PAGE

Rabu, Januari 30, 2008

Isteri hamil, suami jangan kalut!


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Ketika seorang ibu mengandungkan janin di dalam rahimnya, benarkah hanya si ibu yang bertanggungjawap terhadap hidup si janin? Tentu tidak, Allah telah menentukan keberadaan nyawa si janin atas usaha dari dua manusia, ibu dan ayahnya. Kepada meraka berdualah, Allah menurunkan amanah yang sangat berat ini. Sayangnya, lebih banyak golongan ayah yang kurang menyedari tanggungjawapnya sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Penyebab utama, kerana meraeka tidak mengalami beban itu secara langsung.

Ada sesetengah suami, apabila mendapat berita bakal menjadi seorang ayah, perasaan gembira tidak tergambar. Tetapi dalam masa yang sama, kelam-kabut juga sebab tidak tahu apa yang harus dilakukan. Ada pula suami yang releks dan membiarkan isteri menanggung seorang diri kepayahan berbadan dua. Perlu ingat, sebenarnya suami berperanan besar dan harus ‘sporting’ bersama-sama isteri memikul tanggungjawap tersebut. Selama sembilan bulan dalam kandungan ibu, janin sebenarnya lebih banyak terangsang secara psikologi kerana tidak mendapat perhatian daripada ayahnya. Setelah si bayi lahir, dapat dilihat dengan mata, dapat dipeluk, cium, barulah tumbuh kesedara suami bahawa ia adalah seorang ayah! Sesungguhnya kesedaran it sudah terlambat. Dan yang rugi bukan sahaja si janin tetapi juga ayahnya. Di bawah ini adalah antara peranan yang boleh dimainkan oleh bakal ayah untuk anaknya.

Keperluan fizik

Ibu bapa tidak boleh meremehkan faktor keperluan fizikal janin. Pertumbuhan sel-sel otak, kualiti pertumbuhan badan serta tulang sudah mula ditentukan sejak janin lagi. Jangan sampai ibu bapa menyesal kemudian iaitu ketika mendapati rendahnya kualiti pertumbuhan bayinya ekoran lalai mempertahankan keperluan gizi sewaktu di dalam kandungan.

Secara ringkasnya, ibu perlu makan lebih banyak dari kebiasaannya untuk disubsidikan kepada janin dalam rahim. Belum lagi masalah kualiti, di mana makanan yang harus masuk cukup kandungan protein, vitamin, serta zat-zat gizi lainnya. Dan kewajipan ayahlah utuk menyediakan semua keperluan ibu demi pertumbuhan janin tersebut.

Ayah harus ikhlas memberikan keperluan ini, walau itu bererti ia harus menyediakan makanan berkualiti bagi isterinya dua kali lebih banyak daripada biasanya. Jika hanya ada sepotong, tak ada salahnya ayah mengalah untuk memberikan kepada ibu untuk manafaat dua orang. Jangan pula lupa memberikan keperluan tambahan vitamin, penambah darah serta kalsium bagi ibu. Ayang yang bijaksana akan rajin mengawal pola makan ihu hamil, menyediakan makanan ekstra berkualiti dan memberikan motivasi kepada isterinya untuk rajin mengambil makanan-makanan berkhasiat tersebut.

Amalan pemakanan ibu hamil

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:

o Jauhi makanan dan minuman haram.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:
o Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.
o Berat untuk melakukan ibadah.
o Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.
o Hati berat untuk menerima kebenaran
o Susah melahirkan anak.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:
o Anak anak akan cenderung mencuri.
o Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.
o Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.
o Anak anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral.

Menjaga dari makan minum yang syubahat, iaitu makanan yang tidak diketahui status halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram. Jangan makan berlebihan dan sembarangan. Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.

Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:
o Zat Besi
o Kalsium
o Protin
o Mineral
o Vitamin A
o Vitamin B Kompleks
o Vitamin C
o Vitamin D
o Vitamin E

Kasih sayang dan perhatian

Penelitian membuktikan janin dalam kandungan sudah biasa merasakan sentuhan kasih sayang orang tua yang mengelus perut ibunya. Diapun dapat menikmati suara lembut penuh kasih sayang yang diperdengarkan orang tuanya di perut si ibu. Pegkaji menyatakan bahawa setelah lahir, bayi akan lebih aktif memberi tindakbalas jenis suara yang kerap ia dengar semasa dalam rahim lagi.

