Saya masukkan artikel ustaz yang dipetik dari FiKRAH iSLAMiAH, kerana ingin memasukkan point-point yang kami bincangkan di al-Falaah, sekitar bulan March lepas. Komen boleh dibaca di segment "TiNGGALKAN KOMENTAR".
Capaian kepada artikel berkaitan :
- MUSYKiL: Ketaatan yang dituntut/wajib dan
- Sketsa di BicaraMuslim.com - pendapat segolongan isteri yang derhaka.
Oleh : AHMAD BAEI JAAFAR
Bila menyebut maksiat terlintas dalam kotak pemikiran kita, kes khalwat dan zina. Lalu orang akan kutuk pasangan yang berkhalwat atau berzina dengan pelbagai label. Satu kampung rasa terhina jika berlaku maksiat itu dalam kawasan kampung atau perumahan mereka.
Benarkah golongan itu sahaja yang melakukan maksiat atau ada lagi maksiat lain yang lebih besar dari khalwat dan zina itu? Untuk mencari jawapan itu cuba kita hayati maksud hadis berikut: "Tiada ketaatan kepada manusia pada perkara yang menderhaka Allah." Hadis ini merujuk kepada perintah mentaati pemimpin yang jika pemimpin itu memerintahkan orang bawahannya supaya melakukan sesuatu yang menderhaka akan Allah, maka perintah itu boleh diabaikan. Persoalan sekarang apakah bentuk perintah yang tidak perlu ditaati?
Dalam teks hadis itu Rasulullah menyebut perkataan “fi maksiatillah” yang bererti pada perkara maksiat kepada Allah. Dalam bahasa mudah kita terjemahkan sebagai "menderhaka akan Allah S.W.T." Jadi, maksiat dalam konteks ayat ini bererti derhaka. Jelasnya maksiat tidaklah harus disempitkan kepada khalwat dan zina sahaja.
Maksiat Dalam Islam
Sebenarnya maksiat atau derhaka dalam Islam terlalu luas mencakup soal syirik kepada Allah dam juga tidak mentaati perintah Allah apatah lagi membuat larangan Allah S.W.T. Berdasarkan itu, perbuatan tidak melaksanakan perintah Allah atau melanggar larangan Allah S.W.T. dikira sebagai melakukan maksiat atau derhaka.
Apakah perbuatan melanggar perintah Allah? Allah perintahkan solat, jika kita tidak melakukan solat bererti kita telah melanggar perintahnya. Itulah maksiat. Begitu juga Allah perintahkan puasa, jika kita tidak mahu berpuasa, kita telah melakukan maksiat. Allah juga menyuruh kita mengeluarkan zakat, jika kita tidak mahu mengeluarkannya bererti kita telah melakukan maksiat. Soalnya mengapa maksiat ini tidak diberi perhatian serius?
Ada pihak yang menyalahkan pemerintah kerana telah mengkategorikan maksiat kepada juzuk yang kecil. Katanya dalam enakmen undang-undang keluarga Islam hanya memperuntukkan bentuk maksiat tertentu sahaja maka itulah yang boleh diambil tindakan.
Alasan yang diberikan itu cukup lemah kerana dalam Perlembagaan Persekutuan telah memberi ruang yang cukup kepada kerajaan negeri membuat peruntukan yang luas mengenai maksiat itu. Malah pada Perkara 11 Perlembagaan memberi kebebasan umat Islam beramal dengan ajaran Islam dan pada masa yang sama memberi hak mengawal ajaran salah dan perkara yang bercanggah dengan syariat.
Dalam undang-undang keluarga Islam sudah ada peruntukan tentang kesalahan melakukan syirik, menyebar ajaran sesat, dan banyak lagi. Terdapat juga peruntukan yang membolehkan menghukum orang yang meninggalkan sembahyang dan puasa. Begitu juga dengan perbuatan yang tidak bersopan, boleh diambil tindakan melalui enakmen itu. Tetapi mengapa semua itu seperti tidak diambil tindakan bagi memerangi maksiat.
Maksiat Dipandang Sebelah Mata
Walaupun peruntukan sudah ada tetapi untuk bertindak belum lagi terlaksana. Barangkali alasannya tenaga penguat kuasa tidak ramai maka cukuplah ditumpukan kepada persoalan khalwat dan zina. Tetapi benarkah penguat kuasa tidak cukup?
Memanglah, penguat kuasa untuk menangkap orang buat maksiat terlalu sedikit. Tetapi persoalan yang perlu difikirkan secara serius bukan tangkapannya tetapi mendidik manusia supaya tidak terjebak dengan maksiat. Untuk urusan itu tidak perlu penguat kuasa sebaliknya jabatan dakwah dan orang ramai boleh dimanfaatkan.
Dalam pemerintahan Rasulullah s.a.w. dan para Khulafa’ ar-Rasyidin, pendekatan mendidik mampu membasmi gejala maksiat. Rasulullah mendidik iman para Sahabat dan kemudian Sabahat itu pula mendidik anak-anak dan mereka yang tidak bersama Rasulullah.
Sebenarnya maksiat yang paling serius pada hari ini ialah syirik dan murtad. Tetapi semua pihak pandang sebelah mata meskipun isunya menjadi riuh rendah. Mengapa hal ini terjadi? Jawapan yang sering didengari ialah peruntukan tidak ada ataupun tidak begitu kuat untuk didakwa.
Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa kerja kita bukan untuk menangkap dan menghukum mereka. Mereka perlu diselamatkan dengan usaha dakwah dan didikan pemulihan. Kerja ini tidak perlu undang-undang dan semua pihak perlu dilibatkan dalam usaha menyelamatkan mereka.
Begitu juga dalam soal kesalahan tidak melakukan sembahyang lima waktu dan Jumaat. Inilah maksiat yang berat malah boleh menjadi murtad jika meninggal sembahyang dengan sengaja. Tetapi siapa yang mahu menyelamatkan golongan yang melakukan maksiat itu?
Orang yang meninggalkan sembahyang termasuk Jumaat terlalu ramai pada masa ini, tetapi mereka terus bebas tanpa sebarang tindakan meskipun sudah ada peruntukan mengenainya. Siapa yang boleh menyedarkan mereka dari kemaksiatan itu?
Golongan pendakwah baik yang bertauliah mahupun yang tidak bertauliah tidak pernah mendekati golongan yang meninggalkan sembahyang. Lazimnya pendakwah akan masuk masjid dan program rasmi agama sedangkan golongan yang terjebak dalam maksiat di atas tidak menghadirinya. Mengapa pihak berkuasa agama tidak memikirkan pendekatan harmoni untuk mendekati mereka?
Satu lagi maksiat yang sering terlepas pandang ialah amalan mendedahkan aurat, bergaul bebas, dan berpelesiran di taman-taman bunga. Dalam hal ini syabas diucapkan kepada majlis perbandaran yang sesekali membuat tindakan pembersihan.
Tetapi sebagai umat Islam apakah peranan kita untuk menyelamatkan mereka dari terus melakukan maksiat. Alasan hak asasi manusia tidak boleh diguna bagi orang Islam kerana perbuatan mereka termasuk dalam kategori melakukan maksiat. Jadi, pendekatan serius daripada Jabatan Agama Islam dengan kerjasama AJK masjid, surau, persatuan penduduk perlu disegerakan.
He he..
BalasPadamUst tulis artikel ini, retetan hadis yang saya beri dalam kemusykilan saya temophari.
Hadisnya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak boleh taat kepada seseorang dalam melakukan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan itu dalam melakukan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Takde pulak ust komen fasal suami yang maksiat... maknanya suami yang buat maksiat dalam rumahtangga ada immunity daripada hadis ini...
Care to comment, anyone?
Saya masih menunggu kemusykilan saya dijawap [http://bawangorengnet.blogspot.com/2009/03/musykil-ketaatan-yang-dituntutwajib.html], setakat ini ada 2 maklum balas.
Ummu taknak take part agaknya, ya... sebab ini salah satu bab alergik... hu hu...
Salam Pn.bawang,
BalasPadamSaya rasa mungkin salah satu sebab isteri tak beri suami kahwin lain
adalah kerana suami maksiat kepada perintah Allah.
Taknak suami tambah maksiat tempat lain.
Dan satu lagi (merujuk artikel pn.suzana) adalah kerana isteri tak mendapat kepuasan seksual,
jadi mana boleh nak tambah lain..
Eh ....lain tajuk pulak tapi ada kaitan rasanya.(maaf ye)
lum baca isi, baca tajuk jer...tak der alergy. Dah kebal dah saya... nnt la.
BalasPadamUst tu ada ulas gak pasal adil dalam bab intim tu.. belum saya fwd lagi pasal sy pun kelabu kelabi dibuatnya. Saya punya faham lain sikit...
tp mana ada manusia yg immune buat maksiat cuma didiamkan atas tiket ego jer, Ada tu didiamkan sebab kalu disebar nnt masyarakat hilang hormat kat para sua-me. Bulan lepas saya ada gi urut kat sorang kakak, maklum selepas tukang urut saya meninggal dulu saya kena cari tukang urut lain . Sebab sesekali belikat saya sakit (hal kemalangan). kakak tu bagus sebab dia belajar bidang urut ni.Entah kementerian mana ker yg bagi kursus free..
Tapi kakak ni kalau urut saya dia tertidur selenanya.. dia kata badan saya ada'angin' . pastu suruh pulak saya tny sorang ustaz kenapa mcm tu. Saya tak tanya2 lagi, then saya tanya kawan saya ttg ustaz tu. Kata kwn saya ,jgn pergi sebab ustaz tu tak adil dan zalim. Is3 ada dua tapi is3 pertama tak pernah dapat nafkah dan dia x pernah balik rumah is3 pertama. Is3 tu taat bodo la,sebab anak2 dah besar, malu kalau r/tangga ustaz berkecai. dia nak jaga prestasi sua-me dia lah tu.
Isu di sini, knp ustaz tak adil terus jadi imam . pastu jadi bomoh pulak tu... nanti esok saya nak bg tahu kat ustaz tajwid saya. Suruh dia bgtau mufti biar mufti siasat ustaz tu...jahat gak saya ni. Kacau kemaman orang kan..? Kalau ustaz saya tak berani biar saya shj yg bagitahu..geram gak. Cuma saya setuju kalau perkara ni tak diheboh ke pengetahuan awam .Nnt sebab nila setitik rosak briani sekawah. Ini bukan kes immuniti tapi diplomasi. :).
------------------------------------
Tiada hari tanpa al-qur'an
Memacu minda ummah
Khazanah al-qur'an
Resipi ala kadar
bagi say tak pulak. sebab ada sorang ustazah tu dah lebih 60 umur dia. Satu batch dgn prof harun. Suami dai pun satu batch juga .. depa kawain di mesir. Tapi sauami dai dah kata' dia nak poigami" so lepas setahun suami tu kawin lagi sorang. Ini kes semua beragama dan berilmu.. ustazah tu terluka sgt hati dia. Dia pesan kat saya jgnlah ambil sua-me orang kerana dia dah rasa parahnya perasaan .Dia pun doa agar anak2 dia tak ada yg poligami... tu cerita kat Mekah tu.
BalasPadamJadi tak tepat kalau is3 x benarkan suami kawin lain sebab suami tak taat Allah...malah sua-me yg taat dan adil pun tetap tak direstui oleh kaum wanita. Jadi jgn ambil keredoaan isteri sebagai wajib, sepatutnya semua org (sua-me dan is3) wajib taat kepada Allah dan rasulNya sahaja. Nabi tak ajar umatnya (sua-me) minta izin dari is3 kalau nak berpoligami ttp memberitahu tu perlu/wajib, kalau isteri tak tahu akan berlaku kes ambil haq org lain.
masalah sekarang ni manusia lebih mendaulatkan keredoaan manusia , bukan keredhoan Allah .Lepas tu mulalah ambil hadis yg menyokong selera mrk shj.
Saya harap takde kes double standard, immuniti mahupun diplomasi dalam bab munakahat. Bahaya! Tidak taat tidak bermakna hilang hormat. Yang malang, isteri yang tak tahu hak mereka, lebih-lebih lagi isteri yang jenis taat bodo, dah tu takde inisiatif nak menimba ilmu... Ingat, perempuan ramai ke neraka, sebab apa ya? Salah satu sebabnya, tentulah suami juga puncanya...
BalasPadamErk.. bab intim tu dah keluar di Fikrah Islamiah, maknanya betullah apa yang sut bgtau tu. Aduhai... berapa kerat diantara mereka yang berpoligami tahu tentang ini? Sadis sungguh...
Bukan tak der ilmu, tapi org Pahang kata -"Maleh bicara". Biarlah katanya...tunggu kat masyarlah. Betul juga, buat apa gado2 kalau tak penting sgt lain lah kalau sampai is3 pulak terasa nak buat maksiat sebab suami tak bagi nafkah batin. Tp is3 pertama tu pun dah menopause , dia tak heran. Agaknya dia pun selesa tak payah sibuk2, dah lebih dia pun....:)
BalasPadambukan semua org suka nak tuntut2 haq ni, w/pun tahu. Kalau saya pun saya maleh..nak tuntut hutang pun maleh. Kita minta rezqki lain lah dari Allah s.w.t..Kalau minta pun ala kadar shj taklah sampai nak bawa kes ke mahkamah.
Mungkin salah satu sebab je tu....
BalasPadambanyak lagi sebab-sebab lain...
yang mengada-adakan sebab pun ada.....he..he...
Bab "hubungan" tu.......hari tu saya tengok satu blog, pasal kain songket... jual telekung, baju.... tapi diantaranya ada pulak macam iklan pasal tu...
bukan apa cuma dia bagi statistik berapa peratus isteri yang tidak
mencapai matlamat namun tidak diambil kisah oleh suami.....
tidak mengejutkan.....8o%
Setakat ini 3 orang telah beri maklumbalas kemusykilan saya. Namun, ketiga-tiganya tidak berikan penerangan lanjut ttg komen ust Hassan Din dan hadis yang saya kemukakan. Agaknya masih ramai yang mahu sorokkan hadis ini daripada pengetahuan ramai. Tak ngapa, saya masih tunggu beberapa maklum balas daripada individu yang lain pula.
BalasPadamSaya tak hairan dengan statistik 80% tu, sebab orang Melayu sebenarnya bukanlah kuat mana pun. Cuba tengok berapa banyak produk kuat itu kuat ini, bukan main laris macam pisang goreng panas. Maknanya orang Melayu tak kuatlah sbb perlukan bantuan tambahan. Jika sibuk mencari alat bantuan untuk kuatkan bende itu aje, takyahlah fikir nak buka cawangan lagi satu. Hadap ajelah apa yang ada kat depan mata. Duit yang lebih tu lebih baik beli buku ilmiah, baca quran, pergi ceramah/majlis ilmu buat tambahkan iman...