Seseorang yang cuba untuk menunjukkan gigi dan mengangkat alis dengan Bell's palsy di sisi kanannya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pernahkah anda mendengar ‘bell palsy’? Bell palsy ialah satu penyakit kelumpuhan sebelah bahagian muka. Bell palsy adalah keadaan yang menakutkan kerana gejala-gejalanya mirip dengan strok, tetapi sebenarnya, bell palsy dan strok jelas amat berbeza.
Biasanya strok menyebabkan kelumpuhan pada anggota pergerakan lain seperti tangan dan kaki dan disertai dengan gejala-gejala sakit kepala, pengsan, sukar bercakap dan biasanya lidah jka dijulurkan akan kelihatan senget.
Bell palsy pula menyerang saraf muka 7 (carnial nerve VII) yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka di salah satu sisi, kiri atau kanan dari muka. Saraf tersebut akan membengkak sehingga tidak berfungsi dengan baik.
Bell palsy adalah kemelahan sementara atau kelumpuhan otot-otot pada bahagian sebelah muka. Otot-otot ini dikawal oleh saraf muka atau facial. Ðisebabkan terdapat saraf muka pada setiap bahagian wajah manusia, bell palsy selalunya memberi kesan hanya pada satu saraf, mereka yang mengalami bell palsy akan mengesan kekakuan atau kelemahan pada satu bahagian muka sahaja.
Apabila saraf muka berfungsi dengan sempurna, ia membawa mesej daripada otak kepada muka. Mesej-mesej ini akan memberitahu kelopak mata untuk buka atau tutup, satu bahagian pada mulut untuk tersenyum atau berkerut, atau kelenjar air liur untuk meludah.
Saraf muka juga membantu tubuh untuk menghasilkan air mata dan merasa makanan. Tetapi jika saraf ini membengkak dan termampat, seperti yang berlaku pada bell palsy, mesej-mesej sebenar tidak dapat dihantar. Akibatnya, kelemahan atau kelumpuhan sementara pada otot-otot pada satu bahagian muka akan berlaku.
Penyebab
Bell palsy kerap dikaitkan dengan jangkitan virus seperti herpes (virus yang menyebabkan kudis sejuk), Epstein-Barr (virus yang menyebabkan mono) atau influenza. Ia juga berkait dengan agen berjangkit yang menyebabkan penyakit Lyme.
Tetapi ini tidak bermakna bahawa semua orang yang memiliki jangkitan virus atau penyakit Lyme akan mendapat bell palsy. Kebanyakan orang tidak akan mengalaminya, tetapi ada antara daripada kita, sistem imun memberi tindakbalas kepada jangkitan virus yang membawa kepada inflamasi pada saraf. Ðisebabkan ia membengkak, saraf akan termampat semasa ia melalui lubang kecil pada bahagian bawah tengkorak. Inilah yang menyebabkan gejala-gejala bell palsy berlaku.
Bell palsy boleh memberi kesan pada semua peringkat umur, tetapi ia biasa berlaku pada orang dewasa. Mereka yang menghidap diabetes dan wanita hamil adalah mereka yang mudah mendapat bell palsy.
Tanda-tanda dan gejala-gejala
Gejala-gejala bell palsy selalunya akan mula timbul kira-kira satu hingga dua minggu selepas jangkitan virus. Gejala-gejalanya cenderung untuk muncul dengan pantas, selalunya bell palsy akan mencapai peringkat teruk dalam masa 48 jam.
Beberapa jam atau hari sebelum bell palsy terbentuk dengan sepenuhnya, penghidapnya akan erbasa sakit kepada atau rasa sakit pada bahagian belakang atau hadapan telinga. Mereka juga akan menyedari satu bahagian muka seperti terjatuh atau rasa kaku. Sesetengah penghidap hanya akan menyedari kelemahan yang ringan, sementara yang lain mungkin tidak berupaya untuk menggerakkan bahagian muka tersebut.
Gejala-gejala lain bell palsy termasuklah :
- kesukaran untuk menutup sebelah mata,
- kekeringan pada sebelah mata,
- kesukaran untuk merasa bahagian hadapan lidah pada bahagian diserang,
- perubahan pada jumlah air liur,
- bunyi pendengaran yang lebih kuat daripada baisa pada satu bahagian telinga.
Bell palsy memberi kesan hanya pada muka, jadi jika penghidapnya memiliki kelemahan atau gejala-gejala pada bahagian lain tubuh, ini bermakna masalah tersebut mempunyai sebab yang lain.
Rawatan
Untuk gejala-gejala bell palsy diperbaiki, saraf-saraf perlu diperbaharui semula. Keadaan tersebut hanya boleh berlaku seiring dengan masa. Namun begitu, sesetengah doktor akan memberi ubat preskripsi bagi mengurangkan inflamasi.
Jika penghidap tidak berupaya untuk menutup sebelah mata dengan sepenuhnya, doktor mungkin akan memberi ubat titis mata, penutup mata dan kaca mata perlindungan bagi memastikan penghidapnya berasa selesa dan mencegah kerosakan pada kornea.
Walaupun keadaan ini kelihatan amat menakutkan, kebanyakan penghidap bell palsy akan sembuh sepenuhnya dalam masa satu hingga tiga bulan. Namun begitu, ada juga antara penghidapnya yang akan kekal dengan kelemahan muka yang selepas sembuh daripada bell palsy.
Ibu hamil berpotensi terkena bell palsy?
Ia biasanya brlaku pada kehamilan trimester ketiga atau menjelang melahirkan bayi. Salah satu teori penyebab ibu hamil terkena bell palsy adalah peningkatan cairan pada ibu hamil dikatakan mampu menyebabkan pembengkakan pada saraf muka, di mana mengarah pada saraf ketujuh.
Untuk mencegah bell palsy daripada berlaku, adalah disarankan ibu hamil untuk mengurangkan pengambilan garam dan lebih kepada minum air putih atau air kosong. Ibu hamil juga perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Pastikan diri tidak mengalami stres atau tekanan.
Sumber : MW#1419
takut juga kalau2 terkena gejala seperti ini...
BalasPadamYa la... tapi mujur sakitnya tak kekal macam strok...
BalasPadam