“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, April 05, 2010

Sudin Ajaib boleh didakwa atas empat pertuduhan


KOTA BHARU: Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai Sudin Ajaib, lelaki yang dikatakan mengahwini dan melarikan kanak-kanak berusia 11 tahun boleh didakwa sekurang-kurangnya atas empat pertuduhan di Mahkamah Syariah membabitkan perkahwinan bawah umur.

Antara pertuduhan itu ialah :

  1. mengahwinkan kanak-kanak perempuan bawah umur tanpa kebenaran Pejabat Kadi,
  2. mengahwini secara paksaan,
  3. menikahkan pasangan bawah umur, dan
  4. mengingkari perintah bermufarakah mengikut Seksyen 8, 37, 39 dan 40 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd Abdul Aziz Mohd Noor, berkata ketika ini pihaknya sedang menjejaki lelaki terbabit dengan kerjasama polis.

Katanya, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 37, 39 dan 40 enakmen itu, Shamsuddin berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya.

Selain menikahi Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, tanpa kerelaan dan kehadiran kanak-kanak itu, lelaki terbabit juga bertindak menikahkan anak perempuannya berusia 10 tahun dengan rakan jemaah tabligh, tetapi dua pernikahan itu sudah dimufarakah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Mohd Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang yang turut menyiasat kes terbabit kerana Shamsuddin dilaporkan mengahwini Siti Nur Zubaidah di sebuah madrasah dekat Machang pada bulan lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengesan di beberapa lokasi negeri ini, termasuk rumah isterinya di Pasir Mas, tetapi tidak menemui lelaki itu yang dipercayai berada di luar Kelantan sejak kejadian itu terdedah.
“Kami berharap mendapat kerjasama polis mengesan Sudin Ajaib dan yakin, jika dia tampil memberi kerjasama dalam siasatan yang sedang dijalankan JHEAIK, langkah itu dapat menyelesaikan kontroversi pernikahan kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun yang berlaku di negeri ini,” katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan pernikahan antara Shamsuddin dengan Siti Nur Zubaidah dikenakan perintah mufarakah selepas permohonan difailkan bapanya diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.

Siti Nur Zubaidah yang dibawa mengikut Shamsuddin ditemui ditinggalkan di sebuah surau dekat Batu Caves, Gombak, selepas kes berkenaan heboh dilaporkan media.

Sumber : Adnan Mohamad [bhkb@bharian.com] di BHarian 18/03/2010

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails