** Forwarded from Taman2Syurga **
Peliknya umatku....
Bola punya pasal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya pasal, ringan saja tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, bangun pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat dan cukup menyeksakan untuk umatku bangun bertahajjud 2 rakaat atau bersahur...
Peliknya umatku...
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia, air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis, namun, berapa kerat sangatkah umatku yang sudi melinangkan air mata taubat kepada yang maha Esa? Berapa keratkah umatku yang menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?
Peliknya umatku....
SMS berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. Tapi, jari-jemari begitu berat untuk menghulurkan seringgit dua ke dalam tabung masjid, tangan begitu kaku untuk berbakti demi menegakkan agama Allah.
Peliknya umatku....
Bangganya dia kerana anak pandai menyanyi, kepalang gembiranya dia kerana anak pandai main piano. Kepalang sedihnya dia apabila anaknya tidak dipilih menyertai Akademi Fantasia, Malaysian Idol. Namun, tak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta al-Quran, tak ramai umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang maha Esa.
Peliknya umatku....
Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit di padang konsert hiburan sure heboh dan lain-lain... Sanggup berasak-asak, berpanas, berhujan untuk memenuhi dan memeriahkan konsert-konsert hiburan. Sedihnya, program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku. Mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.
Peliknya umatku....
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran dibuat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan... mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.
Peliknya umatku....
Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari merdeka dan hari tahun baru. Menunggu detik jam 12 malam, mereka tanpa segan tanpa silu akan bersorak ramai-ramai... tidak kira jantan betina detik saat jam 12 malam, saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. Sedihnya... tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid untuk berjemaah.
Peliknya umatku....
Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara-suara sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.
Peliknya umatku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...