SHAH ALAM: Ketua Bilal Masjidilharam Makkah, Sheikh Ali Ahmad Moulla, berkata bilal di negara ini perlu mengurangkan amalan merokok kerana ia punca seseorang itu gagal melaungkan azan dengan elok.
Beliau berkata, ini kerana bilal yang merokok menyebabkan azan yang berkumandang tidak enak didengar oleh jemaah dan masyarakat sekitar masjid.
“Rokok adalah punca utama kualiti suara kurang enak. Malah bagi mengekalkan alunan suara yang merdu ketika melaungkan azan, bilal perlu mengurangkan pengambilan makanan pedas, berlemak dan sejuk selain beberapa teknik yang perlu dipelajari lagi.”
“Sepatutnya dengan adanya pembesar suara, azan yang dilaungkan mesti jadi lebih baik, bukan sebaliknya,” katanya.
Bercakap pada sidang media ketika melakukan lawatan kerja lima hari ke Universiti Antarabangsa Al Madinah, Seksyen 9, di sini semalam, Sheikh Ali berkata, bilal perlu menjadi contoh yang baik bukan saja kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam.
Sumber : BH 24/07/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...