PAGE

Isnin, Januari 14, 2008

Hangatkan semula kehidupan seks anda


Salam sejahtera,

RAMAI yang merungut kehangatan hubungan intim semakin lesu apabila usia meningkat. Adakah anda turut mengalami masalah yang sama?

Sekiranya keadaan ini menjadi masalah yang boleh merenggangkan hubungan mesra suami isteri, adakah anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperbaikinya sebelum terlambat? Berjalan sambil berpegang tangan, menonton wayang, makan malam romantik yang diterangi cahaya lilin bukan terhad kepada pasangan muda-mudi. Tetapi, ia juga patut diamalkan oleh pasangan yang telah lama menjalani kehidupan berumah tangga kerana ia boleh merapatkan kemesraan di antara pasangan.

Isyarat dan bahasa tubuh juga boleh digunakan untuk menyampaikan rahsia tersirat kepada pasangan. Cara sentuhan, ciuman, senyuman boleh menyampaikan maksud yang mendalam untuk meluah dan menambat hati pasangan.

Tip-tip berikut boleh diamalkan untuk membantu anda dalam usaha menyuburkan kemesraan anda dengan pasangan.

Tips # 1

Pasangan anda tentunya memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang menyenangkan anda. Hargai kelebihan tersebut dengan puji-pujian ikhlas sama ada semasa anda berdua-duaan atau semasa di hadapan rakan-rakan, keluarga atau anak-anak. Elakkan daripada merendah-rendahkan pasangan anda.

Tips # 2

Sekali sekala pergilah bercuti berdua-duaan ke tempat-tempat menarik dan romantik. Nikmatilah cuti anda seperti semasa anda berbulan madu. Sekiranya anda menggunakan sepenuhnya saat begini tentunya ia akan mengimbau kenangan lalu yang boleh membangkitkan kemesraan. Ambil kesempatan ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasangan anda.

Tips # 3

Tampil cergas dan bertenaga apabila berhadapan dengan pasangan. Mandi dengan air suam ditambah dengan beberapa titisan minyak aroma terapi ke dalam tab mandi anda untuk merangsang dan merehatkan minda. Untuk melegakan otot-otot yang kepenatan, anda boleh memasukkan setengah cawan epsom salt (boleh diperoleh di farmasi) ke dalam air mandian.

Tips # 4

Buatlah urutan untuk pasangan anda dengan terapi aroma dalam suasana yang romantik. Segarkan bilik tidur anda dengan bauan yang bersifat afrodisiak (untuk merangsang keingingan seksual) bagi merangsang emosi seperti vanila, sandalwood, ros dan sebagainya.

Tips # 5

Jangan malu untuk memberi ciuman dan pelukan mesra yang disertai rasa kasih sayang dan penghargaan walaupun sudah berusia. Ia seharusnya menjadi amalan setiap pasangan suami isteri.
Tips # 6

Sekali sekala tinggalkan nota ringkas di rumah atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pasangan. Luahan ungkapan bermakna yang ikhlas pasti dapat menyentuh hatinya.

Tips # 7

Hadiahkan sesuatu yang istimewa, terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan. Ia tentunya menjadi saat manis yang boleh dikenang.

Tips # 8

Perbaiki kualiti komunikasi anda. Sekiranya sebelum ini anda kerap bertengkar akibat perkara yang remeh-temeh, ubahlah kepada perbualan yang bermakna, seperti kata-kata perangsang dan tunjukkan yang anda mengambil berat dan menghargainya sebagai pasangan hidup anda.

Tips # 9

Sediakan ruang untuk berbincang tentang sebarang masalah yang dihadapi. Jangan mementingkan ego masing-masing. Lafaz maaf tentunya membantu meredakan ketegangan. Amalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Tips # 10

Ubahlah penampilan sekiranya perlu. Sekiranya berat badan anda berlebihan, cuba usahakan untuk mendapatkan berat badan yang sepatutnya. Pakailah baju yang disenangi pasangan dan ceriakan penampilan anda supaya tidak bosan dipandang mata.

Tips # 11

Mengurangkan pengambilan daging membantu mengekalkan kebolehan seksual. Kajian mendapati punca utama bagi lelaki golongan muda yang mengalami masalah gangguan pengaliran darah di arteri adalah pengambilan daging lembu yang berlebihan terutamanya jenis berpanggang dan daging pada bahagian tulang rusuk yang berlemak dan berkolesterol tinggi. Di samping itu, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

Tips # 12

Jika anda atau pasangan mempunyai masalah kesihatan seksual, jangan cuba berselindung tetapi berbincanglah secara jujur. Masalah-masalah ini boleh diperbaiki dengan pengetahuan yang mencukupi, nasihat dan sokongan daripada pasangan dan juga bantuan diet dan pemakanan tertentu.

Herba-herba seperti Horny goat weed, Ginkgo, Puncture vine, Ginseng, Muira puama, Withania dan Damania mungkin dapat meringankan masalah yang dihadapi.

Horny goat weed telah dibuktikan mempunyai kesan seperti testosteron yang dapat merangsangkan saraf deria dan menggalakkan penghasilan sperma. Sementara itu, bagi kaum wanita, Horny goat weed membantu mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan seks, terutamanya bagi mereka yang sudah menjangkau usia menopaus.

Ginkgo menggalakkan kesan oksida nitrik bagi merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan. Dengan itu, Ginkgo meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi apabila menerima rangsangan seksual.

Ginseng menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina. Pengikatannya pada sel penerima hormon dapat meningkatkan tenaga batin.

Puncture vine memperbaiki masalah disfungsi erektil dengan meningkatkan tenaga batin dan menyeimbangkan hormon untuk kitaran haid yang tetap dan seterusnya meningkatkan kesuburan wanita.

Muira puama pula membantu mengekalkan ketegangan zakar sewaktu aktiviti seks manakala Withania merangsangkan saraf untuk mengatasi masalah disfungsi erektil akibat daripada kelesuan. Ia turut meningkatkan tenaga dan berfungsi sebagai tonik untuk melawan stres. Damania turut dikenali sebagai tonik perangsang seks dengan meningkatkan kepekaan saraf dan merangsang keinginan seks.



Sumber: Utusan 11/02/2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...