Hubungan seks yang memuaskan bukan hanya bergantung kepada aspek emosi semata-mata. Kekuatan stamina juga memainkan peranan penting untuk memberi kepuasan dalam hubungan intim.
Salah satu cara untuk memastikan otot vagina memberi cengkaman yang kuat ketika hubungan intim adalah dengan mengamalkan senaman kegel. Ia mampu meningkatkan kadar elastis otot vagina.
Senaman Kegel ini juga sangat mudah, ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun. Caranya adalah, ketika duduk tahan otot vagina seperti anda sedang menahan air kencing. Tahan selama tiga saat dan lepaskan. Ulangi gerakan ini sebanyak 10 kali.
2 - Senaman otot paha
Otot paha yang kuat perlu kerana sesetengah posisi dalam hubungan seks memerlukan kekuatan otot tersebut. Otot bahagian paha boleh dimantapkan dengan melakukan gerakan senaman seperti aerobik. Selain itu joging ataupun lari juga boleh dilakukan. Senaman ini sebaiknya dilakukan dengan teratur iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit.
3 - Senaman otot pinggul
Ia bertujuan untuk melancarkan peredaran darah ke bahagian rongga pinggul. Kontraksi otot pinggul penting dalam situasi orgasm. Ketika merasa terangsang, jantung akan mengepam darah lebih pantas ke bahagian pinggul. Bila darah yang masuk ke bahagian tersebut makin banyak maka dinding vagina akan menjadi lebih tebal dan tubuh seseorang wanita lebih bersedia untuk mencapai orgasma.
Cara senamannya adalah;
- Berbaring dan kedua siku menyangga badan tapi pastikan badan tidak diletakkan pada lantai.
- Rapatkan kaki dan luruskan. Halakan kaki anda ke atas membentuk sudut 30 darjah tanpa membengkok lutut.
- Angkat kaki anda selama 6 saat dan ulangi sebanyak 8 kali.
4 - Senaman otot punggung
Kekuatan otot atau bahagian punggung perlu kerana ada kalanya posisi ketika melakukan hubungan intim memerlukan anda mengangkat bahagian punggung. Otot punggung yang kuat membolehkan anda bertahan hingga beberapa lama untuk memberi kenikmatan pada pasangan.
Amalkan langkah berikut untuk mendapatkan otot punggung yang kuat. Berdiri tegak dengan kaki terbuka. Genggam ‘dumbbell’ seberat dua kilo pada setiap tangan dan silangkan tangan di belakang punggung.
Selamat mencuba.
Sumber : MW
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...