Assalamualaikum warahmatullah,
Lama entry ini terperam dalam draf, nasib baik belum sempat menjadi pekasam... :)
Email ini kiriman sahabat egrup di Taman2Syurga, saudara Shahrizan Abu Samah. Amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan kepada adik-adik yang masih single dan tercari-cari panduan memilih calon suami. Selain daripada garis panduan yang telah
MEMILIH calon suami adalah suatu keputusan yang sangat kritikal dalam kehidupan seorang wanita, kerana kebahagiaan berumahtangga seluruhnya bergantung kepada lelaki yang menjadi pilihannya. Sekalipun wanita ini ditakdirkan hidup merana kerana sesuatu sebab, namun jika mempunyai seorang suami yang setia dan penyayang, dia dapat menghadapi sebarang krisis dan tragedi. Sebaliknya, betapa pun hidupnya bertuah dibaluti kemewahan, suami yang tidak bertanggungjawab akan meruntuhkan seluruh kehidupannya.
Begitulah yang dialami ramai wanita. Saban hari kita boleh membaca kisah mereka di media massa – Pasangan jutawan, Pasangan miskin – Mempunyai kisah tragedi masing-masing dalam mengharungi hidup berumahtangga. Permulaannya yang berbunga cinta dan kasih sayang, berakhir dengan kisah ngeri lagi memalukan. Semuanya bermula daripada keputusan yang dibuat untuk memilih lelaki itu sebagai teman hidup. Apakah perkara penting yang mesti dilakukan si gadis sebelum membuat keputusan tepat memilih kekasihnya itu sebagai bakal suami?
Pertama, dia mestilah berhadapan dengan kenyataan. Dalam zaman moden sekarang, saingan terlalu hebat ‘merebut’ lelaki idaman. Wanita zaman ini tidak boleh lagi menerima apa yang diberikan kepadanya atau menunggu kedatangan putera raja seperti cerita Cinderella. Gadis yang bersikap tunggu dan lihat ini akan ketinggalan dan hidupnya menjadi sukar dari awal lagi.
Dalam masyarakat hari ini, pertemuan jodoh biasanya berlaku secara tidak sengaja, maka mengharapkan satu pertemuan yang normal seperti yang diuruskan datuk dan nenek kita dulu, tidak mustahil tetapi kini jarang berlaku. Dalam suasana seperti inilah anda perlu menggunakan segala kebijaksanaan untuk menilai lelaki yang bakal menjadi suami. Semua lelaki asing adalah orang yang tidak dikenali, dengan pujuk rayu mungkin akan memerangkap anda ke dalam kancah masalah yang tidak berkesudahan. Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini :
- Saya sepatutnya sedar. Jika ikut naluri dan tidak berkata ‘Ya’ mungkin saya tidak jadi begini...
- Apabila saya melihat permainan anak di tempat duduk belakang keretanya, saya sepatutnya sedar dia sudah mempunyai anak.
- Apabila dia berhenti di bar untuk bertemu rakannya, sepatutnya saya sedar, dia kaki botol.
- Apabila dia menceritakan teman sebiliknya balik ke kampung dalam perjalanan ke apartmentnya, sepatutnya saya sedar apa yang akan berlaku selepas itu.
Penilaian projektif personaliti
Setiap orang secara tidak disedari membongkar rahsia peribadinya dalam pelbagai bentuk. Setiap perkataan, tingkah laku, cara dia berpakaian, setiap tindak balas, dapat menceritakan ciri-ciri personaliti individu tersebut. Penilaian yang spontan dalam pertemuan pertama sudah boleh digunakan untuk membuat keputusan sama ada perhubungan itu boleh diteruskan atau berhenti setakat itu sahaja.
Ada dua kategori yang menjadi petanda – Hentikan dan berwaspada. Tanda-tanda yang menunjukkan perhubungan itu perlu dihentikan adalah serius dan perlu diberi perhatian sekiranya anda tidak mahu menghadapi kesusahan apabila mendirikan rumahtangga nanti. Manakala tanda-tanda yang anda perlu berwaspada pula juga perlu diberi perhatian. Jika banyak tanda-tanda waspada ini, ia menunjukkan yang si gadis ini dalam keadaan berisiko tinggi.
Ada tiga ciri penting yang perlu diberi perhatian apabila bertemu lelaki.
- Bentuk fizikalnya: rambut, mata, mulut
- Pakaiannya: Seluar, baju, kasut
- Imej Tubuhnya: Perawakannya, gaya berdiri dan tangannya.
1. Rambut
Gaya rambutnya mestilah sesuai. Gaya rambut panjang atau pendek tidak kisah asalkan rambutnya sesuai. Ia mesti bersih kemas dan serasi dengan keseluruhan personalitinya.
Ciri-ciri dijauhi: Rambut diwarnakan, rambut dihitamkan di bawah usia 40-an dan rambut dikerintingkan.
Ciri Waspada: Kepala botak kerana rambut dicukur, gaya rambut yang keterlaluan
2. Mata
Ciri-ciri dijauhi: Mata yang tidak boleh menentang mata anda menceritakan mengenai dirinya – Kamu mesti mendengar cakap saya.
Ciri Waspada: Bulu kening dicabut dan mata yang rabun tidak menggunakan cermin mata.
3. Mulut
Ia adalah ciri penting dalam membongkar rahsia dalaman.
Ciri-ciri dijauhi: Senyuman yang tidak kena pada tempatnya atau tidak ada sebab untuk tersenyum, bercakap dari sudut bibirnya dan sudah tentulah dengan mulutnya yang herot.
Ciri Waspada: Gigi yang kotor, menggigit bibir, bernafas dengan mulut dan memainkan bibirnya.
Cara berpakaian juga boleh menggambarkan pelbagai ciri personaliti seorang lelaki. Ia sangat banyak dan untuk memudahkan pengenalan, dibahagikan kepada tiga bahagian.
1. Kasut
Ciri-ciri dijauhi: Kasut yang sudah lusuh dan kemungkinan boleh digunakan oleh wanita.
Ciri Waspada: Kasut yang dikenakan dengan pakaian yang tidak sesuai misalnya kasut jogging dipadankan dengan kot dan kasut yang terlalu berfesyen.
2. Seluar
Ciri-ciri dijauhi: Seluar yang terlalu ketat terutamanya di celah kelengkang dan seluar baggy. Begitu juga dengan seluar yang telah digunakan seharian di pantai perlu juga diberi perhatian.
Ciri Waspada: Seluar yang tidak dikenakan zip dengan kemas.
Penyesuaian pakaian
Kesesuaian secara keseluruhan pakaian lelaki sangat penting diambil kira.
Ciri-ciri dijauhi: Pakaian yang digunakan supaya kelihatan asing misalnya berpakaian T dalam majlis perkhawinan rasmi.
Ciri Waspada: Cara berpakaiannya adalah untuk menarik perhatian, tidak lebih daripada itu fesyen dan warnanya.
Ciri akhir yang turut membantu anda mengenali siapa sebenarnya orang dihadapan anda ialah imej tubuhnya.
Cara berjalan
Cara lelaki berjalan dapat menceritakan bagaimana dia menjalani hidupnya.
Ciri-ciri dijauhi: Gaya yang menyerupai lenggok wanita. Menghayunkan punggung dan bahu yang dinaik dan diturunkan, menandakan masalah besar sedang menunggu.
Ciri Waspada: Langkah keras.
Cara berdiri
Ciri-ciri dijauhi: Tangan di pinggang dan sentiasa menyeluk kocek seluar serta sentiasa tunduk.
Ciri Waspada: Kedua-dua tangan di pinggang dan tidak berdiri tegak.
Tangan
Ciri-ciri dijauhi: Menggigit kuku, menggerakkan tangan, menggenggam dan membuka jari, menggosok-gosok tangan dan tangan yang nampak menggeletar.
Ciri Waspada : Tangan yang tidak tahu di mana hendak diletakkan, sekejap menyeluk saku, sekejap dikeluarkan dan kemudian menyeluk saku semula, begitu juga dengan tangan yang terkulai lemah dengan telapak tangannya menghadap ke belakang.
Ciri lain ialah tingkah laku pelik mengenai peribadinya yang sukar anda tentukan seperti sentiasa berpakaian hitam atau berkaca mata hitam, juga perlu diawasi.
Adakah kaedah ini boleh diterima pakai?
Sudah tentu. Tingkah laku seseorang mencerminkan personaliti dalamannya. Gabungan ciri-ciri yang dinyatakan umpama nota muzik apabila digabungkan dapat melahirkan bunyian. Begitu juga ciri-ciri tadi, apabila dibaca keseluruhannya, dapat member gambaran yang jelas siapa lelaki yang anda baru kenali itu.
Jika dalam pertemuan pertama ini anda rasa berkenan dengan tingkah lakunya, mungkin anda bersetuju untuk membuat pertemuan yang lebih peribadi, untuk mengenali teman baru ini dengan lebih mendalam. Kemungkinan anda bercadang menjadikan dia teman hidup anda.
Melalui kaedah ini, dalam tiga atau empat kali pertemuan, anda sudah dapat meramalkan bentuk perkhawinan anda 30 tahun akan datang. Pertemuan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menilai peribadi teman baru ini. Selain senarai tersebut, sebagai mengukuh pilihan anda selidikilah sejauh mana kekuatannya pada agama sebagai langkah terakhir menoktah sebuah pilihan hidup....
Semoga bermanafaat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...