BONDA menunjukkan minyak ramuan akar-akar kayu untuk urutan batin.
SEGALA-GALANYA bermula ketika dia pulang ke Kampung Kelola di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang lebih tiga dekad lalu. Waktu itu dalam usia baru 27 tahun, Ummul Hana hairan dengan pujian penduduk setempat terhadap moyangnya yang digelar Tok Pawang Daud.
“Saya nak tahu kenapa orang kampung sering kata Tok Aki hebat. Lalu masa dia sedang mengasah parang panjang, saya cuba tanya,” bicaranya yang lebih selesa membahasakan diri sebagai Bonda ketika ditemui di rumahnya di Bachang, Melaka.
Akibatnya, kepala beliau nyaris bercerai daripada badan. Apa tidaknya, soalan tersebut menyebabkan moyangnya itu menghayun parang hampir mengenai leher Bonda. Ironi, Tok Aki cuma senyum semacam tahu cicitnya itu bakal mewarisi ilmu urut keluarganya. Dari situ barulah Bonda faham tindakan Tok Aki nyaris memenggal kepalanya itu kerana tergamam mendengar soalan tersebut. Walhal semua anak lelakinya seumur hidup tidak pernah malah takut bertanyakan rahsia kehebatan bapa mereka itu.
“Bukan sembarangan orang boleh belajar waima cucunya sendiri pun tidak tahu. Namun Tok Aki akhirnya mendedahkan segala misteri dan rahsia urut batin diwariskan untuk Bonda pula agar ilmunya itu tidak ‘putus’ setelah dia meninggal dunia,” imbaunya lagi.
Bayangkan untuk ‘pelajaran’ pertama, Tok Aki membuka bungkusan kain putih mengandungi teras kayu merbau sebesar lengan orang dewasa. Ia diukir berkilat menyerupai kemaluan lelaki yang lengkap dengan urat, bulu halus, biji zakar dan lubang kencing.
Hari ini dalam usia 60 tahun, Bonda nyata bukan calang-calang tukang urut dan mungkin bomoh wanita tunggal di Malaysia. Beliau hingga kini telah memulihkan lebih 1,000 zakar lelaki bermasalah termasuk kes mati pucuk kronik yang gagal dirawat pakar perubatan moden.
“Wanita biasa barangkali akan malu tetapi Bonda rasa sebaliknya. Tugas ini Bonda buat demi membantu masyarakat dan bukan untuk memuaskan nafsu seks. Agaknya sebab itu Tok Aki ‘berani’ ajar malah Tok Aki tahu ilmu tersebut tidak akan disalahgunakan,” katanya jujur.
Selepas tiga tahun berguru dengan Tok Aki, ibu tunggal dengan lima anak itu kemudian membuka dua buah salon rawatan kecantikan wanita di ibu kota. Bonda cuma menjadi bomoh urut sepenuh masa pada usia 40-an hasil simpanan wang bisnes salonnya itu. Kerjaya urut alat kelamin yang diusahakannya hanya bermula sebaik saja dia pulang ke tanah air setelah memperoleh segulung diploma. Bonda ialah graduan bidang kaji saraf dan seksologi dari sebuah sekolah perubatan ternama di Jakarta, Indonesia pada awal 1980-an.
“Mungkin sebab itu ribuan klien lebih yakin kerana Bonda tidak sekadar menumpang nama Tok Aki. Cara kerja Bonda juga profesional malah Bonda membuat ‘perjanjian’ tidak sekali-kali jatuh cinta dengan pesakit biar macam mana hebat sekalipun zakar mereka,” selorohnya.
Bagi mendapatkan rawatan, bakal pelanggan perlu menghubunginya terlebih dulu untuk temu janji. Sebelum datang, Bonda akan bertanya pelbagai perkara peribadi khasnya sejarah diri sama ada pernah mengalami kecederaan di mana-mana anggota badan. Setiap rawatan lazimnya mengambil masa tiga sesi dan satu sesi biasanya berlangsung sekitar sejam mengikut tahap keseriusan masalah.
BONDA menerangkan kedudukan urat saraf pesakit yang bermasalah sebelum memberikan rawatan.
Bagi keselesaan klien, Bonda tidak menetapkan waktu khusus untuk rawatan malah kadar bayaran juga boleh dirunding.
“Tidak hairanlah ada pesakit yang datang tengah malam atau menjelang subuh sebelum pergi kerja. Ada juga yang datang dari Brunei, Sarawak dan Singapura. Mereka sanggup tunggu Bonda untuk menetapkan waktu rawatan,” jelasnya.
Sebelum memulakan rawatan, beliau akan memeriksa setiap titik pada tubuh pesakit dan mencatatkan di beberapa lampiran kertas semakan diagnostik yang memaparkan rajah anggota badan. Tanda O bermaksud tiada kesakitan dirasai sementara tanda X bererti ada kesakitan.
Bonda memang amat teliti dan tidak kekok membetulkan balik urat pada kerandung zakar jika alat kelamin itu didapati bengkok beberapa darjah tanpa pelanggan itu berasa sakit atau terangsang nafsu. Kebanyakan kes yang dirawatnya, menurut Bonda, adalah akibat suka melakukan onani.
“Secara jujur, Bonda agak sedih apabila mendapati banyak tukang urut seks di pasaran boleh menyebabkan pesakit mereka ketagih melakukan onani. Ini diakui pelanggan yang jumpa Bonda selepas mendapatkan rawatan dengan bomoh ‘palsu’ itu,” tegasnya kesal.
Justeru, beliau melahirkan kebimbangan mengenai trend onani di kalangan generasi muda kerana berdasarkan pengalaman ketika memulihkan zakar ribuan pesakit itu ia menunjukkan 80% remaja mengalami masalah mati pucuk kerana gemar melancap.
Malangnya, usaha Bonda merawat zakar lelaki kerap dianggap tidak bermoral. Bonda pernah dicaci termasuk menerima panggilan berbaur lucah. Namun beliau tetap tabah kerana berpegang kepada amanat Tok Aki yang yakin niat Bonda menjadi garis sempadan.
Meskipun sudah memulihkan ribuan lelaki daripada umur serendah belasan tahun hingga orang kenamaan berusia emas, Bonda merendah diri menasihatkan golongan lelaki lemah batin supaya jangan malu membicarakan isu kelamin asalkan mengikut saluran yang sepatutnya.
NB: Bonda boleh dihubungi di email (bonda99@gmail.com) dan di talian 012-9724661 & 019-6222197.
Sumber : Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...