“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, April 30, 2011

Wanita bertudung kerana tuntutan agama atau ikut fesyen?




Assalamualaikum warahmatullah,

Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib ditutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya. Sedar akan tuntutan tersebut, semakin ramai muslimah menutup aurat mereka dengan bertudung. Tidak kiralah bertudung moden yang berfesyen, golongan hawa baik anak kecill mahupun sudah dewasa sudah mula bertudung.

Perkembangan ini juga telah membuahkan idea kepada mereka yang yang bergiat dalam industri fesyen untuk mencipta gaya tudung terkini. Selak sahaja majalah fesyen hari ini, pasti anda akan melihat aneka gaya tudung yang cantik dan menarik.

Untuk menarik wanita membeli dan menggayakan tudung yang dijual, setiap tudung mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada rekaan tudung yang menggunakan fabrik terang, dihias pula dengan kerongsang yang menarik, disimpul dan sebagainya.

Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Boleh dikatakan, rekaan kesemuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakai tudung.

Justeru, Laman-Seri kali ini ingin mengupas adalah perkembangan fesyen tudung yang menarik ini menjadi punca wanita mengenakan tudung atau adalah mereka benar mahu menurut syariat agama.

Bertudung tapi tidak menutup aurat

Menurut Ustaz Haji Haslin Baharim, yang juga seorang penceramah bebas, bertudung pada asalnya adalah cara bagi seorang wanita muslimah untuk menutup aurat. Namun kini agak mengecewakan bila pada masa yang sama, mereka tidak menutup aurat yang sepatutnya. Tidak dapat dinafikan, sekarang ini ciri-ciri menutup aurat sudah tidak ada.

Sebaliknya wanita bertudung kerana ingin mengikut fesyen. Malah kita boleh nampak ada antara wanita muslimah yang memakai tudung tetapi masih nampak telinga. Sudahlah begitu, ada pula subang untuk nampak lebih bergaya. Bukan itu sahaja, tudung pula sudah semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai tudung yang betul? Sudah tentu tidak!

Menurut Ustaz Haslin lagi, wanita perlu sedar bahawa tujuan mereka bertudung bukan kerana mengikut aliran fesyen tetapi untuk memenuhi tuntutan syariat. Sepatutnya setiap perbuatan atau amalan seseorang itu berdasarkan pada niat masing-masing. Jika seseorang itu bertudung atas alasan dan niat untuk mengambil hati orang lain dan bukannya kerana Allah SWT, sudah pasti mereka tidak mendapat keberkatan menjalankan suruhan Allah.

Jadikan pemakaian tudung itu sebagai fesyen pakaian Islam, jangan jadikan ia sebagai fesyen disebabkan orang lain pakai, kita pun tidak mahu ketinggalan. Jika mengenakan tudung, pastikan ciri-ciri menutup aurat seperti tidak menampakkan telinga, leher dan menutup paras dada.

“Apabila industri fesyen berkembang dengan memperkenalkan pelbagai tudung baru yang menarik, perkara ini sebenarnya tidak boleh dianggap negatif semata-mata. Memang sekarang ini banyak fesyen tudung krana mereka yang bergiat dalam industri fesyen sudah pasti tahu mencari untung dengan menjual barang yang menjadi kesukaan ramai. Saya berterima kasih dengan industri fesyen kerana memperkenalkan tudung sebagai salah satu cara untuk bergaya.”

“Penyampaian dan gaya kreatif industri fesyen dalam menjual tudung itu sebenarnya amat baik. Tidak kiralah apa cara mereka lakukan, niat sebenar mereka adalah untuk menarik minat wanita untuk bertudung. Jika ada wanita yang bertudung kerana fesyen itu meranrik, maka tidak salah mereka mula mengambil keputusan untuk bertudung. Mungkin daripada mengikut-ikut, akhirnya seseorang wanita itu sudah pasti akan berubah sepenuhnya.”

“Jika ini berlaku, secara tidak langsung industri fesyen juga telah melakukan kebaikan kerana telah menarik minat wanita yang tidak bertudung akhirnya menutup aurat seperti yang digalakkan dalam Islam,” demikian ulasnya.

~ contoh tudung tidak menepati syariat ~


Apa kata orang ramai mengenai hal ini?

Boleh berfesyen asal ikut tuntutan syariat

Menurut Norhita Mohd Bhohari, melihat perkembangan ramai muslimah memakai tudung adalah sesuatu yang baik apatah lagi mereka terdiri daripada golongan muda. Kalau dahulu sekitar awal tahun 80-an, kita lihat tidak ramai kaum wanita yang memakai tudung tetapi hari ini majoriti wanita memakai tudung dan ia seperti menjadi satu kebiasaan kepada kaum wanita. Maka tidak hairanlah perniagaan butik-butik tudung mendapat sambutan hangat di kalangan kaum muslimah.

Mungkin ada sebilangan kaum wanita yang menjadikan fesyen bertudung sebagai trend, namun masih ramai juga wanita memakai tudung untuk memenuhi tuntutan syariat Islam yang mewajibkan golongan muslimah memakai tudung, sekaligus menutup aurat.

Tentang gaya fesyen bertudung pula, terpulanglah kepada individu. Masing-masing berhak untuk membuat pilihan. Cuma muslimah perlu bijak memilih fesyen tudung yang sesuai kerana jika sekadar menutup rambut sahaja dan sebahagian lain tidak ditutup, itu bukanlah cara menutup aurat seperti yang dituntut.

Kesimpulannya, pemakaian tudung secara berfesyen itu tidak salah, tetapi biarlah bersesuaian dengan syariat Islam yang telah ditetapkan. Fitrah wanita suka kecantikan malah fitrah untuk semua manusia suka melihat sesuatu yang cantik. Cuma jika ingin kelihatan cantik dengan fesyen tudung terkini, tetapi biarlah bersederhana dan yang paling penting mengikut tuntutan syarak.

Betulkan niat bertudung

Wan Norhasniza Wan Non pula berpendapat muslimah perlu bijak memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri. Kita lihat perkembangan fesyen masa kini sebagai satu yang sihat selain memberi pilihan kepada kaum muslimah untuk memlilh fesyen yang sesuai untuk diri mereka. Namun dalam memilih fuesyn tudung, mereka perlu lebih berhati-hati dan bukan sekadar ingin menikut arus peredaran fesyen.

Bukannya tidak ada fesyen tudung yang mengikut tuntutan syarak tetapi sebagai muslimah, kita perlulah lebih selektif memilih fesyen tudung yang sesuai dengan diri kita. Selain fesyen tudung, budget juga memainkan peranan penting kerana tidak ada gunanya berhabis-habsisan membeli utudng berjenama yang sudah tentu mahal harganya sehingga akhirnya terpaksa mengikat perut.

Ði samping itu, jika hendak bertudung, biarlah ikhlas dan bukannya dengan tujuan untuk menunjuki-nunjuk. Walaupun tidak semuanya begitu, tetapi wujud kalum muslimah yang menjadikan jenama tudung yang dipakai sebagai lambang status diri mereka. Keadaan ini sebenarnya menimbulkan riak di dalam hati sehingga menyebabkan tujuan untuk menutup aurat itu lari daripada niat asal untuk menutup aurat.

Walau apa pun juga jenis fesyen tudung yang digayakan, biarlah si pemakai memakainya dengan hati yang ikhlas dan bukannya untuk menunjuki-nunjuk. Tidak salah untuk berfesyen tetapi betulkan niat dalam hati selain pastikan fesyen tudung yang dipilih memenuhi tuntutan seperti yang telah diwajibkan agama Islam terhadap golongan muslimah.

Ðilema antara cantik dan tuntutan syarak

Menurut Nur Hazwani Mohamad pula, sememangnya semakin ramai muslimah yang bertudung, namun pada masa yang sama, tuntutan menutup aurat ini tidak seperti yang digariskan oleh syarak.

Fenomena ini berlaku apabila wujud konflik dalam diri wanita muslim iaitu antara keinginan untuk kelihatan cantik dan menawan dan kewajipan uyntuk mematuhi tuntutan syariah. Maka wujudlah jalan tengah yang diambil berdasarkan keperluan komersial dan mengelirukan.

Tidak dapat dinafikan, tidak semua fesyen tudung boleh dijadikan ikutan. Sebaliknya pilihlah fesyen tudung yang bukan sahaja sesuai dengan penampilan diri, tetapi dalam amsa yang sama, memnuhi tuntutan menutup aurat.

Pengeluar tudung perlu ingat tanggungjawab




Adakah tudung begini menepati syariat??

Menurut komen Nor Ameera Zaini pula, wanita yang bertudung masa kini beruntung kerana punya banyak pilihan untuk berfesyen. Apa yang penting, jangan jadikan tuntutan untuk bertudung itu sebagai trend dan fesyen semata-mata kerana perlu diketahui bahawa bertudung itu wajib ke atas semua wanita yang beragama Islam. Ði samping itu juga, pengeluar tudung perlu memikul tanggungjawab fardu kifayah untuk menghasilkan tudung yang mengikut tuntutan syariat.

Fahami konsep bertudung

Menurut Ruhaizan Othman pula, fesyen bertudung pada masa kini yang banyak yang cantik,walau bagaimanapun biarlah tarikan untuk pakai tudung selari dengan tuntutan agama, iaitu menutup aurat dengan sepmpurna bukan terikut-ikut dengan fesyen semata-mata.

Menutup aurat adalah wajib, Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen, tapi mestilah menurut tuntutan agama yang sebenar, melepasi paras dada, tidak menampakkan leher dan dada. Tetapi malangnya, fesyen tudung sekarang tidak menitikberatkan hal ini.

Kebanyakan muslimah sekarang memakai itudung tanpa memahami konsep menutup aurat yang sebenar, maka wujudlah pelbagai fesyen yang sudah songsang terpesong dengan kehendak agama.

Namun tidak dapat dinafikan, dengan perkembangan fesyen tudung, sedikit sebanyak mampu menarik muslimah untuk bertudung. Hal ini kerana tarikan tudung itu sendiri akhirnya memberi hidayah untuk muslimah menutup aurat.

8 kesalahan ketika memakai tudung
  1. Ada muslimah memakai tudung hanya kerana mahu menutup bahagian rambut sahaja sedangkan bahagian lain tidak ditutup.
  2. Bertudung tetapi memakai kemeja T berlengan pendek
  3. Bertudung tetapi baju yang dipakai mengikut bentuk tubuh selain terbelah kainnya (kebaya, terutamanya)
  4. Bertudung tetapi baju atau seluar sendat, sempit dan nipis, lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambut
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya diikat ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang dipakai amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leler, tenguk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup bahagian rambut sahaja. Ia tidak tepat sama sekali.

Tips berfesyen yang betul
  • Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang
  • Baju mestilah labuh dan longgar
  • Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
  • Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali
  • Ðigalakkan untuk memakai sarung kaki
  • Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah.




Sumber : MW#1427

Capaian entry berkaitan :

Butiran selanjutnya ...

Ibu bapa abai menu sihat punca anak gemuk


Kekangan masa jadikan makanan segera sajian utama di rumah

SEORANG menteri Kabinet pernah mengadu mengenai kerenah anaknya yang ‘mengada-ngada’, mengeluh apabila pendingin hawa kereta rosak dalam perjalanan balik dari sekolah, bersama pemandunya. Menteri terbabit pada mulanya rasa cemas apabila mendapati banyak panggilan telefon anaknya tetapi gagal dijawab kerana telefon bimbit dimatikan ketika sedang menghadiri mesyuarat di pejabat.

“Saya terpaksa keluar dari bilik mesyuarat untuk membuat panggilan dan terkejut, alasan anak saya membuat panggilan ‘kecemasan’ ialah kerana kepanasan dalam kereta, sedangkan pemandu saya dah beritahu akan menghantar kereta ke bengkel selepas menghantar anak saya ke rumah,” katanya.

Itulah hakikatnya dan itulah juga senario zaman sekarang kerana anak-anak sudah berasa selesa hidup dalam keadaan kemewahan, bukan seperti zaman ayah atau datuk, nenek mereka dulu.

Malah, kesibukan ibu bapa terutama apabila kedua-duanya bekerja juga menyebabkan anak ‘dididik’ untuk makan di luar termasuk membeli nasi bungkus dan nasi lemak. Burger dan hotdog juga menjadi kegemaran selain nuget dan minuman dalam tin, turut disediakan di dalam peti sejuk untuk makanan anak, takut kelaparan bila balik dari sekolah.

Pada hujung minggu, dibawa pula anak ke restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds’, untuk memenuhi kehendak anak semata-mata selain kegemaran menjamah nasi lemak yang bagaikan satu kewajipan terutama bagi orang Melayu.

Apakah benar kata orang, didikan manja dari segi makanan di rumah inilah menjadi puncanya murid lebih cenderung untuk mengambil makanan yang tidak sihat di kantin sekolah? Apakah benar kata orang, jika murid tidak suka makan sayur dan buah-buahan di sekolah, maknanya dia tidak diasuh untuk makan makanan berkhasiat seperti itu di rumah?

Peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti. Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6% pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Berikutan itu, makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Begitu pun, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan belum membuat keputusan muktamad berhubung menu makanan berkhasiat yang sesuai dijual di kantin sekolah termasuk nasi lemak secara bergilir kerana belum ada perbincangan dengan semua pihak berkaitan setakat ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak akan membuat keputusan mendadak sehingga menyusahkan banyak pihak termasuk pengusaha kantin, sebaliknya mengambil kira pelbagai aspek dan akan memberi masa berpatutan kepada pengusaha mengubah suai menu mereka.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO) pula mahu Kementerian Kesihatan menarik semula keputusan menetapkan jualan nasi lemak dua kali seminggu mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Sebenarnya, peranan untuk mengelakkan kegemukan pelajar sekolah tidak harus terbatas kepada kantin atau pengurusan sekolah semata-mata. Sebaliknya, ia perlu dipikul bersama termasuk pakar pemakanan dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memberi nasihat kepada pelajar serta keluarga mengenai menu seimbang.

Sekolah cuma sebahagian masa mereka di situ kerana banyak masa diluangkan di luar sekolah dan menjadi tanggungjawab keluarga membimbing anak mereka supaya tidak mengambil makanan terlalu berlemak dan kandungan zat kurang.

Apabila meneliti maklum balas daripada pelayar versi online akhbar ini mengenai jualan nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu di kantin sekolah, mereka bagaikan berbelah-bahagi. Misalnya, bagi jawapan ‘Wajar kerana pelajar akan memakannya setiap hari’ dipersetujui sekitar 25.3% atau 1,626 pelayar manakala jawapan ‘Tidak wajar kerana bukan setiap hari pelajar memakannya’ menerima respons 31.28% atau 2,005 pelayar. Jawapan ‘Wajar kerana ia punca obesiti’ dipersetujui 13.25% (849 pelayar) dan jawapan ‘Tidak wajar kerana ia bukan punca obesiti’ dipersetujui 30% (1,929), sehingga tengah hari semalam.

Ini bermakna, majoriti tidak bersetuju dan mereka berpendapat adalah tidak wajar 70 jenis makanan termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya di kantin sekolah.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan.

Pelajar adalah ibarat kain putih yang boleh diwarnai. Mereka akan makan apa saja yang kena dengan selera tanpa mengira sama ada makanan berkenaan berkhasiat atau tidak. Di sinilah peranan guru untuk mendidik dengan teori amalan makanan sihat dan di rumah pula, ibu bapa mengamalkannya untuk hidangan anak.





Sumber : BHarian 30/04/2011

Butiran selanjutnya ...

Jumaat, April 29, 2011

Rumpai laut (seaweed)

rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu favourite BG ialah 'meragut' rumput rumpai laut... :) Hari ini Laman-Seri berkesempatan kongsikan kebaikan mengambil rumpai laut dalam diet kita.

Rumpai laut memiliki banyak kegunaan untuk dijadikan pelbagai jenis produk. Salah satu daripada kegunaan utamanya adalah sebagai makanan kerana ia dikatakan kaya dengan zat, vitamin dan mineral. Malah di negara Jepun, rumpai laut telah menjadi sebahagian daripada pemakanan penting masyarakat di negara tersebut selama berkurun lamanya.

Ðikenali juga sebagai seaweed atau sea vegetables oleh masyarakat Barat, rumpai laut boleh dijumpai hidup dalam air laut masin dan juga tasik air tawar. Rumpai laut tergolong dalam kumpulan alga. Terdapat beribu jenis rumpai laut yang dikelaskan melalui kategori warna iaitu sama ada coklat, merah atau hijau. Setiap satunya adalah unik, dan memiliki rasa dan tekstur yang berbeza.

Rumpai laut juga turut dituai untuk pengekstrakan alginate, agar dan carrageenan, bahan gelatin yang dikenali sebagai hydrocolloid atau phycocolloids. Hydrocolloid berguna sebagai penambah rasa makanan. Agar pula digunakan dalam pembuatan kek, produk susu dan makanan yang dibentuk. Sementara carrageenan digunakan sebagai kuah dan sos salad, makanan dietitik dan pengawet produk daging dan ikan, tenusu dan makanan dibakar.

Jenis-jenis rumpai laut yang terkenal dari Jepun adalah seperti nori, hijiki, wakame, arame, kombu dan dulse. Nori berwarna ungu-kehitaman yang akan bertukar kepada warna hijau apabila dibakar dan amat popular digunakan dalam membuat sushi.

nori


hijiki


wakame


ogonori


kelp

Kelp pula memiliki warna coklat terang dan warna hijau gelap dan boleh didapati dalam bentuk emping. Ia juga popular sebagai suplemen kesihatan. Hijiki berbentuk seperti juraian kecil pasta keras dan mempunyai rasa yang kuat.

kombu

Kombu berwarna hitam dan didapati dalam bentuk kepingan dan sering kali digunakan sebagai bahan perasa sup. Wakame hampir sama seperti Kombu dan biasanya digunakan untuk membuat sup Jepun yang dikenali sebagai sup miso. Arame berbentuk seperti renda dan keras serta mempunyai rasa manis. Ðulse berwarna merah-kecoklatan dan bertekstur kenyal.

arame ~ dikatakan mampu meningkatkan libido ~


dulse

Rumpai laut tetap memiliki khasiat walaupun diambil dalam bentuk kering, bakar atau ekstrak. Rumpai laut kering ringan sedikit dan mudah untuk disimpan dan dibungkus. Rumpai laut bakar adalah bahan yang digunakan untuk membuat sushi.


aonori ditabur atas okonomiyaki (japanese pancake)

onigiri (nasi kepal dibalut rumpai laut kering)

Khasiat rumpai laut bakar atau kering adalah sama seperti khasiat yang terdapat pada rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti besi, magnesium dan karbonat. Perbezaan antara jenis ini adalah apabila rumpai laut itu dikeringkan atau dibakar, bakteria pada rumpai laut sebagai makanan telah dibunuh dan dimusnahkan.

Ekstrak rumpai laut dikatakan tinggi kandungan mineral dan kaya dengan sumber iodine, zink, besi, kalium, tembaga, magnesium dan kalsium. Ðikatakan dengan menambah rumpai kaut dalam masakan mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.

Buang toksin dan bahan radikal bebas

Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol

Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser

Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme

Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan

Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh rumpai laut, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu lagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MisteriAlam di MW#1428 dan En.Wikipedia ~ seaweed

Butiran selanjutnya ...

Isteri pertama perlu tahu hak berpoligami elak teraniaya



BUKANLAH sesuatu yang asing pada hari ini apabila pasangan yang baru berkahwin bercerai dalam jangka waktu singkat. Kejutan perceraian itu bertambah lagi apabila mengenangkan bahawa pasangan berkenaan sudah pun menghabiskan masa bertahun-tahun untuk bercinta kemudian berkahwin dan mengakhirkannya dalam tempoh yang tidak diduga.

Bagaimanapun, bagi pasangan yang matang atau lama berumahtangga antara punca utama yang menyebabkan berlaku perceraian di kalangan mereka, selain faktor lazim yang lain adalah akibat keengganan pihak isteri untuk meneruskan kehidupan berumahtangga secara berpoligami

Ini ditambah dengan budaya dan tanggapan masyarakat Melayu di Malaysia yang begitu memandang serong kepada suami yang ingin berpoligami hinggakan terkadang kita seolah-olah menghantar isyarat yang salah kepada kaum lelaki bahawa mempunyai hubungan sulit secara tidak sah adalah lebih baik daripada berpoligami.

Berdasarkan pengalaman, ada terlalu banyak kes isteri memberontak dan tidak dapat menerima hakikat bahawa suaminya ingin berpoligami hinggakan sebahagiannya lebih rela menjalani kehidupan yang begitu sukar bersama anak selepas berlakunya perceraian.

Isteri pertama yang berasa tergugat dengan keinginan suaminya untuk berkahwin lagi akan memberikan kata dua kepada suami untuk menceraikannya jika suami tetap berhasrat untuk berkahwin lain. Dalam senario seumpama ini, sudah tentu keharmonian rumah tangga pasangan itu akan mula merudum dan menuju kepada perceraian kerana suami pula akan berasakan bahawa isteri sudah menyekat kemahuannya untuk berpoligami.

Sementara kita mengakui bahawa suami yang ingin berkahwin lebih daripada satu hendaklah memastikan mereka ini sesungguhnya berkemampuan untuk berpoligami dan perkahwinan itu tidaklah dalam apa juga keadaan akan memudaratkan isteri pertama dan anak, isteri juga hendaklah menerima hakikat bahawa mengizinkan suami berpoligami tidaklah bermakna bahawa mereka hilang segala-galanya dan berakhirlah kehidupan mereka.

Tanpa melihat perceraian sebagai satu pilihan, adalah baik untuk difikirkan, jika isteri pertama dapat menggunakan kebijaksanaannya dengan meletakkan syarat dimaktubkan dalam satu perjanjian yang menyatakan haknya sebagai isteri pertama kepada harta, pembahagian masa dan nafkah isteri dan anak jika poligami itu diteruskan suami daripada isteri mengambil pilihan yang lazim seperti melarikan diri, memberontak atau menuntut untuk bercerai.

Dengan ada perjanjian seumpama ini, isteri pertama akan dapat memastikan bahawa hak-haknya sebagai isteri pertama akan terbela pada setiap masa. Malah, tindakan mahkamah juga boleh diambil jika suami gagal atau melaksanakan keadilan kepada isteri pertama selepas suami berkahwin lain. Suami pula hendaklah memastikan bahawa perkahwinan dengan isteri yang baru tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak sedia ada.

Dalam banyak keadaan ramai isteri mengetahui bahawa bahagian faraid mereka adalah 1/8 jika mereka mempunyai anak dan 1/4 bahagian jika mereka tidak mempunyai anak tetapi ramai di kalangan wanita yang terlepas pandang bahawa jika suami berpoligami contohnya mempunyai dua isteri maka bahagian 1/8 isteri berkenaan akan dibahagi dua menjadi 1/16 bersama isteri yang baru atau dibahagi tiga jika suami berkahwin tiga menyebabkan bahagian isteri pertama menjadi kian mengecil. Walaupun isteri pertama boleh mendapatkan bahagian tambahan melalui tuntutan harta sepencarian, namun ia tetap tidak dapat mengelakkan daripada kemasukan nama isteri kedua dan anak-anaknya dalam geran rumah berkenaan.

