Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Berlari semasa mengandung adalah cara yang paling baik dan berkesan untuk menjaga kesihatan tubuh dan jantung, selain daripada aktiviti berenang. Ia memberi ketenangan mental dan meningkatkan kekuatan fizikal terutama di saat keletihan yang teramat. Kaedah dan faedahnya sama seperti berjalan perlahan dan anda boleh melakukannya dengan mudah.
Selamat atau tidak berlari sama ada mengandung bergantung kepada tahap kandungan dan keadaan fizikal seseorang wanita hamil. Sekiranya anda seorang yang aktif dan sentiasa mengamalkan aktiviti larian sebelum mengandung, maka berlari semasa mengandung tidak memberi masalah selepas disahkan hamil. Asalkan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan mendapatkan pemeriksaan awal daripada doktor yang merawat kandungan sejak mula. Walau bagaimanapun, mengandung bukanlah waktu yang sesuai untuk anda melakukan latihan larian (aktiviti lasak) untuk marathon atau apa-apa sahaja yang seumpamanya.
Semasa trimester pertama, inilah bayi anda mulai membentuk beberapa oragan utama. Sekiranya anda terlalu aktif dan suhu badan anda terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan masalah kepada bayi. Mengapa mahu merisikokan kandungan anda sendiri? Jadi, cubalah berlatih untuk menghadapi persediaan di bilik rsalin misalnya menguatkan otot abdomen dan lantai pelviks agar memberi kekuatan dan tenaga semasa di bilik bersalin nanti.
Sama ada anda mengandung atau tidak, berlari boleh memberi tekanan kepada lutut anda. Semasa mengandung, sistem saraf mulai longgar yang mana ia mudah mengalami luka. Justeru, anda perlu jelas mengenai hal ini dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sehinggalah bayi anda selamat dilahirkan. Mulai sekarang, fokus senaman hendaklah pada aktiviti yang selamat dan tidak membebankan kandungan.
Tip trimester pertama (1-3 bulan)
Ikuti langkah berjaga-jaga sejak dari awal, misalnya minum banyak air putih sebelumnya, semasa dan selepas berlari. Kekeringan boleh mengurangkan aliran darah ke uterus dan mungkin boleh menyebabkan kontrasi pramatang. Pakai kasut yang dapat menyokong sekitar buku lali dan betis dengan baik. Dapatkan juga coli khas untuk sukan yang menyokong perkembangan payu dara anda.
Tip trimester kedua (4-6 bulan)
Tahap keseimbangan tubuh anda mulai tidak stabil sebaik sahaja bahagian perut anda semakin mengembang. Ia menyebabkan anda mudah terjatuh dan tergelincir. Sebagai langkah keselamatan, cuba berlari pada kelajuan yang rata sahaja. Sekiranya anda hilang pertimbangan dan berasa hendak terjatuh, sebaiknya jatuh dengan cara yang betul. Misalnya jatuh ke sisi atau jatuh ke belakang untuk mengelakkan sesuatu tidak diingini brlaku pada bahagian abdomen. Atau cuba tahan tubuh anda dengan tangan sebelum bahagian perut anda menghempas ke tanah.
Pada tahap ini juga, sebaik-baiknya anda berlari di atas trek yang selamat sepanjang kehamilan. Permukaan pejalan kaki itu haruslah selesa, tidak mendatangkan bahaya dan mudah untuk dilalui. Jika berlaku kes-kes kecemasan, mudahlah untuk anda mendapatkan bantuan.
Tip trimester ketiga (7-9 bulan)
Pada tahap ini, anda perlu lebih berhati-hati, sebagaimana anda mempastikan keselamatan diri semasa trimester pertama dan kedua. Ingat! Jangan paksa diri untuk terus berlari. Jika tubuh anda telah memberi isyarat keletihan, maka berhentilah untuk berehat seketika. Langsung tidak bersenam menyebabkan tubuh layu dan lesu, tetapi memaksa diri hingga berlebihan dalam senaman juga tidak elok untuk tubuh anda.
Bagi pelari yang tegar, mereka akan merasai corak larian semakin perlahan terutama semasa tahap trimester ketiga – berjalan pantas mungkin cara terbaik untuk mencapai impian anda tadi.
Tanda amaran :
JANGAN berlari sehingga anda berasa keletihan dan tercungap-cungap. Memaksa diri hingga menyebabkan tubuh menggunakan oksyigen ke tahap maksimum turut memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Anda dinasihatkan segera berhenti berlari atau berjogging dan hubungi doktor untuk pemerikasaan lanjut, sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut :
- pendarahan pada vagina
- sukar bernafas, terutama semasa berehat
- pening-pening
- sakit kepala
- sakit dada
- lemah-lemah otot
- muntah
- kelahiran pra matang (berlaku kontraksi awal)
- pergerakan fetus mulai lemah
- ada cairan yang bocor keluar melalui vagina
Capaian entry berkaitan :
Seks semasa hamil
Q&A : Posisi seks ketika isteri hamil
Pendarahan sewaktu hamil?
Isteri Hamil, Suami Jangan Kalut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...