“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Februari 28, 2011

Isteriku ROBOT

Rakyat Kanada, Lee Trung bersama robot ciptaannya, Aiko yang dijual pada harga RM54,000, setiap satu.

Kegilaan saintis Jepun, Barat hasilkan robot bagi ambil alih peranan wanita

KEDENGARANNYA mungkin agak keterlaluan tetapi disedari atau tidak, peranan manusia pada zaman serba pantas ini sedikit demi sedikit sudah diambil alih oleh mesin, yang patuh melakukan sebarang suruhan tanpa ada rungutan atau tuntutan kenaikan gaji.

Kehadiran robot ini bukanlah masalah sebaliknya satu hikmah andai memudahkan urusan orang ramai seperti membantu golongan memerlukan baik yang kurang upaya dan warga tua, namun jika sudah sampai menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk menghasilkan mesin kaku menggantikan fungsi sebenar manusia, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipertimbangkan lagi.

Robot pengantin

Kini, kegilaan saintis bertumpu kepada usaha penghasilan robot bagi memikul satu lagi fungsi manusia - menjadi peneman dan pasangan lelaki. Istilah isteri itu sendiri seakan kian hilang maknanya apabila kadar perceraian semakin meningkat dengan ramai lelaki, khususnya di Barat kini semakin tergila-gilakan robot perempuan untuk dijadikan isteri dan pemuas nafsu.

Maka lahirlah gelaran isteri tiruan yang mungkin pelik bagi kita tetapi satu keseronokan kepada segelintir insan yang mengutamakan nafsu. Situasi yang tidak dapat diterima akal ini dilihat sebagai satu bentuk diskriminasi zaman moden, dengan menterjemahkan perkahwinan sebagai hubungan antara tuan dan hamba.

Buktinya, bulan lalu, robot perempuan dihasilkan oleh sebuah syarikat Britain sebagai alat bantuan seks. Ia digelar 36C berdasarkan ukuran dadanya. Ia menyusuli ‘kelahiran’ robot perempuan seperti Actroid - setiausaha serba sempurna oleh saintis Jepun pada 2003 dan robot projek Aiko pada 2007 yang boleh bercakap dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang dicipta di Kanada.

Bagaimanapun, kelahiran Actroid dan Aiko lebih mulia peranannya berbanding 36C yang dicipta seorang jurutera elektrik dan saintis komputer Amerika Syarikat, Douglas Hines, yang pernah bekerja di Makmal AT&T Bell. Hines turut berterus terang yang rekaan terbarunya, Roxxxy itu adalah ‘robot seks.’

“Ia adalah hamba cinta,” kata Hines ketika ditemubual ABCNews.com ketika itu sambil menambah ia berharga antara AS$500,000 (RM1.5 juta) dan AS$1 juta (RM3 juta) dan mengambil masa sehingga dua tahun setengah untuk dicipta. Pelanggan yang mahukan Roxxxy sebagai teman boleh meminta syarikat berkenaan menghasilkan robot mengikut kehendak mereka. Bagi menghasilkan robot yang kelihatan dan dapat beraksi sebagai pasangan sesuai, pelanggan perlu mengisi soal selidik untuk memberikan petunjuk kepada jurutera mengenai personaliti robot berkenaan.

Walaupun prototaip robot itu dihasilkan berdasarkan seorang penuntut wanita kulit putih dengan ketinggian 1.5 meter dan 54 kilogram berat, pelanggan boleh memilih warna rambut dan mata. Namun 36C bukanlah robot teman wanita atau isteri tiruan. Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Lagos, Dr Kingsley Abhulimen, pada 1983 satu robot perempuan Sweetheart tidak dibenarkan dipamerkan di Kolej Berkeley selepas petisyen dibuat mendakwa ia satu penghinaan kepada wanita.

Robot Aiko yang dijual pada harga RM54,000 setiap satu, adalah robot yang dilengkapi sistem ‘artificial intelligence’ atau fungsi menyamai manusia. Ia yang dibangunkan Le Trung di Kanada, memiliki ketinggian kira-kira lima kaki. Aiko atau ‘anak kasih sayang’ disifatkan peneman sempurna kerana selain mampu bertutur dalam bahasa Jepun dan Inggeris, ia juga boleh memberi reaksi atau tindak balas terhadap pertanyaan dan sentuhan.

Ia juga boleh mengenal pasti objek di depannya kerana dilengkapi alat pengesan terhadap sebarang sentuhan atau kesakitan. Malah, jika pipinya dicubit atau bahagian lain badannya dikasari, Aiko juga boleh ‘bersuara’ meminta perbuatan itu dihentikan.

Robot Actroid juga mempunyai beberapa versi yang dimulai robot dikenali Repliee Q1 dan Repliee R1 yang dibuat berasaskan budak perempuan Jepun berusia 5 tahun. Model lebih canggih diperkenalkan pada 2005 dikenali dengan nama Aichi yang membantu orang ramai terhadap lokasi dan majlis tertentu. Ini diikuti penghasilan robot Actroid model berperanan sebagai pengacara pada tahun sama serta robot Actroid Sara pada 2009. Versi terbaru Actroid itu dijual di pasaran Jepun pada harga RM67,000.

Apa yang pasti, hampir setiap tahun robot wanita itu dihasilkan dengan pembuatan yang lebih terkini, termasuk rupa parasnya yang mirip wanita biasa dengan tubuhnya turut disaluti kulit menyamai manusia. Biarpun ada yang memujinya sebagai tahap kecerdikan manusia, tetapi hakikatnya ada juga pandangan bahawa penghasilan robot wanita yang sempurna, seksi dan patuh sebenarnya mencerminkan kekecewaan emosi pencipta mereka.

Aiko robot yang ambil alih pelbagai tugas dan fungsi manusia.

Antara robot popular:

1. Teman pesakit strok

Robot ciptaan penyelidik Hospital Kitasato, Jepun, yang boleh membantu mangsa serangan angin ahmar memperbaiki fungsi lengan dan bahu dengan menggerakkan lengan pesakit yang lumpuh dalam pelbagai arah yang sudah diprogramkan terlebih dulu.

2. Robot paderi

Mula menjadi perhatian apabila sepasang suami isteri pada Mei lalu di Jepun, menjalani majlis perkahwinan berteknologi tinggi dengan robot paderi mengahwinkan mereka.
Robot I-Fairy yang dihasilkan oleh Kokoro Co menjadi robot pertama mengetuai majlis perkahwinan.

3. Teman kanak-kanak

Robot ‘Saya’ mungkin menjadi robot kegemaran ibu bapa untuk dibawa pulang apabila sekumpulan penyelidik di Jepun berusaha menghasilkan robot yang boleh mengawal sekumpulan kanak-kanak. Ia boleh berpusing selain mempamerkan enam emosi iaitu terkejut, takut, jijik, marah, gembira dan sedih.

4. Robot pelayan

Di restoran Dalu Robot di China, pelayannya hadir dalam bentuk robot membawa hidangan. Setiap robot dipasang dengan alat pengesan bagi membolehkan mereka berhenti apabila pelanggan mahu mengambil hidangan. Lebih 12 robot beraksi sebagai penyambut tetamu, penghibur dan pelayan. Pemilik restoran berkenaan, Zhang Yongpei, berkata dia berharap dapat menambah bilangan robot kepada 30 dan memperkenalkan robot yang boleh melayan pelanggan di meja serta yang mampu naik turun tangga.

5. Pengurus rumahtangga

Suri rumah pula pasti akan lebih tertarik memiliki pembantu terbaik dalam menguruskan rumahtangga, Roomba. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, ia sudah dijual lebih lima juta unit, kata syarikat penciptanya, iRobot. Gembira dengan kejayaan Roomba, iRobot turut menghasilkan lebih banyak robot praktikal termasuk Scooba, robot pencuci lantai dan Verro, yang boleh mencuci kolam.




Petikan : BHarian 27/02/2011

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Februari 26, 2011

Rangsang suami lebih romantik


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Boleh dikatakan, semua isteri di dunia ini amat sukakan sikap suami yang penuh perhatian, memanjakan isteri, memahami keluh kesah mereka, mendampingi dengan penuh kelembutan, menjaga bahasa nada ayat teguran agar tidak melukai isteri, lebih banyak maafnya daripada marahnya, pandai memujuk dan menggembirakan hati isteri, dan segala sikap yang menunjukkan betapa dia sayangkan anda. Tetapi, malangnya, tidak semua lelaki mampu menjadi yang terbaik sebegitu.

Semasa bercinta, lelaki biasanya bersikap demikian, namun setelah akad-nikah, biasanya sikap prihatin yang mereka tonjolkan akan lenyap begitu sahaja. Agaknya, mungkin sudah menjadi sikap semulajadi mereka suka berpura-pura begitu, tetapi janganlah isteri menjeruk rasa membiarkan sahaja atau hanya tahu merungut tanpa berbuat apa-apa. Jika mereka gagal menjadi suami yang terbaik untuk anda, andalah yang patut ada rangsangan positif dari sikap anda sendiri untuk menumbuhkan sisi romantik seorang suami.

