Saidatina Aisyah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau sentiasa megingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan sentiasa di dalam kebajikat selama engkau mengingati wasiaku ini."
Inti sari wasiat Rasulullah s.a.w. tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai Aisyah, peliharalah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah kerana mereka itu:
1. Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan). Apabila dibalakan, tidak bersabar.
2. Tidak memuji Allah taala di atas kemurahan-Nya (mensyukuri nikmat) atau mengkufurkan nikmat.
3. Membanyakkan kata-kata yang sia-sia
Wahai Aisyah, ketahuilah:
1. Bahawa wanita yang menidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah taala amalannya.
2. Bahawa wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.
3. Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat.
4. Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya (yang harus/halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiatani suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada kedua kakinya di dalam neraka.
5. Bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya.
6. Bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carik pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat daripada sesiapapun.
7. Bahawa wanita yang berzina akan didera di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat – tiap-tiap perbuatan zinadengan lapan puluh cemeti daripada api.
8. Bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fisabilillah.
9. Bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang hamba sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.
10. Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah perjuangan fisabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah)
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukkan. Alam untuk berkongsi bersama. Sama-samalah kita berusaha saling menyenangkan dan muncul luar biasa bagus.
Sumber: Dr. HM Tuah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...