PAGE

Sabtu, November 29, 2008

Nasib malang anak tidak sah taraf

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.



STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah (1999-2003), 30,978 dari 70,430 orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang

Kuala Lumpur = 9,439 orang

Johor = 8,920 orang

Sabah = 8,435 orang

Negeri Sembilan = 4,108 orang

Pahang = 3,677 orang

Kedah = 3,496 orang

Pulau Pinang = 3,412 orang

Melaka = 2,707 orang

Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang

Sarawak = 617 orang

Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.


Sumber: Kosmo!

5 ulasan:

  1. Salam,

    Isu ini sering diperbesar besarkan dan gembar gemburkan. Tapi apa yang
    kita lakukan untuk membantu anak anak ini?

    Adakah cukup dengan mengetahui angka angka yang terlibat?

    Adakah hanya dengan menyalahkan ibu dan ayah anak anak ini?

    Adakah cukup dengan melabel anak anak ini dengan label anak tak sah
    taraf seterusnya menghukum anak anak ini seumur hidup mereka seolah
    olah mereka mewarisi kesilapan ayah dan ibu mereka sehinggakan mereka tidak layak untuk hidup bersama kita?

    Memang senang bagi kita bercakap dan menulis, dan menyebarkannya namun
    bagaikan tin kosong sekiranya tidak disusuli dengan tindakan yang
    konkrik. Yang penting tindakan.

    Wasalam

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Alhamdulillah syukur kerna YNH (Yayasan Nur Hikmah) telah buat yang terbaik untuk sebagian anak2 yang ditinggalkan dimerata2. Moga Allah SWT berikan sebaik2 balasan mendapat kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat kepada semua yang terlibat dengan pengurusan anak2 di YNH ini amiin ya robbal alamiin.

    Andaikata ahli2 SIM yang banyak masa terluang pergilah ziarah anak2 yang diangkat YNH didiklah mereka, jadikan mereka 'kuntum khairo' ummati uk rijatiin nas' demi kebangkitan Agama dan Bangsa, saya sedih sebab saya jauh diSpura banyak perkara yang boleh diterapkan dan diajarkan pada anak2 ini agar mereka mandiri dan kelak menjadi pemimpin yang disegani dan mereka amat perlukan belaian kasih sayang.

    Sila tanyakan pada Presiden YNH.
    Abjad Emosi
    Rasa Selamat
    Rasa Tenteram
    Rasa Disayangi
    Rasa Ceria
    Rasa Kagum.

    Jazakallahu khairan kathiran

    Maaf zahir batin

    BalasPadam
  3. Salam sahabat SIM,

    Memang sangat mudah untuk menulis, untuk berkata2, sebab tidak banyak pakai modal. Sebab itulah ramai antara kita suka guna frasa, "Cakap memanglah mudah." Saya tidak sangkal, bercakap, menulis, tanpa tindakan adalah mudah, dan mungkin tidak nampak kesannya, tapi setidak2nya untuk yang membaca akan apa yang ditulis, sudah pasti terletak juga dibahu anda tanggungjawab untuk bertindak. Bukan nak suruh pergi cari anak2 luar nikah ini dan jadikan anak angkat atau tampung perbelanjaan bulanan mereka (kalau itu yang boleh anda buat, sangat2 dihargai). Saya percaya ramai antara kita tidak sekuat itu untuk membuatnya, termasuklah diri saya sendiri. Tapi bertindak dengan mencegah perkara2 ini dari terjadi lagi, adalah satu impak yang kita boleh sumbangkan dalam mengatasi permasalahan ini, setidak2nya untuk masa hadapan.

    Didik anak2 anda, anak2 saudara anda, cucu2 anda dan anak jiran2 anda (jika boleh), supaya statistik yang kita tengok beribu-ribu lemon jumlahnya itu tidak akan bertambah. Itulah peranan dan tindakan yang anda boleh bantu, supaya fakta dan statistik yang dikongsi itu bukan sekadar untuk dibaca semata, dan kemudian, kita pakat buat2 lupa.

    Sekadar pandangan saya sahaja, yang juga sangat mudah dilontarkan. Tiada niat negatif.

    BalasPadam
  4. plg aku tak gemar bila anak2 gini di panggil anak 'haram'!! ...haram ape nyer?

    tiada istilah anak haram dlm islam, cuma ibubapa mrk yg buat hubungan haram atau byk kes mungkin dirogol/perkosa/sumbang mahram dll yg sewaktu. kesian, banyak yg di bela oleh org lain utk tutup malu,jaga nama keluarga konon.

    adakah badan2 k'jaan kita menafikan adanya masalah sosial sehingga trjadi begini.. dan juga terus menghukum anak2 yg tidak minta dilahirkan dan tdk berdosa menanggung derita sekian lama hidup mrk?hak mrk untuk di beri kasih sayang dan keperluan bersekolah adalah wajib. nak buat surat beranak pun di tolak ,kalau dpt pun, bertahun2 baru boleh ,umur dah 12 tahun baru dpt jejak sekolah, kemudian terkapai2 sbb tak dpt tangkap kerana dah 'miss' byk tahun!!! satu kes yg sy tahu , satu nenek yg menjaga anak spt itu di perli2 dan di maki hamun oleh petugas di jabatn berkenaan... tanggung dosa kering lah dia tuh! bila tak de pelajaran dan didikan agama yg betul , mrk susah nak minta kerja ,maka hidup melarat dgn melakukan kerja2 tak bermaksiat dan jenayah dan akhirnya masalah sosial akan bertambah kerana cemuhan masyarakat.

    betulah apa yg dikata satu ungkapan lebih kurang begini ,iatu 'police dont build criminals but society did'

    hak bersekolah,tmpat berlindung adalah wajib utk semua knk2 ,k'jaan perlu melakukan sesuatu dgn serius. Jgn menteri sekadar ckp dgn media kemudian tanpa susulan spt surat pekeliling kpd jabtan2 yg berkaitan dan cara2 melakukannya(guideline).

    sekurang2nya bila dewasa mrk boleh mendapat pekerjaan yg baik dan hidup yg lbh baik.tolonglah jgn byk birokrasi nak cop ni, nak t/tangan org tu,nak surat nikah, nak macam2 yg sukar sebab sudah terang anak itu di 'buang' dan kdg2 org2 yg sepatutnya bertanggungjawab menghilangkan diri.

    betulah apa yg dikata satu ungkapan lebih kurang begini ,iatu 'police dont build criminals but society did'

    wallahualam.

    BalasPadam
  5. Salam,

    Ya, saya amat setuju dengan Muizz Hakim. Tidak keterlaluan jika saya katakan cuma yang MAHU menggunakan akal saja dapat memberikan yang positif.

    Saya HAIRAN kenapa ada yang mempertikaikan apakah sumbangan saya pada masyarakat? Esok Allah tak tanya apa sumbangan rakan/musuh kamu kpd masyarakat, TETAPI Allah akan tanya, apa yang kamu sumbangkan kepada rakan/masyarakat/musuh kamu?

    Teringat saya kisah seekor burung yang bersusah payah memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.

    Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, 'buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.'

    Lalu dijawab oleh burung tersebut, 'Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak.'

    Dan janganlah kita menjadi seperti cicak (yang terbang), yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi marak lagi untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.)

    Henti-hentikanlah membuat tohmahan/pandangan yang negatif yang tiada manafaatnya.

    Semoga kamu dirahmati Allah.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...