PAGE

Ahad, Januari 17, 2010

Ibu bakar diri kerana marahkan anak

Sumber : BHarian Sunday 2010/01/17

NIBONG TEBAL: Ibu tujuh anak yang membakar diri selepas mencurah petrol ke badannya minggu lalu kerana dikatakan marah dengan sikap anak perempuannya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, malam kelmarin.

Rossliana Rosli, 33, yang melecur 54 peratus badannya dalam kejadian Sabtu minggu lalu, disahkan meninggal dunia jam 8.30 malam, genap seminggu selepas kejadian itu yang menyebabkan mangsa koma.

Jenazah yang tiba di Masjid Kampung Besar, Sungai Kechil, di sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan masjid itu.

Suami Rossliana, Marzuki Jamaludin, 39, berkata beliau ke HSB selepas dimaklumkan keadaan isterinya yang tenat, tetapi sebaik tiba mereka diberitahu mangsa sudah meninggal dunia.

“Walaupun sedih, saya reda dengan ketentuan-Nya,” katanya ketika ditemui.



Dalam http://www.utusanOnLine [ARKIB : 17/01/2010]

Wanita bakar diri meninggal

NIBONG TEBAL 16 Jan - Seorang ibu yang bertindak membakar dirinya menggunakan petrol gara-gara kedegilan anak perempuannya enggan pulang ke rumah, 9 Januari lalu, meninggal dunia malam tadi.

Rosliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, iaitu enam hari selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Menurut suaminya, Marzuki Jamaluddin, 39, dia menerima panggilan daripada hospital kira-kira pukul 5.30 petang semalam dan memaklumkan isterinya yang melecur separuh badan semakin tenat.

"Tiga jam selepas itu, arwah meninggal. Arwah dimandi dan dikafankan di HSB.

"Saya bawa pulang jenazah pagi tadi sebelum disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Buaya pukul 9.30 pagi dan dikebumikan kira-kira setengah jam kemudian," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, Rosliana bertindak membakar dirinya dipercayai selepas anak keduanya, Norhidayah Marzuki, 16, enggan pulang selepas tidur di rumah neneknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, kes terbabit dianggap selesai dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat melecur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...