PAGE

Khamis, November 05, 2009

Benarkah lelaki Melayu ‘layu’?


Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh...

Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Entry ini saya masukkan selepas saya membacanya artikel bertajuk Lelaki Melayu 'Layu'? di egrup yang saya sertai dan bila saya cari penulis asal, saya dapati artikel dipetik dari blog MazidulAkmal.... promote sikit blog abang Mazidul, hero SlimRiver... :)

Secara peribadi, saya sangat setuju, lelaki Melayu banyak kekurangannya. Antara yang boleh disenaraikan di sini :
  1. kurang bertanggungjawab (tidak memenuhi nafkah zahir dan batin)
  2. kurang pengetahuan ilmu dunia dan akhirat (adeh… macamana nak jadi pemimpin nih?!)
  3. kurang romatik atau gentleman
  4. tidak bersifat penyayang
  5. tidak sabar
  6. kurang pandai melayan/mengambil hati/memujuk pasangan
  7. berlagak pandai (walhal bodoh dan sombong pulak tu)
  8. lebih pandai mengambil kesempatan (take things for granted)
  9. amat sukar meluahkan perasaan kasih (especially pada isteri, tetapi tidak pada temanita/matair)
  10. kurang berpegang teguh pada kata-katanya (cakap tak serupa bikin)
  11. lebih suka mungkir janji (ciri-ciri munafik ni weh!)
  12. gemar berbohong/ngelat/tipu (ciri-ciri munafik juga)
  13. kurang memberi sokongan pada pasangan
  14. kurang pendengaran/pemahaman (masuk telinga kiri keluar telinga kanan)
  15. kurang prihatin
  16. lebih cemburu
  17. lebih EGO
  18. panas baran atau tidak mampu menahan marah
  19. cepat kalut
  20. cerewet
  21. tidak jujur
  22. berat ‘pungkok’ a.k.a. takut reput tulang
  23. tidak mempunyai matlamat/fokus hidup
  24. lebih suka membuang masa melepak
  25. lebih suka buang duit beli rokok, aksesori kereta/motor dan lain-lain
  26. tidak kreatif atau bermasalah dalam komunikasi seperti suka berahsia, sukar berkongsi masalah atau sukar dibawa berbincang
  27. tidak tahu menabung atau tiada perancangan kewangan yang kukuh (parah nih!)

Waaahhh… jika lihat senarai, banyak betul kekurangan lelaki Melayu ini, ya! Maka, memang wajarlah kenyataan lelaki Melayu ini, ‘layu’. Hik.. hik.. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu. Bukan saya yang memulakan subjek ini. Jika ada dalam senarai di atas yang terkena batang hidung sendiri, ambil iktibar dan betulkan sikap kalian. Benar hakikat bahawa tiada manusia yang sempurna, tetapi ini tidak bermakna kalian mempunyai tiket untuk terus kekal dalam ketidak-sempurnaan. Ambillah peluang perbetulkan diri, jadikan ia pemangkin bagi kalian mencari titik kesempurnaan semaksimum mungkin. Usahakanlah menaikkan saham lelaki Melayu. Bukankah lelaki Melayu pantang dicabar? Anggaplah check list di atas satu cabaran untuk kalian meng‘up-grade’kan kualiti diri dan berubah menjadi seorang individu yang lebih dihormati.

Nampak sangat seolah-olah saya ni berat sebelah, tapi jangan salah faham. Sebenarnya, setiap individu ditetapkan oleh kebiasaan mereka yang unik dan tidak boleh dipencilkan secara khusus atau dipisah-pisahkan mengikut bangsa atau kewarga-negaraan. Jika sudah perangai seperti syaitan, tidak kira Melayu atau apa bangsa pun, macam itulah perangainya. Jika kita terlalu fokus pada senarai yang negatif tentang lelaki Melayu, tentu kita boleh pandang sebelah mata atau buat-buat tak nampak senarai yang positif tentang mereka pula. Tak bolehlah begitu, kan? Memang tidak kurang hebatnya kaum lelaki berbangsa Melayu, dan kehebatannya terpulang kepada individu yang benar-benar mahu memahami dan mencari kehebatan lelaki Melayu.

Saya amat bersimpati terhadap sebilangan wanita yang memandang rendah terhadap kaum lelaki Melayu sehingga memilih lelaki berbangsa asing sebagai pasangan hidup. Malah, ada yang mencebik, “Aaah, lelaki Melayu, apa yang ada pada mereka?” Amat menyedihkan, apabila wanita Melayu itu akhirnya hampa dengan lelaki asing yang disangkakan lebih baik daripada lelaki Melayu. Namun, amatlah tidak adil jika kita membuat kesimpulan hanya wanita-wanita ini perlu disalahkan kerana tersalah buat pilihan, tetapi kaum lelaki umumnya, tidak kira apa bangsanya, sepatutnya turut dipersalahkan. Masih ramai yang mengahwini lelaki asing dan hidup bahagia, tidak kurang juga yang bernikah dengan lelaki Melayu menemui neraka dunia.

Mengapa masyarakat, khususnya Melayu begitu mudah menunding jari ke arah kaum wanita sahaja apabila terdapat permasalahan dalam rumahtangga? Jika pasangan lelaki tidak melaksanakan tanggungjawab, gagal pula melindungi keluarga dan tidak dapat memberikan kebahagiaan, selalunya si isteri juga yang dipersalahkan kerana dikatakan “dia sendiri yang telah membuat pilihan itu”. Bukankah ini satu sikap negatif dan tidak akan mengubah atau membaiki keadaan sesiapa pun?

Seharusnya, lelaki Melayu (dalam perlembagaan negara, Melayu itu Islam) sebagai ketua keluarga yang mempunyai kedudukan lebih mulia dan tinggi daripada wanita, sepatutnya kaum lelaki lebih peka dalam hal-hal yang membimbing isteri (dan anak-anak) ke arah kebahagiaan. Ini amat jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’, ayat 34). Perhatikan perkataan yang sengaja saya ‘bold’kan.

