KHUL‘ (TEBUS TALAQ)
PENGERTIAN KHUL‘
- Khul‘ dari segi bahasa bererti melepas atau menanggalkan.
- Manakala dari segi syara‘ pula ialah perceraian daripada suami ke atas isteri dengan tebusan yang diterima oleh suami.
- Contohnya suami berkata “Aku talaqkan kamu dengan bayaran sekian banyak” atau isteri berkata: “Aku menebus talaq ke atas diriku dengan bayaran sekian banyak”.
DALIL PENSYARI‘ATAN KHUL‘
- Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Talaq (yang boleh diruju‘ kembali) hanya dua kali. Sesudah itu peganglah (ruju‘) atau lepaskan (cerai) dengan cara yang baik. Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri yang kamu ceraikan) kecuali jika keduanya takut tidak dapat menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Oleh itu, kalau kedua-kedua kamu khuatir maka tidaklah berdosa tentang bayaran balik (tebus talaq) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)SYARAT SAH KHUL‘
- Syarat sah khul‘ adalah seperti berikut:
1. Suami: Baligh, berakal, mukhtar (bebas) melakukan khul‘ bukan dipaksa.
2. Isteri: Hendaklah seorang yang boleh menguruskan harta dan mukallaf.
3. Lafaz khul‘: Hendaklah disebut dengan terang.
4. Bayaran khul‘: Hendaklah dijelaskan dengan jumlah yang tertentu.
- Peringatan:
Walaupun isteri mempunyai hak untuk memohon fasakh dan khul‘, tetapi Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam menuntut agar ia tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
- Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda yang bermaksud:
Mana-mana perempuan yang memohon cerai daripada suaminya tanpa sebab yang munasabah maka haram ke atasnya bau syurga.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG MENGENAI KHUL‘Di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Seksyen 49 ada menerangkan bahawa:
Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai denagn tebus talaq, Mahkamah hendaklah selepas sejumlah tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, menasihatkan suami itu melafazkan perceraian dengan tebus talaq mengikut hukum syara‘, dan perceraian itu adalah bain sughra dan tidak boleh diruju‘kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...