Salam,
Rasulullah SAW pernah melarang Ali bin Abi Talib mengahwini perempuan lain di sisi Fatimah r.a. akibat terlalu sayang kepada anak dan menantunya, baginda tidak mahu sesiapapun mengganggu kebahagiaan keluarga mereka. Poligami adalah perkara yang berat dan ujian yang besar dalam rumahtangga. Ia juga boleh mencabar keimanan dan meracuni kesucian hati.
Berikut adalah riwayatnya: Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam amat marah ketika mendengar puteri beliau, Fatimah binti Muhammad, akan ‘dimadukan’. Ketika mendengar berita tersebut, Nabi terus masuk ke masjid lalu menaiki mimbar dan berseru: "Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengkahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku terlebih dahulu, Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.” [Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, Hadits 9026].
Menurut satu sumber [Wisatahati.com], berdasarkan penerangan Imam Nawawi, perkara utama yang hendak disampaikan di dalam riwayat ini bukanlah berkaitan poligami. Ini berkaitan dengan, Fatimah binti Muhammad akan di'madukan' bersama puteri Abu Jahal. Kemarahan Rasulullah berkaitan dengan mempersatukan puteri Rasulullah SAW dengan puteri musuh Allah yaitu Abu Jahal [rujuk Syarah Hadis Muslim Li Nawawi].
Di dalam sebuah hadis lain, perkara ini telah diterangkan lagi yang mana Rasulullah SAW sendiri telah menegaskan bahawa baginda tidak mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan yang haram. Rasulullah SAW bersabda, ".....Dan sungguh aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah, jangan sekali-kali bersatu puteri Utusan Allah dengan puteri musuh Allah." (Hadis Riwayat Bukhari)
Walaubagaimanapun, mengenai larangan Rasulullah SAW terhadap hasrat Saidina Ali r.a. untuk berpoligami, alasan bahawa larangan baginda adalah kerana calon isteri itu adalah anak Abu Jahal tidak boleh diterima. Ini kerana ia bertentangan dengan akhlak Rasulullah SAW yang tidak mengaitkan seseorang dengan kesalahan ibu bapa atau keluarganya, dan juga begitu pemaaf terhadap bekas musuh yang memeluk Islam. Perkahwinan di antara keluarga dan sahabat Rasulullah SAW dengan mereka yang keluarganya sebelum itu pernah memusuhi dan memerangi umat Muslim memang berlaku pada zaman Rasullulah SAW. Oleh itu, jelaslah bahawa alasan Rasulullah SAW melarang Saidina Ali r.a. berpoligami adalah kerana Siti Fatimah r.a. tidak memberi persetujuannya.
Lalu, apakah hikmahnya Rasulullah SAW melarang Saidina Ali r.a. daripada mengamalkan poligami? ...Siapa tahu, sila-sila kongsikan dengan saya...
Tujuan perkahwinan di atara seorang mukmin dan mukminah adalah untuk menguatkan iman, memudahkan kerja-kerja ibadah kepada Allah SWT dan menyucikan keperibadian, di samping menurunkan zuriat yang soleh. Jika matlamat ini tidak tercapai di antara suami dan isteri, mereka boleh menutuskan ikatan perkahwinan yang tidak bahagia itu demi masa depoan iman mereka.
Masalahnya, sunnah poligami telah dijadikan peluang untuk kepuasan nafsu duniawi saja, tanpa memandang kepada akibat yang akan dituai di akhirat kelak. Hidup di alam poligami menuntut ketiga-tiga pelakunya bersikap adil. Suami, isteri pertama dan madunya. Jika ketiga-tiganya tidak berperanan dengan baik, sesuai dengan bimbingan wahyu dan sunnah Rasulullah SAW, nescaya mereka tidak akan bahagia buat selama-lamanya.
Keadilan suami
Suami adalah seorang pemimpin yang wajib mengatur dan menyusun strategi mengikut garis panduan agama yang sahih, tidak berpihak kepada yang kanan atau yang kiri, bahkan hendaklah sentiasa meletakkan segala-galanya mengikut neraca keadilan dan kesaksamaan.
Sekiranya lelaki yang tidak amanah mahu berkahwin, sekadar mahu mengambil kesempatan daripada seorang perempuan, cukuplah dosanya melakukan penipuan-penipuan atas nama agama. Sedangkan sunnah Rasulullah SAW telah menjadikan poligami sebagai jalan menolong kaum wanita miskin yang tidak berupaya memberi nafkah anak-anak yatimnya.
Rasulullah SAW mengahwini Aisyah r.a. dan Hafsah r.a. kerana mahu menjaga hubungan dengan ayahanda keduanya iaitu Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. yang merupakan sahabat yang paling dikasihi baginda. Bukan kerana kekejian nafsu! Bahkan kerana kedua-dua sahabatnya yang menawarkan anak mereka, setelah isteri pertama Rasulullah SAW wafat.
Perlu diingatkan oleh kaum lelaki, bahawa Rasulullah SAW tidak pernah menduakan Khadijah r.a. sama sekali. Sehingga usia 50 tahun, Rasulullah SAW tidak pernah berpoligami. Kalau baginda mahu berkahwin kerana nafsu, bukankah tidak perlu menunggu hingga usianya tidak muda lagi?
Jelas dan terang maksud poligami yang dilakukan merupakan misi dakwah, bukannya kerana nafsu. Ketika usia baginda 52 tahun, juga setelah kematian Khadijah r.a. saat itu dirasakan keperluan wujudnya pendamping setelah baginda memulakan tugas-tugas Ketua Negara. Para sahabat pula memutuskan untuk mencarikan Rasulullah SAW isteri yang boleh meringankan tugas baginda.
Pilihan pertama adalah seorang wanita tua yang bernama Saudah. Rasulullah SAW menerimanya semata-mata mahu menjaga Saudah r.a. selepas kematian suaminya. Kemudian datang Aisyah r.a. dan Hafsah r.a. yang cerdas melengkapi peranan seorang Rasul di tengah-tengah kemelut dakwah dan perjuangan. Setelah itu, isteri-isteri yang lain hampir kesemuanya telah mencapai usia 50 hingga 60 tahun dan mereka semuanya adalah janda.
Niat seorang suami mestilah suci, caranya hendaklah betul mengikut aturan agama dan matlamatnya bersih semata-mata mahu meninggikan maruah wanita. Kalau mencari wanita muda dan cantik saja, selepas itu melupakan terus yang lama dan pertama, maka perbuatan yang sebegini adalah menyalahi sunnah Rasulullah SAW, memudharatkan agaman dan menghancurkan masa depan isteri tua dan anak-anak sendiri. Sungguh besar dosa yang harus suami tanggung!
Peranan para isteri
Pertama, hendaklah memperbaiki kerosakan yang dideritai hati akibat takdir ini. Fokuskan kerja-kerja memperbaiki kelemahan diri dan memahami suara hati antara sesama isteri. Pegangan agama mesti menjadi kekuatan antara mereka. Peranan suami sebagai pemimpin diharapkan boleh menyelesaikan kemelut dan konflik dengan terapi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Tetapi jika suami pun lemah iman, isteri mesti memiliki kemampuan sendiri untuk menciptakan suasana harmoni, meletakkan segala-galanya atas kuasa Allah SWT dan berusaha sekuat-kuatnya berdiri di atas kaki sendiri. Bukankah kelak bila mati, kita semua akan kembali kepada-Nya berseorangan juga? Anggaplah kehilangan suami sebagai didikan untuk menghadapi kematian.
Isteri mesti menyibukkan diri dengan ilmu dan aktiviti bermanafaat untuk menghilangkan tekanan atau stress. Jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan kawan-kawan ataupun keluarga yang hanya akan meracuni hati dan memburukkan keadaan. Alangkah baiknya jika hati yang sakit itu disirami ketenangan al-Quran dan jiwa yang gundah itu menghabiskan hadis-hadis Rasulullah SAW dengan tekun supaya anda membuka mata seluas-luasnya.
Banyak lagi isu dan ujian iman lain yang mesti dilalui selain poligami ini. Mengapa bersedih dan cemburu padahal ujian akhirat lebih berat lagi berbanding ujian dunia yang tak sebanding langsung dengan kedahsyatan hari akhirat?
Bukankah lebih baik mempersiapkan diri untuk hari yang lebih penting berbanding hari ini. Hari kebangkitan adalah lebih penting daripada hari-hari kecemburuan dan kesedihan di dunia. Lupakanlah ujian dunia semata-mata kerana takut dengan ujian akhirat. Mungkin takdir sebegini sebagai ujian di atas dosa-dosa yang pernah dilakukan, dan kita mengharapkan semoga Allah SWT menghapuskan semua dosa kerana anda redha dengan ketentuan-Nya sebagai isteri tua.
Isteri muda pula mesti berwaspada, jangan sesekali mempengaruhi suami untuk merampas hak-hak isteri tua. Balasan dunia cepat berlaku dan seksa akhirat pula sedia menunggu. Sedarlah diri, seorang 'perampas' boleh jadi akan dirampas dengan lebih teruk. Perbanyakkanlah beristighfar dan merendah diri kepada isteri pertama, rebutlah hatinya dan bergaullah dengan akhlak para isteri Rasulullah SAW, nescaya bermadu itu akan benar-benar menjadi semanis madu!
Sumber : Dr Juanda Jaya dan sedikit penambahan sendiri
Salam. Selalu singgah tapi tak pernah bersuara. Tapi hari ini mungkin boleh berkongsi sedikit. Sebenarnya memang Allah telah ciptakan makhluk lelaki dengan fitrah untuk menawan dan membentuk empayar (bahasa saya sendiri) Tapi sebagai perempuan kita kena buang segala sifat mazmumah yang ada dalam diri, supaya kita ingat bahawa segalanya adalah hak yang Allah pinjamkan. Mengapa mesti tamak sedangkan kalau kita renungkan hanya aspek 'intimacy' sahaja sebenarnya yang menyebabkan kita gundah gulana (ini hanya applicable bagi lelaki yang telah memenuhi segala terms and conditions untuk beristeri lebih dari satu). Saya tidak berpoligami dan tidak bercadang untuk merosakkan rumahtangga sesiapa dengan kenyataan ini tetapi saya telah menyaksikan beberapa perkahwinan yang ada 'branch' ni tapi sangat baik perjalanannya kerana isteri-isteri itu sangat baik, tak mampu seorang suami mengendalikan lebih dari satu isteri tetapi isteri-isteri yang hebat mampu menjayakannya. Kasihilah suami kerana Allah bukan kerana kita rasa dia hak kita seorang sebab bila kita kasih Allah dan mengasihi kerana Allah, Allah jualah yang memberikan bahagianya kepada kita.Dan kita kena ingat tak ada istilah juga dalam agama isteri no 1 atau no 2 yang ada isteri-isteri kerana semua mempunyai hak yang sama. Wallahualam.
BalasPadamassalamualaikum a traveler looking for the right path...sy stuju dgn komentar anda di atas berkenaan kasih syg suami bukanlah mutlak kpd isteri seorg dan kita kena berbalik balik yg kasih syg suami juga merupakan pinjaman dr Allah s.w.T. dan isteri juga tidak blh tamak DLM ASPEK 'INTIMACY' or anything bukan milik mutlak isteri seorg . saya bukanlah seorg yg alim sgt dlm pengetahuan agama ini cuma ingin memberi bbrp komentar dan ingin berkongsi pndpt dgn semua tntg topik ni. berkahwin dgn suami pun biarlah kerana sebab utamanya kerana agamanya dan dpt membimbing isteri dan isteri pula mjdi pembantu suami menegakkan agamanya. mmglah bermadu itu amat pahit bg wanita sdgkn siti fatimah yg mulia itu dimadukan pun menangis apatah lagi kita manusia biasa. tp dlm konteks siti fatimah tadi Rasulullah melarang Ali b. Abi Talib bernikah dgn puteri Abu Jahal mungkin sebab2 tertentu dlm menjaga imej islam itu sendiri wallahualam...bahkan berpoligami itu sndiri pun sunnah Rasulullah s.a.w dan brg siapa menolak sunnahnya diakhirat kelak ditakuti Rasulullah s.a.w sniri x mengaku umat baginda.poligami juga penting utk melindungi wanita dan konsep poligami melindungi wanita ini "hnya applicable pada suami yg mempunyai pegangan agama yg kukuh dan mampu memberi nafkah zahir dan batin secukupnya serta mampu berlaku adil kpd isteri2nya" shj. bukan sewenag2nya blh berpoligami. wlpn sy seorg perempuan dan belum berkahwin dan mmg tiada pglmn berkahwin,sy sndiri pun memohon kpd Allah spy tidak 'dimadukan' dan tidak 'bermadu' dlm hidup sy nt insyaAllah...tp jika tjd juga...sy hrp sy dpt jd sorg insan yg tabah dlm mghdpi ujian Allah yg berat ini insyaAllah...sbnrnya TIADA HAK BAGI SEORG ISTERI MENGHALANGI SUAMINYA BERMADU JIKA SUAMINYA BERKEMAMPUAN...ini mmg hukum islam...dan lebih buruk lagi bg sorg isteri jika meminta cerai kpd suaminya hanya semata2 suaminya berkahwin lagi satu walhal suaminya berkemampuan dr segi nafkah zahir batin dan mampu berlaku adil. balasan bg wanita yg meminta cerai kpd suaminya cerai tnpa sebab yg munasabah dan kukuh ialah tidak tercium bau syurga oleh wanita tersebut wlpn bau syurga itu blh dicium dlm jarak yg sekian2...berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w..meskipun cerai itu halal di dlm islam tapi ianya amat dibenci olh Allah s.w.T sniri. hal ini byk terjadi dikalangan rakyat Malaysia...ini juga mungkin disebabkan kurgnya pengetahuan agama dikalangan rakyat malaysia sndri malah konsep poligami itu sndiri bertambah tercemar dimomok2kan dan dilihat dr sudut negatif drp pihak mediamassa sndiri..bg suami yg berkemampuan pula persiapkanla diri dgn ilmu agama yg secukupnya dan carilah psgn yg mempunyai pegangan agama yg kukuh spya jika isteri tsbt hndk dimadukan mereka blh menerima dgn redha insyaAllah...cerai-berai bkn shj merosakkan imej institusi keluarga islam di mata non-muslim, anak2 menghadapi tekanan perasaan krn xmdpt kasih syg secukupnya dr kedua ibubapanya sniri mlh silap2 haribulan non-muslim sniri akan mggp sunnah Rasulullah s.a.w berpoligami ini sesuatu yg membawa keburukan walhal islam itu pembawa rahmat ke seluruh alam termasuklah bab perkahwinan dan poligami...dikhuatiri imej ajaran islam dan role model kita iaitu Rasulullah sniri disalahertikan oleh non-muslim sniri. kslhn ini sbnrnya berpunca dr umat islam sniri yg tidak tahu mngenai hak seorg suami dan hak seorg isteri dan kurgnya pengetahuan agama. seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w di akhirat kelak ramai wanita dimasukkan ke neraka disebabkan mereka x mnsyukuri pemberian suami dan menafikan hak2 suami itu sndiri...sy berpendapat hak2 suami termasuklah berpoligami JIKA SUAMI ITU BERKEMAMPUAN DR SEGI NAFKAH ZAHIR DAN BATIN SERTA BLH BERLAKU ADIL KPD ISTERI2NYA...wallahualam.
BalasPadamSalam,
BalasPadamSyabas. Amat jarang saya ketemu wanita yang mengakui hak suami utk berpoligami. Selalunya membangkang tanpa kompromi, seolah-olah ingin melawan ketentuan Allah. Apa-apapun, poligami mmg satu isu yang amat sensitif bagi kaum wanita jika fikiran mereka hanya fokus kepada suami dan bukannya Allah SWT.
Saya juga punya beberapa orang ibu saudara yang suami masing-masing mengamalkan poligami. Ada yang OK, ada juga yang hancur.
Pokok pangkal baik buruk poligami tu sebenarnya datang daripada ketua keluarga itu sendiri, iaitu suami. Jika suaminya beragama, insya Allah, bahagialah hidup mereka. Malangnya, kebanyakkan yg berpoligami di M'sia bermasalah kerana ketuanya bermasalah.
Semoga kita tidak diuji Allah seberat-berat ujian yang tidak mampu kita tanggung. Amiin.