Memang sentuhan kasih sayang daripada ibu sudah cukup memenuhi keperluan kasih sayang bagi si janin. Namun perlu diingat, untuk boleh memberikan perhatian dan kasih sayang penuh kepada janinnya, si ibu memerlukan suasana kejiwaan yang tenang dan bahagia. Ibu yang tertekan dan stress tidak akan mampu memberikan perhatian dan kasih sayangnya secara maksimum kepada janin. Di sinilah suami mempunyai peranan besar dalam turut menjaga kesihatan emosi isterinya agar tetap stabil, tenang dan bahagia. Sebagai orang terdekat yang menjadi belahan jiwa bagi isteri, ia boleh menjadi penentu kesihatan jiwa si isteri.

Suami harus memberikan perhatian penuh kepada masalah kehamilan isterinya. Misalannya saling berbincang mengenai perkembangan yang terjadi bulan demi bulan, bersama-sama mencari informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak dari pelbagai sumber. Suami juga boleh bertukar pengalaman, menemani isteri memeriksa kehamilan setiap bulan, membincangkan peranncangan masa depan badi si bayi hingga meluangkan waktu mendelus perut isteri sambil mengucapkan ungkapan kasih sayang.

Lebih baik jika suami memberikan hak-hak istimewa kepada isterinya semasa hamil. Bukankah isteri sedang mengalami perjuangan berat demi keluarga mereka? Suami boleh memilihkan hak-hak istimewa yang mendorong perkembangan kesihatan janin. Misalannya, dengan memberikan makanan tambahan berkhasiat, memberikan wang belanja tambahan atau membelikan sebanyak mungkin buku dan majalah yang memuatkan informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak.

Hal lain yang perlu diingat ialah dalam proses kehamilan terjadi perubahan kadar hormon yang akan memberikan pengaruh besar pada kebanyakan wanita hamil, di mana emosi mereka jadi tidak menentu. Ditambah lagi dengan beban fizikal yang tidak ringan, wajar jiaka mereka lebih banyak memerlukan prhatian dibandingkan sebelum hamil.

Pendidikan

Pendidikan sudah biasa diterima manusia sejak masih dalam kandungan. Ayah dan ibu punya kewajipan sama untuk memberikan pendidikan ini. Kerana janin berusia tujuh bulan sudah mulai terangsang apabila mendengar suara-suara di sekitar perut ibu, jadi anda boleh memperdengarkan sesuatu untuknya. Alunan ayat-ayat suci al-Quran adalah pilihan terbaik, dan jika tidak ada tape recorder atau ear phone yang boleh dilekatkan ke perut ibu, maka ayah dan ibu bergantian untuk mengaji dengan suara kuat dekat perut ibu. Suara-suara lembut yang mengukir rasa keindahan, merangsang pertumbuhan otak dan kecerdasan juga boleh diperdengarkan kepada si janin.


Badan isteri hamil perlu diurut

Membawa beban perut yang semakin membesar, ada kalanya isteri hamil akan mudah mengalami kepenatan yang terlampau. Selain perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, badan isteri hamil juga perlu diurut untuk merangsang urat menjadi lembut. Urat yang tegang akan membuatkan isteri hamil lebih cepat sakit-sakit badan. Urutan juga mampu membuatkan isteri hamil berasa lebih tenang dan perasaan yang berserabut akibat tekanan kehamilan akan menjadi lebih ringan. Suami digalakkan mengurut badan (bukan di bahagian perut) isteri supaya dapat meringankan beban yang ditanggung isteri dan ia juga mampu meningkatkan ikatan kasih sayang dengan sikap prihatin yang ditunjukkan suami.

Di saat proses kelahiran

Suami yang bertanggungjawap pun tidak akan kalah sibuk dan tegangnya dalam mempersiapkan waktu kelahiran janin dibandingkan si isteri. Banyak yang harus dilakukan suami untuk bersedia menghadapi masa genting ini seperti menyediakan belanja melahirkan, keperluan hidup bakal anak, pemulihan kesihatan ibu hinggalah ke persiapan untuk akikah anak.

Seterusnya, suami pun bertanggungjawap mempersiapkan kekuatan mental isteri untuk melahirkan. Harus diingat bahawa ini adalah saat perjuangan hidup dan mati isteri bagi keluarganya. Suami harus banyak memberikan perhatian, dorongan, serta motivasi kepada isterinya menghadapi masa sulit ini. Beberapa cara yang boleh digunakan seperti mengikut isteri ke kelas pendidikan pra kelahiran yang banyak dijalankan di klinik atau pusat rawatan bersalin, hinggalah turut menemani proses kelahiran itu sendiri.

Adalah satu hal yang sangat positif, jika suami boleh hadir ketika isteri melahirkan anak. Kehadiran suami ini, walaupun sekadar menemani, memegang tangan isteri dan membisikkan kata-kata menghiburkan kepada isteri, akan memberikan dorongan kekuatan mental dan semangat ekstra bagi isteri. Walaupun tidak dapat mengurangi rasa sakit, namun kekuatan mental dan semangat yang diperolehi isteri akan membuatkannya lebih kuat menahan sakit, yang pada akhirnya akan memudahkan proses kelahiran.

Mengenai penglibatan suami ketika proses kelahiran, pengkaji mengatakan bahawa selain bermanafaat untuk isteri, ia juga bermanafaat bagi suami sendiri. Ketika suami menyaksikan kesakitan yang dideritai isteri, perjuangan beratnya melawan maut, maka kelak suami akan lebih menghargai dan memahami perasaan isterinya. Selain itu, akan tumbuh perasaan istimewa dalam hati suami terhadap si bayi, sehingga akan lebih mengakrabkan ikatan batin antara ayah dan anak. Jadi, sebagai suami dan ayah yang baik, bantulah isteri anda menhadapi saat-saat genting semasa hamil, ketika melahirkan dan waktu dalam pantang.

Petua untuk ibu hamil

1. Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya surah mariam, yusuff, yunus, ibrahim, al-kaffi, yasin, ar-rahman, disamping surah-surah yang lain, insya Allah anak kita akan cerdik dan mudah mendengar kata. Banyakkan beribadat dan tunjukkan akhlaq yang mulia. Jika tidak mampu membaca Al-Quran, usahakanlah diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci ini oleh bapa bayi dan boleh juga dengan melekapkan earphone ke perut.

2. Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot-otot rahim. Macammana senaman ini ya? Bila buang air kecil cuba tahan, begitulah bentuk senamannya. Lakukan setiap hari, mulakan dari jumlah yang kecil dan tingkatkan dari hari ke hari.

3. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan campur dengan air masak. Apabila sudah hancur dan pekat, sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan dapat manafaatnya, insya Allah.

4. Untuk memudahkan sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

5. Amalkan meminum air bunga/akar genggam fatimah dari kandungan berusia 36 minggu ke atas. Dipercayai bagus untuk 'membuka' jalan/laluan bayi.

Semoga bermanafaat!




Capaian entry berkaitan :

15 ulasan:

  1. quote:

    > 1. Banyakkan membaca Al-Quran, terutamanya surah
    > mariam, yusuff, yunus,ibrahim, al-kaffi, yasin,
    ar-rahman, disamping surah-surah yang lain, insya
    Allah anak kita akan cerdik dan mudah mendengar kata.

    Apa dalil yang memberikan keutamaan kepada surah2 yang
    ditulis oleh bawang goreng tu? Kenapa tak ditulis
    perbanyakkan bacaan al-Quran.... itu sudah mencukupi.

    BalasPadam
  2. Wa alaikumussalam warahmatullah,

    Seorang Islam itu mesti menjauhi benda haram samada makanan atau barangan juga mesti berusaha mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya pada setiap masa 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun selagi hayat dikandung badan. Semua ini wajib dilakukan oleh lelaki dan wanita Muslim yang telah mukallaf (terbeban hukum-akil baligh). Jika kita sebagai umat Islam tidak menyedari hal ini, kita hanya akan menjauhi benda haram apabila tubuh disahkan mengandungi hormon human chorionic gonadotropin (HCG). sahaja. Lumrah umat Islam hari ini, semasa mengandung terlalu banyak pantang-larangnya. Sewaktu mengandung saya telah menyaksikan gambar kemalangan ngeri (kepala tercabut) hingga menyebabkan rakan sekerja menjerit - hey kau kan mengandung nape tengok gambo ni? Terus saya terangkan tentang amalan orang Melayu yang 'pantang' ibu mengandung melihat gambar atau benda yang pelik dikhuatiri akan terkena 'kenan'. Langsung tidak dikaitkan dengan qada dan qadar Allah iaitu keujudan ibu-ibu yang punya anak cacat walaupun mereka tidak pernah melihat kejadian aneh atau gambar yang pelik yang mungkin disebabkan termakan ubat-ubatan tanpa menyedari diri hamil.

    Makanan haram menyebabkan susah melahirkan anak?

    Benarkah makanan haram menyebabkan susah nak melahirkan? Jika ini benar, bagaimana pula halnya dengan ibu-ibu yang mengandung anak luar nikah yang mudah beranak di mana-mana - dalam kelas, dalam bilik asrama, di tandas dsb. Perbuatan ZINA yang mereka lakukan itu sendiri bakal mengheret mereka ke neraka. Adakah begitu mudah mengaitkan makanan haram dengan mudah bersalin???? Dalam kes pembuangan bayi, mereka sangat senang beranak, bungkus baby dengan surat khabar dan letakkan di masjid atau lain-lain tempat awam. Adakah ibu ini tidak terlibat dengan benda haram hingga begitu mudah beranak?

    Teringat sewaktu dalam labor room. Setelah kesakitan dan mengeluarkan darah, dilation baru 3 cm. Sakitnya contraction, Allah sahaja yang tahu dan hanya kalimah laa haula wala quwwata illa billahil alyyul azim bermain di bibir. Adakah semua wanita yang kesakitan akibat contraction dalam labor room dan mengalami bukaan (dilation) yang lambat itu memakan benda haram, ataupun ia hanya proses biasa untuk melahirkan???

    Seorang Islam itu memang digalakkan membaca Al-Quran sepanjang masa. Jika ada masa-masa tertentu untuk digalakkan baca Quran, maka umat Islam itu akan menjadi Muslim bermusim. Ketika bulan ramadhan, bukan main 'rajin' melakukan yang sunat malah jarang mengambil tahu kewajipan lebih dari sekadar puasa dan solat seperti menuntut ilmu akhirat, melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dsb. Begitu juga dengan ibu hamil. Jika difahami bahawa semasa hamil mesti rajin baca Quran, (entah apa maknanya - tidak pula dikaji) setelah anak selamat lahir, maka aktiviti membaca Quran dikurangkan atau ditinggalkan langsung kerana hanya memahami semasa hamil, elok bacakan ayat Quran. Quran tidak dibaca, isinya tidak dihalusi jauh sekali untuk dipatuhi. Adakah ini wajar?

    Sebagai ibu yang melahirkan anak 10 bulan lalu, saya ingin menasihatkan ibu-ibu yang sedang hamil bahawa kehamilan adalah satu pengalaman yang unik kerana tidak semua wanita berpeluang melaluinya. Setiap orang mengalami keadaan yang berbeza, begitu juga dengan setiap anak yang dikandung, tidak sama keadaannya. Ujian semasa hamil itu akan membawa pahala jika kita redha dan sabar. Hadirilah kelas-kelas agama untuk menambah ilmu akhirat kerana ia tetap wajib. Jika kita takut anak yang lahir akan membesar tanpa pendidikan agama yang mantap, maka sewaktu hamil, jadikan ianya titik tolak untuk mula mencari ilmu supaya sebagai ibu, kita melakukan persediaan awal untuk membesarkan si comel. Belajarlah tentang qada wal qadar supaya puan-puan tahu jika berlaku sesuatu kepada kandungan atau proses kelahiran, kita akan menyerahkan semuanya pada Allah setelah berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik, Jika puan-puan mempunyai masalah sewaktu kehamilan, dapatkan pengesahan dari doktor dan bukan berdasarkan cakap-cakap atau komen orang biasa tentang sesuatu perkara. Orang Melayu tipikal suka mengaitkan kejadian dengan sesuatu peristiwa. Anak yang kerap mengeluarkan air liur dikaitkan dengan pengalaman si ibu tidak mendapat makanan yang diidamkan, sedangkan hakikatnya manusia tetap mengidam tanpa perlu mengandung.

    Jika ada ibu-ibu yang mahu berkongsi pengalaman atau mahu pandangan, boleh juga ke personal email untuk 'woman-to-woman' talk.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Saya bersetuju dengan Bawang Goreng ...

    Rasanya, semasa isteri sedang hamil .. peranan suami amat penting dalam memastikan isteri sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Kemurungan, kesedihan dan kemarahan yang ada dalam diri isteri yang hamil bergantung kepada perilaku suami. Isteri yang hamil lazimnya mahu dibelai, dimanjakan, diberi perhatian dan sebagainya. Kebanyakan wanita hamil akan mudah tersentuh hati, mudah berasa marah dan sebagainya... So... suami² di luar sana... fikir - fikirkan....

    Saya ada beberapa petua untuk proses mudah bersalin...

    * Perkara pertama yg harus dilakukan oleh wanita hamil ialah... MINTA AMPUN DOSA KALIAN DENGAN SUAMI, IBU DAN IBU MERTUA ( bg yg masih ada )... WAJIB NIH.... Perlu dilakukan sampai saat anda nak bersalin. Melalui pengalaman saya, ada 6 org rakan / kenalan saya yg susah sgt nak bersalin kerana terlupa minta ampun dgn suami.. alasannya x perlu dan terlupa.. akibatnya menanggung kesakitan hampir 2 3 hari sebelum melahirkan... malah ada yg KOMA...
    * Minum air selusuh seawal 4 bulan hingga nak masok 9 bulan.. selepas 9 bulan tidak digalakkan minum lagi... kerana ada yg mengatakan pintu rahim susah nak terbuka...
    * Dalam usia kandungan 9 bulan minum air bunga / akar genggam fatimah itu mmg membantu untuk membuka jalan / pintu rahim bg mempercepatkan kelahiran... saya sendiri melalui pengalaman ini.
    * Sebelum dihantar ke dewan bersalin, amalkan minum air teh o tanpa gula dicampur telur ayam kampung mentah.. didahului dengan selawat.... insya allah... mudah sangat nak bersalin....
    * Basahkan lidah dengan bacaan LA ILA HAILLA ANTA, KUNTU MINAZ ZALIMIN......
    * Amalkan makan roti ( gardenia @ high 5 @ apa2 jenis roti ) dengan marjerin / planta / mentega ... ini juga dikatakan melicinkan proses bayi nak keluar...
    * Ayat Al - Quran = Surah An - Nahl, Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Luqman ( seelok - eloknya baca kesemua surah ni dalam setiap bulan kehamilan )

    Saya sendiri teruja dengan proses kelahiran bayi saya yang ke 3 baru2 ini.. sangat mudah dan pantas.. sekelip mata.. Kuasa Allah Taala.. Syukur Alhamdulillah.... Saya telah mencuba segala jenis petua org tua² yg saya tahu dan segalanya selamat sekarang.... Kita hanya mencuba, Allah Taala menentukan segala - galanya..

    Para ibu² yang sedang mengandung dan bakal melahirkan, saya ucapkan tahniah dengan kehadiran orang baru kalian, semoga selamat bersalin dan selamat maju jaya...

    BalasPadam
  4. Emm…mana nak cari akar genggam fatimah tu ek? Nak kena rebus ke? Minum setiap hari atau dekat2 nak bersalin nanti?

    BalasPadam
  5. Cari le cik/kak/puan/makcik Fatimah. Bawa sekali apa2 akar minta tolong dia genggam sekejap. Tak pun minta dia tolong rebuskan.

    Kalu tak silap saya akar genggam Fatimah ni orang bawa dari Mekah / Madinah. Kat sini pun ada jual. Tak tau le pulak kalu boleh dicari dlm hutan Malaysia ni. Akar ni 1 spesis dengan Kacip Fatimah. Sebenarnya bahan2 ni memang elok dan berkhasiat tp masalahnya kita kurang pandai untuk menggunakannya. Bagaimana dengan sukatan yang sebenar untuk menjadikan ianya benar2 berkhasiat. Selalunya kita beli kat kaki lima @ pasar mlm, bawa balik rebus & minum airnya sebagaimana yang disarankan oleh penjual. Apakah sukatannya betul? Lebih elok klu nak menggunakan bahan2 ini tanya pada yang betul2 arif akan perubatan tradisional. Takut nanti kalu silap sukatan ianya boleh menjadi racun.

