Salam,
Kecurangan merupakan tindakan yang cukup menghiris hati wanita yang sememangnya cukup lembut dan sensitif. Justeru, semua wanita yang bergelar isteri pastinya sentiasa mendoakan agar rumahtangga mereka jauh daripada kecurangan.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati dan terseksanya jiwa sekiranya perkara ini berlaku dalam rumahtangga sendiri. Terasa apa yang dilakukan selama ini tidak dihargai. Segala kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan ternyata sudah dikhianati.
Sudah tentu untuk membangunkan semula kepercayaan dan ksedstiaan itu sesuatu yang sukup sukar. Namun begitu selalu berlaku, kehadiran anak-anak membuatkan seorang isteri itu begitu tegar melewati tindakan yang idlakukan suami, meskipun hatinya hancur, namun demi insan yang disayangi yakni anak-anak, dia rela berkorban.
Begitu juga bila akhirnya suami sedar tentang kesilapan klangkah yang dilakukan dan kemudia mahu kembali ke pangkuan isteri. Biarpun hati terluka, namun sebahagian besarnya pasti akan menerima semula kehadiran suami kerana perasaan sayang yang masih bersisa.
Tetapi, bagaimanakah mahu meneruskan kehidupan bersama suami sesudah hati anda dilukai akibat kecurangan yang dilakukan pasangan?bolehkah anda kembali mempercayai pasangan hidup yang mencurangi kasih sayang anda? Kali ini diberikan beberapa tips bagaimana cara menghadapi kehidupan seterusnya selepas berlakunya kecurangan. Semoga ia dapat menyelamatkan perkahwinan anda.
Tips # 1 – Buat senarai
Salah satu cara yang boelh dipakai dan turut disarankan oleh kaunselor perkahwinan untuk mengikat kembali perhubungan suami isteri selepas berlakunya kecurangan adalah dengan membuat senari permintaan. Anda dan pasangan anda harus duduk semeja dalam fikiran yang tenang dan tidak dalam emosi kemudian berbincang tentang senarai tersebut. Si isteri harus menyenaraikan ataupun memberitahu apa perkara yang menurutnya mampu meningkat atau mengembalikan kepercayaannya.
Suami haruslah komited untuk mengikuti senarai ini. Sebagai contoh, jika isteri menyatakan bahawa salah satu cara utnuk mengembalikan kepercayaannya adalah dengan tidak keluar bersama teman sekerja wanita atas tugasan, maka maklumkan kepada isteri dan jangan sekali-kali membohonginya.
Namun bukan senarai isteri saha yang perlu dibincangkan. Senarai suami juga perlu disediakan dan dibincangkan bersama. Nyatakan apa sebab kecurangan itu berlaku. Mungkin berpunca daripada pihak isteri. Biarpun cukup sukar untuk mewujudkan permintaan suami, akibat rasa benci yang mulai berkembang, tetapi berusahalah untuk melakukannya. Tidak mengapa jika anda memiliki rasa benci, kerana benci itu juga sebahagian daripada perasaan cinta.
Tips # 2 – Luahkan perasaan
Luahkan semua perasaan yang anda rasakan kepada suami, sedih, kecewa mahupun terseksa. Tidak perlu ragu untuk memarahiya, sekiranya dia melakukan kesalahan atau mengingkari senarai yang telah anda buat bersama. Namun begitu, paling penting, saat marah jangan sekali-kali mengungkit kesalahan lalau yang pernah dilakukannya.
Tindakan mengungkit dan membicarakan kecurangan bukan hanya menyakiti hati anda sendiri, tetapi juga hati sang suami ayung sedang belajar untuk memujuk hati anda semula. Oleh itu, biarkan apa yang berlaku itu berlalu dan menjadi sebahagian daripada sejarah. Ambil oengajaran dan belajarlah sesuatu daripadanya.
Tips # 3 – Persoalan keluarga
Perlu diingatkan bahawa masalah yang anda hadapi suami iteri ini bukanlah persoalan anda berdua sahaja. Ia akan menjadi persoalan keluarga sekiranya anda mempunyai cahaya mata. Buah hati anda juga akan merasa tempiasnya. Bayangkan bagaimana perasaan anak apabila melihat anda dan pasangan sudah tidak semesra dulu.
Tiada lagi gurau tawa malah tiada aktiviti luar bersama hanya kerana kecurangan yang berlaku. Mereka akan turut menjadi mangsa. Oleh sebab itu, jelaskan kepada mereka bahawa anda bersama ayahnya sedang berusaha membangunkan kembali kemuarga, maka penglibatan mereka juga turut diperlukan.
Tips # 4 – Jangan pengaruhi anak
Biar bagaimana kecewa anda pada apa yang telah dilakukan oleh suami, namun jangan sesekali mempengaruhi anak untuk menjauhi ayahnya. Perkara ini akan menyebabkan anak hilang rasa hormat kepada ayahnya dan juga mengabaikan keluarga. Jika ini berlaku, sudah tentu anda sebagai ibu bapa tidak lagi dihargai.
Rasa rendah diri dan malu pasti akan menjalari mental anak ketika mereka tahu tentang kecurangan yang dilakukan oleh si ayah. Oleh itu, sokongan anda sebagai ibu sangat diperlukan ketika krisis ini.
Tips # 5 – Elak bercerita pada tetangga
Selain itu, lindungi anak anda dari persekitaran yang tidak menyokong. Caranya dengan tidak menceritakan masalah yang dihadapi anda suami isteri kepada jiran tetanga atau rakan sekerja, cukuplah anda menceritakan kepada saudara dekat yang anda percayai. Sebabnya, curahan hati anda mungkin mampu menjadi santapan gosip di persekitaran kelaurga. Memang sukar untuk mengembalikan hati yang tersayat oleh khianat, tetapi lakukanlah demi kutuhan keluarga.
Renung-renungkan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...