Ðalam entry Isteri juga harus romantik yang lepas, kita telah lihat bagaimana isteri juga harus bersikap romantik. Kali ini Laman-Seri akan kongsikan tips-tips bagaimana untuk menumbuhkan sisi romantik seorang suami pula.

Tips # 1 – Manjakan, jangan bebankan

Tugas dan tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya sangat berat sebenarnya, jika boleh ditamsilkan, agak-agaknya beban amanah yang dipikulnya lebih besar dari Gunung Everest. Tidak salah sekiranya anda bantu meringankan beban yang ditanggungnya dengan memanjakan dirinya, jangan pula anda menambahkan bebannya. Oh ya! Bercakap tentang memanjakan suami, hendaknya ada batasannya juga. Tidak perlulah anda memanjakan suami sehingga anda sendiri yang menawarkan diri menggalas tanggungjawabnya hingga suami ‘lupa’ diri dan membebankan anda pula. Jangan melawan fitrah hidup yang telah digariskan syarak. Kelak akan lebih banyak menimbulkan kemudaratan dalam kehidupan berumahtangga.

Manja yang hendak disampaikan di sini ialah dalam bab mengikat memikat perutnya. Masakan kesukaan suami yang anda masak dengan rempah kasih sayang (愛情たっぷり入れて、ね!), dihidangkan dengan penuh keikhlasan dan dinikmati bersama teman separuh jiwanya yang setia di sisi, sungguh lebih bermakna daripada nasi bungkus tersedap sekalipun yang disantap sendirian tanpa isteri yang sentiasa sibuk dengan anak-anak, belog mahupun fesbuk. Ataupun minum petang sambil bersembang dengan gurauan dan usikan isteri mewujudkan suasana mesra untuk meredakan tekanan dari tempat kerja.

Tetapi jika suami balik ke rumah sudah pun terhidang dengan keluhan memanjang dari mulut isteri, cerita-cerita yang tidak berapa sedap didengar telinga kanan dan kiri, ada yang lebih teruk lagi suami baru sampai di hadapan pintu, sudah pun terkena leteran. Isteri tidak beri peluang langsung suami merehatkan badan apatah lagi fikiran dan perasaannya. Bagaimana hendak menghidupkan suasana romantik jika keadaan ini yang menjadi senario kehidupan kita setiap hari?

Tips # 2 – Temani, jangan sibuk sendiri

Walaupun mempunyai anak yang berderet yang boleh dibuat pasukan bola sepak, tidak semestinya mereka menjadi penghalang kemesraan anda dan suami. Jika suami minta perhatian dan layanan, cubalah dahulukan dia daripada yang lain. Jangan sampai suami cemburu dengan anak-anaknya sendiri, kerana sikap anda yang lebih mementingkan anak. Apatah lagi dengan teman-teman dan kerjaya anda, tentu suami mesti didahulukan sebelum yang lain. Malang sungguh jika anda sentiasa sibuk sehinggakan tidak sempat hendak menyentuh tangannya sekalipun. Tentu dia akan berasa sunyi dan bosan, bersendirian tanpa teman hidup yang sudi mendakapnya di saat dia menginginkan ketenteraman hati.

Bolehkah anda menjadi teman yang baik untuk dibawa bersembang atau berkongsi minat yang sama? Teman yang kelakar, gembira dan kurang stres? Mengapa isteri-isteri semakin lama semakin hilang serinya? Ya, kerana mereka terlalu tertekan dengan keadaan persekitaran dan bebanan tanggungjawab yang mereka pikul. Jika begitu, manalah ada hati hendak menyakat dan mengusik suami dengan manja? Kalau berjumpa, wajah muram saja yang ditayangpasangkan untuk suami, bak kata orang pasang ‘muka ketat’. Lama kelamaan, suami pun jadi tertekan sama, dengan ‘muka kelat’ pula. Akhirnya hubungan menjadi tidak intim lagi dan mana mungkin harapkan suami romantik pada saat begini?

Tips # 3 – Berpisah sesekali

Untuk menumbuhkan rasa rindu kepada pasangan, eloklah sesekali ‘out station’. Isteri pula kena berperanan menggunakan kemudahan komunikasi untuk menghubungi suami sekerap yang mungkin. Jangan tunggu suami menelefon dahulu, jika tidak dapat panggilan, jangan cepat-cepat sangat berkecil hati dan berasa curiga kepada kesetiaan suami. Rangsanglah suami, bila dan di mana pun, agar sentiasa mengingati anda, jika tidak anda dahulu yang memulainya, siapa lagi? Bukankah lelaki memang diciptakan dengan kekuatan akal dan kelemahan perasaan? Jadi, anda sebagai isteri yang memiliki kekuatan emosilah yang seharusnya bertindak terlebih dahulu. Jangan tunggu hingga orang luar yang mendahului anda.

Tips # 4 – Menjadi kekasih, bukan ibu atau bos

Apabila sudah menjadi ibu yang dituntut mendisiplinkan anak-anak, kadang-kadang sikap anda yang garang dan ketat kepada anak-anak akan terbawa-bawa pula jika bersama suami. Padahal suami sukakan isteri yang boleh memanjakannya.

Begitu pula jika isteri adalah seorang ketua di pejabat yang bergaji besar dan berpangkat tinggi, sikapnya di pejabat tentu tidak boleh dibawa sampai ke rumah. Takkanlah hendak jadi bos juga, mengarah suami semahu-mahunya. Ingatlah, semasa anda masih belum ada ikatan, suami jatuh cinta pada wanita yang berperanan sebagai kekasihnya, bukan ibu atau bosnya.

Siapa pun anda di luar rumah, di hadapan suami anda tetap sebagai isteri, kekasih dan belahan hatinya yang mesti sentiasa bersedia melimpahkan kasih sayang untuk mendapat balasan yang sama daripada suami.

Tips # 5 – Sering ‘melakonkan’ kisah teladan

Teladan yang terbaik yang boleh membangkitkan perasaan romantik ialah dengan ‘melakonkan’ sketsa rumahtangga Rasulullah SAW yang banyak dipetik dalam sirah baginda. Antaranya :

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan isterinya semasa mereka berada di rumah. Kadang kala baginda memotong kuku isterinya dan mandi junub bersama bagi mengeratkan ikatan kasih sayang. Rasulullah SAW sentiasa makan bersama isteri baginda. Baginda mengambil makanan lalu menyuapkan ke mulut isterinya dan begitu juga sebaliknya. Apabila baginda hendak meminum air, baginda akan minum dengan cawan yang sama digunakan oleh isterinya. Aisyah r.a. pernah meriwayatkan, Suatu saat dalam keadaan haidh aku minum lalu memberikan gelasnya kepada Nabi, beliau minum dengan mulutnya pada bekas mulutku. D lain waktu dan dalam keadaan haidh pula aku menggigit daging yang bertulang, lalu aku berikan sisanya kepada Nabi, dan beliau menggigitnya di tempat bekas gigitanku.” (Hadis riwayat Muslim)

Kata Aisyah r.a. dalam riwayat yang lain pula, “Ketika aku haid, tubuhku berpeluh, aku berikan cawan kepada Nabi dan baginda meminum di tempat mana aku minum.” (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun dalam sketsa di atas disebut Rasulullah SAW yang memulakan adegan romantik sebegini, tidak salah kiranya anda sebagai isteri yang memulakannya dahulu. Ikuti banyak lagi teladan dalam entry Teladan : Kemesraan rumahtangga Rasulullah SAW.

Tips # 6 – Mendoakan

Allah SWT yang menjaga hati suami ke mana akan berlabuh, apakah di pantai hati anda atau mungkin menyeleweng ke mana-mana arah angin bertiup. Pastikanlah kekuatan doa menjadi pegangan hidup anda. Supaya Allah SWT menjaga hatinya dari kejahatan hawa nafsu dan gangguan syaitan. Jika bukan Allah SWT, pada siapakah lagi yang layak anda harapkan untuk melindungi suami dari kejahatan dirinya sendiri?

Antara doa yang boleh diamalkan agar dikuniakan kesabaran dalam menemupuh alam rumahtangga ialah dengan mengamalkan QS 3:200 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.”

Suami yang romantik dekat dengan Allah SWT, hatinya penuh rahmat dan kasih sayang yang ikhlas kepada isteri dan anak-anak. Hanya Allah SWT saja yang mengizinkan suami anda memilih anda sebagai kekasih abadi baginya di dunia dan di negeri akhirat. Oleh itu, berusahalah dan berdoalah, jangan pernah menyerah kalah!




Ðiubah-suai dari sumber asal : Ðr. Juanda Jaya MW#1419

Capaian entry berkaitan :
* Isteri juga harus romantik
* Penyakit berbahaya akibat jarang dibelai isteri
* Beri 'didikan cinta' kepada suami

Butiran selanjutnya ...

Ais krim susu ibu mula dijual

Baby Gaga breast milk ice cream


LONDON: Ais krim berperisa susu manusia mula dijual di sebuah restoran baru di London. Dengan harga £14 (RM70) yang dipanggil Baby Gaga, ia boleh didapati di restoran Icereamists di Covent Garden.

