Soalan:
Bagaimana untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda kehadiran malam Lailatulqadar?
JAWAPAN:
Kata sesetengah ulama, malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a. dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah SAW sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.
Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qadar itu jatuh, tetapi di dalam hadis diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qadar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya): “Sesungguhnya malam Lailatul Qadar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan.” Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu shubuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan sholat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud di tempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).
Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21.
Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.'' Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.
Wallahualam.
Siti Aisyah RadiaAllahhu Anha bertanya kepada Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, “Bilakah berlaku malam Al Qadr?” Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bertanya kembali kepada Siti Aisyah RadiaAllahhu Anha; “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Al Qadr?” Siti Aisyah RadiaAllahhu Anha menjawab “Saya tak tahu..”
Kemudian Siti Aisyah RadiaAllahhu Anha bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Al Qadr itu?” Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata kepada Siti Aisyah RadiaAllahhu Anh, “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya.”
Siti Aisyah RadiaAllahhu Anha bertanya lagi; “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab; “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Al Qadr maka berdoalah;
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
“Allah humma innaka ‘afuwun karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(Ya Allah.. Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampuni, ampunilah dosa-dosa ku).
Ini adalah doa yang dipesan oleh Baginda kepada kita demi meraih keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.. Sebaiknya tidak kita hanya menunggu untuk dibaca pada malam Al Qadr sahaja tetapi sepanjang bulan Ramadhan.. InsyaAllah pasti akan kita sempat bertemu pada malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...