Persoalan penting yang patut difokuskan dalam artikel asal ialah, apakah ciri-ciri yang ada pada lelaki Melayu yang seharusnya dijadikan idaman setiap wanita Melayu? Saya percaya, setiap lelaki mengimpikan untuk menjadi suami idaman bagi seorang isteri. Namun, untuk menjadi suami idaman bukanlah semudah yang disangkakan. Seorang suami perlu memenuhi beberapa kriteria untuk melayakkan dia menyandang status suami idaman. Senarai di bawah bukan khusus untuk suami sahaja, malah isteri juga boleh cuba terapkan dalam kehidupan seharian. Boleh juga dibuat panduan untuk mengingatkan pasangan yang tidak berkesempatan membaca entry ini.

Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. :
  1. Patuhi semua hak Allah SWT, berusahalah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
  2. Bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah.
  3. Melakukan solat berjemaah di masjid/surau atau bersama keluarga.
  4. Bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
  5. Menepati setiap janji yang dibuat.
  6. Berusaha menambah ilmu yang ada dan mewujudkan suasana belajar di dalam rumah.
  7. Sentiasa memainkan peranan sebagai suami – ketua keluarga, sahabat, penasihat, kekasih, pendengar, pendidik.
  8. Memanggil isteri dengan panggilan manja yang disukainya.
  9. Memberi hadiah pada hari-hari istimewa buat isteri.
  10. Memahami karenah isteri dan banyak bersabar.
  11. Memahami kehendak dan pengharapan isteri tanpa perlu disebut-sebut oleh isteri (lu pikirlah sendiri...)
  12. Bergurau senda dengan isteri.
  13. Sentiasa berhubung dengan isteri tanpa mengira tempat dan masa.
  14. Mendidik isteri secara berhikmah dan penuh kasih sayang.
  15. Memaafkan isteri dan orang lain setiap malam sebelum tidur.
  16. Mendoakan isteri setiap masa.
  17. Melakukan kerja-kerja rumahtangga bagi membantu meringankan beban isteri, tetapi tidak menjadi suami yang di‘queen-controlled’.
  18. Memandang isteri dengan lemah lembut, senyuman dan kata-kata yang manis.
  19. Sentiasa mengamalkan makan bersama isteri apabila ada kesempatan.
  20. Melakukan riadah bersama isteri dan sekali-sekala mandi bersama.
  21. Sentiasa memberi kata-kata positif sebagai perangsang kepada isteri
  22. Menjauhi perbuatan bertegang leher dengan isteri, sebaliknya mengalahlah bagi perkara yang harus.
  23. Menjadikan al-Quransebagai teman dan mengajak isteri untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran
  24. Segala masalah yang brelaku dalam rumahtangga diselesaikan secara bersama.
  25. Mengadu kepada Allah dalam menghadapi masalah, ketakutan dan kesakitan.
  26. Sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha.
  27. Menjauhi perasaan buruk sangka terhadap isteri kerana sangkaan itu satu doa.
  28. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan.
  29. Bergaul dengan orang yang baik-baik dan berilmu.
  30. Sentiasa melakukan taubat, istighfar, bersedekah, meminta maaf dan memaafkan orang lain.
  31. Mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa. Dosa kecil yang diulang-ulang (berterusan melakukannya) akan manjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
  32. Tidak membenarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga.

Malangnya, hari ini kita dapat lihat, kebanyakkan lelaki Melayu muslim menganggap posisi mereka sebagai satu tuntutan hak, bersikap terlalu ego dan pantang pula ditegur. Lelaki Melayu muslim hendaklah lebih peka dengan sunnah junjungan kita, Rasulullah SAW yang amat lemah-lembut dan lebih romantis. Sebaliknya lelaki asing lebih mendahului dan menerapkan sifat lemah lembut dan romantis Rasulullah SAW dalam melayan pasangan mereka dan inilah yang menarik perhatian wanita Melayu mendampingi mereka. Jika lelaki Melayu muslim benar-benar beriman dan mahu mengikut jejak Rasulullah, sudah pasti wanita Melayu tergila-gilakan lelaki Melayu juga dan sudah tentulah rumahtangga aman bahagia, dapat mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah!

Renung-renungkan!

Capaian entry berkaitan :
  1. Jadilah suami idaman
  2. Suami mithali idaman isteri
  3. Wahai suami layanilah isterimu dengan baik
  4. Lelaki berdiam diri tanda protes


--
~ 睡眠不足のママ ~
http://bawangorengnet.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

35 ulasan:

  1. Teman tidak setuju..
    ada tu ada tapi bukan semuanya lagu tu..

    BalasPadam
  2. Salam Bro,

    Thanks for ziarah. Ya, saya juga tidak bersetuju. Jika semua lagu tu, kiamatlah dunia...

    BalasPadam
  3. [delarizax@yahoo.com]6 November 2009 pada 10:13 PG

    Dah lebih 40 tahun, penerapan pemikiran 'layu' di semat dalam bangsa melayu terutama kepada golongan lelaki.

    BalasPadam
  4. PriceOfYan [lancer4g93t@gmail.com]6 November 2009 pada 10:14 PG

    org laki malas nak layan benda2 remeh camni... pemikiran org bukan nya bleh diubah semudah itu..

    BalasPadam
  5. PangeranFansurie [pangeran_fansurie@yahoo.com]6 November 2009 pada 10:16 PG

    kajian dibuat sebab kita hidup dalam kelompok Melayu. Sebab itu kita mudah melihat kelemahan kelompok kita sendiri. Adakah kita yakin bahawa lelaki dari bangsa lain lebih baik jika kita hanya melihat segelintir dari mereka sahaja dan membandingkan dengan kesemua kelompok lelaki melayu. Jika anda pernha tinggal dan menetap dengan kelompok bangsa lain dalam jangka masa yang lama perbandingan yang dilakukan boleh juga diterima

    Kita juga harus terima lumrah bahawa tiada yang sempurna baik lelaki Melayu atau lelaki bangsa lain hatta wanita sendiri. Kita ketika mencari pasangan mudah melihat kepada titik hitam (keburukan) pasangan tersebut yang hakikatnya sebesar hama yang menyebabkan hamparan putih (kebaikan) seluas lautan hilang dari pandangan. Dan adakah kita berfikir mengenai diri kita, baikkah aku, sempurnakah aku, dan jika aku mendapat lelaki yang baik, mampukah aku mentaati perintah dan mengikut tunjuk ajar suami? :)

    wallahualam

    BalasPadam
  6. RazizAriffin [zizariff@yahoo.com]6 November 2009 pada 12:19 PTG

    maka dengan itu toksah la jadi lelaki melayu..!!

    jadlah lelaki Islam.. kerana dengan menjadi lelaki Islam semua yang ada pada lelaki melayu akan bisa dibuang..!!

    BalasPadam
  7. MohdAliMohdRashed [mdalie@gmail.com]6 November 2009 pada 12:20 PTG

    Salam,

    X kisah la nak kata apa pun yang penting lelaki melayu islam tahu apa yang patut di buat selagi tidak melanggar syarak atau hukum agama sebab remeh la perkara macam ni.

    atau pun perempuan melayu yang tak tahu malu sebab tu ubah kelemahan pada lelaki melayu. Bosan la perempuan selalu salahkan lelaki melayu apa perempuan melayu dah tak ada perkara lain yang lebih penting ke nak bincang.

    Pikir la kenapa perempuan melayu selalu curang ke apa ke bincang la itu lagi baik dari merapu..... Maaf jika tulisan menyakitkan hati harap maaf

    BalasPadam
  8. EmiHafizzulJamaluddin [emihafizzul@yahoo.com.my]6 November 2009 pada 12:21 PTG

    bro, no need to argue with the brainless. setakat tau cut & paste pas tu nak canang seluruh dunia, tak payah. Perbandingan di buat pon tak apple-to-apple. Its juat a waste to reply such low-grade of statement. but credit given for the efforts....

    BalasPadam
  9. MohdKhairulFerguson [kindkladze@yahoo.com]6 November 2009 pada 12:23 PTG

    Setujukah jika saya katakan bahawa tahap kehidupan kita di Malaysia pada masa kini sebenarnya tidak stabil menyebabkan masing-masing terpaksa bersikap individualistik dan materialistik baik kaum wanita mahupun kaum lelaki.

    Di negara kita ini, sebenarnya apa yang saya lihat ramai orang-orang Melayu yang rajin berusaha, bekerja keras malahan ada di antara mereka yang melakukan 2 ke 3 kerja untuk menampung kehidupan mereka dan memberi nafkah kepada anak dan isteri mereka, namun permasalahannya adalah kenaikan harga barangan dan makanan serta lain-lain perbelanjaan yang teramat mendadak jika nak dibandingkan dengan gaji dan pendapatan yang mereka perolehi adalah amat kecil.

    Berbanding dengan negara luar, contoh yang paling dekat adalah Singapura, saya diberitahu oleh rakan-rakan di sana, walaupun perbelanjaan mereka tinggi, malahan mereka terpaksa membayar "parking lot" di kawasan rumah mereka sendiri, tetapi gaji ataupun pendapatan yang mereka perolehi adalah tinggi dan setimpal dengan perbelanjaan mereka.

    Ramai di antara rakan-rakan saya yang terpaksa bekerja di fast food selepas waktu kerja dan ada juga yang berniaga burger pada waktu malam semata-mata untuk mendapat pendapatan sampingan atau side income kerana gaji tak cukup. Di sini dapat kita perhatikan bahawa masa mereka untuk anak-anak dan isteri mereka begitu terhad dan mungkin ini juga merupakan antara faktor-faktor perceraian yang semakin meningkat di negara kita pada ketika ini. Kesempitan hidup ini yang menyebabkan kehidupan mereka semakin parah.

    Ada juga di antara mereka yang terjerumus ke dalam skim cepat kaya yang akhirnya memusnahkan harta mereka dan juga kehidupan mereka. Golongan ini mudah terpedaya bukanlah kerana mereka ingin hidup mewah tetapi kerana desakan hidup.

    Nak kata Kerajaan tidak membantu tak boleh juga kerana banyak juga cadangan-cadangan dan bajet yang diperuntukkan kepada rakyat, tetapi sejauh mana perlaksanaannya kita tak tahu, jadi dalam perkara ini, susah saya nak setuju bahawa lelaki Melayu "layu", sama-samalah kita fikirkan penyelesaiannya.

    terima kasih

    BalasPadam
  10. DSG Hamdan [hamdan_dsg@yahoo.com.my]6 November 2009 pada 12:41 PTG

    salam..

    maaf klu salah..perempuan melayu sekarang dh pupus..huhu.. sbb ramai mereka berpakai mcm bangsa penjajah.. fikirkan la.. mcm ne nk elok, klu environment dh.......fikirlah..

    p/s:melayu + islam = hebat , melayu - islam = layu

    BalasPadam
  11. Yullyati Ayusniza Abdul Rahman [ayusniza@willis.com.my]6 November 2009 pada 12:42 PTG

    untuk saya dan semua: lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kata2 yang tak best org dengar/bace.

    BalasPadam
  12. Isma Halil Ishak [ihishak@celestica.com]6 November 2009 pada 12:43 PTG

    Sebab itulah wanita melayu suka sangat mat salleh @ mamat hitam negro...dia ingat lelaki melayu nie teruk sangat, pastu baru jer kawin dah cerai-berai. Contohnya, kes dera anak sampai mati oleh suami keduanya yang berkulit hitam bulan lps , yang kononnya lebih hebat segala-galanya...lastly anak sendiri jadi mangsa. Romantik sangat ker bangsa lain nie? atau poyo bagus sangat .....

    Kan dah banyak kes membabitkan wanita melayu kawin indon, bangla, mat salleh .....berapa kerat sangat yg bahagia ? siap masuk TV mintak ditolong bawak balik malaysia....yang tolong lelaki melayu jugak. Itulah sikap wanita melayu kita yang mengagungkan orang luar @ bangsa lain....dia ingat romantik tu boleh bahagia sampai bila2. Time bercinta memang lah romantik, bila dah dapat baru ko tau romantik ke x ?....

    mungkin ada segelintir lelaki melayu yg 'layu' tapi benar ke orang bangsa lain semua "segar' ?..atau cuma wanita melayu memang sengaja nk jatuhkan air muka bangsa dia sindri.

    Lu pikirlah sendiri.

    BalasPadam
  13. MdAdros Sharif [mdadros@yahoo.com]6 November 2009 pada 1:14 PTG

    Sangat Cantik!!!

    Kepada sesiapa yang berotoriti bolehlah Senarai 27 vs. Senarai 32 ini dicerahkan dalam Kursus Nikah/Kahwin...

    BR\Adros

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah. Sampai juga mesej saya. Kebanyakkan feedback melihat list yg 27 itu dan terus melontarkan peluru... Huk.. huk...

    Sebenarnya, bukan salah kursus nikah/kahwin tak cukup silibus. Masalahnya terletak pada individu itu sendiri... Tapi kalau kursus kahwin tu dibuat macam kursus utk dapatkan diploma ada test tiap semester etc, insya Allah, mungkin ada perubahan...

    BalasPadam
  15. DaraPujaan [darapujaanhati@yahoo.com]9 November 2009 pada 9:27 PG

    Sifat dan akhlak yg baik sbg penentu hala tuju sesebuah rumahtangga dan generasi akan datang di kata remeh?
    No wonder.....

    PriceOfYan [lancer4g93t@gmail.com] berkata...

    org laki malas nak layan benda2 remeh camni... pemikiran org bukan nya bleh diubah semudah itu..

    BalasPadam
  16. RioHirowati [riorhs@yahoo.com]9 November 2009 pada 9:27 PG

    Merujuk kepada 27 kekurangan yang terdapat dalam lelaki - saya kira sekarang ini bukan melayu saja, penyebab nya ialah orang-orang yang mendidik kita. Kalau lelaki, ibu bapa turutkan. Aank perempuan tak habis-habis kena buat kerja rumah dari subuh hingga ke pagi - kepagi sebab nak ulangkaji pelajaran kerana siang hari, nak masak, nak cuci kain, nak kemas tempat tidur dan sebagainya. Anak perempuan kalau tidak buat akan di marah. Pada pengamatan saya, anak lelaki yang kena sapau rumah, basuh pinggan dan tolong mak masak didapur berjaya dalam serba serbi nya - pelajaran, abang, bapa dan suami.

    rhirowati - rhirowati

    BalasPadam
  17. JimLuqman Hakem [jimluqman@yahoo.co.uk]9 November 2009 pada 9:28 PG

    Lagu ini mengingatkan kita pada frasa ‘MELAYU MUDAH LUPA’ yang pernah diucapkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia mengingatkan orang Melayu agar tidak lupa asal usulnya, hidup bersatu padu dan sayang pada bangsa sendiri.

    Orang Melayu akan hilang kuasa yang diwarisi sekiranya lupa akan asal usulnya dan tidak mengenang kembali jasa-jasa yang telah ditabur oleh pejuang negara terdahulu. Perjuangan mereka untuk mengukuhkan kekuatan dan keutuhan peribadi orang Melayu dilakukan demi masa depan bangsa Melayu.

    Orang Melayu harus berhati waja, bersemangat patriotik dan mempunyai nilai-nilai jati diri yang tinggi supaya tidak mudah orang lain berkuasa di atas buminya sendiri. Orang Melayu hendaklah bangun tekadkan azam bersemangat padu agar dapat membela bangsa dengan terus gemilang dan perkasa di persada dunia. Usaha yang gigih dan ingin terus memajukan diri seiring dengan bangsa lain akan mengekalkan warisan perjuangan dan maruah bangsa MELAYU.

    ANAK KECIL MAIN API

    Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa di antara kita
    Cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Kita akan merintih sendiri

    Jangan buang waktu lagi
    Majulah raih semua mimpi
    Hapuskan sengketa teruskan usaha
    Kita akan gagah di Nusantara
    Elit dan gagah di pentas dunia

    Lagu ciptaan: Dr. Nordin Kadir

    BalasPadam
  18. aks qodhait [khadaied@yahoo.com]9 November 2009 pada 9:35 PG

    Ada benar nya cik bawang goreng

    Tapi one sided saja.

    Setiap sa orang lelaki melayu ada pada nya , sa orang wanita melayu yang mendidik nya. tidak begitu Cik Bawang goreng!

    jadi kalau prodect yang di hasilkan itu ada kekurang nya, mungkin ia nya kurang baik di didik kot!
    salam

    BalasPadam
  19. Salam tuan,

    Ini lagi satu typical Malay... Mendidik anak bukan hanya terletak di bahu ibu semata-mata...

    Check balik surah 031 Luqman...

    BalasPadam
  20. Abiat07 [abiat07@yahoo.com]9 November 2009 pada 9:38 PG

    Salam,

    nampaknya, ramai yang tidak memahami motif sebenar artikel ini dikeluarkan. sama ada tidak membacanya sampai habis atau memang jenis lambat nak faham

    bila saya baca semula artikel tu, ianya meminta supaya semua lelaki melayu muhasabah diri berdasarkan senarai 27 perkara. sila semak semula

    saya percaya, penulis artikel ini bukanlah berniat nak merendah2kan lelaki melayu. jika anda semua berfikiran positif, 27 perkara ini dapat membantu lelaki melayu mengubah kekurangan yg ada. mungkin lepas ni, boleh la pula sesape sediakan pula senarai perkara2 yg perlu wanita melayu bermuhasabah pula.

    secara peribadinya, memang susah nak cari lelaki melayu yg tiada ciri2 27 nih. klu ada pun, 1 dalam seribu.

    apa2 pun, sebagai manusia, siapa pun kita sama ada lelaki atau wanita, perlakukanlah pasangan kita sebagai manusia, bukan sebagai hamba mahupun sebagai hak milik.

    walaupun syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami, itu bukanlah tiket seorang suami boleh memperlakukan isterinya sesuka hati. lagipun janganlah kita lupa bukankah ramai para suami masuk neraka kerana isteri dan anak2nya. jika si isteri telah melanggar adabnya terhadap suami kerana terasa dianiaya oleh suaminya, dia berupaya menarik suaminya ke neraka bersama-sama dengannya. maksudnya di akhirat nanti, dia akan mengatakan perbuatan aniaya suaminyalah yang menyebabkan dia telah melakukan dosa. bukankah seseorang yang menyebabkan orang lain membuat dosa, dia akan disabitkan sama dalam dosa itu?

    so, fikir-fikirkanlah...

    BalasPadam
  21. Adehh… terkejut saya. Tak sangka ramai pulak yang melatah dengan posting kali ini. Rasanya tak perlu melatah jika diri tiada ciri-ciri list 27 tu… huk… huk… Betul kata abiat07.... Ramai yang tersasar membaca hingga tak sampai mesej posting. Mungkin kena ubah tajuk, list 27 vs list 32 kut, baru faham.

    Firman Allah SWT :
    [7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

    Saya tak nak ulas panjang, penat menaip tapi mesej tak sampai sebab orang malas nak baca. Cuma list 32 tu sama-samalah kita amalkan, tak kira lelaki atau perempuan, Melayu, Cina, India, Benggali, Gurkha pun boleh amalkan.

    Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Dalam masa lebih kurang lagi sebulan lagi, kalau umur kita panjang, insya Alah, kita akan menyambut MaalHijrah 1431. Apa kata list 32 tu kita jadikan azam tahun baru. Ini seruan untuk diri saya sendiri juga dan suka kongsikan bersama sahabat-sahabat yang lain. Kalau tak dapat merealisasikan ke semua dalam senarai, buatlah yang kita berdaya. Mustahil dalam list 32 tu, satu pun tak mampu kita buat? Cuba buat lima ke sepuluh dahulu, kalau dah ok, tambahkan lagi kapisiti mengikut kemampuan.

    Seorang ‘motivator’ berpesan, Allah tidak membebankan seseorang diluar keupayaannya. Janganlah kita meninggalkan amalan yang satu minit hanya kerana kita tidak mempunyai masa satu jam. Sebagai contoh, jika kita tidak punya masa satu jam membaca al-Quran, kita mungkin punya 10 minit, atau kita punya satu minit tiap hari. Allah SWT bukan sekadar menilai daripada perbuatan, Dia juga menilai dari niat kita. Contoh dalam hal al-Quran, kalau kita hafal satu muka surat dalam masa 6 bulan secara konsisten, bermakna satu juzuk mengambil masa 10 tahun. Bermakna untuk menghafal 30 juz mengambil 300 tahun. Kalaulah dalam masa 30 tahun - mati kita, bermakna kita hanya hafal 3 juz sahaja, niat kita untuk menghabiskan 30 juz tidak kesampaian kerana Allah mematikan kita. Bagaimana Allah mengira amalan dan niat kita?

    Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita pasang niat/azam sahaja sudah dapat saham. Bila hati dah pasang niat/azam, insya Allah usaha ke arah kebaikan akan dipermudahkan. Yang penting, janganlah kita kufur nikmat Allah. Saya masih ingat pesan ‘trainer’ saya, kita harus berterima kasih atas setiap kejadian kerana tanpa kejadian-kejadian yang buruk, maka kita akan menjadi orang yang bodoh dalam kegelapan jiwa. Walau bagaimanapun kita akan menjadi tolol jika tidak memahami akan kasih sayang Allah SWT dalam merencanakan setiap permasalahan yang kita hadapi. Biar bodoh jangan tolol kerana orang bodoh masih mahu mencari jawapan dan berusaha ke arah kebaikan, manakala orang tolol cuma pandai mengkritik dan sering menyalahkan…

    Pilihan di tangan kita, tepuklah dada, tanya iman.

    Jangan jadi muslim layu, jadilah muslim hebat!

    BalasPadam
  22. DaraPujaan [darapujaanhati@yahoo.com]9 November 2009 pada 2:19 PTG

    Saya setuju...memang ramai yg tak memahami...siap kata brainless lagi. Dari sini dah menunjukkan egonya seorang lelaki itu...langsung tak boleh menerima kritikan atau menerima dgn lapang dada dan fikiran, kemudiannya merenung ke dalam diri sendiri. Kita memang tak boleh menukar org lain tapi apa salahnya kita menukar diri sendiri. Kalau artikel itu membawa kepada kebaikan, apa lah salahnya kita ikut dan apply pada diri kita walaupun tak sepenuhnya.

    Ada pula yg berpendapat nak lelaki baik mesti jadi perempuan baik dulu...itu memang betul tp dalam konteks Islam, lelaki itu sebagai pemimpin, kalau diri sendiri tak boleh dipimpin bagaimana nak pimpin isteri dan anak2 nanti. Itu lah tanggungjawab lelaki disini, memimpin isteri yg 'kurang' baik ( dari mata lelaki / suami itu sendiri sebab definisi kurang /tak baik itu sangat subjektif ) utk menjadi lebih baik. Kalau dapat isteri yg memang sedia baik, itu adalah satu bonus cuma jangan isteri yg baik jadi tak baik kerana dapat suami yg lemah yg tak ada ciri2 seperti artikel di bawah ni. Senarai di bawah tu adalah antara ciri2 untuk menjadi pemimpin rumahtangga yg baik tak kira samada anda mendapat isteri yg baik atau tidak. Kalau tak dapat isteri yg baik pun sekurang2nya anda ada sifat2 yg baik dalam diri anda. Itu bukankah kemajuan untuk diri sendiri?

    Lagi sekali...berfikirlah secara positif, insyaAllah semuanya akan jadi baik....

    BalasPadam
  23. salam...
    terima kasih atas artikel ni. tapi saya bersetuju dengan aks qodhait. (saya copy paste dari komen dia)

    aks qodhait [khadaied@yahoo.com] berkata...
    Ada benar nya cik bawang goreng

    Tapi one sided saja.

    seeloknya, artikel ini ditulis secara seimbang. barulah kelihatan lebih adil dan kurang la kes api-mengapi. tak dinafikan, senahagian daripada list tu memang betul walaupun bukanlah semua. tapi kalau betul tujuan artikel adalah untuk membangunkan ummah, bukankah elok 27 list lelaki dan 27 list wanita disertakan? jangan kata wanita melayu tiada kelemahan yang perlu diperbaiki. tak adil begitu.

    lagi satu, saya perhatikan gaya penulisan tak becirikan neutral dan seolah-olah mahu menghentam satu pihak (saya percaya ini bukan niat artikel ini ditulis). sepatutnya, atas dasar ingin menasihati, unsur2 yang boleh mengapi-apikan patut dielak. contohnya tulisan di dalam kurungan seperti berikut:




    2.kurang pengetahuan ilmu dunia dan akhirat (adeh… macamana nak jadi pemimpin nih?!)
    7.berlagak pandai (walhal bodoh dan sombong pulak tu)
    9.amat sukar meluahkan perasaan kasih (especially pada isteri, tetapi tidak pada temanita/matair)
    10.kurang berpegang teguh pada kata-katanya (cakap tak serupa bikin)
    11.lebih suka mungkir janji (ciri-ciri munafik ni weh!)
    12.gemar berbohong/ngelat/tipu (ciri-ciri munafik juga)
    13.kurang memberi sokongan pada pasangan
    27.tidak tahu menabung atau tiada perancangan kewangan yang kukuh (parah nih!)

    sepatutnya kata2 dalam kurungan adalah tak perlu dan saya yakin maksud tetap difahami. dengan adanya tulisan2 dalam kurungan tersebut, secara tak langsung menunjukkan kurangnya sokongan wanita dalam mengubah sikap lelaki kerana lebih terarah kepada menghentam. bukankah ini sikap no 13?

    saya juga lihat bahawa dalam list ini juga tersenarai sikap wanita. contohnya:


    2.kurang pengetahuan ilmu dunia dan akhirat
    3.kurang romatik atau gentleman/feminin
    4.tidak bersifat penyayang
    5.tidak sabar
    6.kurang pandai melayan/mengambil hati/memujuk pasangan
    8.lebih pandai mengambil kesempatan9.amat sukar meluahkan perasaan kasih (ada wanita yg suka berdiam dan harap lelaki paham2 sendiri seperti dlm list 32)
    10.kurang berpegang teguh pada kata-katanya
    11.lebih suka mungkir janji
    12.gemar berbohong/ngelat/tipu
    13.kurang memberi sokongan pada pasangan
    16.lebih cemburu
    18.panas baran atau tidak mampu menahan marah
    19.cepat kalut
    20.cerewet
    21.tidak jujur
    23.tidak mempunyai matlamat/fokus hidup
    24.lebih suka membuang masa melepak/ bergosip/mengumpat
    25.lebih suka buang duit beli rokok, aksesori kereta/motor, majalah hiburan, barang kemas dan lain-lain
    26.tidak kreatif atau bermasalah dalam komunikasi seperti suka berahsia, sukar berkongsi masalah atau sukar dibawa berbincang
    27.tidak tahu menabung atau tiada perancangan kewangan yang kukuh.

    ini pemerhatian saya. salam=)

    BalasPadam
  24. Salam pembaca...

    Saya tidak berkesempatan menyertai kursus penulisan, sbb itu kadaang-kadang jelas nampak mcm saya suka sangat buat provokasi... Suka provok, sebab suka tengok orang melatah. Mudah-mudahan mereka lebih berfikir.

    Tapi jika dibaca dan difahami sepenuhnya, dari awal lagi saya dah tulis, "Sebenarnya, setiap individu ditetapkan oleh kebiasaan mereka yang unik dan tidak boleh dipencilkan secara khusus atau dipisah-pisahkan mengikut bangsa atau kewarga-negaraan. Jika sudah perangai seperti syaitan, tidak kira Melayu atau apa bangsa pun, macam itulah perangainya. Jika kita terlalu fokus pada senarai yang negatif tentang lelaki Melayu, tentu kita boleh pandang sebelah mata atau buat-buat tak nampak senarai yang positif tentang mereka pula." ... mungkin ramai yg terlepas baca sebab marah sangat dengan list 27 tu...

    BalasPadam
  25. Kalau nak dpat feedback berjela2 buka lah topik macam ni dan topik poligami :)
    wal hasil balik asal potpet2 jer la, berapa peratus pembaikan dapat dijana dari penyenaraian kekurangan2 lelaki melayu dan ppuan melayu? Kena buat survey juga tu..

    Rasanya dalam majalah2 semi hiburan .hiburan memang hit topik mcm ni. cuba baca majalah MIDI, wanita , nona dll .semua ada tip mcm ni cuma ubah suai sikit. Samlah topik poligami pun. Masing2 cuba nak tonjol kelemahan pihak yg satu lagi untuk difikirin. Sebenarnya sikap tu dah bertapak dalam diri, mungkin sejak 'nutfah' diperut ibu sudah diwarisi.

    busuk2 lelaki melayu itu juga yg dipilih.. he he he

    BalasPadam
  26. MohdFaiz [zoro_1011@yahoo.com]10 November 2009 pada 2:00 PTG

    secara peribadi sy berpendapat list 27 ni bagus jugak utk muhasabah. tp rasenye lebih elok kalau penulis artikel tu listkan skali yg perempuan punye perangai jugak. dgn cara ni, artikel tersebut akan jd lebih neutral, adil dan seimbang. so xde la sebelah pihak saje. sbb sy percaya perempuan pun ade jugak kelemahannye. mesti ade punye. cuma mungkin lelaki malas nak listkan kot. sy x dapat la nak listkan sbb sy bujang lg. huhu...

    berkenaan dgn isu pasangan yg baik. sy nasihatkn agar yg masih bujang ni perkemaskan amalan dan ilmu dulu. ni tidak. asal cantik/hensem n kaya, terus ok nak kawen. cuba selidik dulu pasangan tu macam mane solatnye, puasanye n lain2. dgn cara ni, kurang la risiko berlakunye kepincangan rumah tangga. sy baru terbaca satu email yg baru dihantar ke SIM ni berkenaan seorang adik yg bimbang dgn rumahtangga abg n kakak iparnye. dan dia ade highlightkan yg abg dia n jugak kakak iparnye tu x solat. jd dalam kes ni, kite boleh tgk la punca dia. kalau tanggungjwb terhadap Allah pun kantoi, pastu sibuk nak kawen, ni la jadinye. maka yang lelaki, kena la ingat nak jd pemimpin kena la kemas sikit amalan tu. yg perempuan pulak kaji la skit latarblakang bakal suami tu. kalau dah mmg tabiat x solat, x puase (bdk kecik pun reti puase), so cari je la org lain. xpayah cari sakit.

    p/s: sy ade kwn laki umur 30 nak kawen ujung tahun ni. solat pun x. puase pun x. ntah ape la yg si ppuan tu pikir. cari sakit la tu. sy dah try skali nasihatkan si laki ni. xtau la dah insaf ke blum. huhu

    BalasPadam
  27. SalinaNan [nannsally@yahoo.com]10 November 2009 pada 2:01 PTG

    Sebenarynya item 27 tu seme lelaki ada sifat tu tak kira bangsa yang jatuh dalam kategori malas, manja dan tidak berwawasan.....heheheheh....Tak boleh generalise...Muhasabah diri bagi yang rasa mereka dalam kategori ni...tapi bukanlah seme lelaki melayu in general begini...salah tuh....tapi kalau lelaki itu rasa dia menepati kriteria 27 sifat tuh...heheheh...pandai pandailah berubah....untuk kebaikan diri dan masa depan....apa apa bangsa u lah....heheheh...wallahualam...

    BalasPadam
  28. Manstir [stir_22@yahoo.com]10 November 2009 pada 2:03 PTG

    hmmm klu kita bercakap pasal lelaki adalah lebih baik sbb ianya universal, akan tetapi klu kita bercakap mengenai hanya "lelaki melayu".. itu adalah berat sebelah namanya.. once kita dh stated perkataan atau tajuk tu.. tidak ada org anggap mengenai lelaki lain.. concern hanya pada tajuk tu sahaja.. YAKNI " LELAKI MELAYU"

    saya rasa eloklah kiranya pengarang blog tersebut menukar kepada tajuk "Benarkah lelaki layu? lebih elok dari hanya specific pada lelaki melayu.. klulah pengarang itu seorg lelaki, dan alangkah malangya dia ialah lelaki melayu,kita boleh anggap dia macam "meludah dilangit akhirnya terkene muka sendiri"..

    ingatlah bahawa setiap perkataan yang anda tulis maksudnya amat mendalam, klu hendak menulis, buatlah kajian terlebih dahulu bukan kajian secara rawak...bukan hanya nak glamour dengan penulisan anda... tanya orang tak sampai 100org, dh buat final conclusion..adehh.. grow up bro...kebanyakan kajian dimalaysia ini adalah kajian yg dibuat secara rawak dan tidak secara telus.. tengoklah kajian terhadap bancian, saya berani kata tidak sampai 100% yang betul2 ..hehhehe many of us always want to skip..

    lelaki mengikut kajian kebanyakannya adalah sama aje perangainya, mengikut kajian iannya berubah atas beberapa sbb, mungkin kawasan, ekonomi, status, kuasa, iklim, zodiak(tarikh lahir),perempuan,kawan.. dan sebagainya.. contoh ini juga melibatkan perempuan... kita lahir didunia ni pon ade sbbnya(takyah ckp sumer tau kan)...

    last word dari saya.. Jgnlah (dont ever) simply2 nak blame sesiapa, padahal anda sendiri banyak kekurangannya.. kita hidup dengan kekurangan, jadi jika kita berusaha maka insyallah kita akan berjaya dalam ape pon.. insyallah.. yang penting keyakinan tu ade walaupon tak berjaya.. mudah2an Allah memberi kita petunjuk..

    wasalam,

    MANSTIR

    BalasPadam
  29. Salam,

    Re-quote : Manusia jarang mahu mengaku kelemahan. Tak dapat tunduk arahan Allah adalah kelemahan juga. Maka cara menutup kelemahan ialah mendatangkan fakta daripada yang mana datangnya arahan itu juga. Bila Iblis ditanya kenapa engkau tak mahu sujud, adakah kamu sombong? Iblis tidak mengaku. Mengaku salah adalah mengaibkan. Sebaliknya dia mendatangkan alasan sendiri juga fakta daripada Allah juga. "Aku lebih baik daripadanya, Engkau cipta aku dari api, sedang engkau cipta dia (Adam) dari tanah." Seolah-olah arahan tidak perlu kerana "aku lebih baik daripada Adam". Kenapa perlu sujud?

    Mungkin saya silap buat tajuk begitu tapi kesilapan itu memang disengajakan kerana punya alasan yang tersendiri. Setengah orang akan buka mata bila dicucuk, jika dipuji mereka akan ‘high’ melayang, lupa nak pijak di bumi nyata. Saya akan lebih berhati-hati dengan orang yang lemah iman, patut bawakan banyak janji Allah yang baik-baik, orang yang dah kuat iman, boleh tambahkan ancaman Allah.

    Mengaku salah adalah mengaibkan. Tambahan list 27, saya masukkan lagi satu point :

    28. Pantang dikritik (tak boleh ditegur, tak boleh dilarang) dan hanya mahu dipuji.

    Lagi satu ciri-ciri yang layu... hu... hu…

    BalasPadam
  30. DaraPujaan [darapujaanhati@yahoo.com]10 November 2009 pada 2:51 PTG

    Ada lagi yg tertinggal....

    Lelaki Melayu sekarang terutama generasi muda kurang membaca dan malas cari ilmu terutama ilmu rumahtangga. Pada mereka, itu tak penting dan perkara remeh. Bila nak kahwin, terus kahwin aje tp tak belajar dulu apa yg patut dan tak patut dibuat sebelum, semasa dan sesudah berumahtangga.

    Bila kurang ilmu dah tentu rumahtangga pincang....

    BalasPadam
  31. salam,

    dari artikel ni teserlah sifat manusia yg ego dan x boleh dikritik. dah dikiritik xnak mengaku pulak tu. cuba baca komen2 ni semua. pihak lelaki n ppuan same je. masing2 xnak mengaku. bila mengaku pun lepas tu simbah minyak lg (yg penulis pun siap tambah satu point lg). sebab ape ni sume jadi? sbb EGO. same je lelaki ke ppuan. same2 EGO. mengaku aje la. huhu~


    p/s: tgk ade org melatah x? hehe~ ;p

    BalasPadam
  32. salam bro
    Rasa2 macam u cut n paste my response to the topic kat taman2 syurga. Agak 1st time kena plagiarised by lelaki melayu. kelakar seram. No offence, but 'touche'. ouch

    BalasPadam
  33. Salam Sharini,

    Thanks for ziarah.

    Tidak dinafikan, ada sesetengah bahagian entri dipetik dan dikumpulkan dari macam-macam sumber. Saya olah semula untuk tatapan bersama.

    Credit for you too.

    BalasPadam
  34. Nampaknya anda merasa amat puas kerana dapat menghentam lelaki melayu, siap dengan dalil agama lagi wahai bawang...

    Rasanya kami kaum lelaki tak kisah atau tak ambik hati.Kalau difikirkan secara logik, mungkin ini bahananya jika membiarkan kaum pererempuan mendapat pendidikan tinggi, kerana emosi, ego dan sikap melawan juga turut menjadi tinggi seiring dengan pencapaian akademik dan kerjaya.

    Mmm mungkin ini sebabnya pada masa kini kita mendengar terlalu banyak kes2 penceraian, lambakan anak dara tua dan hubungan sejenis (lesbian & pengkid) yang akhirnya akan memusnahkan sesuatu bangsa jika dibiarkan tanpa penyelesaian.

    Bawang boleh senaraikan lagi ciri2 kelemahan kaum lelaki melayu...1000 ciri pun takpa.....kami sedia mendengar.

    BalasPadam
  35. Kesiannya... AntiDayus pun sebenarnya tak berani meninggalkan ID di sini. Bukankah ini ciri-ciri pengecut...? Kui kui kui...

    Saya mengulas ttg perangai lelaki Melayu yang negatif, jadi yang tidak ada sifat-sifat negatif seperti yang tersenarai, TAK PATUT rasa apa-apa. Bahkan patut rasa bersyukur sebab dia tidak seperti yang disenaraikan itu, dan dia juga patut berasa bangga sebab wanita akan lebih menghormati mereka.

    Apabila anda sebagai lelaki yang BERBEZA dengan 'subjek' yang saya komen/ulas, anda TERKECUALI daripada terkena tempias komen/ulas/kritikan saya. Mungkin saja anda akan berasa lebih disayangi dan dihargai oleh isteri anda, sbb anda tidak seperti 'subjek'.

    Mengapa anda patut bangga? Mereka yang berbuat zalim, tidak adil, kejam dan sebagainya semestinyalah akan terasa terkutuk, bak kata orang siapa tergigit cili, dia yang terasa pedasnya. Sebenarnya, tiada sesiapapun yang memukul/mengkritik, tetapi dia sendiri yang merasa terpukul/dikritik.

    Saya tak menafikan, punca seseorang lelaki bersikap bersalahan dengan yang sepatutnya terhadap wanita, mungkin banyak juga berpunca daripada wanita itu sendiri (sebab tak mampu nak betulkan suami dan tak ada ilmu yang cukup atau terkongkong dengan ilmu yang menindas etc), tetapi, bukankah lelaki dikatakan memiliki akal yang banyak/panjang? Jika benar lelaki memiliki akal yang banyak/panjang maka PERLULAH sentiasa bertindak sebagaimana yang disebut-sebut, iaitu memiliki akal yang banyak/panjang, tak gitu ke?

    Malangnya, semakin ramai lelaki yang tidak lagi menggunakan akal. Mengapa ya?

    Jawapannya di sini : http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html

    Hujah saya selesai di sini. Wassalam.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...