PAGE

Sabtu, Februari 02, 2008

Duit isteri tetap duit isteri jua...

Pandangan peribadi seorang suami (joko lungo <jokolungo3@yahoo.co.uk>) :

Assalamualaikum warahmatullah

1. duit dan harta isteri yang dia perolehi sendiri adalah hak mutlak dia. JIKA SUAMI AMBIL (sedar atau tak sedar) maka suami telah melanggar ketentuan syara' pastinya NERAKA untuk suami. TAK TAU sama ada suami suami lebih rela masuk NERAKA dari nampak tak berduit.
mengambil tanpa izin dan tidak diketahui oleh pemunya adalah MENCURI, mengambil juga tanpa izin tetapi diketahui adalah MEROMPAK.

dalam hal macam ni saya cadangkan pada isteri beberapa langkah.

1. tukar akaun bank dan jangan sekali kali beri suami no pin. dan bila nak kuarkan duit, kuarkan sendiri jangan minta suami buat atas apa apa alasan sekalipun. tutup semua akuan bersama.

2. kalau ada duit, buka akaun untuk anak anak dan isteri sebagai pemegang amanah akaun. uruskan ni sendiri, jangan benarkan suami campur tangan.

3. melabur dalam amanah saham secara regular setiap bulan.. kalau boleh gunakan potongan dari akaun macam maybank untuk maakl unit trust. (ini mengurangkan kecairan wang anda)

4. simpan dalam tabung haji dan daftar untuk pegi haji. (juga mengurangkan kecairan wang anda)

5. beritahu suami (yang ni memang sukar) bahawa mulai hari ni isteri kawal keewangan dia sendiri. kalau terpaksa, bawa jumpa kounselor perkahwinan atau pakar fiqh supaya suami tahu dan sedar batasan hak dan tanggong jawab suami dan isteri dalam bab saraan, harta dan kewangan.

6. kalau terpaksa mungkin buat perjanjian rasmi mengenai sebarang saraan pembelian bersama. berapa suami kena bayar berapa isteri kena bayar.

7. isteri belajarlah likuliku hak dan tanggong jawab isteri dalam semua segi dalam islam, termasuk saraan, harta, tugas, kewajipan, hak sepencarian hak anak. dan lelain.

8. beranilah tuntut hak hak anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...