“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mac 30, 2011

Khasiat Chicory

bunga Chicory

Chicory atau nama saintifiknya cichorium intybus telah tumbuh liar di seluruh Eropah selama berkurun lamanya. Malah, dikatakan herba ini telah lama digunakan semenjak zaman Mesir kuno terutamanya untuk tujuan perubatan dan pemakanan.

Herba yang tergolong dalam keluarga asteraceae ini juga merupakan tumbuhan kekal dan mempunyai akar tunjang. Batangnya pula mempunyai ketinggian kira-kira 2 hingga 3 kaki. Batangnya berbentuk bulat berwarna hijau perlahan atau kuat serta mempunyai bahagian sisi yang banyak dan merebak. Bahagian bawah daun adalah besar dan merebak, tebal diliputi rerambut manakala bahagian atas daun lebih kecil. Ðaunnya jika dimakan akan berasa sedikit pahit. Chicory mempunyai flower head yang besar dan terletak di bahagian tangkai daun yang bertangkup ke batang, selalunya dalam kelompok dua atau tiga. Bunga chicory berwarna biru dan akan berkembang dan terbuka ketika matahari terbit dan tertutup sewaktu senja.



pokok dan bunga Chicory


Chicory ditanam untuk mendapatkan daunnya, biasanya dimakan mentah sebagai daun salad. Chicory yang ditanam, umumnya terbahagi kepada tiga jenis yang terdapat banyak kelainan di antara satu sama lain :

* Radicchio - biasanya mempunyai daun beraneka warna merah atau merah dan hijau. Ada juga yang hanya merujuk pada jenis-urat putih berdaun merah sebagai radicchio. Juga dikenali sebagai endive merah dan chicory merah. Ia memiliki rasa pahit dan pedas, yang rasanya terserlah bila dipanggang atau dibakar. Ia juga digunakan untuk menambahkan warna-warni dalam salad.

* Sugarloaf - sama seperti daun salad, dengan susunan daun yang padat.

Belgian endive


Belgian endive

* Belgian endive - juga dikenali sebagai endive Perancis, witlof di Belanda atau witloof dalam bahasa Bahasa Belanda Belgium, witloof di Amerika Syarikat, chicory di Inggeris, seperti witloff di Australia, endive di Perancis, dan chicon di bahagian utara Perancis dan di Wallonia.

Ia mempunyai kepala kecil berwarna krem dan berdaun pahit. Ia ditanam di dalam bilik bawah tanah atau di dalam rumah/bilik yang tidak ada sinar matahari. Ini untuk mencegah daunnya daripada bertukar menjadi hijau dan kembang. Ia perlu disimpan di bawah permukaan tanah untuk mencegahnya daripada membesar, hanya sedikit hujung daun dibenarkan tumbuh. Sebelum dijual, ia sering dibungkus dengan kertas biru untuk melindunginya dari cahaya dan begitu terjaga warna pucat dan rasa lembut.

Daun mulus putih krem ini boleh dihidangkan dengan cara dibakar, direbus, dipotong dan dimasak dengan sos susu, atau hanya dipotong mentah. Rasanya sedikit pahit, makin putih daun, semakin sedikit pahit rasanya. Bahagian bawah daun yang menghampiri batang, harus dipotong sebelum daun dimasak untuk mencegah rasa pahit.

Witloof

Belgium mengeksport chicon/witloof kepada lebih daripada 40 buah negara di serata dunia. Teknik penanaman tumbuhan endives pucat ini ditemui secara tak sengaja pada tahun 1850-an di Schaerbeek, Belgium. Endive yang digunakan dalam kulinari, dituai dengan memotong daun yang tumbuh daripada batang akarnya. Batang akarnya dibiarkan hidup di tempat gelap untuk menghasilkan tunas yang baru pula. Tunas yang tumbuh dalam gelap tanpa sinar matahari, berwarna putih dan tidak mempunyai rasa pahit. Ketika ini, Perancis merupakan pengeluar terbesar endives.


leaves unlobed and pointed

Perangsang dan penjulap ringan


Analisis terhadap 100 gram kandungan daun chicory mendapati daunnya mengandungi kira-kira 93.0% kelembapan, 1.7% protein, 0.1% lemak, 0.9% serat dan 4.3% karbohidrat. Kandungan mineral dan vitaminnya pula adalah seperti kalsium, fosforus, besi, karotena, thiamin, riboflavin, niasin dan vitamin C. Nilai kalorinya pula ialah 20.

Bunga chicory pula dikatakan mengandungi glucoside chichorin dan bahan pahit, lactucin dan intbin. Bijinya pula mengandungi minyak tawar dan akarnya mengandungi potash nitrat dan sulfat, musilah dan bahan pahit.

Chicory juga dikatakan meningkatkan perembesan dan pembuangan urin. Ia juga merupakan perangsang dan penjulap ringan. Herba ini juga dikatakan membantu fungsi hati dan pundi hempedu. Disebabkan chicory merupakan penjulap asli, ia amat berguna dalam rawatan sembelit kronik.

Ekstrak daripada akar chicory terdapat ramuan aktif dipanggil inulin. Inulin telah didapati untuk bertindak sebagai pembersih usus besar, membantu menyahtoksik dan menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

Rendahkan kolesterol dan gula dalam darah

Chicory adalah herba tonik apabila ia diambil dalam kuantiti yang sederhana. Antara kebaikan chicory dari segi perubatan adalah merendahkan kolesterol dan gula dalam darah. Semuanya ini adalah kerana terdapatnya kandungan sebatian yang dipanggil insulin di dalamnya.

Baik untuk mata

Chicory juga dikatakan mengandungi elemen pemakanan yang diperlukan oleh sistem optik. Ia juga dikatakan merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A yang amat berguna untuk mata. Ðikatakan pengambilan jus campuran antara chicory, lobak merah, seleri dan parsli sebanyak setengah liter hingga seliter pada setiap hari, dikatakan mempunyai khasiat pemakanan kepada saraf optik dan sistem otot. Ia dikatakan mampu memberi kesan yang baik dalam memperbetulkan kerosakan mata.

Bunga, biji dan akar chicory, dikatakan telah digunakan sebagai ubat dalam rawatan masalah hati. Pengambilan kira-kira 30 hingga 60 ml air rebusan bunga, biji dan akar sebanyak tiga kali sehari dikatakan mampu memberi kesan baik dalam rawatan hati yang tidak cergas, biliary statis, jaundis dan limpa membesar.

Ðikatakan kombinasi jus chicory, lobak merah dan seleri juga mampu membantu dalam masalah asma dan demam hay. Serbuk akar yang telah dikeringkan sebanyak setengah sudu teh yang kemudiannya dicampurkan dengan madu, jika diambil tiga kali sehari, dikatakan menjadi bahan pelancar kahak bagi masalah bronkitis kronik. Buat wanita pula, air rebusan biji chicory dikatakan amat berguna dalam merawat haid yang terhalang.

Pengganti kopi

Setelah digunakan sebagai herba ubatan, kegunaan lain bagi daun chicory adalah jika muda dijadikan salad, manakala daun yang tua dijadikan sebagai sayur yang dimasak. Akar chicory yang telah dipanggang dan kemudiannya ditumbuk halus pula mampu dijadikan sebagai bahan yang dicampurkan dengan kopi atau dijadikan sebagai pengganti kopi itu sendiri.

Kegunaan dalam perubatan

Akar chicory mengandung minyak volatile yang sama dengan yang mudah ditemui pada tumbuhan dalam genus Tanacetum (termasuk Tansy), yang mempunyai kesan menghilangkan cacing di dalam usus. Seluruh bahagian dari tanaman ini mengandung minyak volatile, dengan majoriti komponen beracun tertumpu di akar tanaman.

Chicory terkenal kerana sifat toksik terhadapnya parasit dalaman. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan chicory dalam diet binatang ternakan dapat pengurangan serangan cacing. Diet binatang ternakan yang mengandungi chitory telah digunakan secara meluas sebagai suplemen makanan ternakan. Hanya beberapa syarikat besar yang aktif dalam penyelidikan, pengembangan dan pengeluaran chicory pelbagai jenis dan pilihan terutamanya syarikat di New Zealand.

Chicory, terutama bunganya, digunakan sebagai rawatan di Jerman, dan dicatat dalam banyak buku sebagai rawatan Jerman kuno untuk penyakit sehari-hari. Ia banyak digunakan sebagai tonik dan sebagai rawatan untuk batu hempedu, gastro-enteritis, masalah sinus, luka dan lebam. Inulin, iaitu serat makanan yang ditemui di chicory, memberi kebaikan untuk penyakit diabetes dan sembelit.

Walaupun herba chicory mempunyai khasiat ubatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam dan Wikipedia - Chicory.

Butiran selanjutnya ...

Isnin, Mac 28, 2011

Notis : Posting Tergendala



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laman-Seri
akan mengalami gangguan bekalan elektrik posting disebabkan gangguan teknikal. Gangguan ini akan berlangsung selama ± 2 minggu, berkuat-kuasa hari ini (03/28/2011).

Posting yang disiarkan dalam tempoh masa gangguan adalah posting yang telah sedia dijadualkan (scheduled).

Laman-Seri tidak dapat meluluskan sebarang komen, mahupun membuat terjahan lawatan ke belog rakan-rakan yang lain.

Setiap kesulitan, jika ada, adalah tidak disengajakan.

Terima kasih atas sokongan anda kepada Laman-Seri.


Butiran selanjutnya ...

Ego – musuh dalam rumahtangga


Assalamualaikum warahmatullah,

Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rumusan itu diperolehi daripada kajian Jakim yang dijalankan pada 2005. Bahagian Penyelidikan Jakim mendapati tiada persefahaman adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam dari 2003 hingga 2004.

Di pihak suami, tiada persefahaman merupakan punca utama perceraian iaitu 43.33%; tidak bertanggungjawab (32.93%); masalah akhlak dan sosial (12.03%); masalah pihak ketiga (5.54%) dan masalah ekonomi (2.62%). Bagi pihak isteri pula, punca perceraian kerana tiada persefahaman 69.44%; tidak bertanggungjawab (17.68%); masalah akhlak dan sosial (5.84%); masalah pihak ketiga (4.42%) dan masalah seksual (1.38%). Rekod menunjukkan 135,136 umat Islam berkahwin pada 2009 sementara bilangan yang bercerai pula 27,116 orang. (Utusan 9/12/2010)

Dalam kehidupan berumahtangga, kita takkan dapat lepas daripada berhadapan dengan konflik mahupun pertelingkahan. Sering kali juga keadaan menjadi makin panas bila antara mereka berdua tidak mahu mengakui kesalahan lantaran keegoan diri. Selain apa yang digariskan oleh Jakim itu, saya ingin menambah satu lagi iaitu ego. Sama ada ego seorang suami atau ego seorang isteri atau kedua-duanya sekali, hal ini bukan olok-olok untuk dipandang remeh begitu sahaja.

Maklumlah, zaman sekarang ramai orang berpendidikan tinggi. Apabila kelulusan tinggi jawatannya juga jadi tinggi. Suasana di pejabat selalu dibawa-bawa ke rumah. Apabila sama-sama berjawatan tinggi dan berkelulusan tinggi, cara bercakap pun menjadi begitu tinggi. Sepatutnya apa pun kedudukan anda di tempat kerja, di rumah anda adalah suami isteri. Cara suami isteri berbicara tidak sama seperti seorang bos berbicara kepada orang bawahannya.

Kalau sayangkan rumah tangga kurang-kurangkanlah rasa ego. Bertukarlah sewaktu berada di rumah, sebagaimana iguana menukar warnanya mengikut warna di mana ia berada. Untuk selamat banyak haiwan kecil menukar warna masing-masing; ada yang berupa daun, berupa ranting, kulit kayu dan sebagainya, lalu selamat.

Apabila pulang ke rumah, biarpun anda seorang bos paling besar letakkan kembali diri anda pada heiriki rumah tangga sebenar. Jika suami, jadilah suami bukan bos besar lagi; jika isteri, jadilah isteri penyayang bukan pengarah yang hanya tahu mengarah.

Ketahuilah, ego juga boleh meningkat disebabkan:

  • Kecurangan atau wujudnya ‘kekasih gelap’.
  • Jahil dalam agama.
  • Terlebih keperluan asas dunia, dalam kata lain banyak harta.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, selalunya juga terdiri daripada ibu bapa dan kawan karib.
Malah, situasi ego ini jugalah yang menyebabkan banyak hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya mereka memilih perpisahan. Sekiranya ada kalangan suami isteri yang bersikap keras kepala, maka sewajarnya ia dikikis. Tiada salahnya untuk tunduk dan mengakui kesalahan diri demi keharmonian dan kelangsungan rumahtangga.

Namun begitu, ramai juga antara pasangan yang lembut hati dan takkan senang bila melalui konflik rumahtangga apatah lagi kesalahan itu terang-terangan adalah berpunca dari diri mereka. Lalu apa yang mesti dilakukan? Jangan terus keras kepala atau keras hati mengakuinya, kali ini Laman-Seri kongsikan beberapa tips di bawah :

1 – Jujur menghadapi

Jangan bertangguh atau lari dari masalah meskipun mengetahui ia berpunca dari kesilapan sendiri. Sikap tersebut hanya akan membuatkan masalah bertambah serius. Ungkapkan dengan jujur tanpa berselindung dengan pasangan. Cara ini mempamerkan anda jujur dan membantu pasangan memahami isutasi yang anda hadapi.

2 – Berani akui kesalahan

Kalau sudah silap, jangan pula takut untuk mengakuinya. Walau apa jua masalah yang anda timbulkan, jangan takut atau malu mengakui kesalahan tersebut. Sebagai contoh, sikap anda yang cuai iaitu lupa menutup pintu rumah telah menyebabkan kediaman dimasuki pencuri dan anda mengalami kerugian yang besar. Berani mengakui kekurangan dan kesalahan adalah ciri-ciri orang berjiwa besar.

3 – Memperlihatkan penyesalan

Selepas mengakui kesalahan diri, maka perkara seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memperlihatkan penyesalan. Tapi jangan pula ia hanya sekadar lakonan bagi menyedapkan hati pasangan anda. Katakan betapa anda sangat menyesali tindakan menyakiti hati suami atau isteri. Rasa penyesalan yang mendalam dan tulus akan dapat dibaca dari sikap yang anda tampilkan.

4 – Mahu berubah

Jiwa besar untuk mengakui dan menampakkan penyesalan wajib diikuti perubahan sikap dan perilaku. Jika setelah meminta maaf anda tetap melakukan tindakan yang sama dan menyakitkan hati pasangan, permohonan maaf anda ibarat tidak akan memberi apa-apa makna.

Sekiranya kesalahan yang anda lakukan berkaitan dengan kekurangan perhatian terhadap keluarga kerana memberi lebih tumpuan pada pekerjaan, maka usahakan agar ia tidak berlaku lagi. Caranya sama ada anda mengurangkan kerja lebih masa atau pun peruntukanlah masa sepenuhnya pada pasangan dan anak-anak di hujung minggu.

5 – Menyenangkan hatinya

Selepas meminta maaf, bukan bermakna selesailah segala-galanya. Bagi menunjukkan bahawa anda benar-benar menghargai tindakan pasangan memaafkan kesalahan anda, maka lakukan perkara-perkara yang menyenangkan hatinya. Tidak salah jika anda memberikan lebih perhatian dan layanan kepada pasangan, menghadiahkan sejambak bunga atau menunjukkan kecintaan anda yang mendalam terhadap dirinya.

6 – Tidak mengulangi kesilapan yang sama

Berusahalah untuk berpegang pada janji yang telah anda lafazkan pada pasangan untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesalahan. Tekad yang sebegitu sebenarnya akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam melangkah.

Terutama sekali jika kesalahan yang anda lakukan itu melibatkan kecurangan. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda kembali bermain kayu tiga selepas beriya-iya memohon maaf. Tentunya selepas ini kata-kata anda tidak akan dipercayai lagi.

7 – Sedia menerima kritikan

Kalau sudah berada di pihak yang salah, maka bersedialah untuk menerima kritikan. Inilah lumrah kehidupan, oleh itu jangan erasa marah atau pun sakit hati. Sebaliknya anda harus berlapang dada dan berfikiran terbuka unutk menerima kritikan tersebut kerana tentunya terdapat kebenaran di situ.

Reaksi pasangan

Meskipun hati berasa kecewa malah juga sakit hati kerana kesalahan yang dilakukan pasangan, tapi berfikirlah secara matang. Jangan terus menyerang atau berdendam dengan pasangan sesudah ia mengakui kesalahannya. Carilah kekuatan dan lakukan tiga langkah berikut :-

1 – Menerima permohonan maaf

Sedangkan Nabi maafkan umatnya, apalah kita sebagai manusia. Lagi pun yang membuat kesalahan itu adalah pasangan sendiri, justeru berilah kemaafan. Katakan dengan terang bahawa anda memaafkan dirinya supaya tidak timbul pula keraguan tentang keikhlasan anda oleh pasangan.

2 – Berikan peluang

Beri peluang untuk pasangan memperbaiki diri terutama jika kesalahan itu pertama kali dilakukannya. Jangan terus memandang negatif dan tidak meyakini dirinya. Sebaliknya sebagai pasangan, anda hendaklah memberikan semangat untuk dirinya berubah jika dia bersungguh-sungguh melafazkan janji.

3 – Jangan keterlaluan

Ada suami atau isteri yang sengaja ‘mendera’ pasangan setelah kesalahan diakui dan permohonan maaf dibuat. Mereka sengaja jual mahal atau tarik tali, dalam memberi respons. Alasannya supaya pasangan dapat pengajaran atas perbuatannya.

Memang benar pasangan melakukan kesalahan, namun anda tidak seharusnya berbuat demikian hingga menyebabkan pasangan berasa jauh hati. Bimbang pasangan membuat tindakan yang kemudian anda sesali.

Buang ego, bangkitkan intim


Dari Aisyah r.a. katanya, "Pada suatu waktu ketika aku sedang haid, aku minum. Kemudian gelasku kuberikan kepada Nabi saw, baginda meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu baginda minum pula. Pernah ketika aku sedang haid, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit daging itu kuberikan kepada Nabi saw lalu baginda menggigitnya pula dibekas gigitanku." (Hadis riwayat Muslim)

Jadi, apa pendapat anda sekarang? Sekarang buanglah ego, bangkitkan intim! Yang untung anda juga. Renung-renungkan, semoga bermanfaat....




Rujukan : MW#1408, HMTuah di MW#1420 dan Utusan 09/12/2010

Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Mac 26, 2011

Tip menghadapi pasangan yang lebih muda


Assalamualaikum warahmatullah dan selamat sejahtera,

Bagi lelaki, memperolehi pasangan wanita yang lebih muda daripadanya bukanlah satu perkara yang canggung pelik. Tetapi bagaimana kalau pasangan, khususnya lelaki lebih muda daripada wanita? Kebiasaannya, ia akan menjadi ‘bahan bualan’ rakan-rakan pasangan tersebut.

Masyarakat kebanyakkannya masih kurang menerima sekiranya berlaku perkahwinan antara pasangan di mana pasangan lelaki adalah lebih muda dari pasangan wanita. Rata-rata dilihat kebanyakan perkahwinan berlaku antara pasangan yang sebaya atau di mana pasangan wanita lebih muda dari pasangan lelaki. Namun jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah r.a. adalah 40 tahun. Jarak perbezaan 15 tahun jauhnya. Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW, Khadijah pernah menikah dua kali dan dikurniakan 3 cahayamata. Pertama dengan Atiq bin A'idz at-Tamimi, dan yang kedua dengan Abu Halah at-Tamim (Hindun bin Zurarah). Setelah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW, mereka telah memperoleh 7 orang anak pula iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah r.a., Qasim, Tayyab dan Tahir.

Dalam entry kali ini, bukanlah sirah Nabi yang menjadi isinya, cuma kita haruslah berfikiran terbuka menerima pasangan tanpa mengira usia. Paling penting yang harus dilihat adalah kemuliaan akhlak (agama) seseorang itu, setuju? Tidak mustahil, ramai yang akan menentang hubungan seperti ini, walau bagaimanapun jika anda telahpun membuat pilihan, teruskanlah tekad anda.

Apa kelebihan lelaki muda dan bagaimana anda mampu melayari impian bersama? Kali ini Laman-Seri kongsikan tips menghadapi pasangan yang lebih muda.

Tip # 1 – Bercerita sesuatu yang matang

Lelaki muda biasanya dilihat dikatakan lambat matang dari segi fikiran dan juga tanggungjawab. Lebih ketara lagi jika si wanita berusia 30-an dan pasangan lelakinya masih di usia 20-an. Bila lelaki lambat matang, mereka tidak mempunyai matlamat, hanya fikirkan keseronokan dan sangat kurang mahu bertanggungjawab. Kalau ada yang marah dengan Laman-Seri tentang perkara ini, nanti dulu ya! Sebenarnya, menjalinkan hubungan dengan lelaki muda ada kalanya mendatangkan beberapa masalah kerana mereka biasanya masih keanak-anakan. Justeru itu, jika berbicara dengannya, berbicaralah dengan matang. Bincangkan topik yang boleh memcabar mindanya atau yang boleh membuatkannya mengutarakan pendapatnya dan pastikan bukan dia hanya mendengar memasang telinga sahaja.

Menurut pakar psikologi, lelaki agak lambat dari segi kematangannya untuk mengambil tanggungjawab. Jika seorang lelaki yang belum matang tetapi mahu berkahwin, dikhuatiri lelaki ini tidak dapat mengendalikan rumahtangga sebaik-baiknya. Dengan kata lain, kecenderungan untuk bebas dari ikatan rutin biasa dalam hidup suami isteri amatlah tinggi.

Keseronokan sering kali diletakkan yang utama hingga membelakangkan amanah dan tanggungjawab. Malah dia jarang sekali atau tidak fikir soal dosa pahala, baik buruk, penghargaan terhadap pengorbanan orang yang paling hampir dalam hidupnya. Maka dalam hal ini, sebagai isteri kita yang perlu mendidiknya (berkorban sikitlah, tapi jangan sampai diri terkorban...) bersesuaian dengan kaedah-kaedah tertentu. Isteri perlu kuat semangat dan bertegas jika mahu meneruskan kehidupan tanpa rasa tertekan.

Tip # 2 – Biasa berlaku perbezaan pendapat

Wanita sering kali mendambakan lelaki yang mampu memberikan mereka perlindungan dan kasih sayang. Ini yang mereka cari dalam sebuah perhubungan. Wanita mencari sebuah perhentian yang mana mereka ebrasa selamat untuk didukukinya, bukan yang mudah karam atau tenggelam.

Namun lelaki muda biasanya jarang membincangkan soal perkahwinan kerana belum bersedia menamatkan zaman bujang. Malah, anda juga mungkin sering berbalah pendapat khususnya dari cara pemikiran, pakaian, hobi dan sebagainya. Sebagai wanita, anda perlu matang dalam menghadapi perkara ini sekiranya mahu menyelamatkan sebuah perhubungan. Tetapi kalau sudah asyik berbalah pendapat, fikirkan sebaiknya kerana anda bukan mahu hidup sehari dua dengannya tetapi untuk selama-lamanya.

Tip # 3 – Buktikan kemampuan

Soal cinta, jodoh pertemuan adalah urusan Allah Taala. Tidak salah jika pasangan anda lebih muda, asalkan anda tahu cara untuk mengemudi sebuah perhubungan. Memang anda akan menjadi bahan bualan masyarakat yang mungkin mempertikaikan kemampuan anda untuk melayari sebuah perhubungan. Sebagai wanita, anda perlu buktikan bahawa anda adalah yang terbaik. Umur sekadar angka sahaja, yang paling penting ialah bagaimana pemikiran anda untuk mengharungi ujian yang mendatang.

Tip # 4 – Hormati pasangan walaupun lebih muda

Walaupun pasangan anda lebih muda, janganlah dia diperbudak-budakkan atau diperlekeh-lekehkan sesuka hati anda. Ingatlah, dia bukanlah adik lelaki anda! Lelaki tidak kita lebih muda atau tua, tidak akan suka kepada pasangan yang tidak mahu menghormati dirinya.

Tip # 5 – Lupakan kisah silam

Apabila anda memilih pasangan yang lebih muda, bermakna anda perlu melupakan rakan-rakan sebaya. Tapi ini bukan bererti anda harus memutuskan semua perhubungan dengan rakan dan jugan pula terikut dengan cara pemikiran mereka yang masih muda. Ilihan sebenarnya di tangan anda, kalau anda bersedia untuk hiudp dengan dia yang anda sayangi, bermakna anda harus brkorban sebahagian perkara dalam hidup. Ini kerana alam perkahwinan adalah perkara seumur hidup, bukan main-main dan sama sekali bukan untuk diperjudikan.

Sebenarnya bila menyentuh tentang kasih-sayang, ia tidak mengenal batas. Sebab itulah kita melihat ada suami yang berusia 60-an dan isterinya 20-an. Walaupun orang mungkin berkata, ia berkaitan soal harta, tetapi inilah dinamakan jodoh.

Begitu jugalah halnya dengan lelaki muda dan pasangan wanita yang lebih berusia. Hidup ini umpama maraton, ia sebuah perjuangan untuk menang. Sama ada anda ebrlari laju atau perlahan, matlamatnya adalah untuk sampai ke penghujung. Begitu jugalah dengan sebuah penghidupan. Suka atau tidak, anda yang menentukan hala tuju anda sendiri. Tidak kisah soal usia, asal anda pandai mencaturkannya.

Demikian sedikit-sebanyak tips yang sempat dikongsikan. Jika pengunjung ada yang sudi kongsikan di sini, tinggalkan tips anda di ruangan komen.

Semoga bermanafaat.




Rujukan : MW#1382

Capaian entry berkaitan :
* Ciri-ciri suami pilihan
* Tips melayari alam rumahtangga dengan duda
* Cabaran memilih ibu tunggal sebagai pasangan

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Mac 25, 2011

Khianati amanah musnah diri, hancurkan negara


Assalamualaikum warahmatullah,

PERSOALAN hak dan amanah sebenarnya berkait dengan hak Allah yang wajib ditunaikan selain hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuk kepada diri sendiri, anak, keluarga, jiran tetangga dan masyarakat keseluruhan.

Ingat, beriman kepada Allah dengan mentaati segala perintah-Nya suatu amanah. Menyeru kepada kebaikan juga amanah. Mendidik anak pun amanah. Menunaikan solat, puasa, zakat, sebahagian daripada amanah. Dengan kata lain, semua persoalan hidup ini adalah amanah.
Rasulullah SAW berpesan dalam hadis diriwayatkan Imam al-Bukhari dan Muslim dari Mu’az bin Jabal katanya: Saya mengekori Nabi SAW yang sedang menunggang keldai. Tiba-tiba Baginda bertanya kepada saya: “Wahai Mu’az, adakah engkau tahu hak Allah ke atas hamba-Nya?”

Saya menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: “Hak Allah ke atas hamba-Nya ialah mereka wajib mengabdikan diri mereka kepada-Nya dan tidak mensyirikkan sesuatu apapun dengan-Nya.”

Ibnu Mas’ud pernah berkata: “Ingatlah bahawa solat itu amanah, wuduk itu juga amanah, mandi wajib adalah amanah, timbang menimbang adalah amanah dan yang paling berat sekali ialah wadi’ah iaitu barang simpanan orang yang dipercayakan kepadamu untuk menyimpannya.”

Tahap akauntabiliti terhadap pelaksanaan amanah di kalangan masyarakat hari ini amat membimbangkan. Banyak tanggungjawab diabaikan sama ada berkaitan hubungan dengan Allah atau sesama manusia.

Kita dapat melihat ramai kalangan kita mengabaikan solat, memandang remeh kewajipan berzakat dan kedekut mengeluarkan sedikit harta untuk bersedekah. Ramai juga mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga dan anak. Banyak kes anak lari dari rumah yang dilaporkan. Gejala sosial semakin menjadi-jadi, kecurian berlaku di mana saja sehingga ada yang sanggup mengambil harta benda dan tabung jemaah di masjid.

Akauntabiliti pengurusan agensi kerajaan dalam sektor awam dan swasta pada masa ini juga membimbangkan. Sering kali dilaporkan berlaku kejadian pecah amanah, penyelewengan kuasa, rasuah, membazir masa dan sebagainya yang merugikan negara.

Satu lagi yang membimbangkan ialah elemen keselamatan perlindungan rahsia negara. Ramai kalangan penjawat awam hari ini tidak mengambil berat hal ini sehingga berlaku kebocoran maklumat rahsia negara. Perlu difahami rahsia negara sebahagian aset negara dan mesti dilindungi secara menyeluruh daripada pelbagai ancaman. Apa juga bentuk tindakan untuk membocorkan rahsia negara adalah jenayah yang akhirnya meruntuhkan dan menghancurkan negara.

Justeru, sebagai seorang Islam, marilah bersama menghayati prinsip integriti, akauntabiliti, sentiasa beramanah, jujur, telus dengan penuh rasa tanggungjawab di samping menyerlahkan sifat mahmudah seperti rajin, tekun, berdisiplin dan mengutamakan kesempurnaan dalam setiap tugasan.

Allah akan mengadili semua tugas diamanahkan walau sekecil manapun tugas itu. Ingatlah jika kita sekali mengkhianati amanah yang diberikan, nescaya seribu kali kita sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain.

Jika kita terbabit dalam penyelewengan dan penipuan, maka rezeki diperoleh adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian dipakai juga haram kerana datang daripada sumber haram.

Oleh itu, marilah bersama mengamalkan sikap jujur dan bertanggungjawab serta ikhlas dalam melaksanakan segala amanah diberikan.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah an-Nisaa, ayat 58)

Renung-renungkan...




Sumber: e-Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di BHarian 07/03/2011

Capaian entry berkaitan :
*Akauntabiliti seorang pemimpin
*Melanggari amanah bererti mengkhianati agama
*Amanah asas dalam diri pekerja
*Anugerah itu amanah dan tanggungjawab

Butiran selanjutnya ...

Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah


Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, bertemu kembali di pagi Jumaat yang mulia ini. Firman Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.

Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Jin, ayat 1-2)

Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermaksud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”

Ibnu Masud menyatakan bahawa ia turut menyaksikan malam turunnya ayat Jin ini. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi juru dakwah daripada kalangan jin. Lalu kami pergi bersamanya dan aku bacakan al-Quran kepada mereka.”

Peristiwa ini terjadi di sebuah masjid yang terletak di Kampung Ma'ala, tidak jauh dari perkuburan kaum Muslim di kota Makkah. Kini masjid itu dinamakan Masjid al-Jin atau Masjid al-Bai'ah atau juga Masjid al-Haras. Ia dibaik pulih kembali pada 1421 hijrah. Di sini jin berbai'ah atau menyatakan keislaman mereka kepada Rasulullah SAW untuk beriman kepada Allah SWT dan al-Quran.

Ada mengatakan, di masjid itu Nabi SAW mengislamkan jin kafir. Ada juga menceritakan, dekat Masjidil Haram ada sebatang tiang dinamakan tiang jin. Ketika Masjidil Haram sedang dibina, tidak cukup sebatang tiang, kemudian jin mendatangkan sebatang tiang dari alam mereka. Mereka yang boleh jumpa tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Ada yang khurafat memeluk tiang jin ini ketika orang lain wukuf di Arafah kononnya untuk menjadi tuan jin.

Masjid Jin menjadi monumen terpenting antara Rasulullah dan jin. Diterangkan, jin ketika itu bercadang menuju Tihamah. Namun, mereka mendengar bacaan al-Quran. Mereka sangat takjub mendengarnya dan kemudian berdialog dengan Rasulullah, lalu menyatakan keimanan mereka. Kemudian mereka menyampaikan hal itu kepada jin lain.

Ketika Rasulullah sedang membaca ayat al-Quran, terdapat beberapa jin. Ssebahagian riwayat menyatakan jumlahnya ada sembilan jin dan sebahagian lain menyebutkan tujuh jin yang turut mendengarkan bacaan al-Quran daripada Rasulullah. Kemudian salah satu daripada jin itu mengingatkan temannya dan berkata: “Diamlah, perhatikan bacaannya.” Setelah itu mereka kembali kepada kaum mereka untuk mengingatkan pada jalan yang benar. Salah satu daripada jin itu bernama Zauba'ah. Demikian menurut Ibnu Masud.

Dalam kitab Fathul Bari, disebutkan, jin itu berasal dai Nasibain, iaitu sebuah daerah yang terletak di perbatasan antara Iraq dan Syria, iaitu dekat Mosul.

Jin terbahagi dua iaitu jin kafir dan jin Islam (mukmin). Jin yang beriman ditempatkan di syurga, manakala jin kafir ditempatkan di neraka. Rasulullah menggambarkan jin itu terbahagi tiga golongan iaitu yang boleh terbang di udara, golongan ular dan anjing serta golongan bermukim dan hidup berpindah-pindah. (Hadis sahih riwayat Ibnu Abi Dunya, dalam Maqasid as-Syaitan)

Seperti manusia dan haiwan, jin juga makan dan minum, berkahwin, beranak serta mati.

Menurut Syeikh Abdul Mun'im, jin penghuni dunia yang hidup di tempat sepi daripada manusia dan di padang pasir. Ada jin yang hidup di pulau di tengah laut, di tempat sampah dan bersama manusia. Jin memiliki kemampuan yang tidak dimiliki manusia, seperti terbang, naik ke langit, mendengar apa yang tidak boleh didengar manusia dan mereka juga melihat apa yang tidak dapat dilihat manusia.

Wallahualam.




Sumber : Ibrahim Abdullah di BHarian 23/03/2011

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Mac 24, 2011

Anak tak sah taraf cecah 234,647


Assalamualaikum warahmatullah,

Berita 'cinonet' aje yang ditempel di muka depan BHarian 21/03/2011 membawa tajuk, 'Anak tak sah taraf cecah 235,000'. Termenung BG dibuatnya... Suku juta bilangannya weh... Jangan tak percaya, menurut berita itu lagi, seramai 80,979 atau 34.5% adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam.

Mengapa BG sebut CINONET aje? Anda lihat sendiri di mana letaknya berita ini...

BH 21/03/2011


Berita cinonet - closed up


~ Berita penuh di m/s 14~

Berikut disertakan berita penuh : JPN ajak pelbagai pihak tangani segera gejala sosial

PUTRAJAYA: Jumlah kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bayi hasil hubungan luar nikah, menunjukkan pola meningkat antara 2006 hingga 2010 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 234,647 didaftarkan dalam tempoh itu daripada lebih dua juta kelahiran didaftarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jumlah itu ialah kira-kira 9% daripada keseluruhan 2,481,276 kelahiran yang didaftarkan dalam tempoh berkenaan. JPN menyifatkan perkembangan berkenaan sebagai 'menggusarkan' dan mengajak pelbagai pihak menanganinya.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Alwi Ibrahim berkata, masyarakat, agensi kerajaan yang lain terutamanya jabatan agama Islam negeri dan pimpinan setempat perlu bekerjasama membendung gejala berkenaan daripada terus berleluasa. Menurut Datuk Alwi lagi, jumlah itu menggusarkan sama ada dari segi agama dan moral dan perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Daripada jumlah 234,674 anak tak sah taraf yang didaftarkan itu, seramai 80,979 atau 34.5% adalah bayi yang ibu kandungnya beragama Islam. Jumlah anak luar nikah pasangan Islam juga menunjukkan pola meningkat dalam tempoh lima tahun sejak 2006 yang mana pada 2006 sebanyak 13,545 didaftarkan dan jumlahnya meningkat kepada 16,100 pada 2007, 16,541 (2008), 17,303 (2009) dan 17,490 tahun 2010. Data itu akan dikongsi dengan beberapa agensi berkaitan seperti jabatan agama Islam negeri, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) supaya bersama-sama menanganinya.

Secara keseluruhan, jumlah anak tidak sah taraf (Melayu, Cina, India dan lain-lain) yang didaftarkan juga menunjukkan pertambahan sejak 2006 iaitu 38,258 kepada 44,234 (2007), 46,822 (2008), 52,378 (2009) dan 52,982 (2010).

Rekod kelahiran anak tidak sah taraf bagi kaum Cina pada 2006 ialah 4,739, 5,111 (2007), 4,943 (2008), 4,128 (2009) dan 3,864 (2010).

Bagi kaum India pula ialah 4621 pada 2006, 4818 (2007), 4772 (2008), 5044 (2009) dan 4703 (2010).

Mengikut Seksyen 7 Akta pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, setiap kelahiran, jika dilahirkan dalam negara ini perlu didaftarkan. Bagi setiap kes kelahiran anak tidak sah taraf, JPN juga mendaftarkannya mengikut peruntukan Seksyen 13 akta yang sama.

Bagaimanapun, bagi pendaftaran anak tidak sah taraf, JPN tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran kecuali atas permintaan bersama si ibu dan lelaki yang mengaku bapa dengan mengisi dokumen tertentu. Namun, bagi yang beragama Islam, kaedah itu tidak boleh digunakan sebaliknya nama bapa akan menggunakan mana-mana satu Asmaul Husna (99 nama Allah).

Mengikut takrifan, bagi agama Islam, anak tidak sah taraf ialah bayi yang dilahirkan tanpa akad nikah sah ibunya dan anak yang dilahirkan dalam kurang enam bulan kalender Qamariah dari tarikh perkahwinan ibu dengan pasangannya. Sila rujuk e-fatwa - JAKiM untuk takrifan penuh.

Cari jalan atasi gejala sosial umat Islam

Pertengahan bulan Jun tahun lepas, Laman-Seri telah menyiarkan entry yang sama kandungannya dengan entry ini. Rujuk : Hemmm.... Apa pengajarannya?. Nampaknya memang tiada apa-apa pengajaran yang kita dapat daripada berita ini. Buktinya, bilangan mereka bertambah dan bukannya berkurangan.

Sebagai umat Islam yang prihatin, kita semua patut berasa gusar dengan perkembangan yang tidak menyenangkan mengenai keadaan sosial di negara ini. Bagi masyarakat Islam, peningkatan jumlah anak tidak sah taraf ini sungguh menakutkan kerana implikasinya amat besar sekali. Bayangkan sekiranya jumlah ini meningkat sehingga berjuta-juta pada masa depan.

Bagaimanakah masa depan kehidupan anak ini dari sudut keyakinan diri, pergaulan dan urusan muamalat kekeluargaan dan kemasyarakatan? Tentu sekali keadaan ini akan memberi kesan terhadap struktur dan budaya sosial masyarakat Islam secara keseluruhan.

Masyarakat Islam harus mula membincangkan realiti sosial masyarakat Islam masa depan sebagai persediaan berdepan dengan fenomena baru yang bakal muncul kelak. Barangkali hal ini akan menjadi aspek baru di dalam kajian berkaitan pemikiran sosial Islam kelak.

Walau apa juga bentuk wacana mengenai persoalan sosial ini pada masa depan, yang pasti ialah kita harus memikirkan dan berikhtiar secara berpasukan bagi mengekang peningkatan masalah ini untuk tahun berikutnya. Negara kita harus membuat gerakan pada peringkat nasional menerusi satu pelan kerja yang jelas ke arah mengatasi pemasalahan ini. Untuk itu, satu bentuk gerak kerja bersifat operasi yang bersepadu perlu digerakkan seperti menggunakan model ‘Ops Sikap’ yang dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah peningkatan jumlah kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Disebabkan permasalahan ini amat besar dan bersifat nasional, proses penyelesaiannya juga mestilah bersifat kebangsaan juga. Muhamad Razak Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas Kabinet diwujudkan dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Manakala ahlinya pula terdiri daripada pelbagai wakil peringkat agensi kerajaan dan pertubuhan sukarela Islam dan individu terpilih. Menerusi jawatankuasa kebangsaan ini, agenda dan pelan gerak kerja akan dapat disusun secara bersepadu dan tindakan penyelesaian juga membabitkan seluruh jentera negara. Dalam kata lain, langkah menangani permasalahan sebesar ini tidak lagi harus bersifat jangka pendek dan terpecah-pecah.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh dibincangkan dan diambil tindakan menerusi gerakan bersepadu ini antaranya keperluan menilai semula program pendidikan agama di segenap peringkat supaya proses penghayatannya dapat dihayati secara menyeluruh terutama dari kalangan generasi muda.

Dalam era masyarakat terbuka ini, peranan agama masih terlalu penting sebagai benteng ilmu dan rohani untuk masyarakat. Di samping aspek ini, isu lain yang juga penting dibincangkan ialah berkaitan dengan keperluan untuk mewujudkan sistem sokongan dalam kalangan pertubuhan madani atau sivil di dalam memperbanyakkan kegiatan hidup positif untuk generasi muda.

Semoga kita juga sama-sama menggembleng tenaga mengatasi masalah ini, bermula daripada keluarga kita sendiri, saudara-mara, jiran tetangga dan masyarakat yang hampir dengan kita.




Rujukan : * BHarian 21/03/2011 dan * BHarian 24/03/2011.

Capaian entry berkaitan :
* 17,303 Anak luar nikah Melayu didaftar
* Hemmm.... Apa pengajarannya?
* Akibat cinta bersandarkan nafsu
* e-fatwa - anak tak sah taraf

Butiran selanjutnya ...

Makanan pembangkat testosteron dan merangsang nafsu lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ðalam entry Sindrom kekurangan testosteron punca lelaki sukar eraksi yang lepas, kita telah melihat betapa pentingnya hormon testosteron kepada kaum lelaki. Testosteron, hormon seks lelaki, memiliki pengaruh besar dalam binaraga dan keperkasaan kaum Adam.

Ðihasilkan dalam donad pada lelaki mahupun perempuan. Tostesteron merupakan penentu besar untuk ukuran dan kekuatan jarigan otot, retensi protein dan banyak lagi fungsi lainnya dalam tubuh. Walaupun terdapat steroid anabolik yang dapat meningkatkan testosteron secara sintetis untuk membangun massa tubuh, ada pelbagai makanan yang dapat membantu meningkatkan produksi testosteron secara alami.

Setiap masayarakat di dunia mempunyai kepercayaan tersendiri tentang adanya makanan yang boleh merangsang seks. Makanan adrodisiak adalah makanan yang dipercayai boleh merangsang keinginan seks dan meningkatkan prestasi seks. Ðalam entry kali ini, Laman-Seri akan berkongsi sumber makanan yang dikatakan mampu meningkatkan paras testosteron, mampu menaikkan dan merangsang keinginan seks serta menguatkan keupayaan seorang lelaki.



1. Tiram mentah (fresh oysters)

Ada juga yang percaya makanan laut seperti tiram boleh meningkatkan rangsangan seks kepada lelaki. Tiram adalah makanan peningkat testosteron yang paling unggul. Tiram mentah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi iaitu salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma lelaki. Seiring dengan kandungan zat besi tinggi, tiram memberikan jumlah protein dan magnesium yang tinggi juga.

Tiram bukan saja berguna untuk lelaki tetapi juga untuk wanita kerana hormon testosteron juga dipercayai boleh merangsang libido wanita. Tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormon yang boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual.



2. Asparagus

Ada yang mengatakan asparagus menjadi makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun kebenarannya, asparagus adalah makanan yang sangat baik untuk meningkatkan testosteron kerana kaya vitamin E, yang dianggap sebagai penentu besar dalam keseluruhan produksi testosteron, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus juga dikatakan mampu membantu memulihkan prestasi seks.

Asparagus, bersama dengan kacang-kacangan pada umumnya, memiliki kombinasi tinggi zinc, protein dan kadar lemak yang rendah yang membuatnya menjadi makanan yang sangat baik untuk bulking (membesarkan otot) tetapi tetap ramping.



3. Avokado

Avokado
adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah.
Avokado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folat, pyrodoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung dalam avokado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.



4. Daging merah rendah lemak

Protein adalah salah satu asas bagi diet bina otot. Daging merah (lembu) tidak hanya menawarkan banyak protein, tetapi zinc yang tinggi dan kandungan protein membuat pilihan makanan ini tidak hanya enak, tapi juga meningkatkan testosteron yang akan mengarah pada produksi massa otot.



5. Kacang-kacangan

Berbagai kajian penelitian menunjukkan bahawa keseluruhan konsumsi lemak, khususnya lemak tak tepu unggal (monounsaturated fats), dapat meningkatkan testosteron. Kacang-kacangan mengandung banyak lemak “sihat” serta asam lemak esensial yang diperlukan untuk meningkatkan tingkat testosteron. Makan segenggam penuh setiap hari secara signifikan akan membantu menciptakan diet seimbang serta kemungkinan peningkatan testosteron anda.

Badam dikatakan amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.

Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula.



6. Pisang

Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun apabila melihat dari segi pemakanan, pisang kaya dengan potasium dan vitamin B. Kedua-dua bahan penting itu adalah untuk menghasilkan hormon seks. Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki. Jika dibandingkan dengan makanan lain, pisang membekalkan paling banyak potasium.




7. Telur

Melihat bagaimana testosteron disintesis dari kolesterol, makanan yang memiliki kolesterol di dalamnya adalah blok bangunan utama untuk produksi testosteron. Telur mengandung kolesterol murni yang terbukti bahawa jumlah berlebihan kolesterol ditemukan dalam telur mungkin tidak berbahaya seperti disangka banyak orang. Telur juga merupakan sumber vitamin B5 dan B6 yang membantu menjaga keseimbangan hormon.



8. Daging putih (daging burung/ayam)

Penelitian membuktikan bahawa diet kaya protein menyumbang lebih banyak untuk produksi testosteron daripada diet tinggi lemak. Banyak makanan dari unggas mengandung ratio besar protein daripada lemak, yang dapat menjaga jumlah keseluruhan protein anda yang jauh lebih tinggi daripada lemak secara keseluruhan dan dapat meningkatkan produksi testosteron.



9. Bawang putih

Baunya mungkin ramai yang tidak suka kerana terlalu kiat. Namun jika ditanya tentang khasiatnya memang ramai yang mengaku kehebatannya sebagai makanan afrodisiak. Kehangatan bawang putih boleh mencipta keinginan seksual yang memuncak. Sebenarnya bawang putih mengandungi alicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.

Bawang putih telah terbukti dalam kajian klinikal dapat meningkatkan kadar testosteron serta kemampuan untuk menghambat kortisol, iaitu hormon yang bersaing dengan testosteron dan dapat menyebabkan kerosakan otot.



10. Nasi beras perang dan gandum (karbohidrat kompleks)

Karbohidrat tidak hanya nutrisi yang diperlukan untuk pemulihan otot dan juga sebagai sumber energi yang besar, tetapi karbohidrat kompleks secara signifikan dapat mengakibatkan peningkatan produksi testosteron serta dapat membatasi penyerapan lemak.



11. Lobak Merah


Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potasium, zat besi, vitamin A, C dan B.


12.
Ðaun dan batang saderi

Saderi atau daun sup mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi.
Ðaunnya mengandungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.

Biasanya sedari dimakan sebagai ulam ataupun sebagai bahan campuran di dalam sup. Saderi termasuk sebagai makanan afrodisiak yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu. Menariknya tentang saderi ini kerana ada kandungan sebatian androston di dalamnya. Ia adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki.



13. Keju (bebas lemak atau rendah lemak)

Keju rendah lemak atau bebas lemak dapat menjadi makanan pilihan ketika mencuba untuk meningkatkan massa otot serta membakar lemak. Keju rendah lemak dan bebas lemak memiliki kandungan lemak yang sangat rendah, hampir nol kandungan karbohidrat, dan nilai protein tinggi. Keju bebas lemak hampir sepenuhnya protein. Selain memiliki ratio protein yang tinggi untuk meningkatkan testosteron, keju juga memiliki jumlah zinc yang cukup, yang diperlukan untuk meningkatkan testosteron.


14. Ikan

Ðengan kandungan protein yang sangat tinggi dan lemak minimal, ikan kaya vitamin B5, B6 dan B12, yang semuanya dapat meningkatkan kesihatan reproduksi secara keseluruhan dan testosteron.



15. Coklat

Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali oleh sesetengah penyelidik sebagai ‘love chemical’. Ia memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selesa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.

Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu, ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh pada sentuhan walaupun sekadar sentuhan yang lembut.




Kompilasi : Blackscorpy83 dan MW#1425

Capaian entry berkaitan :
* Keperluan pemakanan untuk kesihatan
* Sindrom kekurangan testosteron punca lelaki sukar eraksi

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Mac 23, 2011

Kacang panjang

kacang panjang

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Salah satu sayuran yang suka saya 'campak' ke dalam nasi goreng ialah kacang panjang yang dipotong 3mm. Rasanya yang rangup, menyedapkan lagi nasi goreng kegemaran anak-anak saya. Hari ini Laman-Seri berkongsi pula khasiat yang terdapat dalam sayuran istimewa ini.

Kacang panjang atau nama botaninya vigna unguiculata merupakan tumbuhan yang memang sudah dikenali luas oleh masyarakat Malaysia. Selain dimasak sebagai lauk, kacang panjang juga turut popular untuk dijadikan ulaman dalam hidangan seharian.

Tumbuhan yang tergolong dalam keluarga fabaceae ini dikatakan mungkin berasal dari bahagian selatan China. Malah, boleh dikatakan tumbuhan ini antara 10 jenis sayuran utama di Asia Tenggara, Taipei, selatan China dan Bangladesh.

Setiap negara mempunyai nama berlainan yang diberikan pada kacang panjang iaitu kacang belut, kacang perut ayam (Melayu), yard long bean (Inggeris), dau gol, cai dou, chang dou (Cina), tau-fug-tao (Thai), sitao (Filipina), Borboti in Bengali, India, eeril in Goa, India or đậu đũa (Vietnamese, yang bermaksud kacang chopstick), juroku-sasage (Jepun), deijao chicote (Spanyol), fagiolo asparagio (Itali), spargelbohne (Jerman) dan juga haricot asperge (Perancis).

Pokok kacang panjang

bunga kacang panjang

biji kacang panjang

Kacang panjang dapat tumbuh di mana sahaja dan dapat tumbuh dengan baik di tanah gembur dan mengandungi humus. Pokok kacang panjang jenis memanjat dan mempunyai sistem akar yang berkembang maju. Batangnya melilit, berbentuk hampir empat segi, sedikit berjalur. Batangnya juga berbuku yang biasanya berwarna kebiru-biruan.

Ðaun kacang panjang jenis tiga lai pada setiap daun. Susunan daunnya berselang-seli dan panjang tangkai daun antara 5 hingga 25 sentimeter. Bunganya pula terletak dalam jambak berwarna kuning atau biru adalah jenis rasem yang tumbuh pada bahagian ketiak daun. Buahnya jenis kacang, berjuntai dengan 30 hingga 120 sentimeter panjang dan mempunyai kira-kira 10 hingga 30 biji di dalamnya. Biji buah berbentuk bulat panjang dengan lekukan di tengah, berbentuk seperti ginjal, berwarna merah tua, putih, hitam serta belang-belang.

Kegunaan dalam masakan

Kacang panjang sedap dimakan segar dan masak. Kacang panjang yang terbaik ialah ketika muda dan bentuknya langsing. Kacang panjang enak dibuat ulam bersama sambal belacan dan tempoyak masak. Kadang-kadang dipotong menjadi beberapa bahagian pendek untuk keperluan memasak. Kacang panjang hidangan India Barat sering goreng dengan kentang dan udang. Ia juga digunakan dalam tumis dalam masakan China. Dalam masakan Malaysia, kacang panjang sering ditumis dengan cili atau dibuat masak lemak atau masak lodeh. Ia juga digunakan dalam kerabu. Pilihan-pilihan lain yang popular dan sihat adalah untuk memotong kacang panjang ke bahagian yang sangat pendek dan goreng bersama telur dadar.

Khasiat kacang panjang

Kacang panjang dikatakan mengandungi bahan khasiat yang amat tinggi seperti vitamin A yang penting untuk kesihatan mata, vitamin B untuk kesihatan sel dan vitamin C untuk menjaga kesihatan kulit. Selain itu, kacang panjang mengandungi thiamin, riboflavin, besi, fosforus, dan kalium, folat, magnesium dan mangan. Seluruh bahagian kacang mengandungi 89% air, karbohidrat, protein, serabut atau diet serat, mineral besi, fosforus dan kalsium.

Dalam saiz hidangan 100 gram kacang panjang terdapat memberi 196kJ (47 kcal), lemak total 0g, kolesterol 0 mg, natrium 4 mg (0% nilai harian), karbohidrat 8g (2% nilai harian), dan 3 gram protein (nilai harian 5%). Ada juga 17% DV Vitamin A, 2% DV besi, 31% DV vitamin C, dan 5% DV kalsium.

Khasiat kacang panjang memang banyak. Hampir keseluruhan kacang panjang dikatakan mempunyai kegunaan tersendiri. Tumbuhan ini dikatakan berguna sebagai anti bakteria, anti virus, anti oksida, mereda masalah perkumuhan, masalah ginjal, penyakit beri-beri, kekurangan darah, demam berdarah, sakit pinggang dan mencegah kelainan antibodi dan dikatakan berupaya mementang barah darah dan barah payudara. Kacang ini juga bermanfaat dalam menyembuhkan masalah gangguan saluran kencing, batu ginjal, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang dan pembengkakan.

Selain itu, ia juga mampu mencegah kelainan antibodi serta meningkatkan fungsi limpa dan sel darah merah. Buat individu yang selalu tidak berselera dan bermasalah dalam membuang air besar disarankan memakan kacang panjang kerana khasiat yang terkandung di dalamnya dapat mengatasi masalah-masalah tersebut.

Antara kegunaan lain kacang panjang dari segi ubatan adalah dimakan sebagai ubat tonik, menghilangkan rasa dahaga, ubat kepada cirit-birit dan sebagai penawar kepada orang yang terlalu kerap membuang air kecil.

Merangsang proses bersalin

Buah kacang panjang pula dikatakan boleh dibakar dan abunya dicampurkan dengan air panas untuk diminum oleh wanita bagi merangsang proses bersalin. Abunya pula dikatakan boleh dicampurkan dengan minyak dan digunakan sebagai ubat untuk merawat masalah kulit terbakar dan melecur.

Menghentikan susu badan

Tangkai daun jika dipanaskan dan cecairnya diperah keluar dikatakan boleh dititiskan masuk ke telinga untuk merawat sakit telinga. Ðaunnya pula dikatakan boleh ditumbuk lumat dan dicampurkan tawas dan disapu pada payudara bagi wanita yang bercadang mahu menghentikan susu badan.

Selain digunakan secara sendirian, kacang panjang juga dikatakan mampu menawarkan khasiat ubatan jika digunakan bersama bahan lain. Antaranya untuk mengatasi pembengkakan, boleh gunakan 200 gram kacang panjang yang dicampurkan bersama 20 gram bawang putih dan gula merah yang kemudiannya dimasak menjadi sup dan dimakan secara teratur.

Sebagai ubat untuk pembuangan air kecil, ambil 150 gram seluruh bahagian kacang panjang, 30 gram kulit tembikai direbus dengan 500 cc air hingga tersisa menjadi 200 cc. Saring air rebusan ini sebelum diminum.

Untuk mengubati batu dalam ginjal pula, gunakan 200 gram kacang panjang serta 200 gram asparagus yang dikisar bersama campuran air. Rebus ramuan ini hingga mendidih dan airnya diminum sewaktu masih hangat lagi.

Sungguhpun terdapat pelbagai kegunaan kacang panjang, namun sebelum menjadikannya sebagai bahan ubatan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Rujukan : MisteriAlam dan En.Wikipedia - Vigna unguiculata.

Butiran selanjutnya ...

Manusia halalkan pembunuhan, perang tidak diampun dosa

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis. - Foto REUTERS

ALLAH mencipta sesuatu dengan hikmah dan keunikan tersendiri. Langit dan cakerawala, bumi, penghuninya, lautan serta rahsianya. Manusia adalah ciptaan Allah yang paling bernilai dan sebaik-baik kejadian.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.” (Surah At-Tin, ayat 3)

Menurut Imam 3 Masjidil Haram, Soleh Muhammad, manusia juga ibarat satu binaan di sisi Allah di samping kewajipan dan tuntutan yang perlu dilakukan, roh mereka adalah pinjaman berharga dan darah yang mengalir adalah amanah yang perlu dijaga dengan sempurna. Oleh itu katanya, pembunuhan seorang manusia dengan cara yang salah adalah dosa besar. Malangnya, darah manusia hari ini bagaikan tiada nilai disebabkan pangkat serta kedudukan yang bersifat sementara.

Setelah berlalu masa yang panjang antara umat dan utusan Allah iaitu nabi, nyawa dan darah manusia kini bagaikan tidak ternilai. Berlakunya perang saudara dan perkauman kerana pegangan agama serta kesan jahiliah yang terpahat di jiwa mereka.

Peristiwa zaman jahiliah kini berulang apabila manusia berperang sesama sendiri atas sebab yang tidak munasabah sementara hukuman dikenakan kepada manusia biasa dan membebaskan mereka yang berpengaruh. Seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya binasalah mereka sebelum daripada kamu apabila orang kebanyakan melakukan kesalahan, kamu kenakan hukuman tetapi jika ia berlaku terhadap orang bangsawan, makan kamu melepaskan mereka.” (Al-Hadis)

Malah, Nabi SAW memberi ancaman kepada mereka yang membunuh dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Membunuh seorang yang beriman adalah perkara yang paling hina di sisi Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Nasai’)

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya dengan kemurkaan Allah serta laknatnya terhadap mereka.” (Surah an-Nisa’, ayat 93)

Menurut Imam Soleh lagi, setelah kedatangan Islam, kedudukan manusia dimuliakan oleh Allah dan mengubah bentuk pengabdian mereka kepada Allah yang satu. Kedudukan manusia yang mulia di sisi Allah menyebabkan darah mereka haram ditumpahkan walau mereka golongan kafir yang tidak memerangi Islam kerana perbuatan membunuh adalah kesalahan besar.

Membunuh itu menghilangkan roh dengan cara tidak betul sedangkan nyawa adalah amanah yang perlu dipelihara sebaiknya. Sesiapa melakukannya nescaya mendapat balasan seksaan yang berat.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Semua dosa akan diampunkan Allah kecuali mereka yang mati dalam kufur atau membunuh seorang mukmin dengan sengaja.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Nasai’)

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: “Allah akan berkata kepada orang yang membunuh diri, sesungguhnya kamu telah mendahului Aku, maka pada hari ini kamu akan diharamkan daripada menikmati syurgaKu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




Sumber : BHarian 22/03/2011

Butiran selanjutnya ...

Selasa, Mac 22, 2011

Jangan tengok kartun?


Banyak rancangan tidak sesuai untuk kanak-kanak

“MAMA, Boboy hebat. Tadi dia pukul kawan Mimi sebab dia marah budak tu asyik kacau Mimi. Terror Boboy, macam super hero,” cerita Mimi bangga.

Tersentak sekejap ibunya. Tidak dia menyangka selama ini anak perempuannya berusia tujuh tahun itu menjadi `mnagsa’ buli di sekolah. Lebih terkejut apabila jalan penyelesaiannya, `diselamatkan super hero’, yang bertindak ganas memukul `musuhnya’. Cerita Mimi, kawannya, Jijo, yang berbadan besar selalu mengusik dan mengambil barangnya. Mujur ada Boboy, rakan sekelas, yang berani dan kuat, memberi amaran dan memukul Jijo sehingga menangis.

Menarik nafas panjang sambil memikirkan jalan terbaik untuk memberi penjelasan terhadap insiden yang berlaku di sekolah itu, si ibu memangku anaknya sambil menyikat rambut gadis itu sebelum memulakan bicaranya.

“Mengapa Mimi tak beritahu Mama, Jijo buli Mimi? Mimi boleh cakap dengan cikgu Jijo selalu buli Mimi, nanti cikgu marahlah Jijo. Tak baik pukul orang sayang walaupun niat Boboy nak tolong Mimi. Esok, Mimi minta maaf pada Jijo ya. Boboy pun kena minta maaf,” jelas ibu dengan lembut sambil mengusap kepala Mimi.

Kanak-kanak sememangnya mentah dalam membuat keputusan. Ini disebabkan pada awal peringkat pembesaran, egosentrik terlalu tinggi dan mereka sukar membezakan tindakan dilakukan mereka adalah betul mahu pun sebaliknya.

Pada masa sama, kanak-kanak juga muda menyerap keadaan sekeliling mereka dan menganggap watak yang dilihat sebagai model berikutan pemikiran mereka masih singkat memerlukan banyak bimbingan dan penerangan. Selain persekitaran dan keluarga yang memainkan watak utama dalam pembesaran kanak-kanak, lakonan mahu pun karakter yang dihidupkan dalam cerita kanak-kanak juga memberikan impak kepada pemikiran dan tanggapan kanak-kanak.

Kehidupan anak kecil sememangnya tidak boleh dipisahkan dari alam fantasi mereka dan menonton kartun membenarkan mereka meluaskan imaginasi serta kreativiti selain perkembangan otak. Dari situ, mereka belajar untuk berkomunikasi dan menggunakan sistem deria.


Kartun juga meninggalkan pengajaran moral yang boleh diterapkan dalam kehidupan kanak-kanak, sebagai contoh keberanian, bantu-membantu juga saling menghormati.

Malangnya, dalam kebaikan kehadiran kartun, masih terdapat beberapa elemen perlu dipertimbangkan terutama bagi yang berunsurkan kepahlawanan dan lawak. Ini kerana kartun sedemikian membuatkan kanak-kanak ghairah dan cepat terikut dengan kuasa yang ditonjolkan menerusi kartun seperti keupayaan terbang, kuasa ajaib dan sebagainya, yang mana boleh mengundang kepada masalah lebih besar.

Kartun yang berunsurkan lawak umpamanya, sering memaparkan unsur nakal yang tidak sewajarnya dipertontonkan buat kanak-kanak, termasuk penggunaan bahasa yang kesat.

Seorang guru yang juga ibu, Nurul Huda Mohd Yusof, berkata dia tidak menyekat anaknya untuk menonton rancangan kartun yang diminati, namun memberi syarat dan peringatan supaya mereka tidak terikut-ikut watak kartun itu. Amat penting, katanya, buat ibu bapa memilih rancangan yang sesuai ditonton anak mengikut usia kerana kanak-kanak belum bijak untuk menilai apa yang baik mahu pun buruk buat mereka.

“Kita maklum kartun adalah minat kanak-kanak dan mereka sering bermain dengan dunia khayalan berlakon menjadi watak, lebih-lebih lagi watak super hero seperti Superman, Spiderman dan Batman. Namun kita perlu beringat, walaupun watak yang dilahirkan itu memang bertujuan untuk mengajar kanak-kanak, ia masih mempunyai unsur ganas seperti berlawan, kuasa terbang dan sebagainya, yang mana ia boleh membuatkan kanak-kanak meniru aksi itu. Oleh itu, kebebasan yang diberikan kepada anak tetap perlu diawasi dan pada masa yang sama, diberi penjelasan mana yang boleh dan tidak mereka lakukan,” jelasnya ketika dihubungi.



Cerita Nurul Huda, dia sering menghabiskan masa menonton bersama rancangan yang digemari anak sambil memantau sama ada rancangan yang ditonton itu sesuai untuk mereka.

“Jika ia bersesuaian, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan komunikasi. Jika anak terikut-ikut seperti bercakap kasar umpamanya, jangan terus memarahi mereka sebaliknya beri nasihat dan penjelasan mengapa ia tidak baik. Penting membuatkan anak faham supaya mereka tidak mengulangi kesilapan itu,” katanya.



Ramai ibu bapa yang diajukan soalan mengenai kesesuaian rancangan kartun, kecewa dengan unsur ganas yang disiarkan. Malah, banyak watak kartun kanak-kanak menampilkan sikap kurang ajar, suka melawan ibu bapa dan pemalas. Tidak kurang yang menampilkan unsur lucah seperti watak kartun kanak-kanak Shinchan dan Hagemaru.

Kebanyakan ibu bapa melihat rancangan kartun sebagai bahan tontonan sesuai untuk anak tanpa menyedari rancangan ini juga mengandungi unsur negatif. Pihak penyiar harus peka dengan keadaan ini dan membuat penapisan sewajarnya, malah tidak semua ibu bapa mempunyai masa untuk menonton bersama dan memantau rancangan ini. Selain itu, kebanyakan kartun yang dialih bahasa juga menggunakan bahasa yang berterabur dan ini memberi kesan negatif pada pembelajaran kanak-kanak.

Seorang ibu memberitahu, kartun yang membawa watak wira berkuasa dan gagah juga membimbangkan dirinya memandangkan kanak-kanak berkemungkinan cuba untuk berlawan walaupun sekadar gurauan.

“Kanak-kanak suka bermain malah sering memainkan watak wira yang digemari mereka bila mereka bergurau. Tapi, keriangan itu boleh membawa kepada kemalangan yang tidak disengajakan. Bagi saya, adalah lebih elok jika pihak berkaitan menekankan penyiaran kartun yang berkonsepkan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan menyeronokkan. Ini bukan saja lebih berfaedah tapi menjaminkan keselamatan anak-anak,” katanya.




Sumber : Fatin Hafizah Mohd Shahar di http://www.bharian 22/03/2011

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails