tag:blogger.com,1999:blog-6008109437745016590.post7797135191837355985..comments2024-03-25T17:20:34.629+08:00Comments on LAMAN-SERi : MeNCaRi KeReDHaaN-MU: Wanita tolak poligami tak berdosaBawang Gorenghttp://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-6008109437745016590.post-65554193174703474302013-11-16T00:39:43.977+08:002013-11-16T00:39:43.977+08:00Bagaimna dengan suami yang layak berpoligami tetap...Bagaimna dengan suami yang layak berpoligami tetapi isteri yg sah tidak mahu berpoligami sampaikan sanggup minta di ceraikan, bukankah menentang poligami , menentang sunnah Rasulullah, jika suami tidak layak berpoligami ya memang si isteri tidak berdosa apabila menentang, yang jadi masalah isteri yang menentang suami yang layak berpoligami.myridhttps://www.blogger.com/profile/11119059777023220704noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6008109437745016590.post-38692991168715636032011-07-08T23:00:24.475+08:002011-07-08T23:00:24.475+08:00BHarian 08/07/2011 ~ Isteri tolak poligami dosa be...BHarian 08/07/2011 ~ Isteri tolak poligami dosa besar

Kesilapan suami laksana syariat bukan alasan ketepi hukum: Nooh

KUALA LUMPUR: Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.

“Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan. Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya. Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.

“Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia. Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu. Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.

“Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya.

Laman-Seri: Betullah tu, berdosa besar jika menolak SYARIAT poligami kerana ia disyariatkan oleh Allah SWT, tetapi ada keadaan di mana wanita BUKAN menolak syariat poligami tersebut sebagai suatu syariat tetapi menolak untuk berpoligami (atas sebab keadaan, bukan atas sebab syariat) contohnya kerana tahu bahawa suaminya tidak mampu dan tidak akan berlaku adil atau boleh menyebabkan berlaku kezaliman. Keadaan-keadaan seperti inilah yang dimaksudkan oleh Imam Masjid Al Aqsa.

Imam Masjid Al Aqsa dan Mufti Kelantan hujahnya sama, iaitu isteri boleh tolak alasan suami nak poligami jika suami tak cukup syarat & isteri ada alasan kukuh. Namun suami pula tidak terikat dengan tolakan isteri itu. Ini bermakna isteri hanya menolak poligami dalam konteks tak cukup syarat, bukan menolak total. Kalau menolak total mungkin kedua-dua ulama itu sama hujah dengan Mufti Johor. Begitu juga kalau dalam konteks tak cukup syarat mungkin Mufti Johor juga sama hujah dengan Imam Masjid Al Aqsa dan Mufti Kelantan. Kesimpulannya Ketiga-tiga ulama itu tidak bercanggah pendapat, cuma mereka berhujah dari konteks yang berbeza.

Wallahualam.Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.com