Susu manusia dari penderma berkenaan diadun dengan perisa vanila Madagascar dan kulit lemon berkenaan kemudian dijadikan ais krim.

Pengasasnya, Matt O’Connor berkata: “Baby Gaga ini amat berkrim. Tiada siapa yang melakukan sesuatu yang menarik dengan ais krim sejak 100 tahun lalu.” – Agensi

Baca lagi di sini : Human milk ice cream on sale.

NB : Tak dapat nak komen....




Petikan : BHarian 26/02/2011

Butiran selanjutnya ...

Natijah perceraian


Kanak-kanak, remaja alami trauma berpanjangan

SESEBUAH perkahwinan pastinya mengharapkan ia berkekalan sehingga akhir hayat. Ikatan itu lebih bererti apabila ia sentiasa dibajai dengan limpahan kasih sayang, kehadiran cahaya mata selain disulami dengan kerjasama erat antara kedua-dua pihak, maka lengkaplah mahligai dibina.

Begitupun, tidak semua bernasib baik berpeluang mengecap nikmat bahagia dalam perkahwinan kerana ada kalanya ia pudar di tengah jalan dan kenyataannya ikatan yang dibina secara sah terlerai, walaupun ia tidak pernah dipinta.

Sehubungan itu, natijahnya dirasai banyak pihak seperti anak mahupun pasangan individu itu sendiri yang mana sedikit sebanyak meninggalkan kesan negatif dalam kehidupan mereka. Sama ada disedari atau tidak, anak terutama individu paling mudah terkesan dengan perpecahan rumah tangga walaupun pada zahirnya mereka mungkin tidak menunjukkan tanda secara nyata.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata kesan psikologi memang ada terhadap kanak-kanak, remaja, isteri atau suami yang mengalami perpecahan rumah tangga.

“Ketiga-tiga kumpulan individu ini akan mengalami kesan tertentu akibat daripada kejadian keruntuhan rumah tangga dialami. Kesannya juga berbeza bergantung pada tahap usia mereka. Kanak-kanak adalah insan paling mudah mengalami gangguan psikologi tanpa kita sedari kerana walaupun mereka masih muda, tetapi kecelaruan ini akan menyebabkan mereka mengalami gangguan yang boleh memudaratkan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr Mariani berkata, kanak-kanak akan mengalami perubahan emosi akibat perubahan terhadap institusi keluarga menyebabkan pembentukan personaliti kanak-kanak akan terjejas. Keadaan menjadi buruk apabila anak dibiarkan.

“Kanak-kanak yang ibu bapanya bercerai lazimnya akan mengalami masalah perkembangan emosi mereka. Bermula dengan pasangan itu sendiri, sama ada suami atau isteri, mereka juga mengalami tekanan emosi. Apabila suami isteri sakit emosinya, fikiran menjadi tidak stabil. Mereka mungkin akan menjadi lebih agresif atau terlampau pasif sehinggakan tidak bercakap sekali gus memberi kesan kepada pasangan, anak atau anggota keluarga,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila tiada komunikasi dalam rumah atau suami isteri bersikap dingin, keadaan berkenaan boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

“Dari aspek perkembangan emosi, kanak-kanak akan tertekan dan tidak stabil. Apabila itu berlaku fikiran menjadi waras. Jika kanak-kanak berkenaan mempunyai ramai adik beradik, mungkin akan berlaku pergaduhan kerana kesemuanya tertekan dan mengalami tekanan yang sama. Dari aspek personaliti juga, kita dapat mengesan kelainan terhadap kanak-kanak yang datang daripada keluarga bercerai ini,” katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan penuntut psikologi di bawah seliaan beliau, Dr Mariani berkata, kanak-kanak perempuan akan mempunyai ciri personaliti neurotik berbanding kanak-kanak lelaki.

“Ciri personaliti neurotik ini adalah cepat marah, cepat berasa bosan dan tidak stabil, tetapi jika dibandingkan dari aspek ekstrovert pula, kanak-kanak perempuan akan menjadi lebih ekstrovert berbanding kanak-kanak lelaki. Ekstrovert dimaksudkan di sini, walaupun mengalami tekanan yang sama, kanak-kanak perempuan masih boleh bercakap, berbual mahupun mereka mengalami personaliti neurotik,” katanya.

Dr Mariani berkata, kanak-kanak boleh dipujuk dan ditenteramkan emosinya, tetapi hasilnya bergantung kepada siapakah yang mententeramkan mereka kerana jika ibu bapa yang menjadi penyebab mereka bersikap begitu dan ibu bapa juga yang bertindak memujuk, hasilnya agak tipis untuk memulihkan emosi si kecil.

“Emosi kanak-kanak boleh dikawal jika ada yang menenangkan mereka. Katalah jika individu yang mereka selesa seperti datuk atau nenek, emak saudara mahupun bapa saudara, mungkin mereka mengambil masa yang tidak lama untuk memulihkan emosi yang terganggu itu. Bahkan jiran juga memujuk emosi kanak-kanak sekiranya mereka selesa dan sudah biasa dengan mereka. Banyak juga kes dera atau masalah rumah tangga, ada jiran yang membantu apa yang patut” katanya.

Sementara itu, ulasnya, remaja juga tidak terlepas daripada gangguan emosi sekiranya ibu bapa bercerai. Lazim bagi remaja, mereka akan mencari jalan keluar untuk melepaskan tekanan.

“Dikhuatiri remaja ini akan memilih jalan salah, bercampur gaul dengan individu yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan pencapaian akademik mereka merudum. Kalau mereka ada sifat neurotik seperti kanak-kanak, mereka tidak fokus dalam bilik darjah kerana sudah terlalu banyak perkara dalam fikiran mereka. Mereka tidak boleh beri tumpuan, mereka jadi bercelaru,” katanya.

Lebih membimbangkan, remaja ini akan mencari rakan sebaya yang memahami mereka tanpa mengambil kira pembawaan remaja yang mereka kenali itu sama ada bersifat membina atau tidak untuk sahsiah diri mereka.

“Kalau mendapat kawan yang baik, tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan kepada remaja itu. Tidak mustahil ini antara penyebab berlaku gejala sosial seperti merempit, buang bayi, lari dari rumah dan mengamalkan seks bebas. Kita boleh mengesan mereka ini adalah daripada kalangan keluarga yang berpecah belah atau ibu bapa mengalami perceraian,” katanya.

Dr Mariani berkata, remaja atau kanak-kanak yang datang daripada keluarga bermasalah juga menunjukkan prestasi yang rendah dalam akademik.

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menunjukkan peningkatan dalam kes perceraian di negara ini. Kelantan, Kedah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat bilangan perceraian sekitar 2,700 hingga 3,700 kes setahun. Dengan perceraian ini, anak akan terpisah daripada ibu atau bapa mereka.

“Anak akan menjadi mangsa terhadap perceraian ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Mereka juga akan mengalami perubahan emosi akibat perubahan terhadap institusi keluarga menyebabkan pembentukan personaliti akan terjejas. Keadaan menjadi buruk apabila anak-anak dibiarkan,” katanya.

INFO

# Kaum keluarga terdekat perlu memainkan peranan memastikan kanak-kanak atau remaja dari keluarga bercerai memberi perhatian sewajarnya.

# Ibu bapa yang bercerai juga harus memastikan mereka tidak berkelahi di hadapan anak, mengeluarkan perkataan kasar atau memaki hamun di hadapan ahli keluarga lain.

# Kalau berselisih faham, pastikan keperluan anak tidak diabaikan.

# Ibu bapa yang menghadapi masalah rumah tangga juga wajar mengawal emosi kerana ia akan mempengaruhi emosi anak. Apabila anak lihat ibu bapa tenang, anak juga akan berasa selesa untuk menjalani kehidupan harian mereka.

# Bina hubungan erat dengan anak dan sentiasa tunjukkan mereka diperlukan.




Petikan : BHarian 26/02/2011

Capaian entry berkaitan :

*Biarlah perceraian jalan terakhir yang dipilih

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Februari 23, 2011

Elak jadi mangsa simbahan asid

Simbahan asid bukan sahaja meragut penampilan tetapi turut meninggalkan trauma sepanjang hayat ~ gambor hiasan


Ðewasa ini asid sering dijadikan senjata oleh individu untuk memusnahkan kehidupan orang yang dibenci oleh mereka. Keganasan melibatkan asid ini sebenarnya bukan hanya merebak di kalangan warga kita, sebaliknya turut berleluasa di luar negara.

Ði Kemboja, seramai 300 mangsa simbahan asid telah dikesan dan dibantu oleh Program Cambodian Acid Survivors Charity (CASC) sejak penubuhannya pada tahun 2006. Ði bawah program tersebut, mangsa akan diberikan perkhidmatan perubatan percuma, bantuan guaman, kaunseling dan latihan kemahiran.

Manakala Yayasan Mangsa Asid (ASF) yang berpangkalan di London mendapati, 86 kes dengan 111 kecederaan akibat simbahan asid telah berlaku di Bangladesh pada sembilan bulan pertama tahun lalu (2010). Kumpulan hak asasi wanita, Aurat Foundation di Pakistan pula merekodkan 20 kes penyimbahan asid dalam tempoh separuh tahun pertama 2010.

Justeru, keganasan asid tidak lagi boleh dipandang mudah oleh pihak yang terlibat bagi mengelakkan ia menjadi barah dalam masyarakat.

Apa itu asid?


Asid didefinasikan sebagai bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 7. Asid bersifat menghakis dan boleh merosakkan serta mendatangkan kecederaan pada permukaan yang mengenainya.

Punca-punca keganasan asid

1 – Ðendam

Perasaan dendam, cemburu dan iri hati antara punca yang membuatkan seseorang menyerang individu lain. Kemarahan yang dialami akibat putus cinta atau cinta tiga segi membuatkan individu yang tidak berperi kemanusiaan itu menggunakan asid bagi membalas dendam.

2 – Murah dan mudah

Harga asid yang murah iaitu kurang dari RM10.00 sebotol membuatkan ia menjadi pilihan ramai individu untuk melampiaskan dendam mereka. Selain harga yang murah, asid dan cuka getah juga mudah diperolehi dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai perkakasan.

Kesan simbahan asid

Asid menghakis kulit dan mendatangkan kecederaan serius. Kulit yang disembah asid akan kelihatan terbakar. Kebakaran kulit itu dikategorikan sebagai korosif yang menyebabkan kulit melecur, kulit tertinggal dan mematikan tisu. Selain itu, simbahan asid turut meninggalkan parut yang teruk pada bahagia tubuh yang mengenainya.

Parut kronik itu bergantung kepada peratusan kebakaran kulit, iaitu tahap pertama tidak terlalu teruk, peringkat kedua pula merosakkan 30% anggota badan dan peringkat ketiga meliputi kerosakan yang melebihi 30% selain melibatkan bahagian wajah.

Kerosakan kulit di peringkat ketiga akan menyebabkan kulit hancur, kerosakan salur darah, jangkitan kuman dan nyahhidrat. Lebih kronik lagi, simbahan asid ini menyebabkan keadaan luaran dan dalaman tubuh mangsa menjadi rosak sehingga membawa maut.

Cara menangani jenayah keganasan asid

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi jenayah keganasan asid ini ialah dengan mengawal penjualan asid di pasaran. Pihak berkuasa perlu menetapkan syarat agar asid tidak boleh dijual dan dibeli dengan mudah oleh masyarakat.

Individu perlu sentiasa mengamalkan sikap berwaspada dalam diri agar tidak menjadi mangsa simbahan asid. Peka dengan keadaan persekitaran juga boleh membantu mangsa agar tidak menjadi mangsa simbahan asid.

Selain itu, individu juga perlu mengawal perilaku dan tidak melakukan perkara yang boleh menyinggungkan perasaan orang lain agar diri tidak menjadi mangsa dendam.

Muhasabah diri dan sifat sabar perlu ditanam dalam diri setiap individu. Jangan membuat keputusan terburu-buru dan mengikut kata hati yang sedang marah. Elakkan daripada melakukan sebarang tindakan dalam keadaan marah kerana di saat itu, manusia cenderung untuk melakukan perbuatan yang berbahaya.

Fakta kes :

9 April 2010 – Sikap panas baran membuatkan seorang peneroka, Supian Hani Ismail 47, menyimbah asid ke wajah dan tubuh isternya selepas hasratnya untuk melakukan seks ditolak. Rujuk :Tolak seks, isteri melecur kena simbah cuka getah.

15 Ogos 2010 – Seorang penagih dadah menyimbah asid kepada isteri, ibu mertua dan dua orang anaknya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, Terengganu, selepas gagal mendapatkan wang sebanyak RM30 daripada isterinya. Simbahan asid itu telah menyebabkan mangsa, Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera teruk di bahagian belakang badan. Manakala anaknya, Nurul Ðahyatul Fazlinda 8, cedera parah di bahagian wajah. Rujuk : Jenayah : Bapa simbah asid dan Derita Fazlinda terkena asid.

28 Oktober 2010 – Akibat cinta tidak berbalas, seorang lelaki menyimbah cuka getah ke muka bekas rakan sekerjanya bagi membalas dendam di depan rumah nenek wanita itu di Taman Cenderwasih, Seberang Prai Selatan. Mangsa melecur 70% di bahagian muka, tangan dan badan. Rujuk : Kena simbah cuka akibat tolak cinta.

16 Ðecember 2010 – Nur Ain Ashikin Jemedi, 17 yang hamil enam bulan, koma. Manakala bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia selepas ditikam bertubi-tubi serta disembah cuka getah dalam kejadian di rumahnya di Kampung Sungai Redan, Ulu Tiram, Johor. Mangsa akhirnya meninggal dunia. Rujuk : Wanita koma ditikam 19 kali, disimbah asid.

26 Januari 2011 – Simbah isteri dengan asid




Sumber : Kompilasi UM dan Kosmo! di Harmoni Feb 2011

Capaian entry berkaitan :
* Bibi Aisha simbol ketabahan wanita
* Hukuman-qisas-dan-diyat

Butiran selanjutnya ...

Lelaki main komputer 3 hari maut

gambar hiasan


BEIJING: Seorang lelaki warga China berusia 30-an meninggal dunia selepas tiga hari tidak tidur dan hanya menjamah sedikit makanan kerana asyik bermain permainan komputer di kafe internet di luar Beijing, lapor media kerajaan semalam.

Insiden itu menjadi contoh dalam kempen kerajaan untuk memerangi ketagihan internet yang melanda jutaan rakyat China, menurut penyelidik.

Lelaki yang tidak dikenali itu jatuh dan koma sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan kafe yang terletak di pinggir ibu negara itu. Beliau kemudian meninggal dunia, lapor Beijing Times.

“Beliau membelanjakan lebih 10,000 yuan (RM4,629) sejak beberapa bulan lalu untuk bermain permainan komputer dan tidak meninggalkan komputernya selama tiga hari,” kata laporan berkenaan.

“Polis juga merampas beberapa komputer sebagai sebahagian penyiasatan tetapi menolak kaitan pembunuhan dan sehingga kini tidak menahan pemilik kafe internet yang hanya memiliki enam terminal komputer itu,” tambahnya.

NB : Hidup ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan...




Sumber : BHarian 23/02/2011

Butiran selanjutnya ...

Isteri cemburu tetak suami



JURUTEKNIK menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebaik keluar dari wad hospital Raja Permaisuri Bainun, di Ipoh, Jumaat lalu.

Juruteknik dakwa turut terima ugutan bunuh ketika terlantar di hospital

IPOH: Seorang Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan saja parah ditetak dengan pisau pemotong sayur oleh isterinya yang dipercayai akibat cemburu buta tetapi dikurung di dalam rumah supaya mangsa tidak boleh mendapatkan rawatan dan meminta bantuan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan, di sini, Jumaat lalu, mangsa dikatakan cuba ditetak di lehernya tetapi berjaya dihalang menggunakan tangan kiri menyebabkan otot tangannya itu putus hingga tiga jarinya tidak dapat digerakkan selain menerima 15 jahitan.

Tidak cukup dengan itu, suami berusia 30 tahun itu didakwa turut menerima ugutan bunuh daripada isterinya yang berusia 24 tahun ketika sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), keesokan harinya.

Mangsa yang baru keluar dari wad kelmarin dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh petang semalam, mendakwa kejadian berlaku selepas isterinya menyatakan tidak mempercayai beliau selepas mendengar cerita dari sepupunya bahawa mangsa seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik wanita ke rumah sebelum mereka berkahwin kira-kira setahun lalu.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa menelefon sepupunya yang kemudian menafikan ada memberitahu isterinya mengenai cerita berkenaan menyebabkan isterinya tidak berpuas hati dan terus ke dapur mengambil pisau.

“Saya hanya terdiam dan ketawa kerana memikirkan isteri saya hanya bergurau tetapi tekaan saya salah dan ayat terakhir daripadanya sebelum menetak saya ialah `abang sudah melampau', " katanya dalam laporan itu.

Mangsa berkata, beliau diselamatkan oleh polis yang membawanya ke HRPB selepas berjaya membuat panggilan ke nombor 999 tetapi tidak faham kenapa polis tidak menahan isterinya ketika itu.

Sementara itu, mangsa yang ditemui mendakwa, isterinya seorang panas baran dan cemburu buta sepanjang perkahwinan mereka menyebabkan banyak berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Walaupun sering bergaduh, saya masih sayangkan dia dan sentiasa berdoa sikapnya berubah. Memang sebelum ini saya dimaki hamun dan disepak terajang tetapi ia tidak pernah mengurangkan rasa kasih saya terhadapnya.

“Saya juga terkilan kerana sepanjang terlantar di HRPB, isteri saya tidak pernah menjenguk saya walaupun dia bertugas di hospital berkenaan," katanya.

Ditanya adakah beliau akan menceraikan isterinya berikutan kejadian itu, mangsa berkata beliau masih sayang dan mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah walaupun isterinya itu sebelum ini mahu berpisah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, yang mengesahkan laporan itu berkata, isteri mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Putih di sini, selepas kejadian itu.

Berikutan itu, katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.




Petikan : BHarian 23/02/2011

Butiran selanjutnya ...

GRO sewa suami RM1,000 sebulan



KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas tempatan kini sanggup merancang perkahwinan palsu atau menjadi suami sewa semata-mata untuk mendapatkan ganjaran wang bulanan yang dikutip daripada isteri warga asing.

Kebanyakan lelaki yang diistilahkan sebagai suami boneka ini, berpura-pura berkahwin dan mendaftar perkahwinan terbabit dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan isteri warga asing terutama dari China tinggal lebih lama di negara ini untuk menjalankan kegiatan sebagai pelacur atau pelayan pelanggan (GRO) sepenuh masa.

Sumber Jabatan Imigresen berkata, bilangan pasangan suami isteri kahwin olok-olok terbabit dikesan bertambah selepas pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati kebanyakan suami warga tempatan dibayar RM300 hingga RM1,000 sebulan oleh isteri dikahwini itu. Menurutnya, kebanyakan wanita warga asing itu menjadikan perkahwinan dengan warga tempatan sebagai lesen untuk menjalankan kegiatan maksiat di negara ini tanpa bimbang diberkas pihak berkuasa atau dihantar pulang ke negara asal.

“Pelacur atau GRO yang ditahan biasanya akan memberi alasan sudah berkahwin dengan lelaki tempatan melalui prosedur sah membolehkan mereka diikat jamin suami masing-masing. Bagaimanapun, pasangan ini biasanya tidak tinggal serumah sebaliknya si suami akan muncul sekiranya wanita warga asing terbabit menghadapi masalah atau ingin memperbaharui pas lawatan isteri yang perlu dibuat setiap tahun dengan bayaran RM90 setahun,” katanya.

Beliau berkata, mengikut undang-undang imigresen, wanita yang berkahwin dengan lelaki tempatan dibenarkan tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan itu. Bagaimanapun, mereka boleh memohon untuk menjadi warga negara selepas lima tahun bermastautin di Malaysia.

“Jika permohonan mereka diluluskan JPN, wanita terbabit akan diberikan kad pengenalan merah. Bagaimanapun, proses terbabit bukan mudah dan tidak semua akan dibenarkan menjadi warga negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menyedari taktik digunakan wanita warga asing terbabit terutama membabitkan GRO atau pelacur kelas atasan warga China.

Menurutnya, lelaki tempatan terbabit seolah-olah dijadikan hamba duit oleh wanita warga asing itu apabila dijanjikan dengan habuan wang bulanan sekiranya setuju nama mereka dipinjamkan. Menurutnya, agak menghairankannya apabila ada antara lelaki warga emas yang datang ke pejabatnya membuat aduan mendakwa ditipu atau kehilangan isteri warga asing berusia jauh lebih muda berusia 20 hingga 30 tahun.

“Selain itu, ada wanita warga asing yang datang menemui saya dan mendakwa suami masing-masing enggan melanjutkan tempoh visa penginapan di negara ini dengan pelbagai alasan mencurigakan. Namun, masalah diadukan itu mempunyai agenda tersirat apabila si suami hanya mahu mencari isteri warga asing dikahwini berikutan tidak mendapat wang bulanan dijanjikan manakala si wanita pula mencari suami tempatan berikutan tempoh visanya hampir tamat,” katanya.

Katanya, pasangan suami isteri itu terbukti merancang perkahwinan palsu apabila majoriti mereka tidak mempunyai cahaya mata, malah tidak mempunyai alamat rumah yang membuktikan mereka tinggal sebumbung. Menurutnya, perkahwinan itu biasanya diatur orang tengah yang berperanan mendapatkan suami tumpang untuk gadis asing ini yang meletakkan syarat khas berbentuk imbuhan bulan.

“Mungkin perkahwinan pasangan ini didaftarkan secara sah, namun hakikatnya ia hanya topeng untuk melindungi gadis atau wanita terbabit yang menjalankan aktiviti maksiat di negara ini,” katanya.




Petikan : HMetro 23/02/2011

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Februari 21, 2011

Batasan bersahabat dengan lelaki, bagi seorang isteri


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.

Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!

Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?

Kali ini Laman-Seri akan memperkatakan tentang batas pergaulan tentunya dengan teman berlainan jantina, khusus buat pada isteri agar anda dilihat sebagai wanita yang bermaruah dan perasaan suami terpelihara.

Hati suami perlu dijaga


Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga.

Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.

1 – Hindari keluar makan malam bersama

Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malan bersama, terutama jika hanya anda berdua sahaja.

Anda tidak boleh makan malam bersama, kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik-beradik anda. Biarpun rakan lelaki anda itu mengajak anda makan di tempat yang cukup enak atau tempat yang anda sukai, sebaiknya tolak dengan cara baik.

Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang ketiga, malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang fitnah dan curiga, meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.

2 – Elak pergi berjauhan berdua

Batasan ini memang ada kalanya membuatkan seorang isteri yang berkerjaya berada dalam dilema. Tuntutan kerjaya kadang-kadang menyebabkan anda tidak boleh berkata tidak, meskipun diri sebenarnya tidak mahu berpergian.

Memang benar anda berniat untuk bekerja, tetapi keluar daerah bersama dengan rakan sekerja lelaki terutama sekali, jika hanya anda berdua saja boleh mengundang rasa tidak senang malah juga ada risikonya. Ikuti kupasan tentang ini di entry Jika suami tiada, isteri jangan tergoda!.

Suami sekalipun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja, tetapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama dengan lelaki lain. Ðalam hal yang lain, meskipun niat anda baik untuk bertugas tetapi bolehkah anda memastikan bahawa rakan lelaki sekerja dengan anda itu juga berniat yang sama?

Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan, tetapi anda harus ingat, jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama, tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan, malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.

3 – Jauhi tempat yang romantis

Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi di mana perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin. Sekiranya ada wanita berkarier yang kerap bertemu dengan pelanggan sama ada yang anda sudah atau belum kenali, jangan sesekali menetapkan pertemuan di tempat-tempat sedemikian.

4 – Jangan bercerita rahsia

Wanita memang suka bercerita, namun hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi, terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumahtangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia yang tidak anda ceritakan dengan pasangan anda, kepada rakan berlainan jantina. Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki dan bukan dengan suami sendiri, bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.

Ði samping itu, rahsia rumahtangga, terutamanya yang melibatkan konflik rumahtangga, tidak boleh diceritakan kepada rakan lelaki. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapat menanggungnya sendirian, cara yang paling baik adalah mencari rakan wanita yang boleh anda percayai, atau boleh saja meminta pendapat atau nasihat daripada orang tua sendiri.

Namun, ada kalanya mereka tidak banyak dapat membantu dan daripada terjebak dengan dosa fitnah, adalah lebih baik anda mengadu kepada yang Maha Esa atau mengadu ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan kediaman anda. Ði sana, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kauseling tentang masalah keluarga yang dihadapi.

Jangan sesekali menceritakan hal-hal rumahtangga kepada rakan berlainan jantina. Mengadu masalah rumahtangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.

5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki

Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki, tetapi sebagai isteri, andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.

Tentunya sebagai isteri yang prihatin, anda tidak mahu melukakan hati pasangan, bukan? Ði mulut suami mungkin berkata tidak kisah, tetapi dalam hatinya, tentu tersimpan terselit rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama. Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, jauhi diri anda daripada menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki, jika anda sayangkan rumahtangga anda.

Selain daripada 5 batas yang disenaraikan di atas, perhatikan juga adab-adab yang digariskan oleh syarak bagi seorang isteri dalam menjalani kehidupan, berdasarkan penulisan Ðr Yusof al-Qardhawi:

1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.

2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.

3. Jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan betis, kecuali kepada suaminya atau mahramnya.

4. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara.

5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan dengan dandanan ala jahiliah.

6. Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya. Hal ini untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita bohong.

7. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa, kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, yang tidak terlarang bagi wanita untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas syariat dalam bertemu dengan lelaki ajnabi.

Begitulah antara adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang isteri solehah. Jadi, kepada para muslimah sekalian, saya ini berpesan kepada diri saya sendiri dan anda juga, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.

Semoga bermanfaat!




Sumber : MW#1387 dan iLUViSLAM.com


Capaian entry berkaitan :
* Batas bersahabat dengan wanita, bagi seorang suami

Butiran selanjutnya ...

Ahad, Februari 20, 2011

Bibi Aisha simbol ketabahan wanita

Bibi Aisha


Gadis Afghanistan dipotong hidung ceria di AS

NEW YORK: Bibi Aisha mudah melemparkan senyuman ketika bersama berjuta-juta orang lain di kota New York menaiki kereta api bawah tanah.

Gadis muka depan majalah Time yang hidungnya dipotong oleh suami, seorang pejuang Taliban kejam, kini meneruskan kehidupannya di ‘Big Apple’. Kisah beliau yang melambangkan ketabahan wanita memang menakjubkan.

