anak, beliau terus pergi ke pejabat untuk bekerja dan hanya sempat beri anak-anaknya coklat yang telah dibelinya di kedai di lapangan terbang. Anak-anaknya melompat-lompat kegembiraan. Ayah ini berasa sedikit lega kerana tiada seorangpun anaknya yang memintanya supaya jangan meninggalkan mereka lagi.

Tahukah anda, apa yang dibuat oleh ayah di atas adalah satu contoh memulakan rasuah dengan anak-anak? Sebenarnya, anak-anak itu menunggu ayahnya pulang untuk dapat balik rasa selamat, rasa tenteram dan rasa disayangi. Mereka dahagakan pelukan, usapan dan air muka di samping sedikit masa untuk bersama ayah mereka setelah sekian lama menghilangkan diri. Sepatutnya ayah ini tidak memberikan mereka coklat sebaliknya memeluk, mencium dan diikuti dengan menceritakan ke mana ayah ini telah pergi sambil emnunjukkan gambar-gambar tempat-tempat yang telah dilawati dan apa ilmu baru yang telah dipelajari. Dari situ, kita boleh menanamkan semangat minat belajar dengan menyatakan betapa elok sekiranya kita rajib belajar, rajin membaca kita itu akan membina kepintaran kita dan satu hari nanti akan dapat menyambung pelajaran ke luar negara dan melawat lain-lain tempat.

Bila ayah ini memberi kan anak-anaknya coklat, mereka akan berebut-rebut dan mungkin ada yang bertumbuk, memukul kerana mahu yang terbanyak, malah ada pula yang merajuk kerana tidak dapat sebanyak yang diingininya. Jika keadaan begini sering berlaku, anak akan kaitkan ayah ke luar negeri atau tidak pulang beberapa hari dia MESTI membawa pulang coklat. Kepulangan ayan itu sebenarnya tidak menggembirakan, kerana ayah pulang sebentar sahaja dan lepas itu hilang semula. Apabila ibu atau ayah pergi keluar kerana bila pulang mesti bawa hadiah. Inilah rasuah namanya, dan apabila anak-anak ini dewasa, dia akan buat perkara yang sama. Bermula dengan coklat, hadiah, cenderamata, wang dan lain-lain.

Senario 2

Dipetik dari bribe-your-child-towards-corruption yang telah diterjemahkan :

Suatu hari, saya telah pergi Toys‘R’Us, membeli hadiah untuk sepupu saya. Di sana, saya terserempak dengan sepasang ibu-ayah dan anak kecil mereka sedang ‘beradegan’ di hadapan saya. Anak kecil itu sangat mengganggu dan menjengkelkan, jadi saya berusaha untuk mengendahkannya, tapi saya masih dapat mendengar perbualan mereka anak-beranak. Anak kecil itu mahukan anak patung besar ini (nampak seperti beruang). Si ibu menolak dan tidak mahu membelikan untuknya dan memujuk dengan berkata :

“Jangan menangis, nanti ibu belikan ais krim, ok?”

Anehnya, anak kecil ini membantutkan hasratnya yang mahukan patung besar dan berhenti menangis serta-merta. Saya hampir tidak percaya sama sekali. Dia yang pada mulanya kelihatan seperti tidak boleh ditolak-ansur, tetapi dengan bicara manis ibunya telah kalah dengan kehendaknya sendiri. Selepas itu saya melihat mereka berjalan ke arah McD. Jadi, itulah dia. Pada fikiran saya, boleh jadi suatu hari anak kecil semacam itu akhirnya menjadi ahli politik ‘rosak’ yang bermain dengan wang kotor, atau mungkin menjadi seorang anggota polis trafik mengejar ‘mangsa’ untuk mendapatkan ‘wang kopi’ atau mungkin saja akan menjadi seorang kakitangan kerajaan/swasta yang suka ‘curi tulang’ dan sebagainya. Di manakah nilai keikhlasan, rasa tanggungjawab dalam menjalankan pekerjaan (ibadah) jika sesuatu pekerjaan itu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran?

Malangnya, tanpa disedari, ibu ini telah mendidik anaknya dengan ‘rasuah’. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ibu di atas adalah dengan menerangkan kepada anaknya yang dia tidak memerlukan patung besar/mainan tersebut. Berikan penjelasan yang terang dan mudah difahami anak. Cara ini lebih berkesan untuk anak-anak saya. Mereka memang mahukan sesuatu mainan jika dibawa ke tempat sebegini, tetapi saya terangkan kepada mereka tentang ‘keperluan’ dan ‘kemahuan’. Alhamdulillah, saya tidak mengalami situasi di mana anak terpaksa ‘berperang’ dengan anak yang menjerit-jerit atau berguling-guling kerana kemahuan mereka tidak dituruti.

Senario 3

Seorang rakan sekerja (berketurunan India), katanya, dia di’paw’ seorang pegawai polis trafik kerana telah melakukan kesalahan lalu lintas. Katanya, dia tidak mahu disaman dan merayu kepada pegawai berkenaan supaya dilepaskannya. Dia diberitahu jika mahu ‘lepas’, rakan saya diminta memberi habuan kepada pegawai berkenaan. Rakan saya cuma ada wang sebanyak RM5.00 dalam dompetnya pada ketika itu. Pegawai itu tidak banyak bicara dan menyuruh rakan saya menyelitkan wangnya di atas papan (papan untuk tulis saman).

Ceritanya kepada saya, “Teruk betul itu polis, RM5.00 pun dia angkat!” Menurutnya lagi, pegawai berkenaan berketurunan Melayu (saya anggap Muslimlah). Lepaslah duit beli sekeping roti canai/mee goreng/nasi lemak dan segelas teh tarik. MURAHnya harga diri seorang muslim!

Senario 4

Saya sendiri tidak terlepas daripada situasi yang saya andaikan berunsur rasuah. Seorang pengusaha pengangkutan yang pertama kali berurusan, bertanyakan kepada saya bilakah beliau boleh mengutip cek pembayaran untuk perkhidmatannya. Saya jelaskan, cek pembayarannya telah siap dan boleh datang mengambilnya pada bila-bila masa. Beliau bertanya kepada saya bserapa ketul ayam goreng KFC yang saya mahu? Saya tanya kepadanya, mengapa beliau bertanya begitu dan mengagak beliau mahu datang berjumpa saya pada waktu makan tengahari. Beliau menjelaskan kepada saya, seorang rakan saya dari Jabatan Akaun akan meminta beliau membawa satu barrel KFC jika mahu datang mengutip cek pembayaran.

Saya terangkan kepadanya yang beliau boleh datang untuk mengambil cek pembayaran dengan tangan kosong,tanpa perlu membawa apa-apa. Beliau berkali-kali bertanya, adakah saya perlukan apa-apa, selain KFC? Saya jelaskan kepadanya yang saya tak mahu apa-apapun daripadanya. Saya beritahu beliau lagi, saya akan bersetuju jika beliau mahu belanja saya di luar waktu pejabat atas dasar seorang teman dan tidak mengaitkan ‘perbelanjaan’nya untuk mendapatkan sesuatu daripada saya. Agaknya beliau faham apa yang saya cuba sampaikan, semenjak itu beliau tidak pernah bertanya apa-apa lagi.

Saya selitkan lagi situasi di mana saya percaya, ia merupakan satu lagi bentuk rasuah yang dibenarkan oleh masyarakat kita.

Situasi 1

Seorang ayah ‘mengumpan’ anaknya untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dengan menjanjikan ganjaran RM1.00 sehari sekiranya si anak berpuasa sehari penuh. Sekiranya anaknya berjaya berpuasa penuh selama sebulan (30 hari), bermakna anaknya akan diberi RM30.00 sebagai ‘upah’ atau ‘ganjaran’.

Situasi 2

Seorang ibu menasihatkan anaknya supaya rajin belajar dan dapat lulus peperiksaan dengan cemerlang. Ibu ini juga cuba menggalakkan anaknya belajar bersungguh-sungguh dengan menjanjikan sekiranya si anak lulus dengan cemerlang, anak akan dihadiahkan PS2.


Anak-anak kecil tidak sepatutnya diperkenalkan dengan ganjaran yang berunsur rasuah. Sebenarnya, jika pendidikan di rumah dihalusi dan setiap ibu bapa diberi kursus termasuk guru-guru dan orang-orang kenamaan yang juga ibu-bapa, atuk atau nenek, insya Allah, soal rasuah, menipu, bohong, ponteng sekolah dan lain-lain tidak akan berlaku.

Apa pendapat anda pula?

Butiran selanjutnya ...

Muslim perlu waspada campuran plasma darah dalam makanan



KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.

Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.

Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.

“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan halal.

“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.




Sumber : Jami'ah Shukri di BHarianOnLine 2009/12/28

Butiran selanjutnya ...

Anak juga mengalami stres

Oleh Dato' Dr Noor Laily Dato' Abu Bakar (NURY)



Stres atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting iaitu oksigen, hormon, pemakanan, stimulasi dan fisiologi untuk otak dan sistem saraf tidak berfungsi dengan baik dan tidak wujud secara seimbang. Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, otak kita memberi respons secara automatik dengan mengeluarkan sejenis kimia yang bersama adrenalin dalam kadar yang berlebihan dari yang kita perlukan. Biasanya jika keadaan seimbang apabila jumlah adrenalin yang berlebihan ini akan diturunkan balik oleh satu hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal yang terletak di atas dan belakang buah pinggang kita.

Jika keadaan ini tidak wujud atau terlalu banyak andrenalin dikeluarkan, kita akan terus merasa kesannya seperti jantung berdebar, pernafasan cepat, rasa seram sejuk hingga ada yang menangis, menjerit atau meraung, rasa mahu membuang air besar ataupun, terkencing dalam seluar. Ini ialah tanda-tanda untuk tubuh kita cuba melawan paras andrenalin yang tinggi itu. Untuk tujuan ini kita memerlukan tenaga.

Jantung yang mengepam cepat membolehkan lebih banyak darah mengalir untuk membawa oksigen ke otot dan otak untuk membolehkan kita menghasilkan tenaga itu. Responsnya, kebiasannya ialah dengan cara melawan seperti menjerit, memikul, merosakkan barang-barang atau lain – iaitu menangis, termenung atau masuk ke alam sendiri (merajuk).

Kita namakan ini respons ‘survival’, iaitu melawan atau lari dan kita namakan respons binatang mamalia atau reptilia. Sekiranya kita beriman dan berakal kita akan menghadapi masalah itu dengan cara positif :

  1. Menarik nafas panjang
  2. Mengucap
  3. Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
  4. Menyempurnakan senaman relaksasi dan visualisasi

Orang yang menerima amarah ini juga akan memberi respons dengan cara yang sama iaitu lawan, lari atau merajuk disebabkan oleh andrenalin yang berlebihan. Jika orang itu berakal, dia akan merespons dengan cara positif agar tidak mengalami stress.

Bagi anak kecil, mereka belum lagi berakal, sekiranya dia berkeadaan seperti ini, ia akan menyebabkan anak tidak rapat dengan ibu bapanya atau penjaganya dan sekiranya berlarutan anak itu akan menyisihkan diri dan masuk ke alamnya sendiri.

Jika tanda-tanda itu wujud sebelum tiga tahun, ini bermakna anak itu telah mengalami stress dari dalam rahim ibu lagi dan keadaan itu diberi nama Autisma.

Jika tanda itu wujud selepas tiga tahun, kita biasanya mengenali orang itu sebagai orang gila atau schizopherenia. Anak juga belajar cara mengatasi stress dan akan memprogramkan perangai marah atau merajuk dalam otaknya, dan akan dengan itu membentuk perangainya, keperibadiannya dan perwatakannya kelak waktu dewasa nanti.

Kesan ibu hamil yang stres

Ibu yang sentiasa dalam keadaan stress ketika hamil akan menyebabkan anak dalam kandungan juga stres, dan boleh menyebabkan keguguran, lahir belum cukup bulan atau anak menghidap sawan tarik atau dilahirkan anak kurang upaya. Bukan sahaja orang yang menerima akan mengalami stres, orang yang amarah itu juga akan mengalami stres.

Di antara tanda-tanda stres ialah :
  1. Otot-otot muka bergerak
  2. Cakap gagap atau tidak terurus (stuttering) atau gagap
  3. Menggigit kuku atau bibir
  4. Mengetuk lantai atau meja dengan tangan atau kaki cara berterusan
  5. Menggoyangkan kaki
  6. Jantung berdebar
  7. Pernafasan cepat
  8. Sakit perut yang tiada kaitan dengan makanan
  9. Muka merah atau pucat
  10. Tangan sejuk dan berpeluh (basah)
  11. Rasa loya atau tidak lalu makan
  12. Mulut kering
  13. Rasa takut sesuatu akan terjadi
  14. Sentiasa menelan air liur
  15. Kerongkong rasa tersekat
  16. Tidak boleh tidur atau ada masalah tidur
  17. Tidak boleh memberi tumpuan
  18. Selalu pening atau sakit kepala
  19. Lemah lutut
  20. ‘Fidgetiness’, iaitu mengusik orang, merosakkan barang-barang atau mendera binatang
  21. Senang panic
  22. Senang lupa
  23. Ceret-beret yang tidak ada kena-mengena dengan makanan
  24. Kencing malam
  25. Mengigau
  26. Histeria atau menjerit-jerit tanpa sebab
  27. Merajuk
Bersambung

Sumber : MW#1345

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Disember 26, 2009

Etika berbicara dengan anak-anak


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Dalam entri yang lepas, saya masukkan Melayan anak kecil yang suka bertanya dan Panduan berkomunikasi dengan anak. Hari ini disenaraikan etika berbicara dengan anak-anak sebagai ulangkaji ilmu keibu-bapaan. Mudah-mudahan bermanafaat.

Sering kali ibu bapa mengadu anak-anak mereka tidak mendengar kata, punca sebenarnya boleh jadi kerana penyampaian ibu bapa itu sendiri yang tidak kena. Bila minta anak melakukan kerja sekolah, ada ibu/bapa yang menengking malah membebel, cara ini selalunya tidak akan memberi kesan pada anak. Jadi bagaimana mahu mempastikan setiap arahan dan kata-kata anda didengari oleh anak?

Berikut disenaraikan panduannya :

1. Tatap mata si cilik

Berbicara dengan anak kecil perlu berhemah, maka renungilah mata mereka untuk mendapatkan perhatiannya. Ajar mereka bagaimana untuk fokus. Berikan bahasa tubuh yang sama setiap saat anda mendengar cerita mereka. Pandangan anda itu perlu bersifat berkomunikasi dan bukannya mengawal setiap pergerakan mereka.

2. Hargai anak dengan memanggil namanya

Penghargaan untuk anak boleh dimulakan dengan menyebut nama anak sebelum meminta mereka melakukan sesuatu. Misalnya, “Ahmad, tolong…”

3. Jangan berleter

Ketika berbicara dengan anak, elakkan terlalu banyak arahan. Ia bukan sahaja membuatkan anak anda keliru, malah memperlekehkan arahan anda. Kekerapan membebel juga membuatkan anak anda berasa lemas dan ingin lari setiap kali anda cuba berbincang dengannya.

4. Jelas dengan maksud

Gunakan ayat-ayat yang mudah dan patah perkataan yang mengandungi satu suku kata. Cuba dengar bagaimana anak-anak anda berkomunikasi dengan rakan sebayanya. Fahami dan adaptasinya dengan gaya yang paling mudah untuk diterima oleh anak. Jika anak-anak memberikan pandangan seolah-olah mereka tidak berminat, jelas kata-kata anda tidak lagi didengari dan dimengertikan oleh mereka.

5. Minta anak ulangi kata-kata anda

Sekiranya anak anda tidak dapat mengulangi kata-kata yang anda berikan, bermakna mereka tidak memahami maksud anda dengan jelas. Barangkali ia terlalu panjang dan rumit untuk difahami mereka.

6. Beri alasan

Bagi kanak-kanak seusia 2 atau 3 tahun, setiap sesuatu yang dilarang perlu dilandasi dengan alasan yang munasabah. Misalnya “Cepat pakai baju, nanti kamu boleh main di luar”. Alasan anda membuatkan mereka akur dan tidak berkeras untuk mengulangi kebiasaannya itu.

7. Bersikap positif

setiap tutur kata perlu diluahkan secara positif. Misalnya elakkan daripada menggunakan perkataan ‘jangan’. Daripada berkata “Jangan berlari-lari.”, Bukankah lebih baik berkata “Di dalam rumah kita berjalan, di luar rumah barulah kamu boleh berlari.”

8. Luahkan hasrat kamu

Elakkan memberi arahan dengan keras seperti, “Turun!”, sebaliknya cuba katakannya dengan “Saya ingin kamu turun”. Perkataan ingin memberi gambaran untuk bersikap baik dan mengelakkan daripada ayat perintah.

9. Terus bertindak

Daripada berteriak, “Matikan TV sekarang sudah tengah malam!”, cubalah untuk berjalan mendekati anak dan duduk seketika untuk menikmati keasyikan si kecil menonton. Apabila tiba iklan cubalah untuk meminta anak anda mematikan televisyen. Tindakan anda berjalan ke arahnya menunjukkan anda serius dengan permintaan anda. Jika tidak, anak akan mentafsirkan permintaan anda sebagai satu pilihan semata-mata.

10. Beri pilihan

Beri pilihan pada anak agar anak belajar untuk meluahkan apa yang mereka fikirkan. Duduklah dengan mereka dan minta mereka luahkan apa yang mereka rasa/fikir.

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Disember 25, 2009

Impian isteri, angan-angan suami, mengapa tak sama?


Assalamualaikum,

Isteri anda suka merungut? Serba serbi tak kena dengan apa yang ada sekarang? Apa sebenarnya yang isteri mahukan di dalam kehidupan rumahtangganya? Adakah sama dengan impian suami atau berbeza jauh sehingga suami tidak faham langsung apa yang tidak kena dengan hubungan mereka?

Kes pertama

Atikah seorang suri rumah sepenuh masa yang selalu merungut tentang duit belanja yang tidak pernah cukup. Hasan, suami yang cukup sabar bekerja sendiri sebagai ejen insurans dan jualan langsung, kadang-kadang berniaga di pasar malam.

Jerih payah Hasan kadang-kala dipersendakan isteri kerana hasil diperolehi tidak mencapai hasrat nafsunya. Sudahlah tidak berusaha menolong suami, bergantung sepenuhnya makan minum daripada Hasan, namun tetap dikeji apa yang dimakannya.

Kasihan Hasan didampingi isteri yang tidak pandai bersyukur, cenderung merendah-rendahkan pekerjaan suami dan tidak mahu menolong meringankan beban kewangan yang ditanggung suaminya. Seandainya saja Atikah mahu terjun langsung bersama mencari rezeki dan tidak malu mendampinginya berniaga. Padahal, anak-anak sudah pun boleh berdikari. Apa salahnya masa yang banyak terbuang percuma di rumah digunakan untuk berniaga tentu akan merubah nasib mereka sekeluarga. Tetapi Atikah isteri yang manja, dia lebih suka membeli makanan daripada memasak. Amat pentingkan kecantikan diri dan bersosial dengan kawan-kawannya yang kaya dan bergaya pula.

Kes kedua

Mayasari seorang peguam berjaya yang amat mementingkan keluarga. Sehingga timbul dilema dalam dirinya untuk melepaskan kerjaya dan memilih menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Suami Mayasari menentangkan niatnya itu dan tetap memaksanya untuk mengekalkan keadaan sedia ada kerana nafkah keluarga yang agak mewah dan boleh ditanggung oleh suami seorang. Dalam impian Mayasari, betapa bahagianya duduk di rumah menjaga anak-anak yang masih kecil-kecil itu dan meluangkan masa mendidik mereka dengan baik. Di samping itu, segala keperluan asasi dipenuhi oleh suami yang bergaji besar dan kalau boleh tiada sekatan langsung menggunakan wang suami semahu-mahunya.

Alahai, sungguh bahagianya jika suami pun lelaki yang jujur dan pemalu, tidak pernah punya skandal, menjaga maruah diri, kaya lagi murah hati, bersih, kuat agama, setia pada satu isteri, keluarganya tidak mengongkong, sayang kepada anak-anak, sihat dan segak sepanjang masa.

Suami pula impikan seorang isteri yang rajin mencari wang, cantik, ramai anak dan pandai mendidik mereka tetapi suami tidak rasa tersisih dan tergugat, pandai mengambil hati lagi mesra kepada mentua, sentiasa menjaga maruah diri dan harta suami jika dia tiada, tetap hangat dan mengghairahkan walaupun penat dan lelah, senyumannya lebih ketara daripada rungutannya serta taat dan setia tanpa dipaksa. Adakah anda menepati ciri-ciri suami dan isteri idaman?

Tiada yang sempurna

Mana ada pasangan yang sesempurna itu di dunia ini. Jika ada pun, pastinya dalam syurga Allah SWT kerana tiada kesusahan pun akan dirasai penghuninya. Setiap insan pasti diuji dengan ketidak sempurnakan dunia. Ada yang baik agamanya, tetapi miskin dan ada yang kaya pula tidak ingat pada Tuhan.

Ada yang sihat dan segak bergaya tetapi mata keranjang, yang tidak segak pula tidak pandai mengambil hati isteri. Ada isteri yang mata duitan tetapi cukup cantik menawan kalbu, yang gemuk berwajah sedang-sedang pula pandai mencari duit. Begitulah karenah dunia yang fana ini.

Tiada yang sempurna di sini. Asalkan setiap pasangan suami isteri berganding bahu dan berpegang tangan, Cukuplah modal bagi mengharungi dugaan hidup.

Kunci kebahagiaan rumahtangga telah diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud, “Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah m,enjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisaa’ ayat 19)

Selain bersabar, sikap bersyukur sepatutnya menjadi amalan harian suami isteri. Disebabkan kurang bersyukur, suami isteri boleh bercerai berai. Kereta mewah telah pun dibeli, tapi masih juga sedih tidak dapat bercuti ke luar negara mengikut kawan-kawan bergaya.

Suka mengugut suami dan memaksa dipenuhi segala permintaannya. Tidak peduli apakah suami mampu atau tidak? Beruntungnya nasib jadi isteri bagai permaisuri di dalam rumah, semua kerja dibuat orang gaji, masih juga tidak sedar diri membuang masa, tidak ingat sembahyang, tidak sedar dan insafi dosa-dosa.

Sementara isteri-isteri lain terpaksa berpanas dan berhujan mencari nafkah membanting tulang menolong meringankan beban suami hingga tidak pedulikan lagi bilakah rehat dan tidurnya, setiap hari dikejar masa.

Sudah ada isteri yang sabar, muda, boleh melahirkan zuriat yang sihat dan berwajah cantik lagi amanah menjaga keluarga, masih juga main mata dengan perempuan lain, mengapa tidak bersyukur juga dengan apa yang dimiliki? Sementara lelaki lain ada yang bertemu jodoh dengan wanita-wanita yang bermasalah, tidak boleh beranak, main kayu tiga, mewah, boros dan segala penyakit yang menjangkitinya.

Lihatlah pada anugerah Allah SWT yang anda miliki dan bandingkan dengan mereka yang tidak bernasib baik. Senyuman pasti mengukir di bibir anda dan suami dalam jaga dan mimpi.

Renung-renungkan!




Sumber : Dr Juanda Jaya di MW#1356

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Disember 24, 2009

Perihal mas kahwin...


Salam,

Hemm… Tak habis lagi cerita fasal mas kahwin di LAMAN-SERi. Macam-macam feedback yang saya baca, ada yang setuju tidak kurang juga yang membantah. Yang membantah itu pula menyertakan sebuah hadis yang elok saya sebutkan di sini. Seperti yang sudah saya jangkakan, mereka akan berhujah dengan hadis ini. Islam tidak menetapkan kadar terendah, sederhana atau paling tinggi dalam pemberian mas kahwin kerana tidak mahu membebankan umat. Jumlah mas kahwin tidak semestinya lumayan tetapi sebaik-baiknya mesti dengan kadar yang mampu dan disenangi pihak yang memberi. Mas kahwin boleh berupa mengajarkan al-Quran, cincin besi dan sebagainya. Bagi orang yang tidak keberatan, sebaiknya mahar itu senilai lima ratus dirham, sila rujuk SiNi.

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang laki-laki yang hendak menikah untuk menyediakan mahar :

انظر ولو خاتما من حديد
“Carilah, meskipun hanya berupa cincin besi.”
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5126 dan Muslim no. 1425].

Cuba lihat versi penuh hadis di Hadith.al-islam.com.

Elok pun hadis ini disebut dalam salah satu blog kegemaran saya, FiKRAH iSLAMiAH. Komen Ustaz Ahmad Baie tentang Mas kahwin atau hantaran jadi penghalang juga sangat menarik untuk dibaca. Antara komen ustaz :

Saya percaya semua ini adalah kerana salah faham umat Islam terhadap nilai mas kahwin berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang mudah.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain baginda bersabda: “Sebaik-baik wanita ialah yang memudah untuk diri mas kahwin.” (Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah sebut, wanita yang paling baik ialah bila mas kahwinnya paling mudah (mudah bukan murah). Ya, mudah bagi lelaki untuk memberi mas kahwin kepada isterinya. Perlu dijelaskan di sini, mas kahwin yang mudah itu adalah hanya sekali seumur hidup sama seperti kita menjadi ahli seumur hidup dalam sesuatu persatuan.

Maksud mudah bolehlah saya anggarkan begini, kalau gaji lelaki itu sebulan RM 3,000 tentulah hendak beri mas kahwin RM300 sekali seumur hidup tidak susah, mudah sahaja. Tapi kalau gajinya RM10,000 sebulan tentu mudah baginya untuk memberi kepada isteri RM1,000 sebagai mas kahwin. Jadi, kalau seseorang lelaki bergaji besar tetapi sewaktu hendak beri mas kahwin hanya RM 30 atau RM 80 tentulah tidak sepadan, dan dia boleh dikatakan lelaki kedekut. Tetapi dia tidak merasai begitu dan tidak pula malu kerana menganggap itulah kadar mas kahwin yang wajib baginya.

Hal ini kerana mereka tidak faham maksud hadis di atas. Sebaliknya memahaminya sebagai mas kahwin itu hendaklah murah. Lalu padanya kadar mas kahwin yang paling rendah itu menggambarkan wanita yang baik. Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang, mungkin satu juta pun bukan nilainya.

Alhamdulillah, penjelasan ustaz dapat merungkai fahaman yang salah tentang mas kahwin. Saya juga sangat bersetuju dengan komen bro MannTrex, katanya terlalu sedikit nilai mas kahwin yang telah ditetapkan oleh semua kerajaan negeri. Ia hanya memberi reflection betapa kedekutnya komuniti terhadap perkara yang baik. Sebaliknya terlalu boros komuniti dengan memberi wang hantaran yang berbelas ribu. Ramai yang memberi mas kahwin dalam bentuk coin wang emas yang nilainya berlipat kali ganda. Mungkin sekeping coin wang emas jika diupah dikedai emas hanya minimum RM80 ke atas. Dengan menggunakan wang emas, nilainya meningkat sepanjang hayat sepertimana yang telah di-setkan oleh Sayyed Umar Al-Khattab untuk Emas dan Perak.

Hadis riwayat Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu beliau bertanya: "Apakah ini?" Abdurrahman menjawab: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar seharga lima dirham emas." Rasulullah SAW lalu bersabda: "Semoga Allah memberkahimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing." (Sahih Muslim)

Takkanlah nak berkira sangat apabila nak memberi pada partner hidup yang akan kita tidur bersama, makan bersama, mengurus rumah bersama, sakit sihat bersama dan seterusnya. Kalau kita terlalu berkira sangat dengan sesiapa, nescaya Allah akan berkira dengan kita.

Tersebut kisah kisah Khalifah Umar al-Khattab yang berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan beliau supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan membantah pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, “Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah”. Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku”.

Saya setuju dengan komen bro Manntrex, mengapa perlu kedekut (kikir) dengan partner hidup yang akan kita tidur bersama, makan bersama, mengurus rumah bersama, sakit sihat bersama dan seterusnya.

Mas kahwin wajar dinaikkan 'harga syiling'nya. Jika suami mahu beri lebih, adalah lebih digalakkan. Itu lebih afdal daripada beri hantaran berpuluh-ribu ringgit. Pada pendapat saya, hantaran dalam lingkungan kurang RM10,000 masih 'reasonable', jika kita mengambil kira penat lelah ibu bapa 'melepaskan' anak perempuan mereka. Siapa ada anak boleh cuba buat kira-kira berapa perbelanjaan anda untuk membesarkan seorang anak. Bukanlah bermaksud nak jual anak, tapi sebagai menjaga kebajikan isteri.

Duit mas kahwin dan hantaran boleh disimpan isteri, tidak semestinya digunakan untuk kenduri. Bila sah jadi partner sehidup (atau sehabis talak), TIADA JAMINAN yang suami akan memberi nafkah kepada isteri, walaupun termaktub dalam al-Quran suami WAJIB beri nafkah dan dalam cukai pendapatan peruntukan untuk isteri RM3,000 setahun (erk… silap! Peruntukan potongan zakat pendapatan sebenarnya…). Ada suami beri duit poket (untuk kegunaan isteri sahaja) RM250 sebulan tak? Ada sesetengah isteri, RM10 sebulanpun belum tentu lagi! Ada sesetengah kes pula, isteri pula kena bantu suami dan termasuklah suami berhutang dengan isteri tiap-tiap bulan sebab duit gaji selalu tak cukup. Kesian orang perempuan macam ini....

Lagipun duit mas kahwin dan hantaran boleh digunakan isteri jika perkahwinan putus di tengah jalan (atau kematian). Sungguhpun isteri boleh menuntut mutaah dan nafkah anak-anak, tetapi membuat tuntutan memakan masa yang lama dan hampir tidak munasabah. Belum tentu pula pihak suami (suami dan wali anak-anak) mahu membayar. Sementara itu, apa anak-anak nak makan, jika isteri tidak bekerja? Suami atau wali/waris anak-anak ini mungkin boleh lepas di dunia, tapi jawaplah di mahkamah Allah esok.

Berapa banyak kes begini di mahkamah? Berapa ramai pula isteri yang tiada skil, terpaksa menjual nasi lemak, mee goreng, kuih-muih atau lebih malang ada yang ambil jalan singkat jual diri, jadi GRO etc sebab nak beri anak makan.

Tak usahlah berkira, jika mahu berkira, maknanya tak mahu pikul tanggungjawap. Bukankah Nabi berpesan, kalau tak sanggup pikul tanggungjawap, lebih baik kamu berpuasa (daripada berkahwin). Itulah yang lebih baik bagi kamu.

Hadis riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a. : Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Sahih Muslim)

Hadis riwayat Uqbah bin Amir r.a. : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya syarat yang paling berhak untuk dipenuhi ialah syarat yang karenanya kamu menghalalkan kemaluan kaum wanita (syarat nikah)." (Sahih Muslim)

Sedikit masa dulu, saya pernah ditanya, apa pendapat saya jika seorang yang masih menuntut (student) berkahwin. Bagi saya, student tak payahlah kahwin dulu kalau tak maknanya anda menyusahkan (menzalimi) diri sendiri dan pasangan pula. Kalau dah ada pendapatan sendiri, lain cerita. Takkan nak beri nafkah guna duit biasiswa? Itu dah tak amanah namanya, salah guna duit biasiswa. Esok kena jawap fasal amanah pula di mahkamah Allah. Sanggup?

Yang tak wajar, ibu bapa gunakan duit hantaran untuk kenduri, sedangkan wang tersebut sepatutnya digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Apa-apapun, tak perlulah kita panjangkan isu kewajaran mas kahwin dinaikkan nilainya kerana Cina/India kahwin pun duit habis berpuluh-puluh ribu, boleh jadi beratus ribu malah mereka boleh juga menyediakan rumah double story, kenderaan yang selesa etc untuk isteri masing-masing. Mereka tak bising-bising pun seperti kita (orang Muslim) yang hendak menetapkan duit mas kahwin yang cuma RM22.50 pun heboh satu Malaysia.

Memalukan….

Capaian entri berkaitan :

  1. Penetapan kadar mas kahwin perlu dikaji semula
  2. Pemberian mahar menandakan tanggungjawab suami
  3. Mas kahwin atau hantaran jadi penghalang
  4. Mahar, hantaran sering disalahertikan masyarakat

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 23, 2009

Ajar dan didik - ajar atau didik?


Salam,

Entry ini dimasukkan susulan perbincangan “Bagaimana mendidik anak merasai kesusahan” dalam egrup yang saya sertai. Sesuai dengan tajuknya, mari kita bermain dengan bahasa.

Apa yang anda faham dengan ayat ini :

  1. Setiap ibu bapa tahu AJAR anak-anak mereka, tetapi bukan setiap ibu bapa mampu DIDIK anak-anak mereka.
  2. Ramai ibu bapa hari ini cuma mengajar anak, tetapi amat kurang yang mendidik anak.

Soalan saya :
  1. Apa itu AJAR?
  2. Apa itu DIDIK?
  3. Sama ke AJAR dan DIDIK itu?
  4. Atau AJAR dan DIDIK ini dua perkara yang berbeza?

Menurut KAMUS DEWAN:

Ajar
bermaksud tunjuk, petunjuk supaya diketahui (diikut dan lain-lain) sebagai bimbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu.

Mengajar bermaksud :
  1. menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada. Contoh : mengajar orang menggunakan senjata;
  2. membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dan sebagainya, mendidik. Contoh : Dia mengajar anaknya supaya jangan nakal;
  3. membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman dan sebagainya yang telah diperolehnya. Contoh : Musim kemarau ini akan mengajar kita supaya tidak menggunakan air dengan membazir, atau Kesulitan hidup mengajar orang lebih berusaha;
  4. memarahi (memukul seseorang) supaya jera (tidak melakukan lagi sesuatu);

Didik
pula bermaksud pelihara, jaga (dengan hati-hati), ajar.

Mendidik bermaksud :
  1. kaedah mendidik. Contoh : Salah mendidik boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak;
  2. yg dididik (diajar, dilatih, dll). Contoh : Masa depan bagi kanak-kanak yang dididik sekolah Melayu kini terjamin;
  3. pendidikan;
Pendidikan bermaksud :
  1. perihal mendidik. Contoh : Pendidikan kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita;
  2. ilmu pendidikan, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik. Contoh : ia mahu mendalami lagi pelajarannya dalam hal pendidikan kanak-kanak;
  3. didikan, latihan, ajaran. Contoh : Merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat pendidikan rohani ketika di bangku sekolah;

Jika kita lihat erti dua perkataan ini, kita akan dapati ajar dan didik adalah dua perkara yang berbeza. Sekarang, bolehkah anda bezakan AJAR dan DIDIK? Atau anda masih kurang jelas? OK, teruskan pembacaan anda. Saya akan ajar dan didik anda pula. :)

Belajar satu proses yang berterusan

Ajar (atau belajar) ialah apa saja yang masuk dalam otak dan sistem saraf manusia akan disimpan dan boleh digunakan pada jua masa. Belajar sebenarnya tidak memerlukan guru kerana kita dan anak anak-anak belajar apa saja dan pada setiap masa, melalui lima deria iaitu apa yang dilihat, dihidu (bau), disentuh, didengar dan dirasai. Dari situ, kita dan anak-anak terutamanya, akan belajar apa fungsi atau kegunaan, asal-usul atau sejarah dan sebagainya.

Serentak dengan anak-anak melihat, menghidu, menyentuh, mendengar dan merasa melalui lima pancaindera ini, ada satu lagi perasaan yang turut hadir tanpa disedari oleh diri sendiri dan orang di sekelilingnya. Kita namakan ia sebagai daya firasat. Jika kita lihat sekeliling, apa saja yang ada dalam persekitaran anak itu menjadi bahan untuk mereka belajar mengenal diri dan persekitarannya. Apa juga bahan dalam persekitaran anak itu menjadi bahan untuk dipelajari, untuk mengenali diri dan juga persekitarannya.

Tahukah anda apa sahaja anak belajar dari dalam rahim ibunya dan di peringkat bawah 6 tahun akan kekal dalam ingatan anak itu seumur hidupnya?

Pernahkah anda membaca kisah seorang bapa, Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), yang mendidik anaknya, 40 tahun sebelum anaknya lahir? Seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah, “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya? Jawab bapa Imam Abu Hanifah, “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan.”

Bagi kita, kalau didengar pernyataan ini tentu pelik tetapi ia tidaklah mustahil. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik? Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Ungkapan seperti, ‘anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya’, ‘bapa borek anak rintik’, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’, ‘bagaimana contoh begitulah gubahannya’, ‘bagaimana ditanam, begitulah dituai’ dan ‘bagaimana rupa begitulah bayangnya’ menggambarkan dengan jelas bagaimana kita mendidik anak-anak. Mana mungkin acuan kuih berbentuk 'love' menghasilkan biskut berbentuk 'bintang' pula? Begitulah nanti dewasanya anak-anak dengan didikan kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Sebagai ibu-bapa, kita mesti berhati-hati dengan anak kecil, apa yang dilihat, apa yang disentuh, apa yang kita tutur serta amalan kita sering diperhatikan oleh anak-anak. Mereka melihat dan mendengar pertuturan dan semua ini menjadi bahan-bahan belajarnya. Pada hari ini media seperti televisyen, radio, komputer dan sebagainya menjadi sumber anak belajar secara tersendiri. Oleh itu kita wajar sentiasa bersama anak-anak supaya apabila ada perkara negatif yang ditayangkan di televisyen atau dilihat di internet, ia dapat disaring dan tidak menjadi bahan untuk anak belajar.

Tunjuk cara yang betul

Didik pula ialah perkataan yang lebih mendalam yang membawa erti ajar (belajar), di samping itu ada pula yang memberitahu dan menunjukkan cara yang betul dan tidak betul. Ini bermakna, proses didik memerlukan seorang penunjuk ajar juga digelar pendidik.

Sebagai contoh apabila kita memberitahu anak tentang cawan, kita akan sentuh dan menunjukkan kepadanya. Di samping menunjukkan cawan secara fizikal, kita boleh menunjukkan juga fungsi cawan itu, iaitu cawan digunakan untuk kita minum air. Seterusnya, kita boleh terangkan jenis cawan pula. Tunjukkan kepada anak, cawan yang diperbuat daripada plastik, kaca, ceramik ataupun metal.

Saya pernah ditanya anak, mengapa dia cuma dibenarkan menggunakan cawan plastik, sedangkan saya gunakan cawan ceramik (mug). Huk.. huk.. Mungkin dia merasakan saya tidak adil kerana memberikannya cawan yang kurang cantik... :) ... Saya terangkan kepadanya, cawan kaca atau ceramik akan pecah jika terjatuh, sebaliknya cawan plastik tidak mudah pecah. Jadi, cawan kaca atau ceramik tidak sesuai untuk kanak-kanak. Kanak-kanak lebih sesuai guna cawan plastik. Saya berikan jawapan yang spesifik dan panjang lebar supaya anak faham.

Selanjutnya, kita boleh menunjukkan pula cara memegang, menghidang, mencuci, menyusun dan menyimpan cawan itu. Dengan cara ini, anak kecil bukan sahaja tahu yang itu adalah cawan semata-mata, tetapi mendapat pendidikan segala-galanya mengenai cawan, iaitu daripada fungsi dan bagaimana cara untuk mengendalikan cawan dengan baik. Proses mengenalkan cawan inilah yang kita panggil ‘DIDIK’.

Orang dewasa terutamanya ibu bapa pula harus mengajar anak secara tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Ibu bapa juga wajib PANTAU apa yang menjadi pelajaran dan pendidikan anak-anak. Pendidikan sebegini harus dilakukan dalam rahim lagi dan sebelum anak-anak mencecah usia 6 tahun. Anak-anak juga harus diajar dan dididik dengan kemahiran hidup seawal mungkin iaitu sebaik sahaja mereka boleh berfikir dan ketika usianya masih dalam peringkat ingin belajar dan tahu, kerana proses ajar dan didik itu lama dan berulang-ulang.

Anak saya sendiri, seawal usia 2 tahun sudah sibuk mahu melakukan apa saja dengan sendiri. Hendak makan (suap) sendiri, mandi juga mahu sendiri, sabun sendiri, syampu sendiri, pakai baju sendiri, sikit-sikit nak buat sendiri. Saya tidak pernah tegah sebab tidak mahu membantutkan naluri keinginannya untuk berdikari, tetapi saya akan PANTAU, AJAR dan DIDIK. Anak yang umur 5 tahun itu pula sudah pandai buat minuman sendiri. Kadang-kadang dia sibuk offer/buatkan susu untuk adik-adiknya. Saya perhatikan sahaja gelagatnya. Cuma apa yang paling ‘tak syok’ bila dia buat sendiri, ada saja yang tumpah. Walau bagaimanapun, saya ajar dia bertanggungjawab bersihkan apa yang tumpah/berselerak. Alahmdulillah, dia sudah pandai basuh cawan dan pinggan sendiri lepas makan. Adik-adiknya juga saya disiplinkan lepas makan/minum/ botol kena letak dalam sinki. Baju/seluar kotor kena letak dalam bakul laundry.

Walaupun masih kecil, saya berpendapat kita sebagai ibu bapa kena ajar mereka berdikari, sebab saya percaya disiplin bermula dari kecil. Bila sudah menjadi rutin, tidaklah rasa payah/liat/malas/mua hendak membuatnya sendiri. Paling penting, saya tidak penat mengutip itu ini. Pengalaman melihat seorang ibu (jiran mak dan ayah saya) yang masih mencuci, menjemur dan mengangkat (dari ampaian) kasut sekolah anak-anak walaupun anak-anaknya sudah belajar di Tingkatan 5, amat mengajar saya betapa perlunya kita ajar dan didik anak-anak supaya pandai berdikari.

Pada usia dua tahun anak-anak sedang menjalani proses yang akan jadi ‘permanent’ bila umur enam tahun. Pada usia empat tahun anak-anak sudah boleh jadi ‘khadam’, boleh suruh mereka tolong ibu bapa. Sebaliknya, jika tidak diajar dan dididik dengan betul dan sikap-sikap yang baik tidak terbentuk sejak kecil, kita khuatir anak-anak akan menjadi ‘rebellious’.

Amalkan konsep ajar dan didik anak-anak. Semoga mereka membangun secara holistik dan dapat membesar dengan cemerlang. Amiin.

Sumber : artikel NURY yang saya baca. Terima kasih Dato' Dr Noor Laliy dan sahabat di SIM!

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails