Kehidupan berkeluarga adalah asas pembentukan masyarakat, suami isteri berkongsi hidup berperanan untuk menjana generasi seterusnya dalam suasana yang tenteram dan bermauafakat dalam semua perkara. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 bermaksud: “Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tand bagi kaum yang berfikir.”
Hak Isteri Sebelum Perkahwinan
Setiap wanita diberikan hak untuk memiliki harta sama ada ia hidup bersendirian atau telah mendirikan rumahtangga, harta tersebut berbentuk pusaka, hibah (pemberian), hasil usahanya sendiri atau sebagainya. Pemilikan harta sebelum perkahwinan, hutang (jika ada) juga jelas dinyatakan dalam Akta Pentadbiran Hukum-Hukum Islam 1968.
Property at Marriage 119. – (1) All the property belonging to a woman on her marriage, whether movable or immovable and however acquired, shall after marriage to a Muslim husband continue, in the absence of special written contract to the contrary, to be her own property. (2) She may dispose of the same by deed or otherwise, with or without the concurrence of her husband.
Antenuptial Debt 123. A Muslim husband shall not by reason only of his marriage be liable for the debt of his wife contracted before marriage, but the wife shall be liable to be sued for and shall to the extent of her own property be liable to satisfy such debt as if she were unmarried.
Household property 125. When a Muslim husband and his wife or wives live together in the same house the household goods, vehicles and household property of every description of the husband and wife or wives, except the paraphernalia of the wife or wives, shall be held prima facie to belong to the husband in any question between the husband and his creditors.
Pertanggungjawaban
Islam menetapkan seorang suami wajib memberikan nafkan kepada isterinya mengikut kemampuannya, selama isteri tersebut tidak nusyuz. Firman Allah ayat 6 surah At-Talaq bermaksud: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan mu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka.” Ayat 7 dari surah yang sama bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah mengikut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan nafkahnya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberi Allah kepadanya.” Sama ada isteri berkerja atau sebaliknya, ia tidak menjejaskan statusnya sebagai penerima nafkah.
Hak Isteri Setelah Perkahwinan
120. – (1) The following shall be deemed to be the property of a Muslim married woman:
- (a) wages and earnings acquired or gained by her during marriage in any employment, occupation or trade carried on by her and not by her husband,
- (b) any money or other property acquired by her during marriage through the exercise of any skill or by way of inheritance, legacy, gift, purchase or otherwise, and
- (c) all savings from, and investments of, such wages, earnings and property.
(3) She may dispose of the same by deed or otherwise and without theconcurrance of her husband.
(4) Nothing in this section shall annual or abridge the liability of a Muslim husband for debts contracted by his wife’s agency, express or implied.
(5) Such liability shall be measured according to the law for the time being in force in Singapore.
Tidak semua rumahtangga yang berjaya, kerana lumrah manusia yang sering tidak puas atau kerana kelemahan mereka hingga gagal meneruskan kehidupan berkeluarga.
Pendapatan selepas perceraian
Isteri diperuntukkan perkara berikut:
- Nafkah eddah
- Sagu hati perceraian
- Harta Sepencarian
Harta Sepencarian
Definasi harta sepencarian tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pentadbiran Hukum-Hukum Islam, hanya ia dikaitkan dengan adat kebiasaan yang diterima pakai dalam masyarakat yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. AMLA seksyen 35 menyatakan bahawa Mahkamah Syariah boleh mengambil kira Adat Melayu semasa membuat keputusan.
(3) In all question regarding betrothal, marriage, dissolution of marriage, including talak, cerai taklik, khuluk and fasakh, nullity of marriage or judicial separation, the appointment of hakam, the disposition or division of property on divorce or nullification of marriage, the payment of emas kahwin and consolatory gifts or mutaah and the payment of maintenance on divorce, the rule of decision where the parties are Muslims or were married under the provisions of the Muslim law shall, subject to the provisions of this Act, be the Muslim law, as varied where applicable by Malay custom.
Difinasi harta sepencarian ini jelas dinyatakan dalam enakmen undang-undang di beberapa negeri di Malaysia. Seksyen 2, Enekmen Undang-undang Keluarga Islam 1985 (Terengganu): Harta sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan hukum syarak. Seksyen 2, Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Selangor): Harta sepencarian ertinya pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha bersama diantara suami dan isteri dan termasuklah pendapatan yang didapati daripada modal yang didapati daripada usaha mereka bersama.
