PAGE

Jumaat, April 24, 2009

Remaja hamba seks bapa, abang

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin [bhnews@bharian.com.my]

Mangsa mengadu kepada Bahagian Kaunseling sekolah pernah diliwat suspek

GEORGETOWN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah yang dialami remaja berusia 13 tahun yang menjadi hamba seks bapa dan dua abang kandungnya sejak berusia sembilan tahun.

Selain menjadikan rumah mereka di Kubang Semang, Bukit Mertajam tempat melepaskan nafsu, mangsa pernah dirogol dalam hutan. Lebih menyedihkan, dia bukan saja dirogol, malah pernah diliwat bapa dan abang yang sepatutnya melindungi keselamatannya.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tuanku Said, berkata penderitaan remaja itu terbongkar apabila dia mengadu kepada Bahagian Kaunseling sekolahnya. Berikutan itu, pihak sekolah membuat laporan polis, kelmarin.

"Polis menahan bapa mangsa berusia 42 tahun dan abangnya berumur 15 tahun bagi membantu siasatan. Polis sedang mengesan seorang lagi abang mangsa yang berusia 17 tahun," katanya di sini, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : BHarian 2009/04/24

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...