Bersama Dr. Yusuf Qardhawi di Media.Isnet
SOALAN :
Saya menikah dengan seorang laki-laki yang usianya lebih tua daripada saya dengan selisih lebih dari dua puluh tahun. Namun, saya tidak menganggap perbedaan usia sebagai penghalang yang menjauhkan saya daripadanya atau membuat saya lari daripadanya. Kalau dia memperlihatkan wajah, lisan, dan hatinya dengan baik sudah barang tentu hal itu akan melupakan saya
terhadap perbedaan usia ini. Tetapi sayang, semua itu tak saya peroleh. Saya tidak pernah mendapatkan wajah yang cerah, perkataan manis, dan perasaan hidup yang menenteramkan. Dia tidak begitu peduli dengan keberadaan saya dan kedudukan saya sebagai isteri.
Dia memang tidak bakhil dalam memberi nafkah dan pakaian, sebagaimana dia juga tidak pernah menyakiti badan saya. Tetapi, tentunya bukan cuma ini yang diharapkan oleh seorang isteri terhadap suaminya. Saya melihat posisi saya hanya sebagai objek santapannya,
untuk melahirkan anak, atau sebagai alat untuk bersenang-senang manakala ia butuh bersenang-senang.
Inilah yang menjadikan saya merasa bosan, jenuh, dan hampa. Saya merasakan hidup ini sempit. Lebih-lebih bila saya melihat teman-teman saya yang hidup bersama suaminya dengan penuh rasa cinta, tenteram, dan bahagia.
Pada suatu kesempatan saya mengadu kepadanya tentang sikapnya ini, tetapi dia menjawab dengan bertanya, “Apakah aku kurang dalam memenuhi hakmu? Apakah aku bakhil dalam memberi nafkah dan pakaian kepadamu?”
Masalah inilah yang ingin saya tanyakan kepada Ustaz agar suami isteri itu tahu: Apakah hanya pemenuhan kebutuhan material seperti makan, minum, pakaian, dan tempat tinggal itu saja yang menjadi kewajiban suami terhadap isterinya menurut hukum syarak? Apakah aspek
kejiwaan tidak ada nilainya dalam pandangan syariat Islam yang cemerlang ini?
Saya, dengan fitrah saya dan pengetahuan saya yang rendah ini, tidak percaya kalau ajaran Islam demikian. Kerana itu, saya mohon kepada Ustaz untuk menjelaskan aspek psikologis ini dalam kehidupan suami isteri, karena hal itu mempunyai dampak yang besar dalam meraih
kebahagiaan dan kesakinahan sebuah rumahtangga.
Semoga Allah menjaga Ustaz.
JAWAPAN :
Apa yang dipahami oleh saudara penanya berdasarkan fitrahnya dan pengetahuan serta peradabannya yang rendah itu merupakan kebenaran yang dibawakan oleh syariat Islam yang cemerlang.
Syariat mewajibkan kepada suami untuk memenuhi kebutuhan isterinya yang berupa kebutuhan material seperti nafkah, pakaian, tempat tinggal, pengobatan dan sebagainya, sesuai dengan kondisi masing- masing, atau seperti yang dikatakan oleh al-Quran ‘bil ma'ruf’ (menurut cara yang makruf/patut).
Namun, syariat tidak pernah melupakan akan keperluan spiritual yang manusia tidaklah bernama manusia kecuali dengan adanya kebutuhan-kebutuhan tersebut, sebagaimana kata seorang pujangga kuno: “Maka kerana jiwamu itulah engkau sebagai manusia, bukan cuma dengan badanmu.”
Bahkan al-Quran menyebut perkahwinan ini sebagai salah satu ayat di antara ayat-ayat Allah di alam semesta dan salah satu nikmat yang diberikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Firman-Nya: “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” (Surah ar-Rum: 21)
Ayat ini menjadikan sasaran atau tujuan hidup bersuami isteri ialah ketenteraman hati, cinta, dan kasih sayang antara keduanya, yang semua ini merupakan aspek kejiwaan, bukan material. Tidak ada ertinya kehidupan bersuami isteri yang sunyi dari aspek-aspek maknawi ini, sehingga badan berdekatan tetapi roh berjauhan.
