Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
Dari Bara’ bin Azib, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Seorang muazin akan diampuni dosanya sepanjang suaranya dan dijawab oleh orang yang mendengarnya baik di perkampungan mahupun di gurun dan ia mendapatkan pahala dari orang-orang yang turut solat bersama.” (HR Ahmad & Nasai)
Maksudnya: Seorang muazin akan mendapatkan pahala dari orang-orang yang turut hadir solat kerana mendengar azannya dan juga pahala dari orang-orang yang menjawab ucapan azannya serta diampuni dosanya sesuai dengan panjang pendek suaranya.
MENJAWAB AZAN
Dari Abdullah bin Amr bin Ash , sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kamu sekalian mendengar muazin maka jawablah seperti dikatakan olehnya, kemudian bacalah selawat untuk diriku, kerana sesungguhnya siapa membaca selawat satu kali untuk diriku, maka Allah akan memberi rahmat sepuluh kali, kemudian mintalah kepada Allah agar aku menjadi wasilah, kerana sesungguhnya wasilah itu adalah merupakan suatu tempat di dalam syurga yang tiada seseorang dapat memperolehinya kecuali untuk seseorang hamba Allah dan aku berharap agar akulah yang menjadi seseorang itu. Barangsiapa meminta agar akulah yang menjadi wasilah, maka ia akan beroleh syafaat.” (HR Muslim & empat ahli hadith).
Dan di dalam kitab-kitab Sunan, hadith ini berasal dari Abi Sa’id, tetapi pada riwayat tersebut tidak ada kata-kata “kemudian bacalah selawat…dst .”
BERDOA SESUDAH AZAN
Dari Jabir bin Abdillah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa ketika mendengar azan ia mengucapkan Allahunna rabbahazihid da’watit tammah , wasolatil qa’imah, ati muhammadanil wasilata wa fadilah, wab’ashu maqamam mahmudalazi wa’adtah (Ya Allah, Tuhan dari seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan keutamaan dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji yang telah engkau janjikan untuknya), maka kelak pada hari kiamat ia tentu mendapatkan syafaat.” ( HR Bukhari dan 4 ahli hadith )
MUSTAJABNYA DOA ANTARA AZAN & IQAMAH
Dari Anas bin Malik dari Rasulullah SAW sabdanya, “Doa di waktu sesudah azan sebelum iqamat tidak akan ditolak.” HR Abu Sunan (dan disahkan oleh Ibnu Hiban) dan ditambahkan: Kerana itu berdoalah kamu sekalian.
Dan dalam satu riwayat Tirmizi disebutkan; “Mereka bertanya, ‘Apa yang kami katakan wahai Rasulullah?’” Rasulullah bersabda, “Mintalah kamu kebaikan dunia dan akhirat kepada Allah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...