Saya sebagai rakyat Selangor (sbb bermastautin, cari makan dan bayar zakat di sini) kelahiran Perak sangat malu dengan tindakan baginda Sultan membelakangkan kepentingan rakyat jelata di negeri kelahiran saya. Tapi saya tak hairan, kerana sebelum ini baginda Sultan juga telah mengambil tindakan sendiri dengan melantik anakanda Dr Raja Nazrin Shah sebagai Raja Muda, memotong 'Q' dan membelakangkan calon-calon lain (Raja Bendahara dan Raja diHilir).
Cuba saya agak terkilan kerana baginda Sultan bukan calang-calang orangnya dalam bidang perundangan tetapi bertindak atas kepentingan sendiri, bukan untuk kepentingan rakyat.
Apa-apapun, darah kita sama saja merahnya. Semoga Tuanku diberkati Allah. Amiin.
Hadis pilihan untuk hari ini (Kategori: Akhlak) ---> Pemerintah Wajib Berlaku Adil
Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam rumahku ini, “Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim)
Huraian:
- Orang yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin hendaklah menjaga kebajikan orang ramai dan haram menindas serta menzalimi mereka.
- Setiap rakyat harus menasihati dan menegur pemerintah dengan teguran yang membina demi untuk memajukan negara. Rakyat juga berhak menyuarakan pendapat, serta boleh membantah sekiranya pemerintah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.
- Pemerintah hendaklah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan adil untuk kepentingan semua rakyat dengan menyediakan segala kemudahan, demi untuk pembangunan, kemajuan, keselamatan, dan kemakmuran negara.
- Setiap orang akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan ketika di dunia.
Diterima dari egrup:
harap dibaca Sultan Perak * 5 februari 2009 * http://www.kroni.biz/nordin/blog/blog.php
dipetik dari http://www1.mstar.com.my
Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.
"Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.
Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.
"Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.
Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Berita di atas dari pejabat DYMM Sultan Perak. Komen dibawah ini pula daripada ruangan guestbook yang disediakan dalam laman web rasmi sultan perak.
Sungguh malang kerana guestbook yang disediakan amatlah mengecewakan. Tak tahulah siapalah tukang buatnya. Ini laman web Sultan sepatutnya lebih baik.
Untuk perhatian anda. Guestbook utk laman web Sultan Perak ini menggunakan servis yang percuma. Komen yang dimasukkan dihadkan kepada mungkin 20-30 komen sahaja. Ini bermakna komen yang awal akan terpadam secara automatik. Dan tak boleh dibaca lagi. Ibarat angin lalu sahaja.
Jadi disini aku akan copy paste beberapa komen yang aku rasa menarik. Manalah tahu tiba2 sultan perak terbaca ke. Aku juga cuba save seberapa banyak mungkin single page html. korang leh donlod dari link dibawah.
KOMEN YANG DIPETIK DARI QUESTBOOK WEB RASMI SULTAN PERAK ANTARA JAM 400 - 700 MALAM
DOWNLOAD BEBERAPA PAGE YG SEMPAT SAYA SAVE
kenapa saya save komen ini? ini kerana saya merasa simpati dengan mereka yang memberikan komen. tak sampai 5 minit komen mereka pun hilang disebabkan questbook yang dibina HAMPEH.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Daulat Tuanku,
Sayang sungguh Tuanku menitahkan MB Nizar yang hebat ilmu dunia dan akhirat meletak jawatan. MB Nizar sgt dikagumi oleh semua lapisan masyarakat kawan dan lawan. Peribadi baik memanda Menteri mengharumkan kerajaan negeri Tuanku.
Kami di Pahang sangt mengidamkan MB seumpama MB NIzar. Dengar kata, solat subuh disurau masjid di Perak kini meriah dengan ramai yang bersama bersolat Subuh apabila memanda Menteri Tuanku bersama mereka setiap hari berjamaah bergilir disurau dan masjid seluruh Perak.
Ampun Tuanku, Mohon pertimbangkan kembali titah Tuanku..
Kami menghormati Tuanku...
Daulat Tuanku...
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ampun Tuanku...
Hamba pacal yang hina memohon Tuanku menitahkan satu pemilihan semula yang lebih adil dalam menentukan kepimpinan yang lebih mantap di Negeri Perak Darul Ridzuan ini.
Hamba memohon supaya tidak suatu masa nanti akibat dari kesilapan besar Tuanku,akan ada disetiap solat jumaat hamba-hamba Tuanku menebalikan tangan mereka apabila doa untuk Tuanku dibacakan.
Hamba tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi hamba rasa semua rakyat Perak lebih bijak dan matang dalam menentukan kepimpinan yang mereka mahukan.
Anak Perak + Pahang
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ampun Tuanku,
Patik sebagai anak Perak dengan ini ingin memohon keizinan Tuanku untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri agar pilihan raya rasmi dapat diadakan. Patik sebagai anak Perak berharap agar sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan selama 51 tahun kita bermederka ini tidak dirosakkan oleh 4 orang ahli DUN yang tidak taat dan setia pada parti itu.
Patik yakin bahawa Tuanku akan mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi sistem demokrasi berparlimen di negeri Perak di samping mengekakalkan kemakmuran dan kemajuan negeri Perak.
Ampun Tuanku.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear DYMM,
I am a loyal Perakian. Although working outside the state for many years, I still think Perak is the best state to live in Malaysia.
The current political situation in Perak really cause concern to all Perakian and in fact Malaysian in general. We don't want corrupted leaders as our representative. We don't want leaders who just think of themselves, without taking care of the poor.
Political situation in Perak shows the true faces of these leaders who is not firm in their decision and commitment for their own party. There is also complication of corruption charges involving 2 of the leaders.
I don't know until when this drama will end and all representatives can give their 100% focus to revive our country economy and accelerate the development of the country.
As a rakyat for Malaysia, I think each of us believe strongly that there is a BETTER TOMORROW for our belove country. We can lead the region and maybe the world in term of economy growth, technologies, etc.
I would prefer Perak state have a reelection if there is really no other choices. Leaders that leap party should be sacked immediately! They are not qualify to be our wakil rakyat!
Ampun Tuanku.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuanku,
Patik ingin memberikan beberapa panandangan tentang DUN Perak.
1. Pada 8 Mac, rakyat secara majoriti mudah telah memilih gabungan PKR, PAS dan DAP. Oleh itu inilah gabungan yang mendapat mandat rakyat.
2. Perpindahan sokongan oleh beberapa Adun dr Pakatan ke BN hanya membawa mandat individu bukannya mandat rakyat. Justeru hak itu memilih sewajarnya dipulangkan kepada rakyat.
3. Dengan kemelut 28 BN, 28 Pakatan dan 3 Bebas, pelbagai implikasi undang2, moral dan legal akan timbul. Maka rakyat yang seharusnya membuat pilihan.
Kami memohon jasa baik tuanku untuk membubarkan DUN akan rakyat membuat pilihan.
Ampun Tuanku.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
tuanku,
sesungguhnya saya penuh sedar, sesuatu yg Allah kurniakan tentu ada kebaikkannya, walaupun hati ini terlalu sedih dgn apa yg berlaku, kerana satu-satu mb yg bijak, berilmu dan taat beragama terpaksa mengosongkan kerusi, apa boleh saya kata, biarlah ramai mengutuk beliau mengatakan beliau boneka, tetapi disudut hati saya, saya tahu ir nizr seorang yg berkhidmat kerna Allah, biarkan dia pergi, pemergiannya tentunya dari Allah juga, saya masih ingat sewaktu hadir ke majlis tazkirah yg diberi oleh beliau, beliau berkata...hari ini sementara saya ada kuasa saya menyeru kpd saudara2 supaya mendekati diri dengan masjid, menunaikan zakat....dll.
terima kasih tuanku
mungkin esok atau lusa saya akan diketemukan dengan seorang lagi mb seperti ir nizar
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum DYMM Tuanku,
dengan penuh sedih saya mendengar berita BERNAMA bahawa DYMM Tuanku telah menolak permintaan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak kini 3.55pm 5 Febuari 2009. Saya harap DYMM Tuanku masih boleh menimbang semula keputusan ini selagi Kerajaan baru BN masih belum dilantik memandangkan keputusan ini cukup tidak popular dan bertentangan dengan lunas-lunas keadilan.
Walaubagaimanapun ditinjau walaupun sukar dibuktikan persepsinya ialah Adun yang melompat tersebut memang telah dibeli dan atau diugut ,sekiranya tidak bagaimana mungkin kedua mereka meninggalkan jawatan Exco dan Timbalan Speaker.Dengan itu sahaja integriti Kerajaan baru ini telah hancur sebelum era nya bermula. BN pun sudah bertahun-tahun memerintah Perak dibawah dua MB sebelum ini jelas gagal membangunkan Perak.Rakyat Perak sudah jelas mahu menukar selera.. Dengan nama Allah dengarlah rintihan rakyat wahai Sultan ku..
Daulat Tuanku!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Baginda Sultan Perak,
Tolonglah pertimbangkan dengan bijaksana, jangan jadi kerbau yang dicucuk hidung. Rakyat telah memilih dan hak mereka wajib dihormati.
Bubarkan DUN dan adakan pilihanraya.
Raja Adil Raja Disembah.
Raja Zalim Raja Disanggah.
Benarlah kata Jebat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ampun Tuanku,
Dengan keputusan yang dibuat oleh Tuanku, maka patik dapat melihat bahawa Tuanku langsung tidak mengambil kira kehendak rakyat negeri Perak.
Tuanku, patik merayu kepada Tuanku agar membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan membenarkan rakyat negeri Perak menentukan kerajaan baru tetapi bukan ditetukan oleh seseorang sahaja walaupun perlembagaan membenarkan demikian.
Keputusan bijaksana Tuanku akan dicatat dalam sejarah politik Malaysia seperti mana semasa Tuanku menjadi Ketua Hakim Negara suatu ketika dahulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
DOWNLOAD BEBERAPA PAGE YG SEMPAT SAYA SAVE
+ tulis komen untuk harap dibaca Sultan Perak
+ baca komen untuk harap dibaca Sultan Perak
baca buku tamu nordin
boleh baca di http://www.kroni.biz/nordin/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...