PAGE

Sabtu, Februari 05, 2011

Hey! I'm OK, mommy!

IMEJ menunjukkan bayi yang dikandung Donna Sayer membuat isyarat bagus dalam pemeriksaan imbasan di sebuah hospital di Kent.


Bayi dalam kandungan beri isyarat bagus

MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi




Petikan : Kosmo! 05/02/2011

1 ulasan:

Kongsikan komen anda di sini...