Saya bukanlah tidak setuju dengan renungan yang saya terima melalui e-grup yang saya sertai, tetapi pada pendapat saya, seorang yang bergelar LELAKI, perlu serba-serbi BAGUS (tidak keterlaluan jika saya sebut menghampiri 'perfect') kerana ini telah diTEGASkan dalam firman Allah, "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar." (Surah An-Nisaa', ayat 34).
Bila Allah SWT berpesan kepada manusia yang paling awal dulu, Dia berpesan kepada pasangan suami-isteri yang pertama, Dia berfirman :
- [2.35] Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang lalim."
- [20.115] "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat."
- [20.117] Maka kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka."
Dalam surah at-Tohaa, kisah Allah pesan kepada Adam, “Maka kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.” Namun, keduanya (Adam dan Hawa) memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya (Adam dan Hawa) aurat-auratnya dan mulailah keduanya (Adam dan Hawa) menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Bab makan buah kedua-duanya, bab ‘dibogelkan’ kedua-duanya, TETAPI bab derhaka hanya disebut Adam. Mengapa?
Pendapat saya, baik (perangai) kaum lelaki, baiklah (perangai) kaum wanitanya. Buruk (perangai) kaum wanita itu petanda buruknya (perangai) lelaki. Kaum lelaki dianjurkan untuk berlaku baik kerana mereka adalah pemimpin/contoh/ikutan kaum wanita. Banyak pesan Rasulullah agar lelaki berlaku baik dari segi akhlak diriwayatkan dalam hadis-hadis baginda. Antaranya, daripada Saidina Ali r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarganya dan akulah contoh yang paling baik di kalangan kamu terhadap keluargaku. Tidak akan memuliakan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak akan menghinakan wanita melainkan orang yang hina." (Hadis riwayat Ibn Asakir).
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dan orang yang terbaik antara kamu ialah orang yang paling baik pergaulannya kepada isteri dan keluarganya." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Iyalah, kalau tak cukup bagus serba-serbi, bagaimana mahu jadi pemimpin? Pemimpin disegani/ditaati, bukan ditakuti... Samada anda setuju atau tidak, jelas, lelaki hari ini memang ramai gagal. Kalau lelaki berjaya tentu, wanita juga berjaya dan kita lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah.
Renung-renungkan!
Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung-renungkanlah:
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Belajarlah meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh...
Untuk isteri.... renungkanlah....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub Atau pun segagah Musa...
apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Belajarlah meniti sabar dan redha Allah SWT kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman
DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Sumber: email Taman2Syurga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...