PAGE

Sabtu, Jun 13, 2009

Tips di akhir kehamilan



Salam,

Hari ini saya kongsikan tips di akhir kehamilan, kebetulan saya sendiri sudah memasuki trimester ke tiga, rasanya tempoh inilah yang paling mencabar, setelah menempuh trimester pertama.

Semakin hampir ke tempoh bersalin selalunya makin banyak keluhan oleh ibu hamil. Tubuh terasa seperti ada saja yang tidak kena. Bagi ibu hamil yang bekerja, inilah waktunya yang membuatkan diri terasa mahu saja terus bercuti walaupun tarikh bersalin masih jauh lagi.

Sebenarnya apapun keluhan atau masalah yang dihadapi oleh ibu hamil, pasti ada cara untuk meringankannya. Berikut diberikan senarai masalah yang kerap dialami di akhir kehamilan dan juga tip untuk meredakannya.

Pedih ulu hati (heartburn)
  1. Perhatikan kedudukan tubuh, sama ada ketika anda duduk, menulis dan membaca. Pastikan tiada tekanan di bahagian ulu hati.
  2. Atur pola makan anda, sesuai dengan fungsi sistem pencernaan anda yang sedang hamil.
  3. Hindarkan makanan yang tajam dan juga pedas, yang mampu menimbulkan gas dalam pencernaan.
  4. Makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.
  5. Bawa makanan dan buah-buahan segar dari rumah ataupun sediakan biskut di pejabat.
  6. Dapatkan ubat antasid atau gaviscon di farmasi sekiranya anda mengalami pedih ulu hati yang kronik
Sakit kepala
  1. Hindarkan diri daripada ketegangan ataupun stress sehingga hilang kawalan ketika bekerja. Latih diri untuk mengawal keadaan stress ketika sedang bekerja. Latihan telaksasi ataupun meditasi akan membantu.
  2. Sekiranya sudah terlalu lama di hadapan komputer, berehatlah sebentar. Selain itu, kerap mengalihkan pandangan mata anda kepada pandangan di tingkap ataupun sesuatu yang mampu merehatkan mata.

Pengsan
  1. Jika pekerjaan memerlukan anda banyak berdiri ataupun berjalan, naik dan turun tangga sebaiknya tatkala hamil terutama di trimester akhir anda mengajukan permohonan untuk ditukarkan ke bahagian lain untuk seketika.
  2. Sekiranya keadaan tersebut tidak memungkinkan, usahakan untuk selalu menjaga kelancaran aliran darah ke kaki dengan merehatkan kaki, menjaga keseimbangan dan berat badan secara sama rata (jangan bertumpu pada satu kaki saja pada waktu yang lama).
  3. Gunakan kasut yang bertumit sederhana atau lebih rendah.
  4. Hindari anemia (kurang sel darah merah) dengan selalu menjada pola makan sihat dan seimbang. Pastikan anda tidak kekurangan zat besi.
  5. Jaga kestabilan kadar gula darah dengan makan dalam jumlah yang kecil tetapi lebih kerap.

Sesak nafas
  1. Berehat sebentar walaupun ketika sibuk bekerja. Tarik nafas panjang perlahan-lahan sambil membayangkan udara segar memenuhi seluruh sel tubuh anda hingga ke janin. Selepas itu, hembuskan kembali sambil merehatkan seluruh badan.
  2. Lakukan senaman regangan ringan sambil duduk mahupun berdiri, misalnya dengan mengangkat kedua belah tangan ke atas sambil meregangkan badan ke kiri dan ke kanan.

Sakit pada bahu, punggung ataupun pinggan
  1. Pastikan postur tubuh ketika bekerja. Duduk dan bekerja dengan posisi yang betul seperti tidak membongkok agar anda dapat bekerja dengan selesa tanpa tekanan di bahagian punggung dan pinggang.

Segera bertemu doktor jika :
  1. Mengalami rasa sakit kepala yang tidak tertahan
  2. Pandangan sering kabur
  3. Rasa sakit dan tegang terus menerus di bahagian bahu dan punggung
  4. Sering mengalami sakit dada disertai denga mual dan muntah
  5. Sering rasa memulas dan mengalami kontraksi rahum yang makin lama makin kerap
  6. Ada tompokan darah dari vagina
  7. Sering berasa ada gas keluar dari vagina
  8. Ada darah dalam air kencing
  9. Berat badan tiba-tiba naik mendadak dalam masa beberapa hari
  10. Mengalami demam yang tinggi
  11. Berlaku pembengkakkan di wajah, tangan dan kaki
  12. Janin bergerak terlalu aktif ataupun sebaliknya, atau tidak bergerak sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...