Salam,
Para pengunjung blog yang dirahmati, di sini saya kongsikan satu lagi tazkirah oleh favourite saya, bro Mohd Huzairi Zainuddin, perunding motivasi Self Dynamic and Management Training Consultant. Mudah-mudahan anda mendapat walau sedikit manafaat daripada artikel ini.
Diriwayatkan, pada suatu pagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya, “Wahai manusia, siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan?”
Para sahabat langsung menjawab, “Malaikat!”
Rasulullah SAW menangkis, “Bagaimana para malaikat tidak beriman, sedangkan meraka pelaksana perintah Allah?”
Sahabat menjawab lagi, “Kalau begitu, para Nabi-lah yang imannya paling menakjubkan!”
Rasulullah SAW menyahut, “Bagaimana para Nabi tidak beriman, padahal wahyu turun kepada mereka.”
Untuk ketiga kalinya, sahabat cuba memberi jawapan, “Kalau begitu, sahabat-sahabatmu, ya Rasulullah.”
Rasulullah SAW pun menolak jawapan, “Bagaimana sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan.”
Rasulullah SAW yang mulia meneruskan kalimatnya, “Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang datang sesudah kalian. Mereka beriman kepadaku, walaupun mereka tidak melihatku. Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku. Mereka temukan tulisan dan beriman kepadaku. Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka bela aku seperti kalian membela aku. Alangkah inginnya aku berjumpa dengan ikhwanku itu!”
Ini telah pun dijelaskan seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang gaib, yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Baqarah, ayat 2~5)
Rahsia Allah Taala
Para pembaca yang beriman, berdasarkan riwayat di atas, kita belajar memahami bahawa untuk membina iman bukannya mudah. Ada saja degaan dan tentangan yang bakal diterima. Semakin tinggi tingkat tentangan, maka semakin tinggi pula tingkat iman kita. Semakin sulit kita menjalankan sebuah keyakinan (iman), semakin tinggi pula nilai iman kita di sisi Allah SWT.
Ilustrasi berikut mungkin boleh menyederhanakan persoalan: Seorang waliyullah tidak diragukan lagi telah melihat pwlbagai “keajaiban” dan “rahsia” Allah SWT. Dia sudah menyaksikan dan merasakan getaran cinta Ilahi. Kalau Allah mengangkat darjatnya, tentu saja kita tidak akan hairan. Yang membuat kita takjub adalah, seorang pengurus yang sangat sibuk dan telah menyaksikan bahawa “time is money”, namun tetap berusaha menunaikan solat lima waktu di celah-celah kesibukkannya. Begitu juga denga seorang kuli bangunan yang lebih banyak menggunakan potensi otot dibandingkan potensi otaknya, namun tetap berpuasa di bulan Ramadan meskipun dia harus bekerja di tengah terik mentari.
Pengurus dan kuli bangunan tersebut memiliki iman yang paling menakjubkan. Kita bukanlah sahabat Nabi yang menyaksikan secara langsung betapa mulianya akhlak junjungan kita itu, kita juga bukan malaikat yang tidak memiliki hawa nafsu, kita juga bukan waliyullah yang telah merasakan manisnya kasih sayang Allah SWT. Kita adalah sebahagian manusia biasa yang penuh dengan kelemahan.
Dalam kelemahan itulah, kita masih beriman kepada Allah SWT. Dalam ketidakhebatan kita itulah, kita selalu berusaha mendekati Allah. Di tengah kesibukan dan beban ekonomi yang semakin mengkat, kita tetap keluarkan zakat dan sedekah. Tidak sedikitpun kita akan gadaikan iman kita. Di tengah dunia yang semakin kompetitif, kita masih sempatkan diri untuk menunaikan solat. Di tengah godaan duniawi yang luar biasa, kita tahan nafsu kita di bulan Ramadan. Di tengah kumpulan manusia yang sedang berputus asa dengan krisis ekonomi ini, kita masih boleh mensyukuri sejemput nikmat yang dikurniakan Allah SWT.
Rasulullah SAW menghiburkan kita, “Berbahagialah orang yang melihatku dan beriman kepadaku.” Rasulullah SAW mengucapkan kalimat ini satu kali lagi, “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.” Rasulullah SAW mengulang kalimat terakhir ini tujuh kali.
Ingat pada janji
Para pembaca yang bijaksana, perhatikan dan ingatlah janji kita kepada Allah SWT. Janji bahawa kita tidak akan menduakan-Nya. Janji bahawa kita akan sentiasa patuh dan akan melaksanakan setiap suruhan dan meninggalkan setiap larangan-Nya. Kalau kita memegang teguh dan melaksanakan setiap perjanjian yang telah dimeterai dengan Allah SWT, maka jaminan Allah ialah keselamatan di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah SWT sangat tepat dalam melaksanakan janjinya. Dalam usaha kita untuk membina keyakinan diri, yakinlah bahawa Allah Maha Adil. Kita laksanakan dulu apa yang telah diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang, maka urusan seterusnya adalah menjadi tanggungjawab Yang Maha Pencipta.
Bertawakallah, seperti firman Allah SWT:
فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
Maksud ayat: "Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung." (Surah At-Taubah, ayat 129)
Setiap yang berlaku adalah bersebab dan menjadi rahsia ketuhanan. Banyak sungguh perkara-perkara yang tersirat dan di luar kemampuan manusia untuk mentafsirkannya. Fikir-fikirkanlah.
Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai Allah SWT di kalangan hamba-hamba-Nya. Amiin.
~ Mutiara kata ~
"Pastikan bahawa setiap pergerakan kita adalah dibuat kerana Allah dan justeru itu menjadikan setiap saat kita bernafas adalah sentiasa dalam ibadat dan dalam rahmat Allah."
~ Mohd Huzairi Zainuddin ~
"Kekeceawaan adalah sebahagian dari fasa kehidupan.Hidup ini adalah perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengornbanan yang suci tidak pernah mengharapkan sebarang pembalasan."
~ Mohd Huzairi Zainuddin ~
"Hidup memang macam tu. Penuh teka-teki, penuh prasangka, penuh andaian, penuh dgn pelbagai perkara yg kita tidak tahu dan tidak akan tahu.Di sinilah Allah menjadi sandaran kita. Persoalan dunia akan selesai dengan sendirinya oleh hati yang berpaut pada agama."
~ Mohd Huzairi Zainuddin ~
"Pastikan bahawa setiap pergerakan kita adalah dibuat kerana Allah dan justeru itu menjadikan setiap saat kita bernafas adalah sentiasa dalam ibadat dan dalam rahmat Allah."
~ Mohd Huzairi Zainuddin ~
"Kekeceawaan adalah sebahagian dari fasa kehidupan.Hidup ini adalah perjuangan dan setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengornbanan yang suci tidak pernah mengharapkan sebarang pembalasan."
~ Mohd Huzairi Zainuddin ~
"Hidup memang macam tu. Penuh teka-teki, penuh prasangka, penuh andaian, penuh dgn pelbagai perkara yg kita tidak tahu dan tidak akan tahu.Di sinilah Allah menjadi sandaran kita. Persoalan dunia akan selesai dengan sendirinya oleh hati yang berpaut pada agama."
~ Mohd Huzairi Zainuddin ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...