Ia hasil kemurahan hati rakyat Amerika Syarikat dan keajaiban pembedahan moden membolehkan gadis 20 tahun itu menghadapi masa depan lebih cerah.

Pada usia 18 tahun, hidung dan telinga Aisha dipotong suaminya sebagai hukuman cuba melarikan diri daripada perkahwinan mereka yang diatur, sebelum diheret ke kawasan pergunungan untuk mati.

Hakikatnya beliau terselamat dan Ogos lalu mendapat perhatian di seluruh dunia selepas foto wajahnya yang cacat muncul pada muka depan majalah Time Ogos lalu dengan tajuk muka depan, ‘What Happens When We Leave Afghanistan' (Apa Yang Berlaku Apabila Kita Tinggalkan Afghanistan.)

Selepas ditawarkan perlindungan oleh badan kebajikan ‘Women For Afghanistan Women’, Aisha kini tinggal di Amerika sejak Ogos tahun lalu. Dipasang dengan hidung palsu dan memakai jeans biru lusuh serta jaket, wanita muda itu kini dapat menyesuaikan diri dengan suasana barunya, sebuah pangsapuri yang dikongsi di sini dan diberi penjagaan kerap oleh doktor dan ahli terapi.

BIBI AISHA (kanan) bersama rakan tidak segan menggunakan kereta api bawah tanah di New York.


Beliau ketika ini membuat barang perhiasan bermanik yang diharapkannya dapat dijual untuk meneruskan kehidupan.

Gadis itu, yang buta huruf ketika meninggalkan Afghanistan, kini belajar bahasa Inggeris sebagai persediaan mendapat pendidikan penuh dan melupakan masa lalunya.

Apabila Aisha berusia 12 tahun, bapanya berjanji untuk mengahwinkannya dengan seorang pejuang Taliban bagi membayar hutang. Dia diserahkan kepada keluarga suaminya yang mendera dan memaksanya tidur dalam kandang bersama haiwan.




Apabila dia cuba lari, dia ditahan dan sebagai hukuman, hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sementara bapa mentuanya mengacu sepucuk senapang di kepalanya.

“Apabila mereka memotong hidung dan telinga, saya pengsan. Pada tengah malam saya berasa ada air sejuk dalam hidung saya. Saya membuka mata dan malah saya tidak dapat melihat kerana dipenuhi darah,” katanya kepada wartawan Cable News Network (CNN), Atia Abawi.

Ditinggalkan di pergunungan, dia merangkak ke rumah datuknya dan bapanya membawanya ke sebuah kemudahan perubatan Amerika di mana anggota medik merawatnya selama 10 minggu. – Agensi

Entry patut baca : hukuman-qisas-dan-diyat.




Sumber : BHarian 18/02/2011

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Februari 19, 2011

Siapa juara ego?

Lelaki dan wanita ada sifat pentingkan diri


PADA awal perhubungan, mungkin tidak nampak sifat dan sikap sebenar seseorang pasangan. Semuanya indah belaka. Bila semakin lama, mulalah berlaku pelbagai kepincangan, perselisihan faham hinggakan natijahnya mencetuskan perbalahan yang akhirnya membawa perpisahan. Salah satu punca yang sukar disedari ialah sifat ego tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Rata-rata wanita gemar menuduh lelaki lebih tinggi ego, sebaliknya pula si lelaki pula akan menyalahkan wanita pula sehingga menyebabkan persengketaan. Berikutan masing-masing suka menuding jari menyalahkan antara satu sama lain sifat ego bukan saja menjadi masalah dalam hubungan pasangan bercinta, malah turut menjadi isu dalam keluarga, ipar duai, tempat bekerja dan hubungan kemasyarakatan.

Bagi yang tidak sedar memiliki sifat ego, penulis merungkai sifat berkenaan tanpa disedari oleh rata-rata manusia di muka bumi ini. Sifat buruk itu hanya dapat diubah oleh diri sendiri, sebaliknya ego yang semulajadi sukar untuk diubah oleh orang lain. Kali ini, kita lihat apa pandangan ramai?

Bagi pendapat seorang doktor gigi, Dr Aziz Md Yassin, berkata jika dikatakan lelaki lebih ego daripada wanita, memang ada betulnya, tetapi itu kebanyakannya wujud dalam 15 tahun lalu yang mana lelaki lebih dominan daripada wanita. Namun, zaman semakin berubah.

“Wanita banyak yang menimba ilmu hingga ke menara gading dan banyak yang berkerjaya, jadi mata pencarian keluarga datang juga daripada wanita. Maka, ego akan terhasil daripada duit, harta, kepandaian, status dan gaya hidup yang tinggi, selain dipengaruhi oleh rakan sekeliling dan sifat peribadi seseorang. Sehubungan itu, zaman moden tidak kira lelaki atau wanita sama saja.”

“Ego juga datang dengan kuasa yang ada pada seseorang. Contohnya, lelaki yang tidak berpelajaran tinggi, tidak berharta dan tidak kacak (contohnya) tapi masih ada lagi yang ego terhadap isteri berikutan lelaki sudah dicop sebagai 'ketua keluarga' oleh masyarakat kita. Jadi, ketua di sini mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju keluarga. Itu juga penyumbang kepada sifat ego. Ego perlu ada juga sebagai perisai untuk menjaga maruah tapi mestilah berpada dan kena bertempat,” katanya.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ia adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego.

Fakta : Tanda sifat ego

* Bila jawapan yang diberi betul, dia akan rasa terhibur, senang hati dan bangga.
* Jika tidak dilantik memegang sesuatu jawatan, dia akan rasa kecewa dan tidak tenang.
* Jika seorang ketua, dia selalu bersikap kasar ketika memberi arahan.
* Jika orang bawahan, dia susah untuk taat kepada ketuanya dan bersikap degil.
* Mudah marah X( bila dinasihati.
* Emosional dan mudah tersinggung.
* Memilih kawan yang setaraf dengannya.
* Menonjolkan diri secara berlebihan.
* Memperlekehkan orang lain.
* Suka menyampuk perbualan orang lain
* Berburuk sangka terhadap orang lain
* Suka meninggikan suara ketika bercakap

INFO : Kenali sifat ego

  • Menolak kebenaran, tidak mahu menerima pandangan orang lain. Sering saja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terserlah menerusi perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
  • Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
  • Sangat memilih kawan terutamanya dalam kalangan orang yang setaraf dengannya sahaja.
  • Mudah menjadi marah terutama kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
  • Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain.
  • Kalau terbukti bersalah, sakat sukar meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula, sangat sukar memaafkan.
  • Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.
  • Sangat suka dipuji malah senitasa menunggu-nunggu saja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya, maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipuji.
  • Suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas juga bukan untuk mencari kebenaran, tetapi untuk kemenangan walaupun salah.

Pandangan mengenai sifat ego, lelaki atau wanita?

Siti Ruby Ashikin Ariff : "Lelaki lebih ego, kerana memang tak boleh kalah dalam setiap perbuatan dia orang. Asyik nak betul saja."

Dyb Yusoff : "Lelaki dan wanita memiliki sifat ego ini dan egonya sama tinggi. Bagaimanapun, wanita lebih cepat beralah sementara lelaki, bergantung pada keadaan."

Fransisca Razak : "Dua-dua pun ada ego, baik lelaki atau wanita. Tapi sejauh mana ketinggian ego itu hanya empunya diri saja yang boleh menjawabnya. Namun, masalah dgo boleh dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak sanggup dan boleh saling toleransi. namun, pada pendapat saya, rata-rata lelaki lebih tinggi egonya kerana golongan itu tidak boleh tercabar atau dicabar!"

Amer San : "Pada pendapat saya, dua-dua pun sama, ada ego masing-masing. Ada orang kata lelaki lebih ego, tapi saya rasa itu dulu. Wanita zaman sekarang pula ego lebih terutamanya wanita yang sudah berkahwin dan pangkat lebih tinggi daripada suami. Ini semua adalah 'true fact'. Siap dah ada orang buat drama. Nak selesaikan masalah ini, senang saja, dua-dua kena ada 'give and take' serta toleransi."

Moon Bulan : "Setuju dengan Amer San. Tapi, saya percaya wanita patutnya belajar lenturkan ego, sebab itu kekuatan kita. Hakikatnya memang lelaki dikurniakan ego yang tinggi sebagai pemimpin, kalau mereka gunakan ego itu dengan bijak."

Laman-Seri : Sifat ego lelaki atau wanita mest dijauhi umat Islam. Tak bagus ego ni, sebab inilah sikap 'si dia' >:) yang tak mahu sujud pada Nabi Adam dahulu. Siapa yang ego, dia hampir menyerupai 'si dia' inilah. Jauhkan diri kita daripada sifat-sifat mazmumah, tidak baik untuk diri sendiri dan hampir tiada manfaatnya di dunia, apatah lagi di kampung akhirat.




Petikan : BHarian 11/02/2011

Butiran selanjutnya ...

Wanita bermadu mudah dijangkiti



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Dilaporkan di Kosmo! 15/02/2011, wanita yang hidup bermadu lebih mudah terkena penyakit barah pangkal rahim atau kanser servik jika suami mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengadakan hubungan kelamin.

Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, virus kanser servik pada kebiasaannya mudah berjangkit dan merebak melalui aktiviti bertukar-tukar pasangan. Katanya, kanser servik banyak berlaku di Amerika Syarikat kerana amalan kerap bertukar pasangan, namun rakyat di negara ini juga tetap terdedah kepada penyakit itu.

"Mereka yang berpoligami perlu lebih berhati-hati kerana berisiko diancam kanser servik terutama kepada isteri yang dimadukan," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Penyakit Pembunuh Senyap anjuran Unversiti Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini semalam (14/02/2011).



Apakah kanser serviks? Hari ini Laman Seri kongsikan sedikit info tentang penyakit berbahaya ini. Artikel ditulis oleh Dr Harmy Mohd Yusof, Presiden PAPISMA yang dipetik di Papisma.org.

Kanser serviks : Lelaki pembawa, wanita menderita

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12% daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.

Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim di negara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja, terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100,000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70% daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.

Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70% wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.

Walau bagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV ini tidak mempunyai apa-apa tanda, namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.

serviks


pap smear


peringkat-peringkat kanser serviks


Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.

Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini.

Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.

Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70% sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.

Oleh itu penggunaan vaksin hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut.

Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi
menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat kanser serviks.

Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukannya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat menyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.

Entry patut baca : Alternatif rawat kanser serviks


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Februari 18, 2011

Misteri Etnik: Keunikan Embhan & Semban

Etnik dilingkari kehidupan misteri, sukar di puncak gunung sempadan Sarawak/Kalimantan


TUJUH wanita warga emas tersenyum lebar menampakkan gigi merah pekat sambil tidak henti-henti mengunyah sirih pinang. Di tangan mereka tidak pernah lekang daripada memegang gobek atau lesung (alat menghancurkan pinang), begitu sinonim dalam kehidupan seharian mereka.

Badan kurus kecil dengan dihiasi gelang tembaga dari pergelangan tangan sehingga ke siku dan hampir menutupi seluruh betis menjadi aksesori wajib ke mana saja mereka pergi, tidak kira masa termasuk ketika mandi dan sehingga ke bilik tidur.

Tidak ada seutas rantai emas menghiasi mereka, cuma yang ada juntaian hiasan sulaman manik berwarna warni yang dipakai saban hari. Tampak ringkas, namun cukup unik. Itulah kebanggaan mereka yang dikatakan penyeri sejak turun temurun dan sebagai lambang kehidupan berada serta kecantikan sejati wanita di situ.



Itulah tarikan utama masyarakat Embhan yang kini mendiami kampung Semban di kawasan puncak tinggi pada ketinggian lebih 400 meter dari paras laut di Gunung Kepang Sibanyang, berhampiran sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia.

Mereka adalah pecahan etnik Bidayuh tetapi kini menjadi satu-satunya masyarakat yang masih ada wanita generasi tua memakai luyang (gelang tembaga di lengan) dan lasung (di betis). Itupun jumlah pemakainya hanya ada tujuh orang, sekali gus menjadikan tradisi yang hanya ada di Semban itu bakal pupus tidak lama lagi.

Keunikan kampung Semban juga tidak mampu bertahan lama kerana dalam tempoh dua tahun lagi perkampungan 200 keluarga yang turut mendiami kampung Rejoi, sejam perjalanan dari Semban bakal dipindahkan ke lokasi baru untuk memberi laluan kepada projek empangan Bengoh.

Kesempatan untuk mendekati masyarakat itu amat bertepatan sekali kerana selain kampung itu sendiri yang bakal dipindahkan, keunikan yang masih diteruskan oleh pengamal kepercayaan pagan di situ turut sukar ditemui di mana-mana. Mereka sendiri dengan bangganya mendakwa, hanya tujuh wanita itu yang memakai aksesori sebegitu di Malaysia.

Semban bukan saja menarik kerana tujuh wanita itu. Kehidupan dikelilingi hutan dan bukit tinggi itu sendiri mengujakan untuk diterokai. Cara hidup mereka dalam meneruskan kehidupan seharian pasti tidak mudah dijalani sesiapa saja terutama bagi kita yang tinggal di bandar besar.

Bayangkan, perjalanan untuk sampai ke kampung itu jika mengikut jalan darat ialah lebih kurang enam hingga lapan jam perjalanan. Jangan mimpi untuk mendapatkan kenderaan kerana memang tiada jalan ke situ. Hanya laluan kecil yang diterokai penduduk menggunakan parang dan diletak buluh sebagai tangga pendakian menjadi perantara kampung itu dengan Bengoh, lokasi terhampir ke jalan utama.

Jika ada yang mahu sampai segera ke sana, hanya helikopter yang kadar sewanya mencecah RM5,000 untuk perjalanan pergi dan balik boleh digunakan. Itupun terhad kerana pasti tidak ada penduduk kampung yang sanggup membayar perkhidmatan itu.

Embhan dan Semban memang cukup unik. Hari pertama kami di sini sudah berdepan dengan pengalaman luar biasa kerana suhu pada malam itu mencecah hanya berbelas darjah Celsius, sama dengan suhu minimum alat penghawa dingin. Air paipnya sesejuk sebaldi ketulan ais yang dinginnya sampai menusuk ke tulang.

Kejutan itu hanya sebahagian kecil pengalaman yang kami peroleh di sini kerana sebenarnya banyak lagi yang mengejutkan terutama apabila mendekati dan mengenali cara hidup mereka yang nyata sekali bagai langit dan bumi dengan kehidupan masyarakat lain terutama di bandar.

Pasti kita boleh mengagak jika hidup di pedalaman sebegitu, malah di kawasan gunung pastinya menjauhkan mereka daripada sebarang kemudahan seperti dinikmati orang lain. Namun, lebih sukar lagi apabila semua kelengkapan harian perlu dibeli di Bengoh yang jaraknya antara enam hingga lapan jam berjalan kaki.

Oleh kerana itulah, boleh dikatakan setiap hari kami bertembung dengan beberapa lelaki mahupun wanita yang memikul barang dianggarkan seberat lebih 10 kilogram, malah ada juga membawa tong gas yang beratnya mencecah 20 kilogram mendaki gunung itu. Lebih memeranjatkan, ada juga wanita separuh usia masih larat dan kuat melalui rutin sebegitu.

Berkebun adalah sektor ekonomi utama masyarakat Embhan. Mereka menanam apa saja yang boleh mendatangkan hasil sama ada untuk dijual atau sekadar kegunaan sendiri. Padi bukit, lada, nanas, koko, jagung dan pelbagai lagi menjadi taruhan mereka untuk meneruskan kehidupan dengan lada adalah tanaman paling menguntungkan untuk dijual.

Jarak kebun dengan rumah bukan dekat. Ada yang sampai berjam-jam perjalanan. Ia dibuktikan apabila penulis menempuh perjalanan penuh mencabar dan memenatkan dari Semban ke Rejoi, kelihatan seorang wanita pertengahan usia sedang berkebun.

Terkejut juga lantas bertanya: “Wah! hampir sejam dari kampung pun masih ada yang buat kebun?" Jawapan dilontarkan pengiring, Sagen Adan lebih memeranjatkan: “Ini adalah kebun paling dekat, yang lain lebih jauh dari ini."

Melopong juga mendengar jawapan itu kerana selepas sejam perjalanan itupun kami sudah rasa separuh mati. Bagaimana mereka boleh saban hari meneruskan rutin yang sama, bukan oleh orang muda, kebanyakannya sudah separuh usia.

Paling memeranjatkan, ketika berbual dengan seorang remaja belasan tahun yang sarat mengandung lapan bulan, Jocelyne Ajang, dia memberitahu terpaksa meredah hutan dan puncak tinggi itu setiap bulan, berjam-jam semata-mata untuk ke Bengoh bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan ibu mengandung. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!

Senario sama juga terpaksa dihadapi pelajar sekolah kerana meskipun Sekolah Kebangsaan Semban Pedawan pada awalnya dibina di kampung Semban, namun sejak 1976 ia sudah dipindahkan ke kampung Rejoi. Bayangkan betapa seksanya pelajar seusia kanak-kanak itu berjauhan daripada ibu bapa tinggal di asrama dan perlu mendaki puncak berjam-jam untuk pulang ke kampung setiap minggu.

Itupun mujurlah ada asrama kerana sebelum ini mereka terpaksa berulang setiap hari. Sekali lagi kami terlopong memikirkan bagaimana mereka meneruskan rutin sebegitu kerana sukar untuk digambarkan betapa seksanya mendaki puncak dari Semban ke Rejoi. Sudah rasa baru tahu penangannya!

Apapun, itulah keunikan Embhan di Semban dan Rejoi. Mereka tahu hidup mereka dikelilingi kesulitan saban hari. Mereka juga sedar betapa jauhnya mereka daripada pembangunan, namun mereka sebenarnya sayang untuk meninggalkan kampung halaman meskipun ditawarkan bayaran ratusan ribu ringgit untuk projek empangan Bengoh.

