PAGE

Khamis, Januari 21, 2010

Akta anak abaikan ibu bapa

Oleh Noor Azimah Romli

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang dalam kajian mewujudkan satu akta yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid, perkara itu memerlukan kajian mendalam kerana ia membabitkan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

“Kita tidak mahu anak menjaga orang tua mereka dalam keadaan terpaksa tetapi hendaklah atas dasar kesedaran, kerelaan, sikap menghormati dan menyayangi orang tua mereka. Nilai kekeluargaan perlu dipupuk sejak kecil sama ada melalui sistem pendidikan di sekolah, pendidikan agama dan juga program kesedaran serta bimbingan dan ajaran dari ibu bapa sendiri. Oleh itu seharusnya anak menjaga ibu bapa di kala usia emas mereka. Membiarkan mereka seharusnya tidak digunakan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul anak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas beberapa kes ibu bapa ditinggalkan anak di tempat awam seperti yang disiarkan media baru-baru ini. Meme berkata, kemasukan ke institusi warga emas kelolaan JKM adalah langkah terakhir yang akan diambil sekiranya mendapati ada warga emas tidak mempunyai anak atau waris untuk menjaganya.

Sumber : BHarian 2010/01/21


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...