Isteri pertama yang telah dengan usahanya membeli hartanah itu bersama suami, akhirnya terpaksa berkongsi pula pemilikan rumah berkenaan dengan isteri kedua dan anak tirinya. Apabila berhadapan situasi sebegini, lazimnya isteri yang mempunyai suami yang berpoligami merungut kerana bukan saja terpaksa berkongsi suami, tetapi juga berkongsi rumah yang pada asalnya milik mereka sendiri. Apabila berhadapan keadaan sebegini ramai isteri yang kecewa akan menyalahkan hukum faraid dan lebih rela pembahagian harta pusaka itu ditangguhkan daripada melihat nama madu dan anak tiri mereka juga berada dalam geran rumah berkenaan.

Justeru, bagi memastikan sumbangan isteri pertama yang bersama-sama bersusah payah dengan suami bagi tempoh yang lama dapat dilindungi daripada dituntut oleh isteri muda atau anak daripada isteri muda berkenaan, adalah perlu bagi suami yang ingin berpoligami menyatakan dengan jelas hak isteri pertama melalui Ikrar Harta Sepencarian atau Suratcara Hibah. Hukum syarak menyediakan banyak instrumen yang boleh diamalkan bagi menghargai sumbangan isteri dalam perkahwinan.

Barangkali kedangkalan kita dalam menggunakan kaedah itulah yang menyebabkan ramai isteri khususnya isteri pertama sering berasa teraniaya apabila berlaku keadaan suami yang berpoligami meninggal dunia.

Tanpa menggalakkan amalan poligami yang menjadi kepantangan sesetengah wanita, kita perlu menerima hakikat bahawa sudah tiba masa masyarakat Melayu kita menilai semula persepsi kita berkaitan poligami ini selaras dengan peruntukan undang-undang keluarga yang sedia ada di negeri yang mempunyai objektif bagi membina institusi keluarga tersusun dan bahagia.

Penulis, Ikbal Salam ialah peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya




Sumber : BHarian 29/04/2011

Butiran selanjutnya ...

Isnin, April 25, 2011

Elak jenaka berunsur penghinaan

JANGAN BERLEBIHAN...bergurau perlu ada batasannya dan tidak sampai menghina serta menyakitkan hati orang lain. - gambar hiasan

KITA perlu sentiasa menghitung diri; adakah orang yang berada di sekeliling berasa senang dengan tindak-tanduk yang kita lakukan? Ia menjadi muhasabah penting supaya ikatan persaudaraan berada dalam suasana harmoni tanpa sebarang persengketaan. Apabila hubungan persaudaraan ‘tercemar’ maka akan wujud pelbagai kesan buruk seperti sikap pentingkan diri sendiri, amalan fitnah-memfitnah serta membangkitkan perasaan tidak puas hati.

Hubungan yang dinyatakan itu termasuk bagaimana cara kita berinteraksi dengan masyarakat sekeliling serta penerimaan orang ramai terhadap idea dan pendapat yang kita diutarakan. Malah, cara bergurau juga perlu diambil perhatian kerana kita tidak boleh menganggap semua orang selesa dan dapat menerima apa kita lakukan.

Sebaliknya, kita perlu mempamerkan adab dan etika sebenar sebagai seorang Muslim iaitu menjauhi segala bentuk persengketaan. Mungkin pada kita ia bersifat gurauan, tetapi sebenarnya perbuatan itu tidak disenangi.


BERMAAFAN...sebagai umat Islam kita perlu segera memohon maaf jika melakukan kesalahan. - gambar hiasan

Apabila melakukan kesilapan kepada orang lain maka segeralah meminta maaf kepadanya. Jangan ditangguh atau merasakan kita berada di pihak benar kerana menghulur kemaafan itu amat mulia dan tinggi nilaiannya di sisi Allah SWT.

Kenapa bergurau perlu berpada-pada padahal ia dikira perbuatan yang mendatangkan keseronokan dan kegembiraan? Kadang-kadang kita bergurau bertujuan untuk mengusik, tetapi mungkin masa dan tempatnya tidak sesuai. Malah, bergurau boleh menjadi haram jika wujudnya unsur sindiran, lucah, bertujuan menyakiti hati pihak lain serta memberi gelaran kepada seseorang dengan perkara yang tidak disukainya.

Manakala gurauan yang terpuji pula bersifat memberi penghargaan, penghormatan selain diterjemahkan dengan penuh sopan, bercakap dengan nada lembut serta menyelitkan unsur humor yang tidak berlebihan. Jadi tidak kiralah sama ada kita bergurau dengan kawan-kawan, suami, isteri, ibu, bapa, adik-beradik, guru atau majikan ia perlu bertunjangkan dengan perkara asas berkenaan.

Rasulullah SAW pernah bergurau, namun semua ucapan yang keluar daripada mulut Rasulullah itu adalah wahyu Ilahi. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Surah An Najm ayat 3-4)

Perwatakan perlu bersederhana dan paling penting kita tidak boleh terlalu serius sepanjang masa. Menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk menggembirakan orang lain. Jika berduka, perlu ada cara meratapinya begitu juga apabila berada dalam gembira kita perlu bersederhana meraikannya. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contoh insan yang memiliki akhlak terpuji. Kita perlu berhati-hati supaya gurauan yang diada-adakan itu tidak menjadi bahan jenaka sehingga membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dibimbangi juga ada kalangan kita bergurau untuk mengenakan dan menyusahkan kawannya. Contohnya, menyorok barang berharga kepunyaan kawan sehingga dia berasa susah hati. Walaupun tujuannya hanya untuk bergurau dan berseronok, namun ia dilarang sama sekali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah seseorang di antara kamu mengambil barang temannya. Apakah itu hanya gurau atau sungguh-sungguh dan jika ia mengambil tongkat temannya, maka dia harus mengembalikan kepada-Nya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Selain itu, contoh lain yang boleh dijadikan iktibar ialah jangan mengganggu golongan yang melatah. Biasanya golongan sebegini sering menjadi tumpuan dan bahan usikan di atas kelemahannya. Moralnya, walaupun perkara itu kelihatan menyeronokkan, tetapi ia sebenarnya tersasar daripada garis panduan Islam yang mahu umatnya saling menghormati dan tidak sesekali memalukan orang lain di khalayak umum.

Justeru, elakkan bergurau senda sehingga melampaui batas. Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya adab ketika berbicara. Lebih afdal kiranya, kita melebihkan kerja daripada banyak bercakap. Biarpun sedikit, tetapi ia bermakna dan berkualiti daripada banyak berbicara, tetapi langsung tiada hasilnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hadis Riwayat Ahmad Tirmidzi)

Terdapat beberapa kisah Rasulullah yang mengaitkan dengan cara baginda mempamerkan gurauannya. Salah satunya, Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua di mana wanita itu berkata, “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.”

Perempuan itu balik dan menangis. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman “Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi)

Gurauan Rasulullah berkenaan terkandung pelbagai pengajaran. Abu Hurairah meriwayatkan: Sahabat berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dengan kami.” Baginda menjawab yang maksudnya: “Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.” (Hadis riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Bagaimana dikatakan gurauan yang ditegah? Ia termasuk yang mengandungi unsur penghinaan terhadap orang lain. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain, kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina...” (Surah al-Hurujaat ayat 11)

Ayat di atas menerangkan, kita tidak boleh mencari aib, membuka rahsia dan mengumpat sesama Muslim kerana Islam menuntut umatnya menjaga perdamaian dan persaudaraan.

Dalam Islam ada tiga perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan bergurau. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang mana yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan bergurau atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.” (Hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Maka berhati-hatilah ketika bergurau. Gurauan perlu dijadikan medan menambah erat lagi hubungan serta menceriakan. Jadikan cara Nabi Muhammad SAW bergurau dengan orang di sekeliling baginda. Lihat bagaimana cara Rasulullah SAW menjaga adab dalam bergurau. Baginda tidak sesekali membohongi orang yang baginda bergurau, malah ia menjadi ‘seni’ yang boleh diteladani.

MOHD ZAWAWI....banyak bergurau menyebabkan seorang banyak ketawa sehingga hatinya keras.

Perunding motivasi, Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata bergurau adalah sebahagian daripada fitrah manusia yang perlu dipenuhi.

“Bergurau bertujuan untuk mendapat kerehatan dan menghilangkan rasa kelesuan. Ia adalah keperluan hati bagi meringankan tekanan yang dihadapi seseorang. Rasulullah turut bergurau dengan sahabat dan isterinya, namun cara baginda bergurau penuh dengan hikmah dan memberi kesan. Maka bergurau perlu kepada batasan tertentu yang tidak sampai menyakiti hati orang lain,” katanya.

Beliau berkata menjadi kesalahan jika bergurau senda sampai ke peringkat menyerang peribadi atau mempunyai unsur penghinaan sehingga ada menyebabkan ada yang berkecil hati.

“Sedar atau tidak, apabila bergurau secara berlebihan ia membuatkan individu lain berasa diri mereka diaibkan dan dipermainkan. Kita perlu tahu jika berlaku perkara sedemikian maka hilanglah kehebatan seseorang. Allah murka dan merendahkan martabat golongan yang gemar bergurau secara keterlaluan selain mereka turut tidak disukai orang lain,” katanya.

Mohd Zawawi berkata banyak bergurau menyebabkan seorang itu banyak ketawa sehingga menyebabkan hati mereka menjadi keras yang pasti tidak membawa ketenangan.

“Jangan sesekali menjadikan individu lain sebagai bahan ketawa kerana dibimbangi mereka tidak menyukainya. Selain itu, bergurau berlebih-lebihan ini juga akan menyebabkan seorang itu banyak ketawa sehingga boleh mematikan hati. Bermula dengan bergurau ia akan menyebabkan berjangkit kepada perkara buruk lain seperti mengumpat dan mengejek yang boleh menjadi hobi yang tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata bergurau juga dari sudut yang lain boleh dikaitkan juga dengan janji seorang pemimpin kepada rakyat di bawah pimpinannya.

“Seorang pemimpin yang bertanggungjawab akan memastikan janjinya dikotakan kepada rakyat secara berperingkat-peringkat. Mereka tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan, malah jauh sekali menganggap ia sebagai ‘gurauan’ bagi memenangi hati rakyat,” katanya.




Sumber : HMetro

Butiran selanjutnya ...

Ahad, April 24, 2011

Mengajar anak mengucapkan kata ‘maaf’


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana ketika anak anda sedang asyik bermain dengan rakan sebayanya, tiba-tiba si kecil anda secara tidak sengaja menolak temannya hingga terjatuh dan menangis? Walaupun temannya menangis, namun si kecil anda tidak mengendahkannya. Ðia langsung tidak peduli atau membantu temannya apatah lagi mengucapkan kata-kata maaf.

Ya, situasi ini mungkin pernah anda alami. Sudah berulang kali anda meminta si kecil agar memohon maaf setiap kali melakukan kesalahan, tapi selalu dia hanya melihat sahaja tanpa rasa bersalah. Adakah ia berlaku kerana anak ini tidak tahu atau tidak menyedari bahawa dia bersalah?

Sebenarnya, ucapan minta maaf atau menyesal memang agak sukar untuk dilakukan oleh anak ini. Pada usia tersebut, anak sedang berada pada fasa egoistik sehingga belum mampu melihat permasalahan dari sudut pandangan orang lain.

Namun, hal ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Seorang anak harus dibiasakan dan diajarkan mengucapkan kata ‘maaf’atas setiap kesalahan yang dilakukannya. Untuk mendidik anak mudah mengucapkan maaf, faktor terpenting adalah ‘pembiasaan’. Apabila anak ini tidak biasa didedahkan dengan situasi sebegini, ia akan terbawa hingga usia dewasa. Ia juga mungkin mempengaruhi pada perkembangan sosialnya.

Anak mungkin tidak akan disukai di dalam pergaulannya. Selain itu, emosi anak juga tidak berkembang secara positif kerana tidak mengakui kesalahan yang dilakukannya. Sehubungan itu, mendidik anak untuk menjadi seorang yang pemaaf adalah satu keperluan untuk menjadikan dia seorang insan yang merendah diri dan menghormati orang lain yang berada di persekitarannya.

1 – Tunjukkan contoh

Lazimnya anak akan melakukan peniruan terhadap orang yang hampir dengannya, termasuk ibu bapa atau pengasuhnya. Jadi, inilah masa untuk menunjukkan contoh situasi anda mengucapkan maaf. Contohnya, tunjukkan kepadanya bagaimana seharusnya kata maaf diucapkan.

Tunjukkan ketika anda secara tidak sengaja telah menumpahkan susunya, ucapkan permintaan maaf kepadanya. Cara demikian, anak akan terbiasa melihat orang-orang terdekatnya mengucapkan maaf setelah melakukan kesalahan. Secara tidak langsung, dia juga akan bersikap begitu kepada rakan sebayanya atau orang lain.

2 – Tunjukkan penyesalan dengan bahasa tubuh

Pergerakan tubuh juga memainkan peranan untuk mengucapkan kata-kata maaf. Gunakan bahasa tubuh anda pada ketika mengungkapkan permintaan maaf. Anda boleh melakukannya dengan menggunakan gerakan mata ketika mengucapkan kata maaf, menggenggam tangannya dan memeluknya. Ini membuatkan dia berfikir bahawa ucapan minta maaf ini adalah suatu yang amat perlu dalam kehidupan.

3 – Ðorong anak bertanggungjawab

Selain mengucapkan kata maaf, ajarkan pula anak anda untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, ketika dia menolak teman sebayanya hingga terjatuh. Setelah si kecil mengucapkan kata maaf, ajak dia untuk membantu temannya berdiri atau memberikan penampal luka. Tindakan ini sebagai bahagian dari pembelajaran tentang tanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya.

4 – Berikan pujian

Tidak ada salahnya memberikan pujian setelah anak anda mengucapkan kata maaf setiap kali dia melakukan kesalahan. Hal ini sebagai penguat bahawa yang dilakukannya adalah betul dan perlu diulanginya lagi jika berlaku perkara yang sama.

5 – Menyedari kesilapan

Anda harus mengajarkan si kecil bila waktu sesuai untuk mengucapkan kata-kata maaf. Contohnya setelah dia menyusahkan orang lain, mencederakan rakannya, mungkir janji, memecahkan pasu atau melakukan perkara-perkara yang dilarang. Dengan cara ini, membantu dia memahami bahawa bukan semata-mata minta maaf tanpa mengerti alasannya.

Tips mudah :
1. Jangan bertangguh untuk minta maaf.
2. Mengajar anak menghormati rakan sebaya.
3. Tonjolkan sikap bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.
4. Ðedahkan adab dan sopan santun ketika berkawan.
5. Beri pujian setelah dia mengucapkan kata maaf.

Semoga bermanafaat!




Rujukan asal : MW#1413 dan Pa&Ma

Capaian entry berkaitan :

# Mengawasi anak di alam maya
# Internet taman permainan penjenayah

Butiran selanjutnya ...

Khamis, April 21, 2011

Halba


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri berkesempatan kongsikan satu lagi herba yang mempunyai khasiat yang banyak yang tidak asing bagi kita iaitu halba.

Halba atau nama botaninya trigonella foenumgraceum tergolong dalam keluarga fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, 'halba', berasal daripada nama bahasa Arab, 'Hilbeh' (حلبة).

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab. Halba memang terkenal sebagai herba perubatan di zaman purba, terutamanya di kalangan masyarakat China, Mesir, Rome dan Yunani.

Ahli botani masih tidak dapat memastikan jenis liar Trigonella yang menghasilkan halba tanaman. Bagaimanapun, halba dipercayai ditanam buat pertama kali di Timur Tengah, berdasarkan penemuan yang berikut:

* biji halba yang hangus di Tell Halal, Iraq (pentarikhan radiokarbon: 4000 SM);
* biji halba yang hangus di kota Lachish (Zaman Gangsa);
* biji kering di makam Tutankhamen.

Ðikenali juga dengan nama fenugreek (Inggeris), hu lu ba chai (China), keerai (Tamil), dikatakan halba merupakan tumbuhan semulajadi di bahagian Timur Eropah dan Ethopia. Malah halba juga dikatakan telah digunakan semenjak zaman silam sebagai makanan dan ubatan oleh penduduk yang tinggal di persisiran pantai Mediterranean dan Asia.


trigonella foenumgraceum


Pokok halba boleh dikenali melalui batangnya yang menegak setinggi kira-kira 30 hingga 60 cm dan berbau kuat. Ðaun halba berbentuk seperti titisan air mata dan tumbuh dalam kumpulan bertiga dari batangnya yang halus. Bunga pokok halba berwarna kuning. Biji halba berwarna kuning kecoklatan dan mengeluarkan bau yang agak pelik. Halba dikenali sebagai saurian berdaun namun bijinya yang banyak digunakan dalam masakan mahupun dijadikan sebagai ubat. Ðaun halba mempunyai bau yang kuat terutamanya jika dimakan mentah.

Selalunya daun halba banyak digunakan dalam masakan India, terutama sekali India Utara, di mana daun ini dianggap sebagai bahan istimewa dan dimasak dengan pelbagai cara. Ðaun ini juga dikatakan gandingan sesuai bagi bahan-bahan berkanji seperti gandum dan ubi kentang. Ðaun halba mempunyai perisa saderi, bayam dan mempunyai kepahitan tersendiri yang akan membangkitkan selera makan. Kepahitan daun boleh dihilangkan sedikit dengan mencelur daun halba di dalam air mendidih, kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk sebelum digunakan, tetapi sedikit perisanya juga akan hilang.


daun halba

Ðaun rawat masalah penghadaman

Ðaun halba mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul. Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka. Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut.

Ðaun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur.

Berikutan dengan kesan yang menyejukkan, daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar.

biji halba ~ closed up

Teh halba merawat demam

Biji halba merupakan sumber yang kaya dari galactomannan polisakarida. Ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin, dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina.

Biji halba pula dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh.

Biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan.

Merawat sakit tekak

Ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini, ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan.

Membantu pesakit diabetes

Biji halba juga dikatakan mempunyai kesan hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa.

Penggalak pengeluaran susu ibu

Biji halba yang telah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%.

Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MisteriAlam dan En.Wikipedia ~ trigonella foenum-graecum.

Capaian entry berkaitan :
# Jintan manis (fennel seed)
# Merangsang minda dengan Saffron
# Khasiat kunyit
# Khasiat buah markisa
# Terung belanda

Butiran selanjutnya ...

Rabu, April 20, 2011

Rahsia tulisan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri disediakan entry santai untuk halwa mata pembaca. Huraian di bawah mungkin tepat dan boleh jadi tersasar, apa-apapun, ingatlah kata pepatah, jangan menghakimi seseorang melalui tulisannya (don't judge a book by it's cover). Selamat membaca...

Berhati-hati dengan tulisan anda kerana melalui tulisan boleh menggambarkan personaliti seseorang.

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Makna : Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut, ringan dan tidak berbekas.
Makna : Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

NB : Jika tekanan terlalu kuat hingga menembusi kertas, bermakna penulisnya mengalami tekanan perasaan yang maha kronik, berhati-hatilah.

Kedua : Bentuk tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan membulat.
Makna : Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan 'sharp'
Makna : Rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak menggunakan otak di sebelah kiri (otak logikal)

NB : Jika tulisan bulat-bulat bercampur tajam-tajam atau leper-leper bermakna jenama pen yang digunakannya tidak terkenal kerana dakwatnya tersekat-sekat dan membuatkan penulis tension... kui kui kui...

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
Makna : Extrovert (lincah/peramah), suka bercerita, berkongsi maklumat dengan orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri
Makna : Introvert (pendiam), suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tidak suka berubahm amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara, tetapi tidak suka bergaul dengan orang dan agak pasif.

iii. Tegak
Makna : Sistematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tidak mencari kawan sebaliknya kawan mencari dia, tidak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

iv. Campur-campur
Makna : Emosi tidak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan.

NB : Ha ha ha...

Keempat : Kerapatan (jarak huruf)

i. Jarang-jarang
Makna : Tidak suka bercampur dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
Makna : Suka bercampur dengan orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Makna : Tahap emosi yang dipamerkan itu jelas, pengasih dan penyayang, pemurah, mudah kasihan pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tidak sempurna
Makna : Tidak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tidak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak di dalam dirinya.

NB : Kalau tak ada ekor, bermakna penulis lebih suka tulisan standard dan tidak menggemari tulisan 'cursive'.

Keenam : Pada palang huruf kecil 't'

i. Tinggi
Makna : Tahap anspirasinya tinggi.

ii. Rendah
Makna : Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

iii. Tengah-tengah
Makna : Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

NB : Tak ada palang - penulis tersilap huruf 't' dengan huruf 'l'

Rumusan : Tulisan mencerminkan peribadi, kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Sebenarnya ada banyak link yang anda boleh cuba untuk melihat personaliti anda. Cuba type 'handwriting personality' di MrGoogle dan cubalah sendiri. Anda juga boleh mencubanya di handwriting.feedbucket.com.

Inilah hasil 'handwriting personality quiz' yang telah saya cuba.

  • You plan ahead, and are interested in beauty, design, outward appearance, and symmetry.
  • You are a shy, idealistic person who does not find it easy to have relationships, especially intimate ones.
  • You are affectionate, passionate, expressive, and future-oriented.
  • You are not very reserved, impatient, self-confident and fond of action.
  • You are self-confident and like to bring attention to yourself.
Selamat mencuba!




Analisis diceduk dari sumber : Cikgu Amiza di Skor # 472 (BHarian 20/04/2011)

Butiran selanjutnya ...

Selasa, April 19, 2011

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak

Tunaikanlah hak-hak anak

Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, dalam entry yang lepas, kita telah melihat tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, hari ini mari kita refresh tanggungjawab kita terhadap anak-anak kita pula.

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”

Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak soleh yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.

Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa.

Antara hak anak dalam Islam ialah :

Pertama : Hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ketiga : Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

Keempat : Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

Kelima : Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya.

Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna upaya seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

Keenam : Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

Ketujuh : Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

Kelapan : Memberi pendidikan agama yang cukup. Bercakap mengenai hak pendidikan anak-anak, kita tidak dapat lari daripada memperkatakan mengenai enam perkara yang disenaraikan seperti di bawah :

1. Mencontohi pendidikan Allah dan Rasul

Anak adalah amanah yang mesti dicorak menurut perintah dan kehendak-Nya untuk menjamin kesejahteraan dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanya lah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Muslim dan Baihaqi)

Untuk memelihara dan mempertahan fitrah itu, maka anak itu hendaklah disirami dengan ajaran kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW, satu-satunya pendidikan yang terjamin mampu menyelesaikan masalah manusia.

2. Keadilan

Keadilan hendaklah diratakan kepada anak-anak. Sifat adil itu sangat hampir dengan takwa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Berbuat adillah di antara meraka (anak lelaki dan anak perempuan).” (Hadis riwayat Bazzar)

3. Memberi dan memperlihatkan kasih sayang

Sungguh menghairankan apabila ada orang yang beriya-iya menyambut kelahiran anak, namun tidak tahu dan tidak mahu mengasihani mereka. Maha suci Allah yang menegur dan menyindir sifat manusia yang keras hatinya. Allah membandingkannya dengan sifat binatang yang masih tahu mengasihani anaknya, sekalipun ia binatang pemangsa.

Seorang Arab Badwi menanyai Rasulullah SAW, “Apakah engkau menciumi mereka (anak-anak), (sedangkan) kami tidak pernah berbuat demikian (kepada anak-anak kami).” Rasulullah SAW pun bersabda, “Apakah engkau tidak takut nanti Allah akan mencabut perasaan kasih dan sayang dari hatimu?” (Hadis riwayat al-Bukhari daripada Aisyah r.a.)

4. Menyediakan benteng ketahan dan ilmu

Ðalam menghadapi cabaran keimanan dan krisis moral hari ini, ibu bapa harus mempersiapkan jiwa dan minda anak-anak dengan ilmu dan pedoman yang mencukupi supaya mereka selamat daripada dibawa arus deras kehidupan dunia dan sejahtera daripada tersesat dalam hutan kehidupan. Mereka perlukan ilmu untuk kesejahteraan dunia dan kesejahteraan akhirat.

Sayidina Umar al-Khattab r.a. berkata, “Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi lain daripada generasi kamu, dan jadikan mereka untuk menghadapi zaman yang lain dari zaman yang kamu hadapi sekarang ini.”

5. Menyajikan contoh teladan (role model)

Tidak ada pendidik yang boleh dianggap Berjaya tanpa menjadikan dirinya sebagai contoh teladan kepada anak-anak didiknya. Anak-anak berhak diperlihatkan dengan contoh te4ladan dan lain-lain akhlak serta kebaikan. Ðari situ mereka akan belajar menjadi seperti yang dicontohkan (bukan sekadar apa yang dicakapkan) oleh ibu bapa.

6. Berjiwa murabbi (pendidik)

Ibu bapa yang bersifat pendidik ialah ibu bapa yang hebat dan luar biasa. Itulah sebenar-benar ibu bapa. Pendidik ialah insan mulia yang kuat kemahuan, pantang menyerah kalah kerana cisi dan misinya yang suci.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Semoga Allah memberikan kasih sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya.” (Hadis riwayat Abu asy-Syeikh)

Kesembilan : Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah antara hak-hak anak yang digariskan dalam Islam.

Meneliti kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar al-Khattab menjadi khalifah boleh dijadikan teladan kerana berlakunya penderhakaan ibu bapa terhadap anaknya.

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Saidina Umar mengadu perihal anaknya yang didakwanya derhaka kepadanya. Umar memanggil anak yang dikatakan derhaka itu. Khalifah Umar mengadili anak itu secara berhadapan dengan ayahnya. Dalam majlis pengadilan itu, si anak meminta khalifah menyatakan hak anak terhadap ayahnya. Khalifah Umar menyatakan bahawa: “Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia.

“Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran.”

Mendengar yang demikian, si anak lantas berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Itu semua tidak ada yang dia laksanakan. Ibuku dicarinya dari orang Majusi. Namaku dibuatkan Jaklan dan aku tidak diajarnya membaca al-Quran.”

Khalifah Omar melihat ke arah lelaki yang membuat aduan sambil berkata kepadanya: “Apakah engkau datang ke sini untuk mengadu kelakuan anakmu? Ternyata engkau telah derhaka kepadanya sebelum dia derhaka kepada-mu. Engkau telah berbuat jahat kepadanya sebelum dia berbuat jahat kepadamu.”

Begitulah besarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Sebelum anak itu lahir lagi, kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadapnya. Kita sebagai ibu bapa bukan saja diwajibkan memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal kepada anak-anak. Malah lebih dari itu, sebagai ibu bapa, kita wajib mendidik dan memberi pelajaran agar mereka membesar dan menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Ayuh! Marilah kita berperanan menjadi ibu bapa yang melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia.




Sumber : Ust Zahazan di BHarian 17/04/2011, Anis Oktober 2010 dan tambahan sendiri.

Capaian entry berkaitan :
# Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa

Butiran selanjutnya ...

Ahad, April 17, 2011

Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami


Assalamualaikum warahmatullah,

Anda masih ingat lagi entry Hubungan ibu, anak kekal selepas nikah? Sayugia diingatkan, perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa.

Ramai yang lupa, perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri.

Entry kali ini pula mengupas lebih lanjut tentang hubungan anak perempuan dengan ibu bapa, setelah dia berkahwin. Sebenarnya, entry ini telah lama terperam dalam draft Laman-Seri. Baru hari ini saya teringat dan berpeluang untuk menitipkannya di sini kerana terlihat carian 'taat kepada suami atau Allah' dalam statistik belog.

Kita semua sedia maklum, apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Perkahwinan dalam Islam tidak menghilangkan identiti perempuan kepada keluarga suami. Sesetengah agama/bangsa lain yang non-Muslim, apabila seorang perempuan itu berkahwin, dia tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan dengan keluarganya, malah namanya juga ditukarkan kepada nama keluarga suaminya. Perempuan muslim dalam perundangan Islam apabila dkahwinkan, tidak sekali-kali akan bertukar corak, khususnya namanya seperti yang berlaku dalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs (so and so). Perempuan Islam tetap dengan nama asalnya, dinasabkan ke atas bapanya, tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang cuma mendatang dalam hidupnya.

Berbalik kepada persoalan di atas, sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri.

Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya. (Hadis riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.

Persoalan yang sering kali menjadi dilema seorang wanita yang bergelar isteri : Bolehkah seorang isteri menziarahi ibubapa (atau keluarganya) tanpa izin suami? Malah, ramai yang berfahaman, “Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut” berbanding dengan “Ketaatan isteri kepada ibu bapanya”. Sebagai contoh, saya petik kata-kata ini, “....bila dah berumahtangga, syurga suami masih di bawah tapak kaki ibu kandungnya ..... dan syurga isteri dah bertukar ke bawah tapak kaki suaminya ..... hatta ada dalam sejarah Islam yg merujuk kepada ketaatan isteri hendaklah sepenuhnya pada Allah dan suami sehinggakan kalau suami tak benarkan isteri berjumpa dengan mertua (ibu bapa isteri) sekalipun, isteri hendaklah taati suaminya...” [sila rujuk : bincang.net]

Status syurga bertukar tapak kaki, ya? Jika ada prasa yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki, tidak kira tapak kaki siapa pun, frasa itu tidak tepat. Syurga adalah tempat yang tinggi darjatnya, mengapa pula hendak diletak-letakkan di bawah tapak kaki...? Hemmm.... adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya? :( [Rujuk : Syurga di tapak kaki? dan Syurga di tapak kaki? - Part 2.]

Bagaimanapun, saya hanya ingin mengupas persoalan hak isteri dalam menziarahi ibubapa tanpa izin suami ini, saya samakan dengan taat suami vs taat ibubapa, bukan hak suami vs hak isteri.

Saya difahamkan, seorang isteri tidak boleh keluar menziarahi ibu bapa (walaupun ibu bapanya sakit atau meninggal dunia) jika tiada keizinan suami. Ini berdasarkan dua kisah yang berbeza seperti di bawah :

Kisah 1 – Petikan 3permata.itgo.com.

Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, “Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang.” Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit.

Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, “Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah.” Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, “Tunggulah hingga suamimu pulang.” Setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya.

Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.

Kisah 2 – Petikan Suami larang isteri ziarah keluarga.

Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;

“Seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit. Nabi SAW bersabda; “Taatilah suami kamu.” Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, “Taatilah suami kamu.” Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]” [5] Takrij Ahadis Al-Ihya’ li Al-Iraqi : 1551.

Saya bukanlah seorang yang arif tentang hadis, namun saya lihat hadis pertama tiada perawi mahupun periwayat dan hadis kedua dikatakan sanadnya lemah, juga tiada perawi dan riwayat daripada siapa. Kisah 1 berkenaan ibu yang sakit dan kisah 2 pula si ayah yang sakit. Apakah status hadis-hadis ini? Jika sanadnya lemah, adakah statusnya ‘hadis daif’? Betulkan saya jika tersilap.

Bolehkah kita beramal dengan hadis daif? Sedangkan, para ulama sendiri berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. (rujuk : Hukum beramal dengan hadis dhaif)

Dari sumber di atas, ada tiga golongan ulama yang khilaf pendapat iaitu :

Golongan pertama - Hadis dhaif tidak boleh digunakan walaupun untuk tarqib (galakan), tarhib (menakut-nakutkan), fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat Imam Bukhari dan Muslim, yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain.

Golongan kedua - Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Kata Imam Ahmad: “Hadis dhaif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang.”

Golongan ketiga - Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini ialah Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar.

Saya lebih cenderung kepada golongan pertama, kerana saya pernah membaca artikel di utusan, sahih Imam Bukhari dan Muslim hampir/dekat dengan al-Quran. Jadi, saya guna-pakai pendapat Imam Bukhari dan Muslim dalam bab hadis dhaif juga.

Hasil carian di internet lagi, menemukan saya dengan info di bawah :

Sumber 1 – utusan menyebut :

Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

Sumber 2 – kias.edu.my/nushus pula menyebut :

Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak.

Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz sekiranya mereka sakit.

Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara'. Firman Allah, (al-Isra’ : 24), maksudnya, “Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan.”

Persoalan yang banyak berlegar di sekeliling kita :

1. Apakah hak seorang suami dalam melarang/menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?
2. Apakah peruntukan undang-undang Islam Negeri dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?
3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ajaran Islam ada menyatakan ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?
4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami, malah ramai yang beranggapan isteri adalah hak mutlak suaminya.
5. Bagaimana pula jika ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan, adakah mereka hilang hak diziarahi anak (jika suami tidak membenarkan)?

Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam sangat zalim kerana perkahwinan memisahkannya dengan ibu bapa dan keluarganya. Mereka merasakan Islam tidak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibu bapa merasa, rugi sungguh jika mendapat anak perempuan kerana apabila dia bersuami, dia sudah jadi hak suami dan ibu bapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?

Mengikut fahaman saya, taat kepada siapa pun kita harus melihat kepada keadaan/situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tidak taat?

Ada suami yang beri kata dua kepada isteri, contohnya “Kalau kamu balik kampung ibubapa kamu, jatuh talak satu!”, atau isteri diugut begini, “Sekarang awak sudah menjadi isteri saya, jadi awak kena taat pada saya. Bukan taat kepada ibubapa awak. Kalau saya tidak benarkan awak ziarah ibubapa awak, awak tak boleh ziarah.”

Dalam situasi di atas, apakah pilihan isteri? Sejauh manakah ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu bapa? Apakah jatuh haram isteri (berdosalah) yang langgar perintah suaminya yang melarang dia menziarah ibubapa sakit (contohnya)?

Teringat saya satu kisah suami diktator di slot cerekarama TV3 yang bertajuk 'Dosa Serupa'. Suami diktator begini layaknya diberi fasakh/khulu' sahaja! Jika sudah terang-terangan diktatornya, lebih baik suami itu tinggalkan sahaja. Ini adalah kerana, hilang berkah Allah di situ. Lalu apa yang hendak kita bawa balik ke kampung akhirat nanti? Mengapa pilih neraka dunia, kalau di akhiratpun tidak pasti dapat mengelak neraka akhirat? Pada masa itu sudah tidak boleh 'undo'. Seorang suami tidak sepatutnya zalim kerana menafikan hak isteri dan derhaka pula kepada ibu bapa mertua.

Suami patut ada IHSAN dan EMPATI terhadap isteri, sebab itulah Allah SWT perintah suami agar bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, seperti dalam firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisaa’ ayat 19)

Dalam ayat al-Quran yang dipetik di atas, Ibn Kathir berpendapat bahawa ayat ini, “… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…” bermaksud : para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466)

Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB. Malangnya, berapa ramai yang ikut perintah Allah yang ini? Akibat mengabaikan perintah Allah yang ini, natijahnya amat teruk sekali. Bila suami tidak ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, maka, tidak hairanlah isteri tidak taat kepada suami. Iyalah, jika suami ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, secara automatiknya tentu dia juga menjaga hak-hak isterinya. Bila dia menjaga hak-hak isterinya, agak MUSTAHIL isterinya tidak taat kepadanya dan agak MUSTAHIL pula isteri tidak hormat kepada suaminya. Selalunya orang perempuan ini amat tinggi dengan tahap ketaatan dan kesetiaan mereka. Belas ihsan dan empati mereka lebih tinggi (dibanding lelaki), tetapi jika masih ada isteri yang tidak taat walaupun suaminya memenuhi tanggungjawap, adalah silap ‘wayarnya’ di mana-mana...

Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar setiap suami menggauli isteri dengan cara yang baik/maaruf. Ini jelas dapat dilihat dalam hadis baginda yang bermaksud, “Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain pula disabda baginda yang bermaksud, “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Boleh saja ada yang berkata, “Suami tak patut halang isteri ziarah ibu bapa, akan tetapi jika suami halang, isteri wajib taat. Ini kerana menjalinkan silaturahim bukan hanya dengan berziarah, banyak cara lain lagi.”

Ziarah perkataan Arab bererti berkunjung ke~ atau pergi menengok, ada makna 'perjalanan' di situ. Ziarah tidak boleh disamakan dengan talipon/email/surat. Zaman Nabi dulu juga ada cara berhubung juga, saya tak tahu. Mungkin ada yang guna burung merpati, atau surat juga mungkin sudah ada. Saya kurang arif. Walau bagaimanapun ziarah adalah sunnah Nabi, tidak kiralah ziarah ibubapa, ahli keluarga, saudara mara dan saudara semuslim yang lain. Ziarah kubur pula tidaklah boleh disamakan dengan melihat gambar kubur. Feeling itu berbeza. Tidak sama. Hikmah ziarah memanjangkan silaturrahim, sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jika ziarah disamakan dengan talipon/email/surat, konsepnya sama dengan tengok aje laksa yang lazat dan ambil bau saja, TAK BOLEH makan ya...

Kesimpulan

Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumahtangga dengan sebaiknya. Suami tidak boleh mementingkan dirinya sendiri sekiranya isteri telah berusaha sedaya upayanya memenuhi tanggungjawabnya. Adalah tidak wajar seorang suami menghalang isteri daripada menziarahi ataupun berbakti kepada ibu bapanya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah perbuatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian.

Ketaatan kepada suami hanya terdapat melalui hadis, tiada ayat dalam al-Quran yang jelas memperincikannya. Ketaatan kepada suami juga BUKAN MUTLAK tanpa kompromi. Sebaliknya, ketaatan kepada ibu bapa banyak disebut dalam al-Quran. Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.

Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud, “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra', ayat 23-24).

Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: “Amin, Amin, Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata: “Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad, “Amin” , maka aku pun kata “Amin” , kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah “Amin” , aku pun kata “Amin” , kemudian Jibril berkata: “Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga.” (Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).

Di samping itu, banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.

Ingatlah, dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Renung-renungkan...




Capaian entry berkaitaan :
# Q&A: Taati suami selagi tidak menyuruh kepada mungkar
# Mentaati kedua ibu bapa
# Derhaka terhadap ibu bapa hampiri dosa syirik

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails