Oleh: LAMANSERi MAYAPERSADA dan amalan Asmaul Husna dari Adiniah.com
Salam,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Quran adalah sebagai berikut: “Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.” (Surah al-Anfal, ayat 2)
“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 41)
“...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)
Firman Allah SWT lagi, “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah Al-A'raf, ayat 180)
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah.” Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Ra'd, ayat 28)
Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam golongan orang-orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.
Jika membaca ‘Ya Allah’ sebanyak 5000 kali setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk lagi merendahkan diri kepada Allah, insyaAllah apa yang kita inginkan dan hajatkan akan terkabul dan berhasil.
Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Allah’ tiap-tiap hari 5000 kali, insyaAllah, datang kepadanya rezeki daripada tiap-tiap pihak.
Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Allah’ tiap-tiap lepas sembayang fardhu 66 kali sampai 66 hari, insyaAllah jadi baginya sebutan yang besar dan kebaikan yang banyak pada ilmu duniawi dan ukhrawi. Adalah lebih baik pula diamalkan terus pada setiap hari.
Barang siapa berzikir dengan sebutan lafaz ‘Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari 1000 kali, insyaAllah diberi ia kesempurnaan yakin.
Barang siapa berzikir dengan sebutan lafaz ‘Ya Allah Ya Haiyu’ pada setiap hari Jumaat sebelum sembahyang Jumaat dengan suci daripada hadas dan najis dan hadir hati (khusyuk) 100 kali, insyaAllah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.
Di bawah ini dititipkan nama-nama Allah bersama maksudnya untuk sama-sama kita ingati sebagai ulangkaji. Semoga akan lahir keinsafan di hati kita apabila kita mengingati kebesaran Allah.
01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah
- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Rahman’ tiap-tiap hari 100 kali tiap-tiap selepas sembahyang 5 waktu, insyaAllah keluar dari hatinya lupa dan lalai dengan izin Allah Ta’ala.
- Barang siapa yang mengulangi menyebut ‘Ya Rahman’ 100 kali setiap kali selepas sembahyang fardhu, insyaAllah akan memperoleh ingatan yang baik, kesedaran yang mendalam, memiliki hati yang bersih dan mudah hati.
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Rahiim’ tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah dijadikan hatinya lembut dan kasih sayang akan makhluk.
- Barang siapa takut jatuh kepada sesuatu yang dibencinya akan dia, lalu berzikir dengan membaca ‘Ya Rahmannu-Ya Rahiim’ 100 kali, insyaAllah diamankan ia daripada kejahatan barang yang dibencinya itu.
- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini 100 kali selepas sembahyang subuh, insyaAllah akan mendapati setiap orang berbaik hati, mesra dengannya dan suka menolong bila dalam kesusahan.
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Malik’ pada setiap masa akan dihormati, disegani dan menerima layanan yang wajar daripada orang lain.
- Barang siapa berzikir dengan menyebut nama ‘Ya Malik’ tiap-tiap hari kemudian daripada fajar atau ketika gelincir matahari sebenyak 121 kali, insyaAllah dikayakan akan dia dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah baginya.
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci
- Barang siapa berzikir dengan membaca ‘Ya Quddus’ tiap-tiap hari ketika gelincir matahari 100 kali, insyaAllah menjadi bersih hatinya dari rasa sombong, rakus, dengki, iri hati, dendam dan seumpamanya.
- Barang siapa berzikir dengannya 1000 kali, insyaAllah diselamatkan dia dari bala bencana.
- Hati siapa yang mengulangi menyebut nama ini 100 kali setiap hari, insyaAllah akan terlepas dari segala kebimbangan dan kecemasan.
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ini sebanyak 160 kali kepada orang yang sedang sakit, insyaAllah akan dapat menolong pesakit itu sembuh.
- Apabila dibacakan akan dia di kepala orang yang sakit dengan nama ‘Ya Salaam’ sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara nyaring sekira-kira didengar oleh orang yang sakit itu dan dengan mengangkat dua tangan, insyaAllah disembuhkan akan dia dengan kurnia Allah selama tidak hadir ajalnya atau dikurangkan daripada sakit itu.
- Barang siapa membaca ‘Salaam Mualaika Aiyuhan Nabiyu Warrahmatullah Hiwabarakatuh’ tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, insyaAllah tidak berasa ia akan sakaratulmaut (kesukaran menghadapi maut yang akan berpisah dari badan) dan menjadi mudah perkerjaan tidak jatuh ia pada kepayahan dengan izin Allah.
- Barang siapa membaca pada musim penyakit melanda dengan bacaan Salaam Kau min Rabbir Rahim’ tiap-tiap hari sebanyak 28 kali, insyaAllah selamat ia daripada penyakit itu.
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
- Barang siapa mengulangi menyebut ‘Ya Mukmin’ ini, insyaAllah akan terselamat dari sebarang bencana.
- Apabila berzikir dengan nama ini oleh orang yang dapat takut dari sesuatu dengan membaca 136 kali, insyaAllah aman dia, dirinya dan hartanya daripada perkara yang ditakutinya itu.
- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang aman, insyaAllah bertambah-tambah imannya.
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
- Barang siapa yang menyebut berulangan ‘Ya Muhaimin’ dan selalu membersihkan diri dengan wuduk, insyaAllah keadaan batin dan jiwanya akan selalu disinari cahaya (bersinar/terang).
- Barang siapa berzikir dengan nama ini 100 kali kemudian daripada mandi dan sembahyang 2 rakaat serta hadir hati berhadap bagi Allah, insyaAllah dibersihkan zahirnya dan batinnya dan tetap nur di dalam hatinya.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia kemudian daripada sembahyang Isyak 145 kali, insyaAllah kuat hafaznya dan ingatannya menjadi baik.
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
- Barang siapa yang mengulangi menyebut nama ‘Ya `Aziz’ ini 40 kali selepas sembahyang Subuh selama 40 hari berturut-turut, insyaAllah akan terlepas daripada pergantungan pada orang lain.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini 40 kali selama 40 hari dan yang terlebih baik kemudian daripada sembahyang Subuh, insyaAllah dikayakan dan di muliakan akan dia dan tidak dihajatkan akan dia kepada seseorang daripada makhlukNya.
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
- Barang siapa yang mengulangi nama ‘Ya Jabbaar’ maka terpelihara ia daripada membuat sesuatu yang bertentangan dengan larangan Allah dan terselamat dari kejahatan, kekerasan, kesulitan atau paksaan.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Jabbaar’ dalam amal ibadat sehari-hari sebanyak 206 kali atau 260 kali pagi dan petang, insyaAllah tidak kuasa segala orang zalim mahu menzaliminya dan jika mereka itu perbuat juga akan dia, Allah balaskan seksa baginya.
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
- Barang siapa yang mengulangi menyebut ‘Ya Mutakabbiir’ sebelum menyetubuhi isterinya, insyaAllah akan mengurniakan anak yang sihat dan soleh.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mutakabbiir’ tiap-tiap hari 662 kali, insyaAllah tunduk baginya segala orang-orang yang takbur dan lulus kelemahan pada mereka itu.
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
- Barang siapa yang berulang kali menyebut “Ya Khaaliq`’ ini pada waktu tengah malam, insyaAllah Allah akan mengirimkan malaikat yang menbantunya hidup di jalan yang benar sehingga hari penghakiman. Dengan bantuaan malaikat, mereka sentiasa di atas kebaikan.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Khaaliq`’ waktu tengah malam 731 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan dirinya.
- Barang siapa kehilangan harta atau lama ditinggalkan oleh kekasih, maka berzikir dia dengan ‘Ya Khaaliq`’ 5000 kali, insyaAllah datang dia dengan perintah Allah.
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baari`’ siang malam, 7 hari berturut-turut, tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah selamat ia daripada kebinasaan dan tidak mendapat takut ia di dalam kuburnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia pada malam hari 7 malam berturut-turut, tiap-tiap malam 100 kali, insyaAllah dijadikan sembuh segala penyakit dalam tangannya atau yang dihadapinya.
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti disebutnya ‘Ya Musawwir’ tiap-tiap hari 336 kali atau lebih, insyaAllah menjadi baik segala apa yang dikerjakannya atau diperbuatkan.
- Apabila berzikir dengannya oleh perempuan yang tidak mahu beranak 7 hari berturut-turut puasa dan tiap-tiap hari waktu maghrib sebelum berbuka, berzikir dengan dia 21 kali dan selalu buka puasa dengan minum air, 7 hari itu jangan banyak makan, insyaAllah dirupakan anak dalam rahimnya, dan demikian pula suaminya puasa 3 hari dan berzikir dengan dia waktu hendak berbuka dengan air 21 kali ditiupkan pada air itu dan selalu diminum.
- Barang siapa bertempat pada tempat tidurnya lalu berzikir dengannya 10 kali sebelum membuka aurat dan sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah diberi rezeki akan dia anak yang soleh dengan izin Allah.
- Jika seseorang perempuan yang bakal melahirkan anak, ingin mengelak dari mengalami kesusahan bersalin, berpuasalah 7 hari, dan setiap hari ketika berbuka puasa ia membaca ketiga-tiga Nama ‘Ya Khaaliq’, ‘Ya Baari’ dan ‘Ya Musawwir’ ini sebanyak 21 kali. Hembuskanlah nafas ke dalam segelas air, dan kemudian bukalah puasa dengan air tersebut. Allah akan menolong melahirkan anak tersebut.
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Ghaffaar’, insyaAllah akan diampunkan segala kesalahan dan dosanya oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya ‘Ya Ghaffaar’ mengiringi sembahyang Jumaat sebanyak 100 kali, insyaAllah zahir baginya bekas keampunan.
- Berkata sesetengah ulama salaf (satu daripada dua golongan Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah iaitu golongan ulama-ulama yang hidup jangka masa 300 tahun sesudah Hijrah) seperti katanya. Barang siapa ingin banyak mempunyai harta dan anak, dan diberi berkat pada rezekinya, maka hendaklah membaca ia pada tiap-tiap hari; ‘Astagfirullah Innahu Kana Ghaffaaran’ sebanyak 70 kali, insyaAllah dikabulkan barang yang diingininya itu.
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Qahhaar’ tiap-tiap hari dan malam 306 kali atau lebih, insyaAllah keluar dari hatinya cintakan dunia dan kebesaran barang yang lain daripada Allah dan zahir baginya pertolongan atas musuhnya.
- Barang siapa ada baginya hajat lalu berzikir dengan dia 100 kali di dalam rumahnya atau di dalam masjid dan mengangkat akan dua tangannya dan membuka ia akan kepalanya, insyaAllah ditunaikan hajatnya.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, insyaAllah akan berjiwa besar dan akan menikmati perasaan yang aman damai.
- Nama ini juga jika dibaca berulang kali, insyaAllah akan terhindar dia daripada membuat kejahatan.
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Wahhaab’ tiap-tiap hari atau tiap-tiap lepas sembahyang 300 kali atau lebih, insyaAllah hasil baginya kekayaan, kebesaran, kabul dan hebat.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia pada akhir sujud dhuha 40 kali, insyaAllah dimudahkan baginya kekayaan, hebat dan kabul kepada Allah.
- Barang siapa yang menyebut berulangan nama ini sebanyak 7 kali semasa memohon sesuatu daripada Allah,insyaAllah permohonannya akan dimakbulkan.
- Sesiapa yang berkeinginan atau seseorang yang ditawan oleh musuh atau sesiapa yang tiada memperoleh rezeki yang cukup untuk hidup, sekiranya ia menyebut Nama ini sebanyak 100 kali setiap selepas sembahyang sunat dua rakaat pada tengah malam selama 3 atau 7 malam berturut, dengan hati yang suci,insyaAllah berkenan menunaikan permintaannya.
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya 10 kali ‘Ya Razzaaq’ dahulu daripada sembahyang subuh berdiri di sebelah kanan rumah dengan mengadap kiblat dan kemudian berpindah ke sebelah kiri rumah dengan mengadap kiblat dan bacalah ‘Ya Razzaaq’ 10 kali, kemudian berdirilah maju ke depan dan baca lagi lafaz itu sebanyak 10 kali sambil mengadap kiblat, dan yang terakhir mundur semula ke belakang berdiri mengadap kiblat dan baca lagi lafaz “Ya Razzaaq’ 10 kali, insyaAllah luas rezekinya dan rezeki datang tidak disangka-sangka.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap-tiap hari 308 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya kepada raja-raja dan pemerintah. Dan jika menghendaki akan yang demikian itu, maka berhentilah berbetulkan orang yang dituntut dan berzikir dengan dia 17 kali, insyaAllah ditunaikan hayatnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia kefahaman yang mendalam dan sempurna dalam sesuatu perkara.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, insyaAllah akan dibekalkan kelancaran usahanya oleh Allah.
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
- Barang siapa yang berulang kali menyebut nama ini, InsyaAllah hatinya akan sentiasa terbuka dan diberi kemenangan oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Fattah’ tiap-tiap lepas sembahyang subuh 71 kali, dan di tangannya dihantar di atas dada, insyaAllah bersih dan bercahaya hatinya dan mudah pekerjaannya dan keluar cinta dunia daripada hatinya.
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
- Barang siapa yang berulang kali menyebut Nama ini, insyaAllah hatinya akan disinari cahaya Nur yang suci.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aliim’ ia akan mendapat ilmu makrifat, kasyaf (ertinya terbuka. Ia dimaksudkan terbuka atau nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata oleh dua mata. Misalnya, diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w nampak mayat Najasyi yang bernama Raja Asyahamah diperlihatkan Allah kepada baginda. Nabi pun sembahyang ghaib ke atas raja itu) dan iman yang sempurna.
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
- Barang siapa yang menulis Nama ini di atas 50 jenis makanan (buah-buahan, roti dan lain-lain) selama 40 hari, insyaAllah akan terlepas dari kelaparan atau sakit.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Qaabidh’ 1000 kali dengan niat menegahkan orang zalim daripada menzalimi akan dia atau daripada menzalimi akan orang lain, insyaAllah tidak kuasa mereka itu atasnya pada malam dan hari itu sekalipun mereka itu berbuat begitu.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah bertambah-tambah hampir ia kepada Allah.
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
- Barang siapa berulang kali menyebut nama ini 10 kali waktu fajar dengan menadah tangan kemudian meraup mukanya, insyaAllah akan dapat berdiri sendiri – berdikari – tanpa menggantungkan diri pada orang lain.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baasit’ kemudian daripada sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat) 10 kali, insyaAllah diluaskan rezekinya dan ilmunya.
- Barang siapa berzikir dengan dia 300 kali atau lebih dengan mengangkat dua tangan ke langit kemudian disapukan ke dua-dua tangan itu ke muka, insyaAllah dibukakan baginya satu pintu daripada segala pintu kekayaan.
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Khaafidh’ 500 kali dengan niat minta tunaikan hajat, insyaAllah ditunaikan hajatnya.
- Barang siapa berzikir dengan Dia 1000 kali, insyaAllah aman ia daripada segala musuh.
- Barang siapa yang berpuasa selama 3 hari dan pada hari keempat membaca nama ini sebanyak 70 000 kali, nescaya Allah akan menghindarkan mereka dari bencana atau musuh.
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Raafik’ tiap-tiap hari atau malam 70 kali, insyaAllah tiada disampai kepadanya orang-orang zalim dan pencuri.
- Barang siapa berzikir dengan Dia 70 kali ketika datang orang-orang zalim, insyaAllah hasil baginya aman daripadanya.
- Barang siapa berzikir dengan Dia 100 kali atau 40 kali pada tiap-tiap malam Isnin atau malam Jumaat kemudian daripada Maghrib dan Isyak, insyaAllah menjadi hebat ia diatara makhluk.
- Barang siapa yang membaca nama ini 100 kali sehari semalam, Allah akan meninggikan darjat dan kemuliaannya, kekayaan dan jasanya.
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Mu`izz’ 140 kali selepas sembahyang isyak pada tiap-tiap malam Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan memberinya kemuliaan pada pandangan orang lain. Orang itu tidak akan takut kepada sesiapa melainkan Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mu`izz’ tiap tiap malam Jumaat atau malam Isnin kemudian daripada maghrib 140 kali, InsyaAllah berhasil baginya hebat (kehebatan) dalam hati makhluk semacam hebat harimau di hati binatang-binatang hutan dan jadilah ia tiada takut melainkan kepada Allah Taala.
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
- Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 75 kali, insyaAllah akan dijauhkan Allah ia dari bencana dan orang-orang yang ingin membinasakannya.
- Barang siapa baginya harta yang dihutangi oleh orang yang liat membayarnya, maka hendaklah ia berzikir dengan dia siang dan malam, insyaAllah diinsafkan akan dia baginya membayar.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mudzill’ ketika dalam ketakutan 75 kali, kemudian ia sembahyang dan dalam sujud disebutnya nama yang ditakuti itu seperti dikatanya, ‘Allahuma Aaminnii Min’ (sebutkan namanya), ‘Allahuma Akfinii Syarrahu’ (ertinya Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatannya) sekali sama ada yang ditakuti itu orang zalim, jahat, harimau dan sebagainya, insyaAllah aman ia daripadanya.
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
- Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali dan membisu kepada sesiapa pada hari Khamis selepas menunaikan sembahyang zuhur, insyaAllah Allah akan kurniakan segala hajatnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari siang dan malam, insyaAllah disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Samiik’ 500 kali kemudian daripada sembahyang dhuha pagi-pagi hari Khamis dan lalu berdoa ia akan Allah dan menyebut ia akan hajatnya, insyaAllah diperkenankan doanya dan ditunaikan hajatnya dan jadilah ia mustajab doa.
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
- Barang siapa yang membaca Nama ini sebanyak 100 kali di antara sembahyang sunat pertama dan sembahyang fardhu Jumaat, insyaAllah Allah akan memberikannya kemuliaan pada pandangan orang lain terhadapnya.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya, ‘Ya Basiir’ dahulu daripada sembahyang Jumaat atau kemudian daripadanya 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi taufik dan dia bagi perkataan dan amal yang soleh.
- Barang siapa berzikir dengan dia 100 kali antara sembahyang sunat subuh dan fardhunya hari Jumaat, insyaAllah mendapat ia akan afiat Allah.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap-tiap hari dan malam, insyaAllah disembuhkan ia daripada daif penglihatan matanya.
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hakam’ lepas tengah malam dengan bersuci daripada hadas dan najis dan hadir hati 68 kali, insyaAllah dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmat.
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali pada malam hari, insyaAllah banyak rahsia akan diberikan Allah kepadanya.
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
- Pada malam Jumaat, jika anda menulis Nama ini di atas sekeping roti, insyaAllah orang ramai akan mengikut fikiran atau pandangan anda.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Adl’ tiap-tiap lepas sembahyang, 104 kali, insyaAllah hasil baginya mashyur dan banyak keadilan dan tertarik kepadanya segala hati manusia.
- Barang siapa menulis akan dia atas 20 suap dari roti pada hari atau malam Jumaat dan dimakannya akan dia, insyaAllah ditundukkan baginya segala makhluk.
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
- Barang siapa yang jatuh miskin dan tinggal keseorangan, jika ia membaca atau menyebut Nama ini 100 kali selepas sembahyang sunat dua rakaat, insyaAllah maka kehendaknya akan dipenuhi Allah.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini setiap siang ataupun malam sebanyak 129 kali, kemudian melanjutkan membaca ayat Al-Quran sebagai berikut : Allahu Lathiifun Bi’ – ibaadihi Yarzuqu May Yasyaa-u Wahuwal Qawiyyul `Aziz ‘ sebanyak 9 kali, lalu melanjutkan doa seperti berikut : Alaahumma Inni Asp-Aluka Yaa Lathiifu-Yaa Lathiifu, Yaa Inni As-Aluka Antakthufa Bii, Min Khafiyyin, Khafiyyin, Khafiyyin Luthfikal Khafiyyil Khafiyyii, Alladzii Idzaa Lathofa Bihii Li-Ahadin Min Khalqikabaqiya, Innakan Qulta Wa Qaulukai Haqqu’.
Allahu Lathiifun Bi’ibadihi, Yazuqu Man Yasyaa-U-Wahuwal Qawiyyul`Aziiz.
Washalla-llahu `Alaa Sayyidinna Muhammadin Wa’alaa Aalihi Washahbihi Wasallam, Wal Hamdu Lillaahi Rabbi’ `Aalamiin.
Dengan cara demikian, diamalkan setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh taufik dan hidayat daripada Allah, dan Allah berkenan memenuhi hajat kita dan kita akan memperoleh rezeki yang baik dan bagus atas rahmat Allah dan berkat Nama itu.
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatakannya ‘Ya Khabiir’ 7 hari, tiap-tiap hari 812 kali, insyaAllah akan datang kepadanya rohaniah dengan segala khabar yang dikehendaki. Apabila ia mengkehendaki akan melihat sesuatu, maka hendaklah ia membaca firman Allah, ‘Alaa Yallamu Man Khalaqa, Wahuwal Lathiful Khabiir’ 9 kali ketika hendak tidur, insyaAllah ia akan bermimpi ia melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya itu.
- Barang siapa disakiti oleh seseorang, maka hendaklah ia membanyakkan berzikir dengan nama ini, insyaAllah bebas ia daripadanya.
- Barang siapa mempunyai kebiasaan atau tabiat yang tidak disenangi, apabila terus menyebut nama ini, insyaAllah akan hilang kebiasaan tersebut.
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
- Jika seseorang menulis Nama ini diatas sekeping kertas, dan meletakkan di tempat benih ditanam, insyaAllah tidak ada kerosakkan dan bencana yang akan menimpa tanamannya.
- Apabila mengekali oleh seseorang / pemimpin berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Haliim’ tiap-tiap lepas sembahyang 88 kali, insyaAllah tetap ia dalam pangkat / kedudukannya.
- Barang siapa menulis akan dia 41 kali pada kertas dan dihapusnya akan dia dengan air mawar, dan jika tiada, maka dengan air biasa, dan disapukan dengan air itu akan barang-barang pencariannya atau alatnya, insyaAllah zahir padanya berkat, atau disiramkan air itu akan perhumaan (kawasan pertanian), insyaAllah aman daripada segala kejahatan.
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung
- Barang siapa yang membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya ‘Aziim’ berulang kali, insyaAllah akan dimuliakan.
- Apabila berzikir dengannya oleh orang yang takut daripada syaitan atau takut daripada sultan seperti dibacakannya, ‘Ya ‘Aziim’, 12 kali dan ditiupkannya akan dia atas dirinya, insyaAllah aman ia daripadanya.
- Barang siapa berzikir 7000 kali tiap-tiap hari dan tiap-tiap malam sampai satu bulan, insyaAllah menjadi besar kadarnya dan datang kepadanya kelebihan yang banyak, dari segi kemuliaan, kedudukan dan kesenangan dunia.
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
- Barang siapa yang pening kepala, demam dan berputus asa, dan berulang kali membaca nama ini, insyaAllah akan sembuh penyakitnya.
- Barang siapa menulis akan dia atas orang sakit demam dan seumpamanya 3 kali, insyaAllah sembuh ia.
- Sesiapa yang berusaha mengamalkan membaca ‘Ya Ghafuur’ sebanyak mungkin setiap hari, insyaAllah doa dan permohonan kita dikabulkan.
- Apabila kita dalam keadaan mengalami kesulitan dan kesukaran, maka baca saja ‘Ya Ghafuur’ sebanyak 7000 kali setiap malam, insyaAllah kesulitan dan kesukaran itu akan pergi daripada kita.
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
- Apabila menulis akan dia 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau lelah (penat) badan atau daif mata dan dihapusnya akan dia dengan air dan disapukannya air itu kepada badannya atau matanya dan juga diminum akan dia, insyaAllah mendapat ia berkat dari yang demikian itu.
- Jika mata seseorang kurang terang, hendaklah tulis ‘Ya Syakuur’ 40 kali (dengan huruf jawi) di atas kertas putih. Sesudah itu kertas putih yang ditulis itu direndamkan di dalam air dan air itu dibuat sapu mata. Lakukan setiap hari sehingga berhasil, insyaAllah akan terang kembali mata orang itu semula.
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
- Barang siapa menulis akan dia 110 kali dan digantungkan akan dia atas anak-anak kecil, insyaAllah ditunjukkan akalnya kepada kebaikan, atau digantungkan atas orang fakir miskin, insyaAllah akan mendapat kesenangan.
- Barang siapa yang nasibnya kurang baik, apabila membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah nasibnya akan terbela, matlamat hidupnya akan cerah, pengembara pula akan selamat tiba ke kampung halamannya.
- Jika seseorang menulis dengan huruf jawi/arab ‘Ya Aliy’ sebanyak 110 kali di kertas putih dan direndamkan ke dalam air yang dingin, kemudian air itu diminumkan pada anak kecil yang tumpul otaknya setiap pagi, insyaAllah akan terkabul hasrat untuk mencerdaskan otak anak itu.
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatakannya ‘Ya Kabiir’ setiap lepas sembahyang fardhu 232 kali, insyaAllah terbuka pintu ilmu dan makrifat baginya dan jika ia ada terhutang, insyaAllah terbayar hutangnya.
- Jika berzikir dengan Nama ini oleh orang yang dicabut atau dilucut daripada pangkatnya 7 hari berturut-turut dan setiap dikembalikan ia kepada pangkatnya itu.
- Barang siapa yang membaca Nama ini dengan bacaan ‘Ya Kabiir’ sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah akan beroleh penghormatan.
- Bagi seseorang penuntut yang sedang belajar atau menuntut ilmu yang mengharapkan agar berhasil dan lulus dalam ujiannya, amalkanlah membaca ‘Ya Kabiir’ 232 kali setiap selepas sembahyang fardhu, insyaAllah akan berhasil hasratnya itu.
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
- Barang siapa yang membaca nama ini sebanyak 16 kali setiap hari, insyaAllah akan dijauhi Allah daripada sebarang kecelakaan.
- Barang siapa berzikir dengan sebutan ‘Ya Hafiiz’ atau dituliskannya 998 kali dan ditanggung oleh dia, insyaAllah terpelihara ia daripada bahaya sekalipun ia tidur di tempat adanya harimau atau haiwan liar.
- Apabila seseorang ditimpa bahaya atau berada di dalam hutan belantara yang banyak terdapat binatang buas, bacalah ‘Ya Hafiiz’ 99 kali, insyaAllah diselamatkan Allah daripada bahaya binatang buas berkat penjagaan Allah.
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
- Jika seseorang mempunyai anak yang berperangai tidak baik, baca nama ini berulang kali dalam segelas air, dan memberi si anak minum air itu, insyaAllah anak itu akan berubah dan berperangai baik.
- Apabila seseorang berpuasa yang merasa sangat kelaparan, menulis akan dia atau membaca sebanyak 41 kali atau 550 kali atas tanah dan dibasahi akan dia dengan air kemudian diciuminya akan dia, insyaAllah dikuatkan ia atas menahan lapar itu.
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
- Jika barang siapa yang berasa takut harta bendanya kecurian, takutkan hasad dengki orang terhadapnya atau dipersalahkan atau disakiti, bacalah nama ini 70 kali mulai hari Khamis malam dan siang selama tujuh malam. Pada kali ke 71, sebutlah : Allah adalah penjaminku (Habiyallah-ul-Hasib) dan ia kelak insyaAllah akan terlepas dari ketakutan-ketakutan tersebut.
- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Hasiib’ oleh orang yang takut dikalahkan oleh kawan-kawan atau kerabatnya. Pagi-pagi dahulu daripada terbit matahari dan petang kemudian daripada maghrib 77 kali, sampai 7 hari, insyaAllah diamankan ia daripada barang yang ditakutinya itu dan permulaan berzikir itu pada hari Khamis.
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Jaliil’ dan dikekalkan pada setiap hari dan malam dengan membaca 73 kali ditanggung akan dia, insyaAllah atau ditulisnya Nama ini dengan kasturi dan kunyit, danmenjadi hebat dan besar perubahan dalam hidupnya.
- kemudian Barang siapa yang menulis ‘Ya Jaliil’ di atas sekeping kertas dengan kasturi dan kunyit, daripada tanah, insyaAllah menyucikannya dan meminum air itu dengan suatu bekas yang diperbuatakan dihormati oleh semua orang.
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Kariim’ tiap-tiap hendak tidur 270 kali atau lebih, insyaAllah berhasil baginya kemurahan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat.
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
- Barang siapa yang membaca berulang kali Nama ini sebanyak 7 kali, keluarga dan harta bendanya, insyaAllah semua akan dijagai oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Raqiib’ 50 kali dengan niat minta pelihara akan barang yang ghaib daripadanya, insyaAllah terpelihara ia.
- Apabila berzikir dengan dia oleh orang yang kehilangan sesuatu, tiap-tiap lepas sembahyang 312 kali, insyaAllah dikembalikan barang yang hilang itu atau segera digantikan.
- Barang siapa hendak bermusafir / perjalanan jauh, dan takut ia atas anak isterinya daripada melakukan kejahatan, maka meletak ia akan tangannya atas leher isteri dengan membaca ‘Ya Raqiib’ 7 kali sekalipun berzikir / membaca itu dengan hati, insyaAllah terpelihara ia daripadanya.
- Barang siapa takut akan anak yang didalam perut ibunya daripada gugur kandungannya, maka membaca ia akan ‘Ya Raqiib’ 7 kali, insyaAllah anak itu tiada gugur.
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
- Barang siapa yang membaca nama ini berulang kali dan memohon sesuatu daripadaNya, insyaAllah nescaya akan diterima Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Mujiib’ 55 kali lalu berdoa terutama ketika terbit matahari, insyaAllah dikabulkan doanya.
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
- Barang siapa yang mengalami kesulitan mencari rezeki yang halal, bacalah Nama ini selalu, nescaya rezekinya akan murah.
- Barang siapa mengamalkan berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Waasik’ tiap-tiap hari dan malam 127 kali, insyaAllah hasil baginya keluasan dan kelepasan daripada kehinaan dan selamat daripada iri hati, dengki dan loba dan mendapat ia akan qana’ah.
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
- Barang siapa yang berulang kali membaca Nama ini, tak henti-henti dari masa ke masa, insyaAllah tidak akan menemui kesulitan dalam setiap pekerjaannya.
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Hakiim’ pada setiap hari dan malam sekurang-kurangnya 300 kali, insyaAllah dibukakan baginya pintu hikmat dan dipalingkan daripadanya segala yang memberi mudarat akan dirinya.
- Bagi seseorang penuntut / pelajar yang menuntut ilmu, sekiranya diamalkan berzikir dengan membaca ‘Ya Hakiim’ 300 kali pada setiap hari di waktu pagi dan petang, insyaAllah beroleh kejayaan dalam perjuangannya itu dan terhindar dari mara bahaya.
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
- Jika terjadi perbalahan di antara du aorang, dan seorang daripadanya menyebut nama ini sebanyak 1000 kali kepada makanan dan membiarkan musuhnya itu memakannya, insyaAllah maka tidak akan berlaku lagi salah faham di antara mereka berdua.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waduud’ tiap-tiap hari 1000 kali, insyaAllah diperbaiki oleh Allah baginya segala halnya daripada pekerjaan dunia dan akhirat.
- Barang siapa berzikir dengan dia 1000 kali atas makanan dan dimakannya akan dia serta isterinya, insyaAllah kasih isterinya itu akan taat kepadanya.
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Majiid’ setiap hari kemudian daripada sembahyang subuh 99 kali, lalu ditiupkannya kepada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu kepada mukanya, insyaAllah hasil baginya kemuliaan dan kasih sayang antara keluarganya.
- Apabila orang yang berpenyakit kidal puasa pada hari biidh, iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 tanggal bulan Islam (3 hari dalam satu bulan) dan berzikir dengan menyebut ‘Ya Majiid’ ketika hendak berbuka puasa sebanyak 100 kali atau lebih, insyaAllah sembuh ia daripadanya dengan sebab atau tiada sebab, dengan kehendak Allah jua.
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Majiid’ berulang kali, insyaAllah, Allah akan menerangi hati dan jiwanya.
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan berasa takut kepada kekuasaan Allah.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakannya ‘Ya Baa’its’ ketika hendak tidur dan menghantarkan ia akan tangannya atas dadanya dan berzikir akan Nama itu 100 kali, insyaAllah diterangkan hatinya dan diberi akan dia ilmu dan hikmat.
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
- Barang siapa yang mempunyai anak yang nakal dan selalu melawan ibu bapa, apabila membaca Nama ini berulang kali, kepada anaknya, insyaAllah anak itu akan menurut perintah.
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
- Barang siapa yang hilang sesuatu dan menyebut Nama ini berulang kali, insyaAllah akan dijumpai barangnya yang hilang itu.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haqq’ banyak-banyak pada tiap-tiap malam, insyaAllah ditetapkan ia atas taat.
- Barang siapa menulis akan dia atas kertas persegi empat, segala penjuru yang empat, kemudian ia taruh akan dia atas tapak tangannya dan berdoa kepada Allah waktu sujud, minta hilangkan akan segala yang mendukacitakan dia, insyaAllah kabul.
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
- Barang siapa yang takut akan kelemasan, binasa di dalam kebakaran atau bahaya-bahaya yang seumpamanya, apabila membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Wakiil’ berulang kali dari masa ke masa, insyaAllah akan dilindungi oleh Allah.
- Barang siapa takut akan angin kencang (ribut) atau petir dan sebagainya, amalkan membanyakkan membaca ‘Ya Wakiil’ sebanyak mungkin, insyaAllah dipalingkan atau dielakkan ia daripadanya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir nama ini pada setiap hari atau malam 66 kali atau lebih, sampai 1000 kali, insyaAllah dibukakan baginya segala pintu kebaikan dan rezeki.
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
- Barang siapa yang tidak berdaya menewaskan musuhnya, apabila membaca nama ini berulang kali, dengan niat ia tidak akan membinasakan, insyaAllah akan terlepas dari kebinasaan.
- Barang siapa berasa daif pada hemahnya atau pada badannya, maka hendaklah membanyakkan ia berzikir dengan nama ini yang kemudiannya ditambah dengan sebuatan ‘ Ya Qawi-u-Ya-Matiin’, 1000 kali, insyaAllah ia akan mendapat kekuatan yang diperlukan itu.
- Barang siapa dizalimi dan dianiyai orang, maka berzikirlah dengan ‘Ya Qawi-u-Ya-Matiin’, 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripadanya.
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
- Barang siapa berzikir dengannya atas anak-anak kecil lelaki atau perempuan seperti dikatanya ‘Ya Matiin’ 10 kali, insyaAllah dipeliharakan ia daripada kejahatan zina.
- Barang siapa menulis Nama ini 500 kali dan diminumkan airnya bagi perempuan yang sedikit air susunya, insyaAllah menjadi banyak air susunya.
- Sekiranya seseorang itu menghadapi kesusahan dan menyebut Nama ini berulang kali dengan sebutan ‘Ya Matiin’ , insyaAllah kesusahan yang dialaminya itu akan terhapus.
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Wali’ ini, ada berkemungkinan menjadi seorang waliullah, iaitu orang yang menjadi kekasih Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wali’ pada malam Jumaat, 1000 kali, insyaAllah dihisab akan dia dengan hisab yang mudah, di Hari Kiamat.
- Barang siapa setiap selepas sembahyang fardhu membaca ‘Ya Wali’ 111 kali selama sebulan, insyaAllah kalau ada orang yang mahu menjatuhkan kedudukan atau pekerjaannya tidak akan berhasil.
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Hamiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib dan Subuh 62 kali, insyaAllah jadilah ia terpuji dalam perbuatannya dan perkataannya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini 100 kali setiap kali lepas sembahyang lima waktu, insyaAllah jadi ia daripada orang yang soleh.
- Barang siapa berzikir dengannya kemudian daripada sembahyang Subuh 99 kali, kemudian ditiupkannya pada dua tangannya dan disapukannya kedua-dua tangannya itu akan mukanya, insyaAllah dimuliakannya dan ditolonginya dan dijadikan mukanya terang dan bersih.
- Barang siapa yang menyebut nama ini berulang kali, insyaAllah akan dikasihi dan dihormati.
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
- Barang siapa yang takut disoal pada hari pembicaraan, sebutlah nama ini 1000 kali, insyaAllah nescaya akan mendapat ketenangan.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya, ‘Ya Muhsi’ 20 kali atas 20 pecahan roti dan diberi makan akan dia bagi orang yang dikehendakinya, insyaAllah ditundukkan ia baginya.
- Barang siapa yang menginginkan bermuraqabah (mendekatkan diri kepada Allah – tidak setiap orang akan dapat melaksanakannya tanpa menperoleh hidayah daripada Allah), amalkan berzikir dengan lafaz ‘Ya Muhsi’ setiap hari sehabis solat sebanyak 148 kali, paling sedikit. Dan boleh yang lebih banyak lagi dengan membaca 1480 kali setiap hari, insyaAllah berkat khasiat dan pertolonganNya anda akan berhasil.
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
- Barang siapa yang membaca nama ini sambil menghembuskan nafas ke arah perempuan yang sedang mengandung yang takut keguguran, insyaAllah ia akan terhindar daripada bahaya tersebut.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia tiap-tiap hari dan malam dengan tiada terhitung banyaknya selama sebulan, insyaAllah dibanyakkan hartanya dengan tiada terbilang.
- Bagi seseorang peniaga yang sentiasa sibuk dengan urusniaganya baik di dalam atau di luar negeri berzikir membaca ‘Ya Mubdik’ 470 kali, insyaAllah segala pekerjaannya itu akan beroleh kejayaan berkat pertolongan Allah s.w.t.
- Bagi seseorang pengusaha dalam apa jurusan hidup sekalipun, mengamalkan membaca ‘Ya Mubdik’ 470 kali, insyaAllah akan melihat hasil usahanya berkat Nama Allah tersebut.
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
- Barang siapa yang membaca nama ini 70 kali untuk seorang yang tinggal jauh dengan keluarganya, insyaAllah orang itu akan pulang dengan selamatnya.
- Apabila berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Mu’iid’ 1000 kali oleh orang yang bingung, insyaAllah dapat petunjuk ia kepada yang benar.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia dan dengan Nama yang dahulunya seperti dikatanya ‘Ya Mubdi’ u Ya-Mu’iid’ ketika lupakan sesuatu, insyaAllah ingat ia akan dia.
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
- Barang siapa yang menanggung beban yang berat dan membaca nama ini sebanyak 7 kali setiap hari, insyaAllah bebannya itu akan diringankan atau terhapus sama sekali.
- Barang siapa seperti dikatanya ‘Ya Muhyi’ 68 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa berzikir dengan dia sebanyak itu tiap-tiap lepas sembahyang lima waktu, insyaAllah dikeluarkan daripada badannya segala penyakit.
61 Al-Mumit -Yang Mematikan
- Nama ini dibaca berulang kali untuk menghancurkan musuh seseorang.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika hendak tidur seperti dikatanya ‘Ya Mumiit’ 490 kali atau lebih, insyaAllah nafsunya mahu tunduk bagi memperbuat taat.
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
- Barang siapa yang berulang kali membaca nama ini akan dipanjangkan umurnya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Hayy’ 300 000 kali, insyaAllah tiada sakit ia selama-lamanya atau sedikit sakitnya.
- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan nama ini sebanyak mungkin, Allah berkenan memberikan penerang hati dengan cahaya tauhid dan iman, sehingga akan selamat dari sifat munafik dan syirik, dengki dan bongkak, iri dan dendam dan sifat-sifat sebangsanya.
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
- Barang siapa yang membaca nama ini dengan sebutan ‘Ya Qayyuum’ berulang kali, insyaAllah tidak akan menjadi lalai.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Qayyuum’ banyak-banyak, insyaAllah dihilangkan daripadanya tidur atau lalai.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini yang dahulunya disebut ‘Ya Hayyu-Ya-Qayyuum’ setiap hari siang atau malam 1000 kali, insyaAllah adalah ia menjadi kaya banyak hartanya, diturut orang perkataannya, menjadi berbahagia, hebat, dimuliakan orang, dipeliharakan daripada segala bala dan mudarat, dan daripada orang zalim, dan sampai ia akan martabat yang tinggi. Dengan menggunakan amalan yang demikian itu seperti kata Imam Al Ghazali.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan nama ini di tengah laut, insyaAllah diamankan ia daripada karam atau tenggelam dalam air. Ini bertepatan dengan maksud sebuah cerita sejarah iaitu “ Dicerikatan bahawa Bani Israel telah menanyakan kepada Nabi Musa a.s tentang Nama Allah ‘Al Aziim’ sewaktu mereka hendak mengharungi Laut Merah. Musa menjawab : Ucapkanlah : Ahiya sarahhiya yakni ‘Hayyu-Ya-Qayyuum’, “Wahai (Tuhan) yang hidup, wahai yang berdiri sendiri”, maka terlepaslah mereka dari bahaya ketenggelaman dan kelemasan.
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Waajid’ berulang kali akan beroleh kekayaan jiwa.
- Barang siapa berzikir dengan nama ini seperti disebutnya ‘Ya Wajiid’ atas tiap-tiap sesuap dari makanannya, insyaAllah dikuatkan hatinya.
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
- Barang siapa yang menyebut nama ini dengan sebutan ‘Ya Maajid’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat kemuliaan.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap hari terutama para pelajar, insyaAllah berkat pertolongannya dia akan memperoleh kurnia terang hati, tajam ingatan, cerdas dan otaknya tidak mudah lupa. Disamping itu, si pelajar tersebut perlu belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh sambil berdoa untuk mendapatkan kejayaan.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Maajid’ 400 kali pada setiap pagi dan petang sampai isyak dan seterusnya, insyaAllah terang hatinya.
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali ketika keseorangan dan pada tempat yang sunyi, insyaAllah akan terselamat dari rasa ketakutan dan khayalan.
- Barang siapa berzikir dennga ndia seperti dikatanya ‘Ya Waahid’ 1000 kali, insyaAllah keluar dari hatinya oleh pergantungan atau takut akan makhluk.
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
- Barang siapa berumah tangga tetapi belum dikurniakan anak, maka berwiridlah membaca ‘Ya Waahid’ 190 kali setiap selesai sembahyang lima waktu selama sebulan, lebih-lebih lagi kalau disetai dengan puasa sunat Isnin dan Khamis, insyaAllah dikurniakan anak.
Khasiat dan faedah yang boleh ditemui bagi sesiapa yang mengamalkan membaca ‘Ya Ahad’ dalam amal ibadatnya sehari-hari ialah “Barang siapa yang menyebut Nama ini sebanyak 1000 kali, insyaAllah akan dibukakan rahsia kepadanya oleh Allah”.
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
- Barang siapa berzikir dengan menyebut ‘Ya Samad’ ketika sahur 125 kali, insyaAllah zahir kebenaran pada hatinya.
- Barang siapa berzikir dengannya tiap-tiap hari 150 kali, insyaAllah kuat kehendaknya dan ditolong atas kebaikan dan tidak merasakan sakit kelaparan.
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Samad’ berkekalan atau berterusan tiap-tiap hari atau malam pada tempat sunyi daripada manusia 350 kali atau lebih, insyaAllah diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.
- Barang siapa yang berulang kali menyebut ‘Ya Samad’, Allah akan menyediakan keperluannya dan ia tidak perlukan bantuan orang lain, tetapi sebaliknya orang lain akan memerlukannya.
- Barang siapa yang kerapkali membiasakan berzikir dengan ‘Ya Samad’ kebetulan orang yang kehilangan sesuatu barang, insyaAllah berkat pertolongan Allah barang yang hilang itu akan diperoleh / ditemui kembali.
- Barang siapa yang membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Samad’ sebanyak mungkin, insyaAllah akan luputlah atau hilanglah perasaan marahnya terutama bagi orang yang banyak masalah atau kerumitan hidup.
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Qaadir’ berulang kali, insyaAllah semua permintaannya akan diterima Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dengan bacaan ‘Ya Qaadir’ 100 kali atau 200 kali kemudian daripada sembahyang 2 rakaat ketika daif zahir atau batin, insyaAllah ia mendapat kekuatan.
- Bagi sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi dan ingin melihat cita-cita itu tercapai jaya, bacalah ‘Ya Qaadir’ 305 kali setiap hari, insyaAllah maksud dan cita-citanya berhasil.
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan sedar akan kebenaran.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan sebutan ‘Ya Muqtadir’ tiap-tiap bangun daripada tidur 100 kali, insyaAllah adalah ia dalam inayah dan petunjuk daripada Allah Taala.
- Barang siapa membanyakkan berzikir membaca ‘Ya Muqtadir’ 554 kali setiap hari, insyaAllah segala hajat dan maksudnya dikabulkan Allah.
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Muqaddim’ ketika masuk ke medan perang, insyaAllah tiada mengenai akan dia oleh mudarat atau kecelakaan.
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Muqaddim’ ketika berada di medan peperangan, atau sesiapa yang berasa ketakutan ketika keseorangan di tempat gerun dan mengkagumkan, ia tidak akan menghadapi bahaya bencana.
- Barang siapa membaca ‘Ya Muqaddim’ sebanyak 184 kali, setiap hari sebagai amalan zikir, insyaAllah segala macam usahanya mendapat kemajuan dan kejayaan.
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
- Barang siapa membiasakan membaca ‘Ya Muakkhhir’ 1000 kali setiap hari, nescaya Allah berkenan membukakan baginya pintu-pintu keampunan untuk diterima permohonannya. Allah berkenan menurunkan rahmat dan keredhaanNya, menerima taubatnya dan menjadikan ia orang kuat beribadat serta berbakti kepada Allah Taala.
- Barang siapa membaca ‘Ya Muakkhhir’ sebanyak 100 kali di dalam hatinya setiap hari, insyaAllah ia hanya akan cinta kepada Allah. Ia tidak akan diganggu oleh perasaan-perasaan lain.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muakkhhir’ pada setiap hari, sebanyak 300 kali atau lebih, insyaAllah dibukakan atasnya pintu taubat dan taufik (petunjuk) daripada Allah.
73 Al-Awwal -Yang Pertama
- Barang siapa yang menginginkan anak, atau ingin bersama seseorang yang sedang mengembara, sebutlah Nama ini 1000 kali selama 40 kali Jumaat.
- Barang siapa berzikir dengan dia selama di dalam musafir seperti dikatanya ‘Ya Awwal’ tiap-tiap hari Jumaat 1000 kali, insyaAllah dihimpunkan ia atas yang ditontonnya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia ketika permulaan tiap-tiap pekerjaan, insyaAllah sempurna pekerjaan itu atas sebaik-baik hal.
- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Awwal’ 370 kali selama hidupnya tiap-tiap hari, insyaAllah berkenan memudahkan baginya akan segala hajatnya.
74 Al-Akhir -Yang Akhir
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan memperoleh kehidupan yang baik pada akhir penghidupannya ia akan menemui maut dengan keadaan yang baik pula.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Aakhir’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah hatinya menjadi bersih dan bertambah-tambah kebaikan di ahkir umurnya.
- Barang siapa dapat membiasakan membaca ‘Ya Aakhir’ setiap selesai sembahyang lima waktu sebanyak 200 kali selama sebulan, insyaAllah berkenan membukakan baginya pintu rezeki yang halal.
75 Az-Zahir -Yang Zahir
- Barang siapa mengekali berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dzaahiir’ ketika timbul matahari 500 kali, insyaAllah diterangkan mata dan hatinya.
- Barang siapa yang membaca Nama ini 15 kali selepas sembahyang Jumaat, insyaAllah cahaya (nur) Ilahi akan menyinari hatinya.
- Barang siapa membaca Nama ini dengan sebutan ‘Ya Dzaahiir’ 1106 kali setiap selesai sembahyang fardhu selama satu bulan dalam tempat beribadat, insyaAllah Allah berkenan membukakan hijab kepadanya dari segala rahsia yang pelik-pelik dan diberikan kefahaman ilmu yang sukar-sukar. Berguna sekali jika Nama ini dibaca dan dipraktikkan oleh penuntut-penuntut dan pelajar-pelajar yang sedang menuntut atau sesiapa yang berminat.
76 Al-Batin -Yang Batin
- Barang siapa yang membaca Nama ini 3 kali setiap hari, insyaAllah akan dapat melihat kebenaran di dalam sesuatu perkara.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baatin’ pada pagi-pagi, tengahari dan petang, insyaAllah jinak hatinya dan tetap nafsunya serta aman ia daripada yang ditakutinya.
- Barang siapa berzikir dengan dia tiap-tiap hari 33 kali, insyaAllah dijadikan ia daripada golongan ahli yakin.
- Jika kita mahu mengamalkan membaca ‘Ya Baatin’ selama satu bulan sebanyak 300 kali setiap selesai sembahyang lima waktu, nescaya Allah berkenan membukakan kepada kita dari segala rahsia batin yang berada di alam ini, dan kita dapat melihatnya apa yang tak dapat dilihat oleh orang lain dengan hakikatNya meskipun berada di dasar laut yang dalam. Menurut sesetengah yang mengamalkan membaca Nama ini ada syarat yang perlu diperhatikan, iaitu kita tidak boleh makan daging dan telur selama satu bulan.
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
- Barang siapa yang berulang kali membaca ‘Ya Waali’ dan menghembuskan nafas di dalam rumahnya, insyaAllah rumahnya akan terlepas daripada sebarang bahaya atau bencana.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti disebutnya ‘Ya Waali’ tiap-tiap hari siang atau malam, insyaAllah ia menjadi hebat. Zikir ini patut sangat dibaca oleh pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin negeri.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Waali’ ketika diancam bahaya atau petir, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa membaca ‘Ya Waali’ di waktu siang sebanyak 10 000 kali dan malamnya 10 000 kali, maka Allah berkenan membukakan baginya pintu gerbang makrifat dalam hatinya.
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
- Barang siapa yang menyebut ‘Ya Muta’aali’ berulang kali, insyaAllah akan mencapai dan mendapat kelebihan kebajikan daripada Allah.
- Barang siapa berzikir dengan ‘Ya Muta’aali’ 541 kali, insyaAllah hasil baginya ketinggian dan baik halnya, sehingga perempuan haid atau nifas jika melazimi berzikir dengan Nama ini dalam masa haid atau nifasnya, insyaAllah menjadi baik halnya (urusan hidupnya).
- Barang siapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Muta’aali’ sebanyak mungkin, jika ia menghadap raja atau pemerintah sesebuah negeri dengan sesuatu keperluan, insyaAllah akan berhasil.
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Barr’ berulang kali kepada anaknya itu, insyaAllah akan terlepas dari sebarang kecelakaan.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Barr’ insyaAllah hasil baginya kebaikan yang besar.
- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Barr’ sebanyak mungkin dalam amalannya, insyaAllah akan menjamin kehidupannya. Begitu juga segala maksud dan cita-cita akan terkabul. Apabila belayar menerusi laut ataupun darat, insyaAllah selamat dalam perjalanan pergi dan balik berkat mengamalkan Nama ini.
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Tawwaab’ tiap-tiap lepas sembahyang dhuha (sejenis sembahyang sunat waktu mulai naiknya matahari setinggi segalah hingga tergelincir matahari. Sependek-pendeknya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat enam salam) 360 kali atau mengekali tiap-tiap hari 500 kali, insyaAllah nyata diterima taubatnya.
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah taubatnya diterima Allah.
- Sesiapa yang membanyakkan membaca ‘Ya Tawwaab’ sebanyak mungkin, insyaAllah berkenan memudahkan baginya jalan kembali yang benar dan diredhai oleh Allah.
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh kemenangan bila menghadapi musuhnya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Muntaqim’ ketika tidak kuasa melawan musuh sebanyak 630 kali atau lebih, insyaAllah ditolong akan diatasnya.
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah semua dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Afuww’ tiap-tiap hari siang atau malam 156 kali atau lebih, insyaAllah dibukakan baginya pintu kemaafan dan keampunan.
- Barang siapa takut dihukum, maka berzikir dengan dia 156 kali, insyaAllah diamankan ia daripadanya.
- Barang siapa senantiasa membaca ‘Ya Afuww’ setiap hari maka ia akan disenangi orang, dan terhindar dari pemusuhan.
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan diberkati dan dirahmati oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengannya seperti disebut ‘Ya Raauuf’ ketika marah atau dimarahi orang atau disisi orang marah, hendaklah dibaca 10 kali dan membaca selawat ‘Allahuma-saliaala-Muhammad’ 10 kali, insyaAllah dihilangkan marahnya atau marah orang itu.
- Barang siapa yang banyak berzikir dengan membaca ‘Ya Raauuf’ setiap hari pada waktu siang dan malam, insyaAllah sesiapa saja yang melihat mukanya akan menaruh simpati dan bersedia bagi mereka memberikan pertolongan. Zikir ini berguna sekali bagi semua peringkat masyarakat dan golongan manusia yang mencari keredhaan Allah di muka bumi ini.
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
- Barang siapa membaca ‘Ya Malaikul-Mulk’ berulang kali, insyaAllah akan mendapat penghormatan daripada orang ramai.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan ‘Ya Maalikul Mulk’ pada setiap hari, siang dan malam 212 kali atau lebih, insyaAllah diberinya harta dan kekayaan dengan kurniaNya.
- Bagi yang memegang sesuatu teraju pemerintahan atau jabatan kerajaan, jika mengamalkan membaca ‘Ya Maalikul Mulk’ setiap selepas selesai sembahyang 5 waktu 212 kali atau 2120 kali tiap-tiap malam selama sebulan, insyaAllah tak seorang pun yang dapat menggugat kedudukannya itu dan tetap kedudukannya seperti biasa.
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam’ berulang kali, insyaAllah akan menjadi kaya.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini 300 kali atau lebih, insyaAllah terhasil baginya kebesaran dan kemuliaan.
- Barang siapa berzikir dengan Nama yang dulunya seperti disebut ‘Maalikul Mulki-Dzul-Jalaal-Wal-Ikraam’ tiap-tiap hari, siang atau malam 333 kali, insyaAllah baginya memperoleh pangkat kebesaran dan kemuliaan.
- Barang siapa membanyakkan membaca ‘Ya Dzal-Jalaal-Wal-Ikraam’ 1065 kali setiap hari sebulan lamanya, insyaAllah Allah berkenan mengabulkan hajat dan doanya.
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Muqsit’ 209 kali atau lebih, insyaAllah terpelihara ia daripada was-was syaitan di dalam ibadatnya.
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan terlepas daripada cengkaman syaitan.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Muqsit’ setiap hari, insyaAllah, Allah berkenan mencurah kurnia kepada kita untuk menjadi orang paling adil, tidak akan berlaku berat sebelah atau kecurangan dalam memberikan pertimbangan dan hukuman, insyaAllah.
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan menyebut ‘Ya Jaamik’ pada setiap hari siang atau malam 300 kali atau lebih, insyaAllah dihimpunkan antaranya dan antara segala maksudnya.
- Barang siapa kehilangan akan sesuatu, maka hendaklah ia berzikir dengan Nama ini banyak-banyak, insyaAllah dikembalikan atau digantikan yang hilang itu dengan segera.
- Barang siapa yang membaca ‘Ya Jaamik’ berulang kali, insyaAllah akan bertemu semula barang-barangnya yang telah hilang.
- Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang pergi merantau tanpa memberitahu ibu bapanya,jika si ibu bapa itu membaca ‘Ya Jaamik’ sebanyak mungkin, insyaAllah ia akan pulang menemui semula orang tuanya berkat pertolongan Allah.
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti katanya ‘Ya Ghani’ atas penyakit atau bala pada badannya atau badan orang lain sebanyak 1000 kali, insyaAllah sembuh dengan segera.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia tiap-tiap hari pada waktu siang atau malam sebanyak 1000 kali, insyaAllah dikayakan dia dengan kurnia Allah.
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat kepuasan hati dan tidak akan tamak haloba.
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
- Barang siapa yang membaca Nama ini 10 kali selama 10 kali Jumaat, insyaAllah akan beroleh rezeki yang cukup.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Mughni’ tiap-tiap hari siang atau malam 1000 kali atau 1111 kali, insyaAllah kaya ia dan tiada kosong di tangannya selama-lamanya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini 10 Jumaat tiap-tiap malam Jumaat 10 000 kali, insyaAllah zahir baginya kurnia kekayaan mengiringi hidupnya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hatinya ketika hendak berjimak (bersetubuh) dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya kian mendalam.
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Maanik’ setiap hari siang atau malam, insyaAllah ditegahkan daripadanya tiap-tipa mudarat.
- Barang siapa berzikir dalam hatinya 161 kali, insyaAllah hilang punca yang antaranya dan antara isterinya daripada kemarahan.
- Barang siapa ditegahkan daripada menghasilkan kehendaknya, maka berzikirlah dengan Nama ini banyak-banyak pada setiap pagi dan petang, insyaAllah berhasil kehendaknya.
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah keluarganya akan hidup bahagia.
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
- Barang siapa yang tergolong dalam golongan bawahan, jika mereka membaca Nama ini berulang kali pada malam Jumaat, insyaAllah darjatnya akan ditinggikan oleh Allah.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Dhaar’ tiap-tiap malam Jumaat 100 kali, insyaAllah dihampirkan ia kepada rahmat Allah.
- Apabila seseorang menderita sakit, walhal telah berikhtiar dan berubat dengan pelbagai cara namun tak jua sembuh, disyorkan berzikir fengan Nama ini 1001 kali setiap hari sebagai amalan harian, insyaAllah penyakit yang dihidapi itu akan sembuh dengan izin Allah s.w.t juga.
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
- Barang siapa yang membaca Nama ini selama 4 hari seberapa banyak yang boleh, insyaAllah mereka tidak akan ditimpa bencana.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan Nama ini seperti dikatanya ‘Ya Naafi’ ketika mendapat mudarat, insyaAllah diafiatkan / diselamatkanNya.
- Barang siapa berzikir dengan Nama ini dalam hati ketika berjimak / bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah kasih isterinya terhadapnya bertambah mendalam dan diberikan Allah anak yang soleh.
- Sesiapa yang berdukacita dan dijangkiti penyakit, cubalah dan amalkanlah membaca ‘Ya Naafi’, insyaAllah perasaan dukacita akan segera hilang dan jika sakit akan segera sembuh.
93 Al-Nur -Yang bercahaya
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan mendapat cahaya Ilahi dalam dirinya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Nuur’ tiap-tiap hari, siang atau malam, insyaAllah diterangkan hatinya dan anggotanya.
- Barang siapa berzikir membaca ‘Ya Nuur’ sebanyak 256 kali setiap hari, insyaAllah kita akan memperoleh kurniaNya terang hati dan jiwa untuk makrifat kepada Allah, dan Dia berkenan membukakan mata hati kita hingga memperoleh bashirah hati nurani (ertinya pandangan yang jauh atau akal fikiran yang tajam) berkat khasiat berzikir dengan Nama Allah tersebut.
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
- Barang siapa yang membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan beroleh ilmu kerohanian.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Haadi’ tiap-taip hari, siang dan malam atau tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 400 kali, insyaAllah dapat petunjuk petolongan, dan terhindar daripada kesukaran.
- Imam Ahmad Ali Albuuni mengatakan, Nama Allah ini adalah lafaz zikir malaikat Israfil. Apabila kita berada dalam kegelapan fikiran, kita baca ‘Ya Haadi ihdinii’, insyaAllah seketika itu juga kita akan memperoleh petunjuk, dan kita dapat kembali ke jalan yang kita lalui tadi. Baik kita tersesat jalan itu di dalam kota besar yang belum pernah kita kenal, mahupun kita berada di hutan yang banyak terdapat beraneka macam binatang yang membahayakan. Inilah senjatanya, iaitu kita membaca ‘Ya Haadi, Ya Haadi, Ya Haadi ... ihdinii’, insyaAllah kita selamat berkat pertolongan zikir dengan Nama Allah ini.
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
- Barang siapa yang membaca Nama ini 70 kali dengan cara berikut, insyaAllah semua kesulitannya akan terhapus. Bacaannya ialah ‘Ya Badii’ us-samawati wal ard (bermaksud Oh, Dialah yang pencipta yang tiada bandingnya di dunia ini dan di alam semesta).
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatakan ‘Ya Badii’ 70 000 kali, insyaAllah ditunaikan hajatnya dan ditolakkan daripadanya segala mudarat.
- Barang siapa berzikir dengan dia, insyaAllah memancar-mancar hikmat daripada hatinya atas lidahnya.
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
- Barang siapa yang membaca Nama ini 100 kali sebelum matahari terbit, insyaAllah akan terhindar daripada sebarang bencana sepanjang hayatnya, dan akan beroleh keampunan di akhirat kelak.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Baaqi’ 1000 kali, insyaAllah dilepaskan ia daripada dukacita dan kemudaratan.
- Barang siapa tercengang-cengang pada sesuatu pekerjaan betapa ia berbuat, maka berzikir dengan dia 1000 kali antara Madhrib dan Isyak, insyaAllah diberi petunjuk ia kepada yang betul.
- Apabila kita berzikir dengan lafaz ‘Ya Baaqi’ sebanyak yang termampu pada setiap pagi dan petang, siang atau malam, insyaAllah jika kita mempunyai kedudukan tidak mudah jatuh, dan jika kita sebagai pengusaha tidak mudah bankrap. Dan banyak lagi khasiat-khasiatnya yang tidak terkira oleh manusia.
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
- Barang siapa membaca Nama ini berulang kali, insyaAllah akan lanjut usianya.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Waaris’ dahulu daripada timbul matahari tiap-tiap hari 100 kali, insyaAllah tiada memberi mudarat akan dia oleh sesuatu pada jasadnya (anggotanya).
- Barang siapa memperbanyakkan zikir dengan membaca ‘Ya Waaris’ 707 kali tiap-tiap malam walau dimana sahaja berada, insyaAllah akan berhasil dan berjaya segala bidang kehidupan yang diceburinya itu.
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
- Barang siapa membaca Nama ini 1000 kali di antara waktu sembahyang Maghrib dan Isyak, insyaAllah kesusahan-kesusahannya akan lenyap.
- Barang siapa mengekali berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Rasyiid’ tiap-tiap lepas sembahyang Isyak 100 kali, insyaAllah diterima segala amalnya.
- Jika kita ingin menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan mengembangkan bakat masing-masing, eloklah bermohon kepada Allah dengan berulang kali berzikir dengan ‘Ya Rasyiid’ sebanyak mungkin, semoga akan berjaya.
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar
- Barang siapa yang mendapat kesusahan, kesukaran atau berdukacita apabila membaca Nama ini sebanyak 3000 kali, insyaAllah akan diselamatkan daripada kesusahannya.
- Barang siapa berzikir dengan dia seperti dikatanya ‘Ya Sabuur’ sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari dahulu daripada timbul matahari, insyaAllah tiada mengena akan dia oleh bala pada harinya itu.
- Barang siapa membanyakkan berzikir dengan dia, insyaAllah diberi akan dia tingkat kebesaran yang elok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...