PAGE
▼
Jumaat, Julai 04, 2008
Tazkirah: Selalu ingat balasan Allah
Assamalualaikum warahmatullah,
Sesungguhnya manusia akan dibangkitkan dari kubur dalam 12 barisan.
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah SAW dan bertanya, “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: ‘Pada sangka-kala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.’ (Surah an-Naba, ayat 18).” Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis sehingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawap, “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan, iaitu:
Barisan pertama, mereka diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya dan tempat kembali meraka adalah neraka....”
Barisan ke dua, mereka diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih; “Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka...”
Barisan ke tiga, mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka ini adalah orang yang enggan menbayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke empat, mereka diiringi dari kubur denga keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka, “Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jaul beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka...”
Barisan ke lima, mereka diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke enam, mereka diiringi dari kubur dengan keadaan kepala meraka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke tujuh, mereka diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah, “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke lapan, mereka diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik, dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke sembilan, mereka diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dab bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dnegan api gemburuh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke sepuluh, mereka diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke sebelas, mereka diiringi dari kubur mereka dengan keadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
Barisan ke dua belas, mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Meraka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah yang Maha Pengasih memaklumkan; “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka amenjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat kempunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang Maha Pengasih...”
Fikir-fikirkanlah. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah di kalangan hamba-hambanya. Amiin.
Sumber: Mohd Huzairi bin Zainuddin, Perunding Motivasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...