PAGE

Ahad, Disember 14, 2008

Poligami lagi ... rentetan sinetron Isteri Untuk Suami Ku


Assalamualaikum warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh....


Lama rasanya saya tak ketuk keyboard, cuma rajin C&P artikel di akhbarOnLine aje dua-tiga hari ini. Jumaat lepas, ada yang bertanya,
"salamz kawan2 sume, tengok tak sinetron baru di TV3 6pm-7pm di setiap hari jumaat, sabtu dan ahad; tajuknya "Isteri untuk Suamiku". Bestkan cite tuu.. Apa pendapat kawan2...?"

Ooooo.... cerita itu saya tahu. Dulu pernah disiarkan di TV9, waktu malam tapi saya tak pasti hari dan waktu siarannya kerana tidak mengikutinya. Cuma sekali-sekala jika tertukar channel, kalau ada saya tontonlah. Saya jawap, "Itulah cerita yang saya pernah suggest orang tengok, tapi kena tempelak la pulak. Cerita tu bagus, utk isteri2 yang tamak haloba dan letak cop mohor kat dahi suami "dia ni laki aku sorang aje"... Muahahahaha...." Cakap fasal cop mohor ini, teringat pula saya akan lagu Linda & Diana Rafar yang bertajuk "Hak Milik Kekal" dan seperti yang dapat saya jangkakan dan memang saya agak, ada yang akan memberikan feedback sepantas kilat.

Katanya,
"Bagi yang merancang nak bermadu ..di galakkan tengok..harap2 jadi panduan untuk yang berniat nak jadi no.2. cuma nak cakap : DALAM 10 ORANG 'PEREMPUAN YANG BERGELAR NO.2' HANYA SEORANG JERK YANG BETUL2 BAIK ATI...DAN HANYA SEORANG LELAKI JUGA YANG BETUL2 BERLAKU ADIL ..DAN HANYA SEORANG JER perempuan yang bergelar ISTERI PERTAMA YANG BETUL2 PENYABAR.. PADA YG TERGOLONG DALAM KELOMPOK YANG SAYA BOLDKAN KAT ATAS TUH..INSYA'ALLAH BERPAYUNG EMASLAH SI ISTERI PERTAMA. sekadar bertanya..puan bawang bermadu ker? kalau ya..tak hairanlah..dah rasai asam garam bermadukan..so that y boleh menabik dada..lantang bersuara... kalau tak...nak gak tahu ...puan tak rasa apa2 lansung ke kalau suami puan nak pasang lagi sorang?"

Biasalah, namapun perempuan, jadi kebanyakkan masa, mereka akan bercakap melalui emosi dan tidak melalui akal. ADUHAI... sakitlah pulak dada saya, mengapa saya cakap begitu? Yelah, sebabnya saya juga seorang perempuan dan perempuan memang terkenal dengan emosi. Kepadanya, saya katakan, tak perlulah terlalu emotional sampai guna cap lock... Jika kita mahu bercakap fasal poligami, cuba tolak tepi emosi kita yang sembilan dan cubalah gunakan akal kita yang dikatakan ada satu saja. Jihad yang paling besar adalah jihad seseorang dalam menundukkan hawa nafsu. Setiap insan dikurniakan Allah SWT, satu alat untuk sesuatu anggota tubuh. Jasmani alatnya nafsu, rohani alatnya akal. Antara nafsu (emosi) dan akal sentiasa berperang. Nafsu lebih lama wujud daripada akal, dan dalam banyak tindakan, emosi akan mendahului/mengalahkan akal kecuali bagi orang-orang yang mempunyai iman dalam hatinya. Jadi, berhati-hatilah dengan nafsu/emosi, jangan sampai ia menguasai akal, kelak kita akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.

Saya tidak nafikan, tiada seorang isteri yang mahu kasihnya dikongsi bersama wanita lain. Jika telah ditakdirkan berkongsi, ada isteri yang tertekan, marah, benci, geram dan kecewa dengan sikap suami dan sangat berdendam dengan wanita yang dikatakan merampas kasih suami. Ada isteri pula yang menerima dengan penuh keredhaan lantaran cuba memujuk dan mendidik serta mententeramkan HATInya agar REDHA dengan ketentuan Allah SWT. Sejauh mana seorang isteri dapat menerima hakikat suaminya memberi kasih kepada wanita lain, banyak ditentukan oleh sifat-sifat peribadi yang dimilikinya dan ikatan agama yang dipegang oleh isteri tersebut. Justeru, kita dapat melihat ada perkahwinan yang bermadu meskipun tidak seindah yang dialami, namun perkahwinan itu tetap utuh lantaran jodoh yang berpanjangan.

Buat masa ini, saya masih isteri pertama dan tiada dua, tiga ataupun empat. Komen
"puan tak rasa apa2 lansung ke kalau suami puan nak pasang lagi sorang?", terima kasih kerana bertanya. Apa perasaan saya, ya? Saya tak boleh komen sebab saya tidak melaluinya lagi. Tetapi, saya sering ingatkan diri sendiri, suami BUKAN hak mutlak saya seorang, sekurang-kurangnya jika saya didua-tiga-empatkan oleh suami, minda saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.

Pertama, yang paling penting, kita kena REDHA. Jika kita tidak redha, sampai bila-bilapun kita akan lihat poligami itu sesuatu yang negatif, tiada positif langsung!

Ke-dua, sabar. Ini banyak yang terlepas pandang, sebab selalu orang kata, "sabarpun ada hadnya". Sesungguhnya sabar itu sebahagian daripada iman. Sabar terbahagi kepada empat. Pertama, sabar dalam taat. Kedua, sabar dalam menahan diri daripada berbuat maksiat/mungkar. Ketiga, sabar dalam menahan diri daripada godaan dunia. Keempat, sabar menderita terhadap ujian dan musibah yang datangnya dari Allah SWT. Setiap perkara yang menuntut kesabaran akan membuahkan hasil untuk dinikmati oleh hamba-Nya yang sentiasa mengamalkan sikap sabar. Ganjarannya amat besar, jika tidak di dunia, di akhirat yang kekal abadi akan menanti. Apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada seorang hamba akan suatu nikmat, kemudian dicabut-Nya nikmat itu dari hamba tersebut kemudian diganti-Nya dengan sabar, maka apa yang digantikan oleh Allah itu adalah lebih baik daripada yang dicabut-Nya. Kesabaran yang telah diberi pula perlu diguna sebijak mungkin agar masalah tidak memakan diri.

Ke-tiga, kurangkan mengharap sesuatu menjadi seperti apa yang kita harapkan (atau kehendaki). Ini sangat penting kerana harapan yang tidak kesampaian akan menyebabkan kita lebih kecewa.

Ke-empat, SENTIASA bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT akan menjadikan kita rasa tenang dengan apa jua ujian yang datang. Di sebalik ujian dan kekurangan yang Allah berikan kepada kita, ada hikmah yang belum kita nampak. Kadang-kadang Allah menghantar orang yang kita tidak gemar akan sikap/tingkah-laku mereka yang sering menyakiti hati. Tetapi, jika kita menganggap ini adalah ujian Allah untuk memberi pahala kepada kita, maka kita akan menghadapi mereka dengan situasi yang tenang. Allah telah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 17 yang bermaksud, "...Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." Yang penting, kebijaksanaan dan cara kita berhadapan dengan apa jua situasi yang mendatang.

Ke-lima, renung-renungkan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim). Apa itu wanita solehah? Kalau ada masa, saya usahakan entry untuk yang ini, insya Allah.

Ke-enam, FOKUS kepada diri sendiri dan kehidupan lain, umpamanya anak-anak dan JANGAN LUPA fokuskan juga kepada kehidupan di AKHIRAT yang lebih bermakna daripada hanya fokus kepada sesuatu yang akan menyebabkan kekecewaan. Lebih banyak fokus kepada yang negatif akan lebih mengundang kekecewaan.

Ke-tujuh,
bagi yang NGERI atau takut jika suaminya lari kepada wanita lain, eloklah renung-renungkan [meminjam kata-kata Dr. Hj Juanda] firman Allah SWT dalam surah 'Abasa ayat 34-37, yang bermaksud, "Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua), pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya." Berdoalah kepada Allah SWT supaya pasangan kita tidak lari dari diri kita ketika di dunia ini dengan mengamalkan doa, "Ya Allah, biarlah suamiku lari daripadaku ketika di akhirat namun janganlah Engkau biarkan dia lari ke hati selain hatiku di dunia ini."

Saya tidak menggalakkan poligami sebab ada buruk dan baik, tapi selalunya yang buruk itulah dikata-kata, digembar-gembur, ditokok-tambah dan dihebah-hebahkan kepada orang sehingga yang cantik dan baik itu dipandang sepi. Ada yang tak jaga mulut, "Eee... jijiknya! Kelmarin celup sana, semalam celup sini, hari ini celup yang di situ pulak!" Kenapa mesti rasa begitu? Itu menghina namanya, juga menghina sunnah Rasulullah! Astagfirullah hal adziim...

Di group IBU sendiri, ada no 2, mungkin ada juga yang no 3 dan 4, jadi berhati-hatilah bila beri pandangan. Janganlah disebabkan setitik nila, rosak susu sebelanga. Pun begitu, saya tidak menentang poligami sebab saya tahu, poligami hukumnya HARUS (bukan wajib atau makruh atau haram), dan ini jelas termaktub dalam surah An-Nisaa ayat 3,
"Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.", jadi jika kita mementangnya, bermakna kita menentang juga hukum Allah. Setelah mengucapkan kalimah syahadah, kenapa kita mesti rosakkan syahadah dengan bermati-matian menentang poligami? Siapa kita hendak melawan hukum Allah?

Pernahkah kita terfikir, kenapa lelaki tidak cukup dengan satu wanita pada satu-satu masa? Dalam surah Ali-Imran ayat 14, Allah telah berfirman, "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." Jelas, perhiasan lelaki adalah wanita-wanita (disebut dua kali), sudah semula-jadi diciptakan Allah SWT, lelaki tak mungkin cukup satu. Cuma AKALnya saja yang akan menentukan dia adakah dia CUKUP dengan satu, atau dia mahukan dua atau tiga ataupun empat. Jika dia tidak berlaku adil kerana kurangnya akal, maka janganlah kita pula sibuk mempertikaikan itu ini begitu begini. Ketidak-adilannya itu biarlah Allah saja yang membalasnya. Janganlah kita pulak nak jadi penghukum dan ambil-alih tugas Allah.

Tidak kira sama ada kita nombor satu, dua, tiga atau empat, kita sebagai seorang isteri WAJIB mengambil tahu hak masing-masing. Hak-hak ini merangkumi hak-hak suami dan juga hak anda sendiri sebagai isteri. Isteri kedua-tiga-empat juga mempunyai hak yang sama seperti anda. Adakah disebabkan kita isteri yang pertama, kita merasakan hak kita lebih daripada yang kedua-tiga-empat. Gitu ke? Jika ditakdirkan kita hidup bermadu, perbanyakkanlah amal dan bertawakkallah kepada Allah SWT. Janganlah kita cuba menyusah-nyusahkan diri sendiri, menyusahkan suami dan seboleh-bolehnya, cuba pastikan suami berlaku adil. Kedengarannya aneh, tapi percayalah, itulah yang lebih afdal. Jalankan tanggungjawap kepada suami sebagaimana sepatutnya selagi tidak melanggar hukum syarak dan kurangkanlah memikirkan kesalahan suami mahupun orang lain. Kita tidak bertanggungjawap kepada kemungkaran yang dilakukan oleh suami (sekiranya tidak adil etc...) kerana dia sendiri yang bertanggungjawap di hadapan Allah atas segala perlakuannya.

Saya tidak mendabik dada dengan mengatakan saya cukup bagus, tapi setiap hari saya berusaha mendidik emosi dengan merawat hati. Macamana nak merawat hati? Perbanyakkanlah menuntut ilmu sebab itu wajib bagi setiap muslim. Tak perlulah kita mendabik dada kerana kita nombor satu di hati suami, dugaan Allah tiada siapa yang tahu. Jika Allah mahu menduga hamba-Nya, macam-macam ujian yang boleh dikurniakan-Nya. Jangan lupa, hidup di dunia ini hanya sementara, apa yang kita miliki hanyalah pinjaman oleh PENCIPTA kita. Tidak kiralah sama ada dia suami, atau anak-anak, mahupun orang tua kita. Satu hari, ditakdirkan suami yang kita bangga-banggakan itu ditimpa kecelakaan mengejut disebabkan kemalangan atau penyakit dan meninggalkan kita, bagaimana? Jadilah kita seorang ibu tunggal terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri. Nauzubillah minzalik.... DAN jika ditakdirkan kita berkasih pula dengan seorang lelaki yang telahpun bergelar suami, mampukah kita menolak takdir? Adakah kita akan nampak cop mohor isteri yang lain pula?

Jika saya ditakdirkan bermadu, takkanlah saya nak meraung, meratap dan menangis sampai bengkak-bengkak mata, nanti butalah pulak, jadi macam Kassim Selamat....... Sehari dua mungkin saya akan meratap hiba (ye ke?), tapi saya kena tanamkan semangat, life must go on. Life is too short to make things miserable, so, live life simplier, insya Allah kita akan rasa lebih tenang. Mungkin saya akan sibuk-sibukkan diri untuk pertingkatkan ekonomi diri sendiri, membuat lebih banyak ibadah atau menyertai NGO dan melakukan kerja amal etc. Seorang pendidik dan pujangga ada mengatakan, "Bunuhlah setiap waktu kosong denga 'pisau' kesibukkan." Jadi bila kita sibuk, tentu kita tiada masa untuk tangkap layan perkara sedih/negatif.

FYI, tiada istilah 'payung emas', kerana itu cuma momokan untuk orang-orang yang jahil kurang arif tentang hadis, tetapi Allah menjanjikan ganjaran yang lebih baik daripada itu, insya Allah.

Dalam hidup kita yang indah itu kadang-kadang tidak memberi kebaikan untuk kita. Yang dibenci itu boleh jadi akan memberi kebaikan yang mungkin tidak kita ketahui atau sedari. Ujian dan dugaan akan menjadikan kita lebih kuat berhadapan dengan kehidupan dunia dan jika dapat kita tangani dengan baik mengikut ajaran yang telah ditetapkan, maka ganjaran Allah SWT amatlah besar.

JADiKANLAH HARi iNi, HARi YANG LEBiH BAiK DARiPADA SEMALAM.

Renung-renungkan.

2 ulasan:

  1. Salam Cik Bawang
    Satu coretan yg patut dibaca dan difahami oleh semua orang walau apapun status anda sebagai isteri tunggal, isteri pertama, isteri kedua, ketiga atau keempat.

    BalasPadam
  2. betul ape yg dikatakan oleh cik bawang, sy wife no 3, nasib sy sungguh sedih...tp semangat sy masih kuat tuk harungi semua dugaan hidup...semoga hubungan sy ngan suami serta 2 madu yg lain hidup dlm keredhaan ALLAH S.W.T...amim...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...