Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, dalam sibuk mengejar dateline report yang berlonggok-longgok di meja, sempat juga mencari bahan dan menghasilkan entry yang rasanya memang elok sekali untuk dijadikan panduan suami isteri.
Sebenarnya saya terpanggil untuk berkongsi posting ini kerana sehari sebelumnya salah seorang ahli grup kami telah ter'ulas' sesuatu yang tak pernah saya jangka akan keluar posting dari padanya. Lantas saya mengusik, "Hemm.. musim mengawan agaknya." Namun, tiada respon dari empunya 'ulasan'. Perhaps betullah terkaan saya, diam tandanya setuju, mungkin, atau beliau malu agaknya...
Yang di'ulas' ada kait mengait dengan aktiviti 'afterplay' oleh pasangan suami isteri. Semalaman saya memikirkan tentang yang dikatakannya dan berusaha mencari bahan bacaan untuk tatapan semua. Semoga jadi panduan yang berguna, insya Allah.
Ya, seringkali pasangan suami isteri lebih menekankan apa yang harus dilakukan sebelum memulakan hubungan intim. Pakaian seksi, pemanasan, aromaterapi untuk kamar tidur yang mampu membangkitkan perasaan, cerita romantik dan sebagainya menjadi agenda yang bermain di minda kerana bagi mereka inilah yang merangsang perhubungan seksual. Malah perkara ini juga sering disarankan oleh pakar seksologi mahupun kaunselor perkahwinan.
Dalam pada itu, apa yang harus dilakukan setelah selesai hubungan seks, langsung diabaikan, walaupun ia sebenarnya amat penting dalam memastikan keintiman sesebuah perhubungan suami isteri. Selalu terjadi sebaik selesai bersama pasangan, sama ada suami mahupun isteri akan terus tertidur. Tidak kurang juga ada yang bangkit menonton televisyen dan meninggalkan pasangan mereka sendirian di ranjang. Seolah-olah tidak memperdulikan pasangan setelah mendapat kepuasan seksual yang dikehendaki.
Seharusnya ini tidak boleh berlaku sama sekali! Kemesraan yang berlangsungan semasa pemanasan harus diteruskan sehinggalah aktiviti suami isteri ini selesai dan kepuasan diperolehi. Kemesraan yang hadir ketika inilah mampu membangkitkan perasaan cinta yang ikhlas terhadap pasangan.
Keenganan bermesra setelah perhubungan seks ini kerap berlaku buat pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Biasanya oleh pasangan lelaki. Setelah lama hidup bersama, kemesraan setelah perhubungan seks dianggap tidak lagi penting sedangkan pasangan masih berkehendakkannya. Sekiranya ada kalangan anda terlupa ataupun tidak tahu apa yang harus dilakukan bersama pasangan selepas bercinta, kali ini disertakan beberapa panduan agar acara selepas seks tetap hangat dan membahagiakan.
Isteri umpama ladang
Dalam surah An-Nissa' ayat 19, “Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
Ayat ini menjelaskan suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal berhubungan intim. Mengikut sunnah Rasulullah SAW, seorang suami dianjurkan mencampuri isterinya bila-bila waktu sahaja. Apabila seseorang suami telah melepaskan hajat syahwatnya, janganlah ia tergesa-gesa bangkit hingga isterinya melepaskan hajatnya juga. Ini bermakna, dalam melakukan perhubungan intim, suami dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia mencapai nikmatnya dan merasa puas. Dengan cara ini terbukti dapat melangsungkan keharmonian dan kasih sayang antara kedua-duanya dan tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada kemurungan dan gangguan emosi. Jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan keretakan rumahtangga dan sebagainya.
Tahukah anda, disfungsi seksual suami seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal boleh melemahkan fungsi seksual wanita lalu menghadkan nikmat dan kepuasan seksual isteri. Isteri yang pasangannya menderita masalah ED didapati mempunyai tahap libido yang rendah, kurang bernafsu, menghadapi kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan. Mereka akan merasakan sesuatu hubungan intim itu satu hubungan yang menjengkelkan kerana pasangan biasanya akan ‘terkulai layu’ atau terus tertidur dan tidak memperdulikan isteri yang masih terkapai-kapai. Jangan biarkan isteri beranggapan atau memandang hubungan seks sebagai sesuatu yang hambar dan menjengkilkan. Jangan jadi suami yang hanya mementingkan kepuasan diri sendiri! Perlu diingatkan, acara ‘afterplay’ dapat membantu melegakan ketegangan yang dialami isteri.
Firman Allah maksudnya: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya.” Al-Baqarah, ayat 223.
Sesuai dengan firman Allah di atas, adalah menjadi tugas dan tanggungjawap suami kepada isterinya itu diumpamakan sebagai tugas dan tanggungjawap seorang peladang iaitu membajak, menggembur, menyemai benih, merumput, membaja dan menyiram ladangnya. Seorang peladang yang bijaksana tidak akan berhenti di proses menyemai benih sahaja. Peladang yang ingin berjaya akan terus berbakti pada ladangnya dengan merumput, membaja dan menyiram. Suami yang bijaksana dan bertimbangrasa wajib berperanan seperti seorang peladang juga.
Dalam melakukan perhubungan intim atau jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa berjimak bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan pasangan.
Walaupun acaranya mengambil masa selama satu minit sekalipun, jika kepuasan dapat dinikmati oleh kedua-dua suami isteri berkenaan, maka tujuan jimak telahpun tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahul’alam.
Hangatkan hubungan emosi
Apa yang anda lakukan setelah berhubungan seks dengan pasangan? Pergi membersihkan diri, bermesraan atau pergi meninggalkan pasangan anda? Menurut para pakar seksual, aktiviti selepas hubungan seks atau ‘afterplay’ itu tudak kurang pentingnya dengan perhubungan seks itu sendiri. ‘Afterplay’ adalah aktiviti yang sangat penting untuk membangkitkan rasa intim/dekat antara pasangan.
Ada beberapa aktiviti yang sangat baik diterapkan Setelah berhubungan seks. Antaranya adalah berpelukan, bercanda, bermanja-manja dan berkomunikasi ringan dengan pasangan. Di antara empat aktiviti tersebut, berpelukan mesra selepas selesai hubungan seks dinilai oleh pakar sangat baik untuk dipraktikkan. Ia dikatakan mampu menghangatkan hubungan emosi anda dengan pasangan.
Menurut hasil kajian yang dilakukan, pasangan suami isteri selalunya tidak mengendahkan hal dakapan ini. Hanya sedikit saja pasangan yang melakukan ‘afterplay’. Sebahagian kecil saja memilih untuk berpelukan Setelah selesai bersama. Dalam kajian ini juga, responden yang berdakapan mesra dan membelai pasangan Setelah selesai berhubungan intim nyata mempunyai hubungan yang lebih erat dan stabil dibandingkan dengan pasangan yang tidak mengendahkan kegiatan ‘afterplay’.
Oleh itu sekiranya anda ingin meningkatkan lagi perhubungan dengan pasangan, janganlah terburu-buru meninggalkan pasangan Setelah selesai acara seks. Peluklah pasangan nada dan kucuplah dia dengan mesra. Dengan cara ini, pasangan anda akan berasa dirinya diberi perhatian dan dicintai sepenuh hati.
Tips:
Bagi mengeratkan lagi kasih sayang, tak salah jika anda mengajak pasangan mandi bersama. Setelah berpeluh dan berhabisan tenaga ketika aktiviti seks, mandi bersama akan menjadi aktiviti yang merehatkan. Tidak mustahil juga kegiatan ini akan mengundang seks untuk pusingan kedua!
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a.: “Suatu hari aku mandi bersama Rasulullah SAW dari satu wadah. Aku dan baginda saling mendahului dan bersilang tangan mengambil air, baginda menggeletekku sehingga aku berkata: Tinggalkan aku, tinggalkan aku, sesungguhnya kami berdua berhimpitan.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Semoga bermanafaat!
Jom jalan-jalan ke sini! Buckle up! UpGrade yrself at SERiPERSONA
Capaian entry berkaitan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...