APABILA angin kurang baik, ada saja yang tidak kena. Perasaan tidak menentu, gelisah mahupun murung juga adakalanya tidak terkawal namun usah pula terburu-buru mengambil ubat-ubatan khususnya ubatan antikemurungan.
Kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat pada 2005 menunjukkan lebih ramai yang mengambil ubat antikemurungan berbanding ubat tekanan darah tinggi, asma dan kolesterol tinggi.
Tetapi ramai yang tidak perlukan ubat-ubatan terbabit kerana mereka sebenarnya hanya berasa sedih pada ketika itu saja.
Pakar sakit jiwa dan penulis buku Surviving Panic Disorder, Dr Stuat Shipko berpendapat ubat antikemurungan tidak seharusnya banyak diberikan kepada pesakit kerana ia boleh menyebabkan masalah sebenar seperti ketagihan, masalah seksual atau kedua-duanya.
Tanpa ubat-ubatan, ada pelbagai cara mudah untuk menukar angin yang kurang baik itu, sekali gus membangkitkan semangat serta meningkatkan kesihatan.
Gabungan beberapa kaedah berikut mungkin boleh diikuti untuk menyingkirkan segala perasaan tidak menentu dan meningkatkan semangat diri:
Ketawa meningkatkan pembebasan endorfin iaitu sejenis bahan yang memberikan rasa kesejahteraan di dalam otak. Mereka yang gembira lazimnya menikmati kehidupan yang bukan saja menyihatkan, malah mungkin lebih lama. Bernafas juga satu cara yang baik untuk menenangkan minda, meningkatkan tenaga serta memperbaiki semangat diri. Cuba bernafas dengan perlahan, mendalam serta berirama setiap hari. Konsep ini memainkan peranan penting dalam aromaterapi yang menggunakan kuasa pemulihan daripada tumbuhan yang memiliki bau-bauan kuat. Aromaterapi turut menyarankan rawatan kemurungan menggunakan tumbuhan seperti bunga melur, eucalyptus dan limau gedang untuk membantu meningkatkan kepekaan serta kegembiraan. Bauan seperti oren dan lavender juga membangkit semangat yang positif. Satu kajian menunjukkan ketika tugasan menaip selama minit, mereka yang duduk bersebelahan jambangan bunga lebih relaks berbanding mereka yang duduk berhampiran tumbuhan yang hanya mempunyai daun. Dalam tubuh manusia, kadar DHA yang tinggi pula dikaitkan dengan peningkatan dopamin dan serotonin iaitu bahan kimia otak serupa yang dirangsang oleh ubat-ubatan antikemurungan. Menurut Pemangku Ketua Kimia Saraf Pemakanan, Institut Penyalahgunaan Alkohol Amerika, Dr Joseph R Hibbeln, seseorang itu lebih terdedah kepada masalah murung, gelisah dan mudah marah apabila mereka kurang menikmati sajian berasaskan ikan. Bagaimanapun, tubuh tidak boleh menghasilkan tryptophan dengan sendirinya. Oleh itu, ia harus diperoleh daripada sumber lain seperti susu yang kaya dengan asid amino. Selain susu, makanan lain seperti dadih, keju, telur, pisang dan kekacang juga membekalkan sumber bahan berkenaan. Jika sudah biasa melakukan senaman seperti angkat berat, membengkokkan lutut, tekan tubi dan mendayung, teruskan senaman menyihatkan itu. Senaman berterusan memudahkan seseorang menyesuaikan diri dengan tekanan serta meningkatkan pembebasan hormon seperti noradrenalin, serotonin, beta endorfin dan dopamin yang membantu meningkatkan perasaan yang baik. Selain berlari, disarankan senaman berjalan pantas atau sebarang senaman kardiovaskular selama setengah jam, lima kali seminggu. |
Sumber : HMetro 2009/07/06
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...