    BalasPadam
  6. Sorry semua… Aku ni Shahri… kawan kepada Amin Zakaria…

    Aku nak kongsi skit ilmu pasal tajuk kat atas tu… Petua2 yg ada kat bawah tu boleh nak diguna pakai terutamanya bacaan2 surah.. Cuma 1 petua je yg aku pelik, air selusuh tu patut diminum bila si isteri dah mula mendapat tanda yg dia hendak bersalin… bukannya minum seawal 4 bulan… kalau selalu diminum, ada kemungkinan boleh menyebabkan keguguran sebab dah pernah berlaku kes seperti ini…



    Perasaan si isteri memang perlu dijaga sepenuhnya kerana ketika hendak bersalin itulah nyawa si isteri berada di hujung tanduk… apa2 boleh berlaku.. itulah tanda pengorbanan si isteri kepada suaminya utk meneruskan zuriat mereka di masa hadapan… kalau belaian dan kasih sayang dari suami agak kurang, sedikit sebanyak boleh melemahkan semangat si isteri utk menempuh situasi tersebut.



    Akunie bapa kepada 2 org anak… yg terlatest sekali, anak aku baru 5 bulan setengah… petua2 memang elok diamalkan utk ibu2 yg mengandung.. Cuma yg paling penting, pada isteri2 yg mengandung tu, jgn terlalu merehatkan diri berlebihan… bukan nak mendera tetapi utk kebaikan diri sendiri juga.. kalau rehat yg berlebihan, dikhuatiri darah terlalu banyak keluar ketika proses bersalin dan boleh mendatangkan mudarat pada mereka… dan kepada suami2 pulak, masa kandungan isteri dah masuk 6 ke 9 bulan tu… jgn dihentikan “bersama” dgn isteri sebab dgn cara ini, boleh memberi lorongan kepada bayi utk keluar ketika si ibu hendak bersalin… mungkin bagi suami agak sukar sedikit, tapi itulah sedikit bantuan yg boleh diberikan oleh para suami kepada isterinya.. Nampak macam tak logic tapi itulah yg aku alami sendiri… memang ada perbezaannya… ini dipersetujui oleh isteri aku sendiri… tapi pada semua, kalau nak ikut atau tidak, terpulang pada individu sendiri… tepuk tangan mesti berbunyi… tepuk dada, dada rasa sakit… okeylah… chow chin chow….

    BalasPadam
  7. Haaa betul kata Shahri..air selusuh orang minum bila dah dekat2 nak bersalin.

    Satu perkara lagi yang tak disebut oleh sesiapa pun lagi iaitu BERSENAM...banyakkan membuat senaman ringan dan yang paling bagus ialah BERJALAN...ini pengalaman saya sendiri. Ketika mengandung dulu saya banyak berjalan kaki. Pejabat dengan rumah saya lebih kurang 1 batu jauhnya saya berjalan kaki setiap hari...Alhamdulillah saya mudah bersalin.

    BalasPadam
  8. Selain dengan air selusuh tu ibu2 yang mengandung hendaklah selalu bersenam ,mengikut pengalaman saya sendiri semasa mengandung kedua2 anak saya setiap hari pergi dan balik kerja naik bas dan jalan kaki 1km lebih malah hari terakhir saya masih lagi bekerja dan berjalan kaki , alhamdullilah malamnya saya pecah air ketuban dan barulah saya minum air selusuh dan paginya saya bersalin dengan mudah cuma 3kali teran untuk anak pertama tanpa merasa sakit pinggang begitu juga anak kedua walaupun kedua2 anak saya tu beratnya melebehi 3kg dimana yg pertama lelaki beratnya 3.57kg dan kedua beratnya 4.15kg. selain dari tu saya juga banyakkan berdoa dan baca surah2 khas untuk ibu mengandung setiap hari disamping menjaga pemakanan sepanjang kehamilan di mana vitamin2 yang diberi doktor tu tak pernah saya miss makan dan banyakkan minum susu dan air soya setiap hari dan kurangkan minum air batu. Selain senang bersalin alhamdulliah anak yang saya lahir bersih dan putih dan tak pernak kembung.

    BalasPadam
  9. Kepada ibu-ibu atau bakal-bakal ibu bapa saya nak cadangkan supaya pergi
    daftar untuk ikuti kursus di NURY. Disini ibu-bapa sekelian akan
    didedahkan bagaimana untuk dapatkan anak (jika dah kawin tapi belum
    dapat anak), bagaimana nak didik anak sejak dalam perut lagi, bagaimana
    nak jaga kesihatan ibu yang mengandung, apa yang boleh dan apa yang tak
    boleh.

    Yang penting sekali ialah bagaimana nak menjadikan anak anda seorang
    yang cemerlang. Ilmu yang anda perolehi nanti saya percaya sangat
    berguna untuk anda. Kalau tak silap saya kursus akan datang ialah pada 1
    Mac.

    Selamat....

    BalasPadam
  10. suami pun kene membantu isteri.
    sentiasa memberi kata perangsang dan semangat.
    sebab.baby yg isteri kandung tu adalah darah daging suami gak...........

    BalasPadam
  11. Salam...

    Saya sebenarnya nak soh suami baca artikel tu (bercerita fasal penglibatan suami dlm proses kalahiran) ... sbb saya lihat dia teruja masa nak dapat yang pertama saja. Bila dah masuk no 2 dan no 3, perhatiannya sedikit kurang....

    Masa nak melahirkan yg sulong, suami bagi semangat half-way je, tu pun sibuk dok mintak izin saya nak tunggu kat luar sbb dia takut. Patutnya kita tengah sakit ni berilah kata2 semangat eh.. Alih2 dia lak yg takut...Mmg dia nampak lega bila doktor suruh tunggu kat luar bilik bersalin (baby kena vacum sbb poor progress), 2 jam selepas keluar baru kami dibenarkan utk melihat baby sbb doktor nak monitor kalau2 kepala dia ada pendarahan/cedera masa kena vacum. Akibatnya : baby lambat diQAMATkan.

    Utk yg no 2, sedang saya kesakitan dok tunggu 'jalan buka', suami pula sibuk nak isi perut. Sudahnya baby keluar masa ayah dia sibuk menjamu selera di kafeteria, and he missed the moment again! Baby diQAMATkan sejam selepas tu.

    Paling best, yg no 3 ni la... suami kata lambat lagi nak keluar sebab ikut pengalaman yg sudah, kedua2nya kena induce baru lahir. Tapi baby keluar 15min sebelum subuh, silap budget punya pasal, ayahnya lena berdengkur dlm kereta di luar dewan bersalin. Yang paling saya terkilan, baby diAZANkan setelah 3 jam mendengar suara2 lain...

    Saya taklah berapa kisah jika suami tak mahu terlibat dlm proses kelahiran (sbb tak semua lelaki BERANI), tapi yang buat saya terkilan anak2 lambat mendengar kalimah Allah. Cuma saya bersyukur jururawat & doktor yang menyambut kelahiran memperdengarkan 'AllahuAkbar' sebaik saja baby keluar. Kalau ada doktor lelaki yg bertugas, mmg saya minta dia 'ambil-alih' tugas suami...

    BalasPadam
  12. syoknya baca citer korang...bawang...sian awak...lama amik masa ekkk...

    saya alhamdulillah...mmg suami tak bleh masuk pon...tp dia tunggu kat luar OT...sementelah saya sorang jek yg c-sect time tu...maka masa bb nak turun wad tu...terus diazankan dpn pintu lif...kelako...

    tp yg tak syoknya anak saya bersalin kat dr cina....kalau dr muslim kan best...huhuhuhuhuhu....

    BalasPadam
  13. salam...
    ye betul tu , pregnant no.2 ni suami saya mcm buat x kisah je, dulu yg 1st
    kami sama2 baca Quran tp utk no.2 ni dia suruh saya baca sorang2 kecik
    betul hati saya. alasannya penat la mcm2 je buat saya kecik ati pastu buat
    tak tau je.sedih tul kan .

    BalasPadam
  14. Hik..hik….kengkadang rasa nak gelak bila cerita pasal suami menyambut kelahiran baby ni yek! Saya pulak lain lak ceritanya…..husband saya pulak jenis terlampau teruja nak tengok baby keluar…sampai boleh jadik doc punya assistant lah pulak! Cara dia bagi semangat suruh baby tu keluar mcm tengok pelawanan bola sepak jer….tapi alhamdulillah kedua2 org anak saya dia dpt qamatkan sebaik baby keluar….sayu jer masa tuh!…..yg saya respect tu….sanggup tunggu dlm bilik bersalin walaupun dah masuk waktu berbuka puasa….katanya takut terlepas show!! Hik…hik…



    Ni nak masuk 3 tak tau la cam ner lak!

    BalasPadam
  15. Salam,

    Make sure he attends... This is one of the moment, a father should not let go... Saya masih ingat lagi expresi muka adik saya bercerita, dia 'potong reben' (potong tali pusat) sempena hari Bapa 2004! It's not that easy to express, cuma yang sudah melaluinya saja yang memahami dan menghargai....

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...