“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Mac 16, 2010

Jurang antara gender di Malaysia makin melebar

Kesaksamaan hak asasi, peluang wanita dalam pembuatan dasar negara masih rendah

MENGIKUT Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan pada 2001 menetapkan tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warga negara berasaskan gender. Namun dasarnya, kesaksamaan hak dan peluang wanita di negara ini masih pada tahap rendah terutama pembabitan sebagai barisan pembuat dasar.

Semua pihak perlu memahami maksud kesaksamaan gender adalah memastikan kepentingan, keperluan dan keutamaan wanita serta lelaki diambil kira dan kepelbagaiannya diiktiraf serta dihormati. Kedudukan Malaysia dari segi kesaksamaan gender khususnya hak asasi manusia dan peluang pelbagai bidang dalam ranking indeks peringkat antarabangsa jauh ke belakang malahan semakin merosot, iaitu pada kedudukan 101 di kalangan 134 negara berbanding 92 (2007) dan 72 (2008). Indeks kesaksamaan hak dan peluang di Malaysia juga lebih rendah berbanding negara Asia lain contohnya Filipina pada kedudukan keenam, Sri Lanka (15) dan Vietnam (41).

Jika dilihat secara keseluruhan, pencapaian wanita Malaysia adalah tinggi dan sumbangan secara signifikan dalam pelbagai bidang arus pembangunan negara tetap tinggi, khususnya dalam sektor pendidikan. Statistik menunjukkan kira-kira 38.1% jumlah pelajar wanita peringkat PhD; 52.9% (sarjana); 61.9% (ijazah pertama); 58.2% (diploma); serta 64.8% (diploma lepasan ijazah).

Selain itu, statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukkan kira-kira 65% atau 26,200 daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 2009 adalah wanita.

Jurang gender Malaysia 2009, mencapai kedudukan dalam sub-indeks pendidikan dan kesihatan iaitu masing-masing 0.041 dan 0.121, manakala pencapaian dalam ekonomi (0.24%) dan pengupayaan wanita (0.578%).

Ketidakseimbangan antara gender itu juga menjadikan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat mempergiatkan peranan dengan menggubal undang-undang, dasar, advokasi dan program lain ke arah memaksimumkan pengupayaan wanita dalam pelbagai bidang termasuk aktiviti ekonomi.

Contoh, dalam mencergaskan penyertaan dalam aktiviti ekonomi, kementerian itu akan melatih dan membangunkan kira-kira 2,000 usahawan wanita dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menjelang akhir tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohamad, menjelaskan penyediaan ruang dan peluang yang sama adalah penting bagi membolehkan wanita mengembangkan potensi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial dan politik.

Katanya, prasyarat untuk merealisasikan hasrat itu adalah dengan memastikan perspektif gender diarusperdanakan dalam semua penggubalan dasar dan perundangan serta pelaksanaan pelbagai projek.

“Tidak mungkin sesebuah negara mampu mencapai kemajuan sekiranya wujud ketidakadilan atau ketidakseimbangan sosial khususnya antara wanita dan lelaki. Wanita membentuk separuh daripada kekuatan negara. Pada 2008, sebanyak 49% penduduk Malaysia adalah wanita,” katanya.

[NB: Siapa kata wanita lebih ramai daripada lelaki? Sila semak statistik di web KPWKM]

Pada masa sama, jabatan itu menumpukan empat fokus utama untuk memastikan wanita terus seiring lelaki dengan menekankan kepada pengupayaan sosioekonomi wanita; pembangunan kapasiti wanita; hak wanita dan kepekaan gender serta peningkatan kualiti hidup wanita.

Penyelaras Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya, Dr Shanthi Thambiah, berkata Dasar Wanita Negara menjelaskan dan mahu memartabatkan kedudukan wanita serta saksama dari segi gender dan diskriminasi.

“Kedudukan Malaysian semakin merosot dari segi indeks jurang gender pada peringkat antarabangsa kedudukan Malaysia adalah 101 dikalangan 134 negara tidak begitu membanggakan kerana kita merosot dari kedudukan 92,” katanya.

Banyak negara maju di dunia ini mempunyai ramai wanita dalam membuat keputusan dan mereka tidak menganggap wanita menggugat pembangunan negara disebabkan fungsi reproduktif mereka.

Bilangan wanita dalam pekerjaan dan menduduki jawatan tinggi masih rendah di Malaysia. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) kerajaan meletakkan meletakkan sasaran 30% wanita dalam jawatan membuat keputusan dalam sektor awam. Malaysia mencapai 18% wanita dalam jawatan ini pada 2004 dan kini ia adalah 15.5%.

“Misalnya kita ambil sektor perguruan walaupun ramai wanita adalah guru, jawatan membuat keputusan di dominasi lelaki dalam sektor ini. Suatu keseimbangan dengan meningkatkan pengambilan guru lelaki dalam sektor ini harus digalakkan tetapi kita juga perlu menangani isu kekurangan wanita dalam membuat keputusan dalam sektor pendidikan,” katanya.

Sumber : BHarian 2010/03/16


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails