tag:blogger.com,1999:blog-6008109437745016590.post8659236109413628799..comments2024-03-25T17:20:34.629+08:00Comments on LAMAN-SERi : MeNCaRi KeReDHaaN-MU: Syor moral, agama Islam subjek wajib lulus SPMBawang Gorenghttp://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-6008109437745016590.post-16375031592949289812010-07-03T16:07:33.679+08:002010-07-03T16:07:33.679+08:00Tapi ada yang tak setuju la pula...
Pelik punya s...Tapi ada yang tak setuju la pula...
Pelik punya species...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wajiblulus2subjekSPMtakatasimasalahmoral/Article

Wajib lulus 2 subjek SPM tak atasi masalah moral
Oleh Mohd Zaky Zainuddin

2010/07/03
Ibu bapa main peranan penting elak pelajar babit kes sosial

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menyifatkan syor mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berkesan dalam membentuk sahsiah dan mengelak keruntuhan moral remaja.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan itu bukan jalan terakhir mengekang masalah moral kerana jika dilaksanakan ia hanya berorientasikan peperiksaan.

“Masalah moral remaja khususnya pelajar tidak dapat diselesaikan walaupun kerajaan melaksanakan perkara ini. Perkara pokok adalah peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak bagi mengelak terjerumus dalam masalah sosial.

“Masalah moral remaja khususnya pelajar tidak dapat diselesaikan walaupun kerajaan melaksanakan perkara ini. Perkara pokok adalah peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak bagi mengelak terjerumus dalam masalah sosial.
“Jangan hanya melihat isu mata pelajaran tetapi perlu mengambil kira cara didikan ibu bapa di rumah selain mereka perlu memantau pergaulan anak-anak,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta kerajaan mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai syarat lulus peperiksaan SPM.

Harussani dilaporkan berkata, pihaknya mendapati pembelajaran agama Islam di kalangan pelajar masih belum mencukupi untuk membentuk sahsiah dan moral mereka, selagi mata pelajaran itu tidak dijadikan mata pelajaran wajib.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, syor mewajibkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai syarat lulus peperiksaan SPM adalah satu idea yang baik malah kerajaan sepatutnya melaksanakannya sejak dulu lagi.
Jais berkata, dasar itu lebih praktikal kerana ia boleh menjadikan sistem pendidikan yang lebih holistik melalui keseimbangan dunia dan agama untuk melahirkan pelajar matang, bijak dan bertanggungjawab.

“Kerajaan wajar memberi pertimbangan terhadap cadangan itu kerana agama dan moral adalah asas kepada kehidupan. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sama pentingnya dengan subjek teras lain,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon berkata, kementerian hanya perlu memberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk memperkasakan sahsiah dan moral pelajar.

“Jika ia dilaksanakan pun belum tentu apa yang diharapkan berhasil. Dasar sedia ada sudah mencukupi, cuma perlu fokus kepada P&P dengan meletakkan guru yang mempunyai kredibiliti menjalankan tugas,” katanya.Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6008109437745016590.post-69265996797251377302010-07-03T04:44:39.038+08:002010-07-03T04:44:39.038+08:00setuju!!setuju!!Zikri Husainihttps://www.blogger.com/profile/06676290995900520550noreply@blogger.com