Dalam hal ini banyak suami yang keliru - padahal diri mereka sebenarnya baik - ketika mereka mengira bahawa kewajiban mereka terhadap isteri mereka ialah memberi nafkah, pakaian, dan tempat tinggal, tidak ada yang lain lagi. Dia melupakan bahawa wanita (isteri) itu bukan hanya membutuhkan makan, minum, pakaian, dan lain-lain kebutuhan material, tetapi juga membutuhkan perkataan yang baik, wajah yang ceria, senyum yang manis, sentuhan yang lembut, ciuman yang mesra, pergaulan yang penuh kasih sayang, dan belaian yang lembut yang menyenangkan hati dan menghilangkan kegundahan.
Imam Ghazali mengemukakan sejumlah hak suami isteri dan adab pergaulan di antara mereka yang kehidupan berkeluarga tidak akan dapat harmonis tanpa semua itu. Di antara adab-adab yang dituntunkan oleh al-Quran dan Sunnah itu ialah berakhlak yang baik terhadapnya dan
sabar dalam menghadapi godaannya. Allah berfirman: “... Dan gaulilah mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang makruf (patut) ...” (Surah an-Nisaa': 19)
“... Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” (Surah an-Nisaa': 21)
“... Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu ...." (Surah an-Nisaa: 36)
Ada yang menafsirkan bahwa yang dimaksud dengan ‘teman sejawat’ dalam ayat di atas ialah isteri.
Imam Ghazali berkata, “Ketahuilah bahawa berakhlak baik kepada mereka (isteri) bukan cuma tidak menyakiti mereka, tetapi juga sabar menerima keluhan mereka, dan penyantun ketika mereka sedang emosi serta marah, sebagaimana diteladankan Rasulullah SAW. Isteri-isteri
baginda itu sering meminta beliau untuk mengulang-ulangi perkataan, bahkan pernah ada pula salah seorang dari mereka menghindari baginda sehari semalam.”
Baginda pernah berkata kepada Aisyah, “Sungguh, aku tahu kalau engkau marah dan kalau engkau rela.” Aisyah bertanya, “Bagaimana engkau tahu?” Baginda menjawab, “Kalau engkau rela, engkau berkata, “Tidak, demi Tuhan Muhammad” dan bila engkau marah, engkau berkata,
“Tidak, demi Tuhan Ibrahim.” Aisyah menjawab, “Betul, (kalau aku marah) aku hanya menghindari menyebut namamu.”
Dari adab yang dikemukakan Imam Ghazali itu dapat ditambahkan bahawa di samping bersabar menerima atau menghadapi kesulitan isteri, juga bercumbu, bergurau, dan bermain-main dengan mereka, kerana yang demikian itu dapat menyenangkan hati wanita. Rasulullah SAW biasa bergurau dengan isteri-isteri beliau dan menyesuaikan diri dengan pikiran mereka dalam bertindak dan berakhlak, sehingga diriwayatkan bahawa baginda pernah melakukan perlumbaan lari cepat dengan Aisyah.
Umar r.a. - yang dikenal berwatak keras itu - pernah berkata, “Seyogyanya sikap suami terhadap isterinya seperti anak kecil, tetapi apabila mencari apa yang ada disisinya (keadaan yang sebenarnya) maka dia adalah seorang laki-laki.”
Dalam menafsirkan hadis: “Sesungguhnya Allah membenci alja‘zhari al-jawwazh,” dikatakan bahawa yang dimaksud ialah orang yang bersikap keras terhadap isteri (keluarganya) dan sombong pada dirinya. Dan ini merupakan salah satu makna firman Allah: ‘utul. Ada yang mengatakan bahawa lafal ‘utul bererti orang yang kasar mulutnya dan keras hatinya terhadap keluarganya.
Keteladanan tertinggi bagi semua itu ialah Rasulullah SAW. Meski bagaimanapun besarnya perhatian dan banyaknya kesibukan baginda dalam mengembangkan dakwah dan menegakkan agama, memelihara jamaah, menegakkan tiang daulah dari dalam dan memeliharanya dari serangan musuh yang senantiasa mengintainya dari luar, baginda tetap sangat memperhatikan para isterinya. Baginda adalah manusia yang senantiasa sibuk berhubungan dengan Tuhannya seperti berpuasa, solat, membaca al-Quran, dan berzikir, sehingga kedua kaki baginda bengkak karena lamanya berdiri ketika melakukan solat lail, dan menangis sehingga air matanya membasahi janggutnya.
Namun, sesibuk apa pun baginda tidak pernah melupakan hak-hak isteri-isteri baginda yang harus baginda penuhi. Jadi, aspek-aspek rabbani tidaklah melupakan baginda terhadap aspek insani dalam melayani mereka dengan memberikan makanan rohani dan perasaan mereka yang tidak dapat terpenuhi dengan makanan yang mengenyangkan perut dan pakaian penutup tubuh.
Dalam menjelaskan sikap Rasulullah dan petunjuk baginda dalam mempergauli isteri, Imam Ibnu Qayyim berkata: “Sikap Rasulullah SAW terhadap isteri-isterinya ialah bergaul dan berakhlak baik kepada mereka. Baginda pernah menyuruh gadis-gadis Anshar menemani Aisyah bermain. Apabila isterinya (Aisyah) menginginkan sesuatu yang tidak terlarang menurut agama, baginda menurutinya. Bila Aisyah minum dari suatu bejana, maka baginda ambil bejana itu dan baginda minum daripadanya pula dan baginda letakkan mulut baginda di tempat mulut Aisyah tadi (bergantian minum pada satu bejana/tempat), dan baginda juga biasa makan kikil bergantian dengan Aisyah.”
Baginda biasa bersandar di pangkuan Aisyah, baginda membaca al-Quran sedang kepala baginda berada di pangkuannya. Bahkan pernah ketika Aisyah sedang haid, baginda menyuruhnya memakai sarung, lalu baginda memeluknya. Bahkan, pernah juga menciumnya, padahal baginda sedang berpuasa.
Di antara kelemahan dan akhlak baik baginda lagi ialah baginda memperkenankannya untuk bermain dan mempertunjukkan kepadanya permainan orang-orang Habsyi ketika mereka sedang bermain di masjid, dia (Aisyah) menyandarkan kepalanya ke pundak baginda untuk melihat permainan orang-orang Habsyi itu. Baginda juga pernah berlumba lari dengan Aisyah dua kali, dan keluar dari rumah bersama-sama.
Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”
Apabila selesai melaksanakan solat asar, Nabi senantiasa mengelilingi (mengunjungi) isteri-isterinya dan baginda tanyakan keadaan mereka, dan bila malam tiba baginda pergi ke rumah isteri baginda yang pada waktu itu tiba giliran baginda untuk bermalam. Aisyah berkata, “Rasulullah SAW tidak melebihkan sebagian kami terhadap sebagian yang lain dalam pembagian giliran. Dan setiap hari baginda mengunjungi kami semuanya, iaitu mendekati tiap-tiap isteri baginda tanpa menyentuhnya, hingga sampai kepada isteri yang menjadi giliran baginda, lalu baginda bermalam di situ.” 1
Kalau kita renungkan apa yang telah kita kutip di sini mengenai petunjuk Nabi SAW tentang pergaulan baginda SAW dengan isteri-isteri baginda, kita dapati bahawa baginda sangat memperhatikan mereka, menanyakan keadaan mereka, dan mendekati mereka. Tetapi baginda mengkhususkan Aisyah dengan perhatian lebih, namun ini bukan bererti baginda bersikap pilih kasih, tetapi kerana untuk menjaga kejiwaan Aisyah yang baginda nikahi ketika masih perawan dan kerana usianya yang masih muda.
Baginda mengahwini Aisyah ketika masih gadis kecil yang belum mengenal seorang laki-laki pun selain baginda. Keperluan wanita muda seperti ini terhadap laki-laki lebih besar dibandingkan dengan wanita janda yang lebih tua dan telah berpengalaman. Yang kami maksudkan dengan keperluan di sini bukan sekadar nafkah, pakaian, dan hubungan biologis saja, bahkan keperluan psikologis dan spiritualnya lebih penting dan lebih dalam daripada semua itu. Kerana itu, tidaklah menghairankan jika kita lihat Nabi SAW selalu ingat aspek tersebut dan senantiasa memberikan haknya serta tidak pernah melupakannya meskipun tugas yang diembannya besar, seperti mengatur strategi dakwah, membangun umat, dan menegakkan daulah.
“Sungguh pada diri Rasulullah itu terdapat teladan yang bagus bagi kamu.”
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya.
Catatan kaki:
1 Zadul Ma'ad 1:78-79, terbitan Sunnah Muhammadiyyah.
-----------------------
Fatwa-fatwa Kontemporer
Dr. Yusuf Qardhawi
Gema Insani Press
Jln. Kalibata Utara II No. 84 Jakarta 12740
Telp. (021) 7984391-7984392-7988593
Fax. (021) 7984388
ISBN 979-561-276-X
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...