PAGE

Rabu, November 10, 2010

Tora datang lagi...

Ding Dang dan Tora

'Tora datang lagi...' ... terdengar satu suara menyebutnya di belakang saya, ketika nak bangun dari kerusi menuju ke tempat basuh tangan selepas makan tengah hari. Selalunya saya menikmati nescafe tarik di D'Kerisek... Agak-agaknya, kalaulah saya dengar ayat itu semasa menikmati nescafe tarik, silap haribulan pasti tersembur nescafe panas ke mukanya...

'Tora datang lagi... kali ini dengan permainan baru....' gitulah iklan Mat Sentul yang agak famous sekitar awal tahun 80-an. Disebabkan ayahanda tak suka kami adik-beradik makan junkfood, selalunya bila keluar iklan Tora di TV, kami adik-beradik cuma dapat menelan air liur saje...

Tentu ada yang perasan dalam bloglist saya terdapat satu belog yang best sangat... memang banyak entry fasal benda-benda lama yang blues...

Nak buat special request... Saya tunggu bro BluesRiders cerita fasal Tora dan Ding Dang...


1 ulasan:

  1. thanks bawang goreng for introducing me the blog, memang sesungguhnya BLUES..hihi..teringat zaman dolu2..

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...