Mungkin kerana sejarah sudah tertulis bahawa mereka antara golongan yang sayangkan tanah halaman. Jika tidak, masakan Embhan menjadi antara mereka yang paling kuat berlawan dalam perang potong kepala semata-mata untuk memastikan Semban terus menjadi milik mutlak mereka. Semangat itu masih ada sehingga kini.

Ia dibuktikan juga ketika kami berkunjung ke Rejoi yang mana beberapa ratus meter dari kampung itu, iaitu di puncak sebelah kiri kampung, kelihatan beberapa penduduk Embhan sedang tekun menyiapkan rumah. Ia dikatakan kampung baru yang sedang dibina sebagai tanda mereka enggan berpindah jika sampai masa berbuat demikian.

Ada juga yang sudah bersedia menyiapkan sampan besar sebagai satu tanda bahawa mereka tetap mahu tinggal di situ meskipun Rejoi bakal tenggelam dua tahun lagi. Malah, mereka lebih bersedia tinggal di kampung yang sudah menjadi pulau semata-mata kerana mahu terus menjadi orang Embhan di Rejoi.

Meskipun kebanyakan penduduk di situ sudah menganut Kristian, masih ada 16 orang, semuanya melebihi usia 50 tahun masih tegar dengan kepercayaan pagan, mempercayai isyarat oleh haiwan dan elemen alam untuk meneruskan kehidupan seharian.

Malah, penganut Kristian di situ juga tidak membuang terus kepercayaan lama itu kerana masih percaya kepada beberapa petanda diperoleh terutama daripada burung kusak. Ketika kami dalam perjalanan ke Rejoi dari Semban, suara burung kusak yang kedengaran dari sebelah kanan kami dikatakan memberi petanda buruk.

“Burung kusak ini bunyinya di sebelah kanan. Maksudnya, kita tidak akan ditimpa malapetaka buruk jika perjalanan ini diteruskan tetapi selalunya apa yang kita mahu buat di tempat dituju tidak akan berhasil,” kata Sagen.

Bagi orang Islam, perkara sebegitu tidak boleh dipercayai kerana ia boleh menyebabkan syirik, namun secara kebetulan, hampir semua tujuan asal kami ke Rejoi menemui kegagalan. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Semban enggan membenarkan kami meneruskan tinjauan di sekolah kerana katanya tiada kebenaran daripada Pejabat Pelajaran Daerah.

Gadis yang kami mahu untuk dijadikan model menyorok kerana malu. Jana kuasa rosak meskipun sudah ditukar dua tiga kali dan paling mengecewakan, komputer riba kami diserang virus apabila cuba menyalin data mengenai sekolah daripada pemacu keras milik guru penolong kanan sekolah itu. Ia terus dikatakan sebagai kejadian buruk akibat isyarat oleh burung kusak, namun kami tidak pula mempercayainya.

Itulah senario yang menambahkan keunikan masyarakat itu yang sebenarnya lebih menarik untuk didekati dan diterokai merangkumi pelbagai elemen terutama cara hidup mereka.

Terjemahan bahasa Embhan :
  • man = makan
  • nok = minum
  • bees = tidur
  • masik = sayang
  • keduh = lari
  • kebes = mati
  • mndo = hantu
  • tiwas = marah
  • mendam = sakit
  • nyagek = benci
  • hngalem = malam
  • le'e = diam
  • u awak = kamu
  • gali = lelaki
  • gayung = perempuan

(Bersambung)




Petikan : BHarian 13/02/2011 - KeunikanEmbhan & Semban

Butiran selanjutnya ...

Ummah kena berani buat perubahan berpandukan ajaran Islam


Assalamualaikum warahmatullah,

SIFAT orang beriman ialah meyakini bahawa segala ketentuan baik atau sebaliknya adalah kehendak Maha Esa. Semua yang tertulis dalam qada dan qadar Allah tetap akan berlaku tanpa boleh disangkal oleh sesiapapun.

Allah menyebut dalam hadis Qudsi daripada Baginda SAW yang bermaksud: “Wahai anak Adam, kamu inginkan sesuatu, aku juga inginkan sesuatu. Jika kamu menerima segala ketentuan-Ku, kamu akan selamat. Jika sebaliknya, kamu akan penat dan kecewa dan tidak akan berlaku melainkan apa yang aku kehendaki.”

Setiap umat akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa sama ada dari segi bilangan kuantiti, kaya, miskin, jahil, berilmu, maju atau mundur. Semuanya akan menjalani proses perubahan mengikut usaha masing-masing. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang akan mengubahnya.”

Imam Masjid Nabawi Madinah, Syeikh Solah Al-Badir, berkata umat manusia hari ini melalui zaman sukar kerana kerosakan berlaku saban hari, fitnah, penipuan dan salah laku di depan mata. Katanya, umat yang peka dan bijak akan terus bangkit dari mimpi indah setelah jatuh atau menjadi mangsa kezaliman sesuatu pihak walaupun terpaksa membayar ganjaran yang besar.

“Sesungguhnya kita dituntut mengorak langkah ke arah perubahan yang positif mengikut neraca agama Islam berpaksikan al-Quran dan sunnah Baginda SAW. Dunia mesti dipandu oleh petunjuk Ilahi bagi memastikan akidah, akhlak, ekonomi, politik serta kehidupan akan menjadi teratur bagi menghadapi cabaran dunia hari ini,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya bumi ini adalah milik Allah dan dia akan memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dalam kalangan hambanya.” (Surah Al-A’raf, ayat 128)

Syeikh Solah berkata, pemulihan sebenar bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam atau bersifat ikut-ikutan, tetapi datang hasil cetusan iman yang mantap serta akidah yang benar. Cendekiawan menyebut, sesiapa tidak menimbang perbuatan serta keadaan dirinya dengan kitab dan sunnah, dia sudah terkeluar dari kamus lelaki sejati.

Oleh itu, umat Islam haruslah mengembalikan kehidupan sebenar dengan menguruskan dunia dengan agama serta berani melakukan perubahan berpandukan apa yang dianjurkan agama.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang memilih selain dari Islam sebagai agama dan cara hidup, maka tidak akan diterima daripadanya. Pada hari akhirat kelak dia tergolong daripada orang yang rugi.” (Surah Al-Imran, ayat 85)

Sepatutnya umat atau masyarakat mestilah merujuk kepada ulama yang ikhlas dan ahli ilmu disegani serta meminta pandangan mereka dalam sesuatu perkara kerana mereka adalah tunggak kekuatan dan penyambung warisan Baginda SAW.

Mereka juga paling hampir dan diiktiraf Allah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling takut dengan Allah SWT ialah ulama dan Allah Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (Surah Fatir, ayat 28)

Penulis, Zamanuddin Jusoh ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (NSTP)




Petikan : BHarian 18/0/2011

Butiran selanjutnya ...

Tan Sri, artis antara 500 guna sindiket nikah palsu

PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam.

SPRM tahan 3, seorang kakitangan JAKIM disyaki dalang

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.

Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penjawat awam berusia 50 tahun itu dipercayai bertindak sebagai jurunikah, walaupun tidak bertauliah. Kumpulan itu dipercayai bergiat sejak tiga tahun lalu di Lembah Klang.

Selain mempunyai pelanggan rakyat tempatan dan warga asing, sindeket itu juga menyediakan pakej perkhidmatan lengkap, seperti upacara akad nikah di hotel dan penyediaan dokumen nikah tanpa tanpa perlu mendapat kebenaran isteri.

Difahamkan, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM2,300 untuk keseluruhan pakej disediakan, termasuk caj untuk jurunikah dan sijil nikah.

Siasatan SPRM bagaimanapun, mendapati sijil nikah itu didapati menggunakan nama pendaftar nikah kahwin Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tidak wujud.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya sudah melakukan risikan dan pemantauan kegiatan sindiket itu sejak akhir tahun lalu, berdasarkan maklumat awam dan laporan media.

beliau berkata, daripada empat ditahan, tiga adalah lelaki berusia 50 hingga 64 tahun, manakala wanita berusia 43 tahun adalah isteri kepada kakitangan JAKIM.

"Selain kakitangan JAKIM itu, dua lelaki lain masing-masing berusia 64 dan 58 tahun bertindak sebagai 'runner', iaitu mencari pelanggan dan 'the maker' yang bertanggungjawab memproses semua dokumen berkaitan. Semua mereka direman sejak Isnin lali dan dibebaskan dengan jaminan hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber memberitahu BH, lokasi pernikahan bagi pasangan yang mendapatkan khidmat sindiket itu ditentukan dalangnya, manakala pengesahan wali hanya dipseroleh menerusi panggilan telefon tanpa perlu hadir pada majlis akad nikah.

Sumber itu berkata, ketika menahan anggota sindiket terbabit (Ahad lalu), mereka membawa pegawai SPRM ke sebuah rumah di ibu negara yang dijadikan markas. SPRM menemui sebuah komputer riba, pencetak, mesen pengimbas serta kira-kira 50 sijil nikah tanpa tandatangan pendaftar nikah JAWI, tetapi sudah tercatat nama pasangan yang bernikah di rumah itu.



Petikan : BHarian 18/02/2011

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails