PAGE

Rabu, Jun 03, 2009

Bumbung stadium runtuh


Beginilah keadaan bumbung di bahagian timur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pagi semalam.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50% daripada strukturnya musnah.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter.

Ia menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu termasuk pengarahnya, Ahmad Sabri Hussin berada di tempat kejadian bagi mengumpul maklumat serta keterangan berhubung kejadian itu.

Sumber : UtusanOnLine 03/06/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...