PAGE

Ahad, Mac 15, 2009

Glukoma tiada penawar

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Pandangan mereka yang mengalami glukoma.

Rawatan diberi hanya titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat bertujuan mengelak kebutaan

KEBANYAKAN faktor penyakit sering dikaitkan dengan sejarah kesihatan keluarga. Bagaimanapun, di negara ini dan di kebanyakan negara Asia, sejarah perubatan keluarga ada kalanya tidak lengkap.

Sejarah perubatan mengenai masalah mata misalnya, jarang diberi perhatian apabila ramai yang tidak tahu mereka berisiko diserang glukoma kerana tiada anggota keluarga sebelum ini mendapat rawatan.

Berbeza dengan katarak, glukoma adalah penyakit yang diwarisi dan boleh terjadi kepada mereka yang mengalami trauma pada mata. Paling utama, tiada ubat untuk glukoma dan ia boleh menyebabkan buta.

Glukoma penyakit yang progresif. Biasanya seseorang itu hanya menyedari mengalaminya selepas penyakit itu pada tahap akhir. Pada waktu itu, tidak banyak yang boleh dibantu kerana saraf matanya sudah rosak dan tidak boleh dipulihkan.

Jika katarak boleh sembuh dengan pembedahan, tetapi tidak pada glukoma. Glukoma hanya boleh dirawat tetapi tidak akan sembuh. Walaupun pembedahan boleh dilakukan tetapi ia tidak banyak membantu.

Mata yang mengalami glukoma.

Pakar Runding Optalmologi, Pusat Pakar Mata Vista, Dr Shamala Ganesan, berkata ramai orang tidak menyedari mereka berhadapan dengan glukoma.

“Glukoma selalu dirujuk sebagai pencuri senyap kerana kerap kalinya tekanan di dalam mata menjejaskan penglihatan tanpa simptom yang jelas. Glukoma bukan satu entiti penyakit tetapi sekumpulan masalah mata yang secara perlahan-lahan menjejaskan penglihatan.

“Akhirnya, tanpa rawatan, glukoma boleh menyebabkan buta berikutan kerosakan pada saraf optik,” katanya.

Dr Shamalam berkata, glukoma menyebabkan saraf optik di belakang mata rosak perlahan-lahan. Bagi kebanyakan orang, peningkatan tekanan dalam mata menjadi punca dan menyebabkan sekatan pada pusingan cecair (aqueous) dalam mata.

Bagi pesakit lain pula, kerosakan itu mungkin berpunca daripada kekurangan bekalan darah kepada saraf fiber optik utama, kelemahan pada struktur saraf atau masalah pada saraf fiber itu sendiri.

Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 4.5 juta orang di seluruh dunia menjadi buta disebabkan glukoma dan angka ini dijangka meningkat kepada 11.2 juta pada 2020.

Namun, angka ini disifatkan sebagai tidak tepat kerana di seluruh pelusuk dunia, terutama di negara miskin, tidak ramai yang tahu dan tampil untuk membuat pemeriksaan mata atau menerima rawatan untuk glukoma.

Dianggarkan 60.5 juta orang akan mengalami glukoma pada 2010, dengan jumlah warga tua yang meningkat. Glukoma dijangka menyerang 80 juta orang pada 2020.

Dr Shamala berkata, glukoma progres sifatnya, hampir 50 peratus mereka yang didiagnos dengan glukoma tidak pernah menyedari simptom yang dialami. Biasanya, glukoma dikesan pada usia 50 tahun ke atas.

Di Malaysia, glukoma yang paling biasa adalah jenis glukoma terbuka. Glukoma jenis ini dikaitkan dengan peningkatan tekanan cecair di dalam mata. Ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saraf optik dan akhirnya buta.

Setakat ini, tiada ubat untuk glukoma tetapi pemeriksaan awal terutama bagi mereka yang lahir dalam keluarga yang mengalami glukoma boleh dilakukan pada usia 30 tahun ke atas.

Oleh kerana tiada ubat menyembuhkannya, rawatan yang diberi hanyalah titisan ubat mata yang perlu digunakan sepanjang hayat. Ia bertujuan mengelak kebutaan. Namun, prekripsi ubat-ubatan banyak bergantung pada keadaan pesakit itu.

Jenis-jenis glukoma:

  • Glukoma utama
    • Glukoma sempit (narrow angle glaucoma)
    • Glukoma terbuka (primary open angle glukoma - POAG
    • Glukoma tekanan normal (normal pressure glaucoma)


  • Glukoma sekunder
    • Glukoma pseudoexfoliative (glukoma yang disebabkan sindrom gangguan berkaitan penuaan)
    • Glukoma pigmentary (glukoma yang disebabkan pengumpulan pigmen iris berlebihan)
    • Glukoma yang disebabkan trauma
    • Glukoma neovaskular (berikutan komplikasi masalah diabetes misalnya)
    • Glukoma konjenital (di kalangan bayi dan dikesan sejak lahir)


Siapa yang berisiko alami glukoma
  • Mereka yang berusia 50 tahun ke atas
  • Sejarah keluarga dengan glukoma
  • Merokok
  • Trauma pada mata
  • Mereka yang menderitai diabetes, tekanan darah tinggi
  • Rabun jauh


  • Simptom:

  • Glukoma terbuka
    • Lihat penglihatan perlahan-lahan (peripheral) selalunya membabitkan kedu*a-dua mata
    • Penglihatan sehala seakan terowong pada tahap yang teruk (tunnel vision)


  • Glukoma sempit
    • Sakit mata yang serius
    • Muntah dan pening diikuti dengan sakit mata
    • Penglihatan kabur
    • Mata merah

Sumber : BHarian 2009/03/15

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saya hamidah@mid. Saya ingin berkongsi kisah abah saya yg menghidap glaucoma.
    Abah dikesan menghidap glaucoma masa umur abah 72 tahun.

    Masa tu dr cakap dah takde harapan, sbb saraf mata abah dah mati.

    Tapi Allah maha berkuasa doa kami dimakbulkan. Mata abah semakin jelas dan yg mengejutkan bacaan glaucoma mata abah turun dr 8 ke 4 setelah abah minum vivix.

    Syukur alhamdulillah skrg abh dah bole tengok tv, betulkan bumbung, jalan sendiri dan lebih sihat dr dulu.

    Stp penyakit ada penawar cuma tak jumpa lagi. Skrg saya dah jumpa penawarnya. Kajian saintifik juga telah menunjukkan resveratrol dlm vivix boleh menghidupkan kembali sel diata.Jika ada sesiapa yg sdg mencari penawar glaucoma hubungi saya @0163385790.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...