Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 43 bermaksud, “Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.” Jadi elok perkara macam ni dirujuk kepada mereka yang lebih berpengetahuan, iaitu para imam mujtahid (mereka yg memiliki ilmu yg cukup untuk berijtihad), atau sekurang2nya mereka yg berlatar belakang pengajian agama.
1. Dari laman web JAKIM :-
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan mandi wiladah dan adakah ia difardukan kepada seseorang?
Jawapan: Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/d370237beaa3bc6800256d340033a31b?OpenDocument
Soalan: Adakah wanita bersalin wajib mandi hadas selepas melahirkan atau hanya perlu mandi wajib selepas habis nifas?.
Jawapan: Mandi selepas bersalin dinamakan mandi wiladah. Ia wajib mengikut pendapat Imam Syafi'i. Manakala selepas habis nifas pula diwajibkan mandi sekali lagi bagi wanita tersebut.
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf/0/814d5ddf0b75eee448256c640078974e?OpenDocument
Menurut JAKIM, hukum mandi wiladah adalah WAJIB, mengikut mazhab Syafi’i.
2. Dari laman mufti Selangor :-
Soalan: Saya ingin penerangan lanjut berkenaan Mandi Wiladah ini kerana banyak orang yang kurang arif tentang hal ini terutama wanita sendiri.
Jawapan:
1. Darah yang keluar mengiringi wanita melahirkan itu dipanggil darah wiladah.
2. Hukum mandi wiladah sejurus bersalin itu sunat bagi orang yang mempunyai darah nifas.
3. Namun bagi sesetengah wanita, kelahiran bayi itu hanya disambut dengan keluarnya darah wiladah dan tidak disertai dengan darah nifas. Maka mandi tersebut adalah mandi yang wajib sebagaimana menyucikan diri daripada hadas besar selepas melahirkan.
4. Walaupun begitu, kelaziman yang diamalkan oleh masyarakat kita untuk melaksanakannya elok, iaitu untuk memberikan kesegaran selepas melahirkan asalkan ianya tidak membahayakan dan memudaratkan.
http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Ibadat/SoalJawabIbadat55.htm
Kesimpulannya: Jangan tak mandi langsung udah ler…
Mus sairi
.
From: marina md nor
Sent: Wednesday, November 01, 2006 5:40 PM
Subject: Mandi Wiladah
Subject: Mandi Wiladah
Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth… I've talked to several ladies... dan setakat ini semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin ini...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin.. a separate hadas besar... reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci...
Sampaikan pada kawan2 yang lain...yang mungkin tak perasan...thanks.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.
Para bapa lansung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... Astagfirullah..... Bukankah itu tanggungjawap suami untuk membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin.
Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Wajib mandi hadas besar;
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak itu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH, yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
Menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala.”
Teringat saya, orang tua-tua kata, orang perempuan dalam pantang kalau mandi tak boleh basahkan kepala. Kalau kepala basah, takut nanti masuk angin, sejuk... Mengapa suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang, ya? Mandi wiladah adalah mandi wajib selepas melahirkan, SEKALI sahaja untuk setiap kelahiran...
Andai kata anda seorang yang betul-betul kuat berpantang, dalam tempoh berpantang (masa 40/60 hari tu), cuma sekali saja anda mandi basah rambut dan bukanlah tiap-tiap hari. Mandi pun dengan air panas, bukannya air sejuk (yang boleh menyebabkan masuk angin?), pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.
Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Bagi lelaki yang bergelar suami, ingat-ingatkanlah isteri anda dan juga adik-beradik perempuan anda. Yang sudahpun mengetahu perkara ini, ingat-ingatkanlah kawan-kawan perempuan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...