Hujah Tentang Harta Sepencarian
Untuk menentukan harta sepencarian bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia tidak dijelaskan dengan terperinci khususnya jika pasangan yang bercerai itu tidak mencapai kata sepakat, atau dalam menentukan bahagian harta pusaka akibat kematian suami atau isteri.
Kertas ini hanya menerangkan beberapa dalil dalam menentukan harta sepencarian. Mengikut pendapat Syed Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnah menerangkan “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya yakni sebagaimana seorang isteri bertanggungjawab terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik. Diwaktu yang sama, suami itu mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya kerana suami yang berkuasa mengawalnya dan memberi nafkah seperti tersebut dalam surah (Al-Baqarah ayat 228) memberi hak kepada perempuan sama dengan lelaki.
Seterusnya Syed Sabiq menjelaskan, “Dasar yang ditetapkan Islam dalam mengatur dan mengurus kehidupan suami isteri adalah merupakan satu dasar yag sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perushaan diluar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah sperti mengurus rumahtangga, medidik anak-anak, meyediakan segala kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenterm, maka sebab itu di tugaskan kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejas mana-mana pihak.” Dalam buku tersebut Syed Sabiq membawa contoh tentang penetapan tugas diantar Saidina Ali dan Fatimah dalam urusan rumahtangga.
Di dalam kitab I’anah Attablibin jilid 4 muka surat 76 ada menyatakan yang maksudnya: Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci pakai suami, maka tidak lah menjadi kewajipan terhadap isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah dan sebagainya.
Pengiktirafan adat sebagai sumber perundangan Islam telah dijelaskan melalui kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Nujaim dan As-Sayuti dalam kitabnya Al-Asybah wa Al-Nazair. Mereka berpendapat bahawa “Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara.” Ini amat bersesuaian dengan hadith Qudsi yang bermaksud “Apa-apa yang dilihat buruk oleh orang Islam maka demikian juga disisi Allah Taala.”
Dalam kaedah Fiqh atau Qawaid Fiqhiyah ia dikanali dengan “Al-Adat Muhakkamah”. Adat yang juga dikanali dengan urf menurut jumhur fugahak telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan bagi manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi satu perkara yang lumrah, samada urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdl Karim Zaidan dalam kitab Al-Wajir Fi Usul Fiqh muka surat 252 dan kitab Al-Qawaid Al-Fiqhiah oleh Haji Mohad Soleh binHaji Ahmad Omar. Muka surat 622 (Pustaka Haji Abdul Majid).
Jadi berdasarkan pemakaian hukum yang diterima dalam perundangan Islam adalah wajar jika harta sepencarian juga termasuk dalam kategori undang-undang Islam, hanya cara harta itu diterapkan melalui adat Melayu dan tidak melalui sumber perundangan Islam yang utama.
Perlaksanaan di Mahkahmah Syariah Malaysia
Harta sepencarian telah diterima pakai dalam perbicaraan di Mahkahmah Syariah di Malaysia. Kadi Besar Pulau Pinang, Haji Harussani Haji Zakaria ketika mengendalikan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi menjelaskan: “Harta sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar hikmah dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga, suami keluar mencari nafkah” Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, dalam kes Kalthom Binte Abdul Wahid lwn Nordin Bin Othman menjelaskan: “Kes harta sepencarian yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah di Malaysia dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama dan urf bagi Negeri ini”.
Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Singapura
52. – (1) The Court shall have power to inquire into and adjudicate upon claims by married women or women who have been divorced for payment of her emas kahwin. (2) A woman who has been divorced by her husband may apply to the Court for a consolatory gift or mutaah and the Court may after hearing the parties order payment of such sum as may be just and in accordance with the Muslim law. (3) The Court may, at any stage of the proceedings for divorce or nullity of marriage or after making a decree or order for divorce or nullity of marriage, or after any divorce has been registered whether before or after 1st August 1999 under section 102, on the application of any party, make such orders as it thinks fit with respect to- (a) the payment of emas kahwin to the wife: (b) the payment of a consolatory gift or mutaah to the wife; (c) the custody, maintenance and education of the minor children of the parties, and (d) the disposition or division of property on divorce or nullification of marriage.
Contoh Kes di Singapura
Kes Pembahagian Harta Sepencarian yang diputuskan Mahkamah Syariah Singapura dan Rayuan yang dikemukakan terhadapnya di Lembaga Rayuan. Kes Rayuan no 11 of 1995 (Asmah lwn Selamat). Asmah merayu agar diiberikan:
Nafkah eddah $1,500.
Mut’ah dinaikkan dari $34,900 ($4.00 sehari kepada $87,250 - $10.00 sehari).
Memohon diberikan sebahagian dari CPF suami yang akan dikeluarkan empat tahun lagi.
Meminta agar beliau juga diberikan hak ke atas rumah yang didiami suami dan diserahkan hak milik kepadanya.
Rayuan balas Selamat
Nafkah eddah tidak diberi kerana sejak cerai dilafazkan July 1992, nafkah terus diberikan sehinggalah keputusan perceraian mereka didaftar June 1995.
Mut’ah keputusan tidak diubah.
Asmah diberikan $24,894.78 atau 50% dari jumlah CPF Selamat (jumlah ini berdasarkan keseluruhan CPF semasa perceraian dan tidak menjadi panduan umum dalam semua kes rayuan).
Mengekalkan keputusan Mahkamah, setiap seorang akan menerima 50%.
Contoh Kes di Malaysia
Rayuan (Wan Soo lwn Husin): Menuntut lebih 1/3 harta di Taman Sri Kota Taiping dan tidak perlu membayar $5,000 seperti keputusan hakim Menuntut lebih ¼ tanah pajakan di Asam Kumbang Taiping Responden pula merayu; Dikekalkan keputusan (1) Mahu mengekalkan hak milik perkara (2) Keputusan Rayuan: Membatalkan 1/3 dan memberi ½ dan tidak membatalkan bayaran $5,000 Membatalkan ¼ dan dipinda kepada ½
Adakah harta sepencarian terbatas semasa perceraian
Harta sepencarian yang telah diterima berdasaskan kepada hukum Islam, wajar juga diguna pakai bila berlaku kematian suami atau isteri, hanya yang mungkin dipertikaikan ialah peratusan jumlah yang diperuntukan. Buat masa ini belum ada prosedur yang jelas, kerana itu ia perlu diperkemaskan terlebih dahulu agar dapat mengelakan sebarang masalah yang boleh menggugat kestabilan keluarga. Dalam hal tersebut Akta Pentadbiran Hukum-hukum Islam menjelaskan.
Distribution of Muslim estate to be according to Muslim law
112. – (1) In the case of any Muslim person domiciled in Singapore dying intestate, the estate and effects shall be distributed according to the Muslim law as modified, where applicable, by Malay custom. (2) This section shall apply in cases where a person dies partly intestate as well as in cases where he dies wholly intestate. (3) In case of a Malay dying intestate, the court may make an order for the division of the harta sepencarian or jointly acquired property in such proportions as to the court seems fit.
Umumnya masyarakat Melayu/Islam tidak memberikan perhatian dalam soal tersebut dan penerangan mengenainya kurang didapati, sedang harta peninggalan atau terekah sering menjadi rebutan dan tengkarah.
Kesimpulan
Kefahaman yang jelas perlu dalam menentukan harta sepencarian dan pendidikan berterusan adalah diharapkan, ia bukan semata-mata untuk mendapatkan hak atau bahagian, yang lebih penting ialah membangkitkan kesedaran perceraian bukan sahaja mengancam kestabilan masyarakat, anak-anak kehilangan contoh atau role model, memaksa menyesuaikan dengan keadaan yang baru, malah akan menjejas teruk perancangan kewangan di usia senja. Sedang usia senja itu masa paling sesuai untuk membuat persediaan bagi lebih membersihkan diri dan bukan untuk hidup baru. Islam menetapkan bahawa hak disertakan dengan tanggungjawab, adalah tidak adil jika yang menuntut hak tidak bertanggungjawab. Setiap orang yang tidak bertanggungjawab tidak akan terlepas dari keadilan Allah.
Sumber: http://weddingcolleczionne.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...