Bayi yg menyusui susu ibu, najisnya berwarna kuning, jika dia minum susu formula, memang najisnya berwarna kelabu kehijauan. Jika bayi menyusu susu ibu dan susu formula (campur) najisnya pun berwarna kuning kehijauan... Kenapa hijau najisnya? Saya pernah tanya doktor, katanya itu disebabkan zat besi (iron/ferum) yg terdapat dlm susu formula. Susu ibu lebih mudah diserap, jadi yang keluar memang betul2 'hampas', tapi susu formula tidak diserap usus sepenuhnya, jadi kita boleh lihat 'zat-zat' yg tidak dpt diserap dikeluarkan melalui najis.
Sesetgh bayi tidak sesuai dengan sesetengah susu formula. Jika kita tukar susu, kita tak boleh terus tukar, kena selang-seli dgn susu yang dia biasa minum. Pertukaran yg mengejut boleh mengakibatkan cirit birit. Beri bayi masa untuk ususnya menyesuaikan diri dengan pertukaran susu baru. Jangan lupa beri perhatian pada bentuk najis, untuk kenal pasti bayi kita mengalami cirit-birit. Semoga artikel dibawah dpt membantu.
Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sekiranya bayi mereka mendapat cirit-birit kerana pergerakan usus bayi berlaku dengan kerap. Pergerakan usus bayi yang biasa bergantang kepada samada dia diberi susu ibu atau susu rumusan.
Carta Najis Bristol adalah kaedah yang paling baik untuk dijadikan rujukan kepada ibu-ibu apabila bertemu dengan Doktor.
Najis bayi yang diberi susu ibu biasanya berwarna kekuningan, lembut atau berair dan berlaku 5 kali atau lebih sehari. Adakalanya bayi baru lahir yang diberi susu ibu mungkin mempunyai pergerakan usus sewaktu atau serta merta selepas setiap susuan. Ini kerana apabila perutnya penuh, susu merangsang keseluruhan saluran usus menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, pergerakan usus kebanyakan bayi yg diberi susu ibu menurun kepada 1 hingga 2 kali sehari.
Pergerakan usus bayi yang diberi susu rumusan cenderung untuk berlaku sekali sehari dan lebih mempunyai bentuk. Cirit birit juga mudah berlaku ke atas bayi yang baru bertukar susu. Samada perubahan dari susu ibu ke susu formula atau bertukar jenis susu. Ini adalah fenomena biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Cirit-birit ini akan berhenti paling kurang dalam masa 4 hingga 7 hari.
Sekiranya anak anda mula membuang najis yang berbau, berair dengan jaluran lendir atau sekiranya dia demam atau kehilangan berat badan, ia mungkin cirit-birit, dapatkan nasihat doktor anda dengan segera.
Sumber: http://www.papisma.org/panduankesihatan/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...