1 MALAYSIA BOLEH!
Syok ler makan tanggung... Kenapa kerajaan Malaysia tak hantar debit note ke wakil diplomat negara banduan-banduan nih?
Datuk 'Terkejut' ini suka sangat bagi kejutan lagi...
PETiKAN : MalaysiaKini : RM171 juta belanja tahanan warga asing
Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.
Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.
"Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.
Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.
Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.
Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.
Katanya itu tidak termasuk nilai yang begitu tinggi membabitkan subsidi minyak dan keperluan asas yang diberikan kepada rakyat tetapi hakikatnya turut dinikmati oleh warga asing yang berada di negara ini.
"Melalui makmal ini, kita berharap agar dapat diwujudkan mekanisme untuk memastikan data dan maklumat yang terdapat di semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta dapat dikumpul dan diselaras untuk membolehkan analisa kos dan keuntungan dapat diperolehi dengan tepat dan menyeluruh," katanya.
Hishammuddin berkata makmal yang dianggotai seramai 33 ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan akan bermula secara rasmi pada hari ini untuk mencari kaedah terbaik dalam pengurusan dan pemantauan warga asing.
Katanya mereka diberi tempoh sebulan iaitu sehingga 23 April ini untuk mengemukakan cadangan daripada segi mekanisme agar kerajaan mendapat maklumat tepat dan terkini berhubung analisis perbandingan kos dan keuntungan berhubung kemasukan warga asing ke negara ini.
Katanya penilaian itu meliputi semua sektor terpilih seperti pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.
Bagaimanapun, katanya beliau berharap mereka dapat mengemukakan cadangan itu kurang daripada tempoh sebulan berikutan ia perlu dibentangkan pada jawatankuasa Kabinet. - Bernama
charge balik pd government PATI ni. charge utk:
BalasPadam- kos salvage (menyelamat)
- kos sara hidup waktu ditangkap
- kos kerugian pd negara (sebab asyik2x nak tangkap diorang jer, mcm lah takde kerja lain agensi2x penguatkuasaan kita tu)
so, boleh laa charge roughly rm7000/PATI. setuju tak?
regards.
- Rizal -
Aisey berita camni dah bertahun tahun dok dengar...saban tahun akan ada la laporan berita yang bagitau berapa kos jaga PATI ni untuk tahun tu...jadik macam annual report pulak....
BalasPadampenguatkuasaan kena lebih tegas itu jer.....tak payah simpan2...dapat tangkap sebat pastu hantar balik jer.... yang ramai2 lepak kat Chowkit tu bukannya kerja di industri pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian pun...tiap tiap hari muka dia kat situ apa ntah yang dia dok buat pun tak tau lah......
Alaaaa... Malaysia ni kan negara kebajikan untuk pendatang asing, tak kiralah pendatang yang haram ke atau yang halal... semua dilayan dengan baik. Tapi rakyat sendiri disembelih dan dihisap darah. Ini baru cerita tentang banduan, belum diceritanya lagi tentang sekolah. Berapa ramai anak pendatang asing yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan tanpa membayar sesen pun malah boleh dapat bantuan buku sekolah pulak tu. Anak-anak rakyat Malaysia sendiri terpaksa berebut untuk mendaftar di sekolah dengan anak-anak pendatang asing.
BalasPadamPemimpin Malaysia adalah bertaraf NATO... No action, talk only.
RIZAL : Cadangan baik tapi adakah ianya praktikal? Kalau goverment PATI tu tak mau bayar apa kita boleh buat?
BalasPadamLagi satu saya perhatikan terdapat beberapa kejadian PATi meggunakan negara kita untuk memasuki negara lain khasnya Australia secara haram. Kita tangkap mereka di tengah2 laut dan bawa balik kemari dan masukkan ke pusat tahanan. Kenapa tak biarkan mereka ke destinasi yang mereka nak pergi. Ini mencari beban nampaknya.
PATI yang masuk kita biarkan, tapi bila mereka nak keluar secara haram kita tahan pulak. Ini kata orang umpama TIADA BEBAN BATU DIGALAS. Ni yang mengabiskan boreh saja. Nampaknya kita membayar kos yang tinggi kerana takut dituduh memperdagangkan manusia?
Salam,
BalasPadamKerajaan Malaysia kita ni bukan sahaja bodoh tetapi terlalu lemah dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap pendatang-pndatang haram dan maritim.
Saya tidak mahu menggunakan PATI (Pendatang Tampa Izin) sebagai istilah bagi merujuk kepada pendatang-pendatang haram ini. Dari segi istilah pun terlalu lemah lembut, apatah lagi dalam soal penguatkuasaan undang-undang dan tindakan.
Sepatutnya pendatang-pendatang haram yang masuk ke negara ini di ambil tindakan yang paling tegas. Mana-mana pendatang haram yang ditangkap semasa mendarat atau berada diperairan negara, mereka perlu ditembak mati. Mana-mana yang pendatang haram yang ditangkap setelah dikesan berada di negara ini, mereka semestinya dihantar balek ke negara asal mereka dalam tempoh 7 hari samada dengan perbelanjaan mereka sendiri atau atas perbelanjaan negara asal mereka melalui kedutaan negara berkenaan.
Pendatang itu boleh datang ke negara ini dengan perbelanjaan sendiri, maka mereka juga wajar menanggung perbelanjaan pulang ke negara asal mereka. Jika kedutaan negara mereka tidak mahu bertanggungjawab membiayai perjalanan kepulangan mereka, maka pendatang-pendataang haram berkenaan perlu diletakkan dalam tahanan atau dipenjarakan dan semua perbelanjaan makanan mereka selama mereka dalam tahanan, mestilah ditanggung oleh negara mereka melalui kedutaan mereka. Jika kedutaan mereka enggan bertanggunjawab meneydiakan makanan untuk tahanan-tahanan tersebut, biarkan sahajalah tahanan-tahanan berkenaan kelaparan. Mengapa kerajaan kita perlu menganggung perbelanjaan makanan dan penginapan untuk pendatang-pndatang haram tersebut. Kerajaan sewajarnya membantu memberikan makanan dan penginapan kepada rakyat negara ini yang masih ramai tidak mampu untuk mendapatkan makanan dan penginapan. Mengapa kerajaan terlalu baik hati sangat kepada pendatang-pendatang haram dari negara-negara luar berkenaan.
Kerajaan sewajarnya memaklumkan kepada negara-negara yang berkaitan seperti Indonesia, Bangladesh, Thailand, Vietnam, Myanmar,Pakistan, India, Afrika dan lain-lain negara yang rakyat mereka dikenal pasti memasuki negara ini tanpa melalui undang-undang imigresen yang sah bahawa kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang imigresen yang ketat ini bagi membendung kebanjiran pendatang-pendatang haram seumpama ini. Biarlah negara ini dikatakan menguatkuasakan undang-undang yang zalim terhadap pendatang-pendatang haram dari negara-negara luar ini.
Jika kerajaan menguatkuasakan undang-undang imigresen yang ketat dan zalim ini, rasanya, pendatang-pendatang haram dari negara-negara berkenaan akan gentar untuk memasuki negara ini. Malahan kerajaan di negara-negara berkenaan juga akan bertegas atau sekurang-kurangnya akan memberi amaran atau nasihat kepada rakyat mereka yang berhasrat masuk ke negara ini secara haram.
Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia bertegas dalam soal imigresen ini. Pendatang-pendatang haram ini tidak takut atau tidak gentar untuk masuk ke negara ini, kerana jika mereka tertangkap sekali pun, mereka akan tetap mendapat layanan yang baik dari kerajaan Malaysia. Tetapi pendatang-pendatang haram yang sama takut untuk memasuki negara Singapura. kerana jika mereka tertangkap, mereka akan menerima padah dan kesengsaraan yang sukar digambarkan. Berapa ramai pendatang haram yang masuk ke negara Singapura?????
sambungan....
BalasPadamPerkara kedua ialah, masalah terdapatnya pegawai-pegawai atau kakitangan penguatkuasa undang-undang imigresen (Jabatan Imigresen, Polis dan RELA di negara ini yang terlibat membantu melindungi pendatang-pendatang haram yang berada di negara ini. Mereka itu mengambil rasuah dengan mengugut pendatang-pendatang haram bagi mendapat wang dari mereka jika mereka tidak mahu diambil tindakan tahanan. Ini sememangnya berlaku. Janganlah ada sesiapa termasuk anggota-anggota penguatkuasa yang berkenaan yang menafikan berlakunya gejala rasuah sedemikian. Ia berlaku walaupun tidak ramai dan amalan sedemikian sukar dibuktikan. Tetapi tindakan segelintir dari mereka itu ibarat musuh dalam selimut dan mencemarkan imej pasukan penguatkuasa. Disamping itu juga ada dikalangan rakyat negara ini mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan membawa masuk pendatang-pendatang haram ini dengan mengadakan kolobrasi atau bersengkokol dengan penguatkuasa undang-undang (Imigresen dan Polis).
Inilah masalah yang utama juga untuk dibanteras. Adakah perkara yang seumpama ini berlaku dilkalangan penguatkuasa di negara jiran, Singapura umpamanya. Ini bukan masalah untuk memuji akan penguatkuasa dan kerajaan Singapura, tetapi ia adalah hakikat yang sepatutnya dicontohi Jika ada pun mungkin sebilangan kecil sahaja, itu pun tidak begitu ketara. Mereka takut dikenakan tindakan jika mereka disabitkan dengan amalan atau kesalahan sedemikian.
Selama ini kerajaan terlalu berlembut dengan pendatang-pendatang haram ini sehingga sukar untuk membanteras kebanjiran mereka. Akibatnya, kebanjiran pendatang-pendatang haram hampir tidak boleh dikawal lagi dan berlaku pelbagai jenayah dikalangan mereka. Ini telah mengundang masalah sosial yang merimaskan dikalangan rakyat negara ini. Malah kehadiran mereka telah menjadi ancaman kepada rakyat warganegara ini.
Tindakan kerajaan Malaysia pula seumpama hangat-hangat tahi ayam sahaja. Satu ketika dalam beberapa tahun dahulu, kerajaan telah melaksanakan OPERASI NYAH, satu operasi menangkap dan menghantar pulang pendatang-pendatang haram berkenaan ke nagar asal mereka. Berapa juta RM yang telah dibelanjakan oleh kerajaan Malaysia untuk operasi tersebut. Wang kerajaan habis dibelanjakan.Namun apakah kesannya. Selang tidak beberapa kemudian, pendatang-pendatang haram yang sama kembali ke negara ini, tetap secara haram juga. Mereka tidak takut sama sekali. Mereka menyedari dan menganggap kerajaan Malaysia samada pegawai pentadbir, penguatkuasa undang-undang TiDAK ADA TELUR KERANA MEREKA ITU BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT. Sia-sia sahaja mereka itu menjadi pemerentah dan menjadi penguatkuasa bagi melaksanakan undang-undang imigresen.
Sekian dan wassalam,
para_jump101
Sedikit tambahan...
BalasPadamkalau tak silap pendatang yang masuk secara menyusup melalui jalan air tak ramai,... sebab kita tengok sekarang jarang dh ada tangkapan oleh penguatkuasa maritim... jarang dh kluar TV bot2 yang di tahan membawa pendatang...
taktik terbaru yg saya ketahui adalah... mereka masuk dengan menggunakan pasport secara sah sebagai pelancong.. mereka hanya mempunyai tempoh 30 hari untuk kembali ke negara mereka. Apa yg mereka lakukan adalah cari kerja... pas tu kalau tk dpt keje tinggal selepas tamat tempoh 30 hari tersebut... nak balik tak de duit.. so... terus tinggal je kat Malaysia...
itu sebab istilah pendatang haram sudah jarang kita dengar... apa yg biasa kita dengar sekarang adalah "kosong" iaitu pasport tamat tempoh... bial ditanya... kau ada permti tak??? jawpannya.. tak .. saya "kosong"....
kalau yg ada duit mereka akan pulang ke negara asal sebulan sekali...
nak tambah lagi Rosli.
BalasPadamLa ni kat aiport...KLIA terutamanya LCCT memang ramai indo. Ni taktik terbaru depa. depa simpan duit..naik kapal terbang...berapa duit pun....baru RM120 jaaa.
ada 2 jenis indo yg buat cara ni.
1. yang memang nak cari kerja secara haram guna passport sementara. depa akan cari member2 depa apabila sampai di KLIA. member dah siap standby dah...dan depa akan arrange kan kerja kat sini.
2. yg jenis nak merompak. depa mai dengan 2-4 helai baju...naik airasia turun kat LCCT buat projek kat KL, putjaya..subang..shah alam etc. bila ada untung...sekali rompak dpt 10k - 50k...balik semua indon. bila dah kering...depa mai balik kat sini.
dah biasa dah tngok puak2 indo kat LCCT ni ....bersepah. siap leh lepak kat coffebean lagi tu....hebat
Tu maknanya ada yang "tak buat kerja"
BalasPadamdan ada yang "buat kerja"
dikalangan pihak yang berwajib
Tak amanah dalam jalankan tugas
Mengabiskan duit rakyat
ingatlah Allah melihat dan akan membalas apa yang kamu perbuat.
Allahu Wa'lam
salam mencelah sikit
BalasPadamharus diingat PATI inilah yg sedikit sebanyak memenangkan KERAjaan sekrg...!!! Sudah guna undi hantar balik kemudian bila nak mengundi panggil balik hahahahaa 1Mesia kita sudah tahu sudah maklum tapi apakan daya kita hanya rakyat marhein tetap sokong KERAjaan sekrg.....padan dgn muka kita......kadang-kadang ada yang berkata lantaklah janji aku dan anak-anak aku cukup makan pakai apa nak jadi kat org lain aku peduli apa....hahahaaa satu lagi tabiat rakyat mesia yg bijak...!!!
Lu fikirlah sendiri...pilihanraya dah dekat kalau menang jugak KERAjaan sekrg.....cukuplah complain terima aje lah apa yg KERAjaan nak buat......telan jer lah
Saya amat setuju dengan pendapat para jump 101 airborne, sudah berkali saya menulis tentang pendatang haram, adakala keluar adakala nye tidak, sia2 pengorbanan datuk nenek, ibu bapak, saudara mara yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia, ramai terkorban, para kawan dan sahabat juga, sia2 je lah aruah Dato' Onn berjuang untuk kemerdekaan Malaya, sekarang cucu Dato' Onn, Dato' Sri pegang kuasa KDN, beliau sepatutnya melihat serious, kerana polis dan imigresen di bawah kelolaan dan jagaan beliau, amatlah salah jika Dato' Sri Hishammuddin mengeluarkan statement bahawa dia terkejut melihat pendatang tempoh hari yang banyak berkeliaran, apa nak terkejut....semua infomation Dato' Sri boleh dapat dari imigresen dan nasihat serta petunjuk dari SB polis, jika tak cukup request dari perisik tentera, tiada gunanya habis berbillion ringgit untuk pertahanan negara, walau bagaimana canggih sekalipun peralatan tentera dan polis, pendatang tetap membolosi negara Malaysia, ape yang kita pertahankan selama ini? Mereka masuk lenggang kangkong, tiba di sini mereka mencuri, merompak, merogol, membunuh warga kita, yang dapat PR...bawa sedara mara mereka masuk secara haram, lepas tu buat permit palsu, i c palsu, passport palsu, jual dan buat duit..kita diam je..tindakan hangat2 taik ayam, nak tangkap pendatang kita announce dalam TV, Radio, Akhbar, apa le bangangnya, jika dah tahu nak di tangkap tentu le mereka lari. Dan ramai dari mereka sembunyi di rumah2 penduduk tetap (PR) yang kerajaan Malaysia beri pada mereka dan mereka sepatutnya setia kepada negara ini apabila mendapat status PR. Jika kita rakyat biasa (men on the street) pun tahu dan nampak kepincangan ini, mustahil polis dan penguatkuasa tak tahu langsung....kami rakyat Malysia terpaksa hidup dikelilingi pendatang ini, lain lah Dato' Sri dan para menteri serta pegawai tinggi, mereka hidup dalam gated area, sentiasa selamat, tak berselisih bahu pun dgn pendatang...jgn biarkan nasi menjadi bubur...bila ada keluarga bapak2 menteri sedara mara mereka dan keluarga Diraja menjadi mangsa pendatang...barulah menteri berkenaan nak melompat ke langit....tak guna dah, dan kami rakyat Malaysia tercinta ini amat bosan, meluat, jemu dan muak bila mendengar statement ' itu perkara terpencil, akan disiasat, sedang dusahakan, akan mengambil tindakan..." pada hal satu pun tak jalan dengan sempura, Berapa lama rakyat Malaysia harus tanggung perkara sebegini, Para pemimpin...janganlah terlalu berdiplomasi...kami dah penat menanti, jika rintihan kami tidak didengar sekarang.....kami pun tak ingin nak dengar rayuan tuan2 semua pada PRU akan datang, biarlah kerajaan yang kami sokong sekarang ini tidak membawa rebah....boleh di harap...spt kata Dato' Seri Najib...."dahulukan lah rakyat, utamakanlah pencapaian kita rakyat Malaysia" ikut dan pandanglah pepatah Melayu....Jangan biarkan orang2 itu seperti Belanda Minta Tanah...perangai mereka dah tentu macam belanda, sebab 400 tahun mereka dijajah....dan apabila ternampak sedikit betis...mereka nak tengok peha pula....dengan kata lain Kadok dah naik junjung, naik tocang....perkara ini mesti dihentikan dan di hentikan sekarang,
BalasPadampara_jump101 : Saya setuju 100% dengan Bro....memang zalim tapi itu jer tindakan yang boleh kita lakukan kepada orang orang yang tak reti bahasa dan kurang sense of respect kepada undang2 negara orang....buat apa lah nak dihabiskan wang berjuta juta ringgit membela biawak hidup?.....kan lebih baik duit tu digunakan untuk bantu orang2 miskin dan terbiar...masih ramai lagi di Malaysia ni yang hidup tanpa bekalan elektrik/air yang sempurna...yang hari hari nak kesekolah terpaksa meniti papan yang dijadikan jambatan...yang makan sekali sehari .....ini yang patut kerajaan tolong...bagi makan kat mat indon ni dalam jail kenyang2..keluar esok silap2 rumah kita yang dirompaknya...wa bukan nak sangka buruk tapi ini dah jadik realiti...kerajaan asal pendatang haram ni pun macam endah tak endah jer ngan rakyat mereka di negara ini...Jadik memang patutlah kalau dorang kena jail kat sini..kita mesti minta kos saraan mereka itu dari negara asal mereka...kalau taknak bayar biar jer rakyat dia lapar....kita faham mereka masuk sini sebab nak carik makan tapi tolong hormatlah undang2 negara orang....ni tidak ...kebanyakkan mereka ni kalau dah lama kat sini akan jadik berlagak satu macam dan anggap negara ni dorang yang punya...boleh buat suka hati...
BalasPadam