PAGE

Jumaat, Mac 06, 2009

Denggi


Assalamualaikum warahmatullah,

Lamanya saya tak jengah ke blog. Rindu betul... Saya bercuti dari 19/02 - 04/03 akibat diserang virus denggi. Kalau nampak kelibat saya di yahoo dalam tempoh cuti saya, jangan percaya, itu bukan saya... heh heh...

Saya missed perjumpaan SIM, konon-konon nak join last minit, tapi hajat tak kesampaian kerana demam teruk. Pelancaran buku Pn Suzana Ghazali juga saya terlepas, melepaslah lucky draw (kut-kut dapat buku free...)

Teruk juga penangan denggi, sebab denggi ini takde ubatnya... Khamis 19/2 tengahari lepas lunch, saya dah rasa tak berapa sedap badan. Petang hujan + air-cond, saya dah rasa sejuk sangat-sangat, suhu badan panas sebab nafas yg keluar terasa bahangnya. Saya call suami, suruh ambil dari office sebab tak larat nak berasak-asak dalam tren, takut tumbang/pitam/pengsan, kesianlah kat baby saya... Sampai rumah, badan lembik habis, telan panadol, terus tidur. Selalunya sejam lepas telan panadol, saya OK, tapi kali ini masih KO. Badan masih panas dan terasa sejuknya... Allah saja yang tahu. Sepanjang malam saya tak dapat tidur sebab sejuk yang teramat sangat...

Bangun pagi Jumaat [20/02] terus terjah klinik, tambah pulak badan dah mula gatal-gatal, naik ruam seluruh badan.
Doktor bagi MC, panadol & antibiotik dan surat refer hospital, Dr Salmi suspect 'chikugunya' itulah, sebab saya sakit-sakit sendi dan jalan terbongkok dua (nasib tak masuk bongkok tiga). Surat refer tu Dr Salmi suruh guna malam itu atau esoknya, kalau-kalau demam tak kebah-kebah juga. Memang tak kebah langsung, malah saya dah mula rasa sakit sendi, tulang-temulang dah rasa ngilu ya amat. Saya ingat ajal dah nak sampai, nasib ada baby dalam rahim, mungkin dapat ringan sikit azab maut...

Esoknya [Sabtu 21/02] saya terjah ke Trauma Hospital Putrajaya, di sana petugas ambil sampel darah, bila tengok simptom yang ada, mereka suspek saya kena denggi, demam masih begitu juga, suhu badan dah cecah 40°C. Lepas ambil darah, kena drip 2 botol, memang sah denggi sebab platelet count cuma 130 (normal 150-400). Hospital cuma bagi panadol dan ubat gatal (piriton?), suruh saya balik dan datang ambil darah esok paginya. Saya tahu, kalau di PPUM memang dah kena warded, tapi Putrajaya suruh saya balik. Esoknya [Ahad 22/02] ulang lagi ke Trauma, platelet count turun lagi, 103. Lepas kena drip 2 botol, suruh saya balik, esok datang lagi ye, katanya. Agaknya memang procedure hospital tunggu orang sakit dah nak nazak baru suruh duduk ward kut...?

Pagi Isnin [23/02] memang saya tak larat langsung, jalan 2-3 langkah dah rasa nak pitam. Gagahkan juga ke hospital, ambil darah lagi dan suruh saya tunggu di tempat menunggu. Saya beritahu petugas di situ, saya dah nak pengsan ni, saya tak larat, saya nak baring, memang lemah sungguh rasanya. Masa petugas nak pasangkan drip, tiba-tiba seorang lagi petugas suruh saya masuk ward, platelet turun 57... Rupa-rupanya hospital tunggu platelet jatuh sampai 60 baru 'layak' masuk ward... Duduklah saya di 4B, dalam 4 hari. Paling teruk, platelet saya jatuh hingga 35... masa itu sibuklah mereka usung saya ke O&G pulak, takut fetus terjejas, saya takde selera makan dan takut bekalan oksigen kepadanya pun terjejas. Tapi alhamdulillah, jantungnya OK, cuma saya dinasihatkan berjaga2 jika ada pendarahan.

Yang tak syok duduk hospital ni bila jadi mangsa ambil darah, habis lumat lengan saya kena cucuk sana sini. Tangan kanan pula bengkak sebab kena drip sampai 10 botol. Selera makan memang tak ada langsung, masa itu saya fikir begitulah rasanya bila Allah tarik nikmat untuk makan... Memang menginsafkan bila semua nikmat ditarik balik...

Hari Selasa [03/03] yang lepas saya ulang blood test, alhamdulillah, platelet count naik ke 345. Agaknya penangan pulun makan ikan terubuk masak gulai tempoyak yang mak saya kirim melalui adik... :)


Di sini saya ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja dan kakitangan Ward 4B, kerana telah menjaga saya sepanjang 'penginapan' saya di Hospital Putrajaya.

Sedikit info tentang denggi yang saya sendiri baru tahu... Semoga ada manafaatnya.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Dianogsis dan rawatan

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia. Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Mengenal pasti demam denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Demam berterusan
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata
  4. Ruam atau bintik merah pada kulit
  5. Pendarahan di bawah kulit dan pada hidung serta gusi
  6. Sakit kepala berdenyut-denyut
  7. Hilang selera makan
  8. Muntah-muntah
  9. Sakit perut
  10. Gatal-gatal pada badan
  11. Sakit pinggang
  12. Rasa pahit pada lidah

Petua yang boleh diamalkan untuk meredakan demam denggi:

  1. Banyakkan minum air, boleh cuba 100+ tanpa gas (untuk elakkan gastrik)
  2. Minum sup ketam
  3. Minum jus pegaga/daun betik atau tembikai (orang kata ler...)
  4. Makan buah jambu batu (info from Rahimi)

U T A M A K A N K E S I H A T A N


1 ulasan:

  1. w?salam, I dah rasa pengalaman tersebut 1997 lagi ,memang seksa dan pernah jatuh terselepok waktu nak minum air tengah malam ,tak rasa apa kaki tu ,then masok HKL selama seminggu macam u rasa lah...oooo terseksa yek

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...